Friday, September 30

Duit Lebih

Hari ni punye soalan...

kalau korang tetibe je ade duit extra rm25, ape korang nak buat ngan duit tu?

me... simpan. untuk kegunaan hari hujan di masa depan. heh sungguh ni. tapi kalau desperate sangat, buat beli kasut/baju baru. alah kasut jukebox/baju reject shop je hehhhhhhhh

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Peach Girl

In the mood for Peach Girl - Anime

berjaya jugak nengok anime peach girl sampai abih. ade 25 episod pun. seronok betul nengok! nanti bila dah beli hdd baru (bile la nak beli ni... duik pun tarak) nak dl balik semua dan burn. harharharhar seronotss!!!

cite ni pasal sorang budak pompuan ni nama momo. kulit dia agak gelap, rambut dia macam bleached. jadi dia tak nampak macam budak sekolah jepun yang biasa2 la (kulit cerah, rambut itam). orang mengata dia, cakap dia ni jenis liar, kaler rambut dan 'tan'kan kulit. padahal sebenanye dia jadi cam tu sebab dia masuk swimming team masa junior high. character dia more to cheery, tak takut hadapi cabaran, buat dono ngan cakap orang, caring kat kawan2 dia.

disebabkan masa mula masuk high school dia takde kawan, ade sorang budak pompuan nama sae berkawan la ngan dia - tapi ade niat buruk, momo tak sedar - dan terus jadi 'kawan baik'. sebenarnye sae ni jeles ngan momo, ntah ngape tah. ape momo suka, dia pun nak. character dia more to thinking highly of herself, hasad dengki, suka nengok orang lain suffer, selfish level SS (super saiya harharhar), tak pernah puas dengan apa yang dia ada.

momo minat sorang budak lelaki ni, nama toujigamori (pendekkan jadi touji - nama keluarga tuh). disebabkan dia dengar touji ni suka pompuan kulit cerah, momo susah payah la nak putihkan kulit dia balik - tak nak join aktiviti berenang lagik. bila sae ni tau momo suka kat touji, dia pun mula la niat buruk, nakkan touji jadi milik dia. banyak la aktiviti yang dia buat so touji nampak momo tu jahat sokmo. character touji ni more to 3c (calm, cool, collected), pemalu, reliable, caring, protective of the person he cares about.

pada masa yang sama, okayasu minat kat momo. sebabnye dia ingat momo pernah selamatkan dia masa dia cuba nak bunuh diri. jadi bila touji ni asek termakan kata sae, okayasu ni sentiasa macam kasi sokongan kat momo. character okayasu ni more to jovial, cheery, funny, comel and sometimes a bit annoying, caring, understanding, pandai sembunyikan perasaan sendiri.

what makes me love this anime is, episod 1 je dah banyak scene kelakar+best. lepas tu jalan cerita dia pantas, tak sabar2 aku nak nengok episod seterusnye. perjalanan masa pun pantas gak. setiap episod mesti ade scene gembira. ade jugak several parts yang touching. kiranya, aku lagi suka ni dari full moon wo sagashite. tapi kalau nak ikutkan baru 2 je shoujo anime yang aku dl+tgk abis :P ohhh silap, lupa nak masukkan tsubasa chronicle (trc). tapi trc slow giler huhuhuhu....

hmm ape lagi shoujo anime yang best ek? mana nak dl karekano ek?

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Saturday, September 24

Superhero

soalan lagik...

kalaulah ditakdirkan korang ade kuasa superhero, what would that be?

heh.. kuasa professor X. saje. suka mende2 telepathy, mind reading, ngan astral projection ni. wait. astral projection ni kuasa prue. ah buleh la. tak pedulik :P

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Friday, September 23

Antara Dua

soalan hari ni...

kalau korang terpaksa pilih antara astro ngan streamyx, ape yang korang akan amek?

definitely streamyx. walau kadang2 macam mana menyakitkan hati sekalipon. sebab aku takde astro harharhar :P

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Shimatta!

In the mood for densha otoko lagik

hai la hai. nanti start bulan depan masuk keje kol 4 ptg balik. pasal masuk kul bape tu tak kisah sebenanye... tapi nak balik tu yang kisah. ye la, klua kol 1 pagi, sampai ampang point kol 2 pagi. takkan la nak orang (read: parents aku) amek je, dah la dalam keadaan kesihatan yang tak menentu ni. dah tu pulak takkan nak naik teksi je balik? hmm... boleh jugak sebenanye balik ngan teksi. kena kurang kos makan la (read: yay!!!). seminggu teksi, maksimum rm50. jadik sebulan dalam rm200 abih kat teksi la. hmm takpe la. malas la nak gaduh pasal balik nak kena amek ke tak. nak mintak pompuan tu antarkan? memang muka tak malu lak aku. lagikpon dia duk jauh. dah tu bulan depan jugak dia core leave. hai~ -__-

ah maleh la nak pk skarang. nanti2 la.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Thursday, September 22

I

In the mood for Densha Otoko [電車男]

soalan hari ini...

ade berapa huruf 'i' dalam nama korang?

1 je.

jawab, jangan tak jawab ;)

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Wednesday, September 21

One Word...

hari ni kita main 'one word' pulak.

use only ONE word to describe this pic:



mine is "heart-shaped".

what about yours?

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Lawak Aja

In the mood for Tsubasa Chronicles' intro

aku bosan gilo tadi. lepas nyanyi bukan2..

dB: buah cempedak di luar pagar.
aja: ambik galah tolong jolokkan.

aku diam. aja pun sambung.

aja: saya budak kurang ajar.

hahahahahahah yg dengar dia cakap tu semua gelak. pastu aku pun sambung (sambil gelak)

dB: semua orang tolong gelakkan!

maka terhasil lah satu lawak bangang.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Tuesday, September 20

Movie Maniac

kacang je soklan hari ni...

apekah wayang gambar last sekali korang tengok kat panggung wayang?

cite korea bertajuk she's on duty, nengok kat tgv klcc hari kamis lepas. kelakar banget!! suka kim seon ah!! memang layak digelar korea's queen of comedy! gong yoo pun motjin giler... huhuh terkesima aku nengok dia kejap heh heh heh. citer dia pasal si jae in/jane (ksa) sorang polis, kena menyamar jadi budak sekolah menengah, sebab nak mendekati sorang anak pompuan penjenayah ni.. a tu je la. malas nak cite panjang2 :P~

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Monday, September 19

Bahasa Jiwa Bangsa

for today's..

what other languages do you know other than your mother tounge and english?
bahasa ape yang korang tau selain dari bahasa ibunda korang ngan bahasa inggeris?


emm.. jepon sikit2, buleh la nengok drama jepon (yang tak serius) ngan anime tanpa translation, tapi later kena look up jugak la. korean.. umm sama juga seperti di atas. boleh baca jugak, agak lancar la nak baca korea daripada jepon (sebab jepon banyak guna kanji huhuhuhu). lain.. yang takleh nak eksen: arab, indonesian. harhar

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Sunday, September 18

Warna Warna Kehidupan

today's question...

apa warna kegemaran korang (selain hitam dan putih je aaa)

aku suka kaler biru. suka sangat. tapi aku suka kaler ijau jugak. tapi yang peliknye, koleksi baju aku banyak kaler pink. tak beh btul. kaler yang latest aku suka.. oren. tapi takleh nak pakai baju oren. maklomlah gemok, karang orang ingat human-sized orange fruit plak. harharhar :P

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Saturday, September 17

Bosan Kebosanan.

In the mood for Ada Apa Denganmu by Peterpan

perkara yang tak bes kalau dapat baca buku yang bes:

1. lost track of time
2. takleh brenti baca
3. brenti pun kalau tertidur je
4. tak hirau makan minum
5. takmo jawab tepon/balas sms
6. takmo layan YM
7. takmo online sekalipun
8. bukak radio station yang selalunye tak bukak (eg: selalu dengar fly.fm, tadi dengar lite & easy)
9. bila dah abis baca buku tu, terasa bosan yang teramat

ade nak tambah pendapat lain?

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

What's for Supper?

soalan hari ini pulak.

Makanan ape yg last sekali korang makan sebelom baca entry ni?

kalau makanan berat, i'd say cantonese kuey teow & air batu campur kat naili's sentul. beh!!! ayam yang dia guna untuk cantonese KT tu masak black pepper tuh. memang worth it la. licin pinggan aku heh :P kalau makanan tak berat pulak.. gula2 clorets. saje nak kasi berangin sikit.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Friday, September 16

Buku...

hari ni soalan pasal buku pulak.

Buku fiksyen ape yg last sekali korang baca abis?

The Assassini by Thomas Gifford. hampir 7 bulan nak abihkan buku ni. penat woo baca. banyak part bosan. cite pasal perbalahan dalam gereja dan bunuh2. kalau tolak cerita pasal masalah dalaman gereja ni, menarik jugak. lebih kurang cam the da vinci code.

Buku bukan fiksyen ape yg last sekali korang baca abis?

that would be surah yasin. malam jemaat weh.

Sekarang ni korang tengah baca buku ape?

tengah baca balik The Da Vinci Code by Dan Brown. seronot baca citer ni. citer pasal paganisme vs kristianisme. hmm tak jugak sebenanye. more to paganisme la jugak. ah~~ nak tau baca sendiri lah. bes ni citer ni.. jadik bestseller bape lama tah.

jawapan korang pulak?

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Thursday, September 15

Hari...

mengenangkan aku baru nak rasmikan memes ni, aku kasi la 3 soalan sekaligus yer :D

Dalam seminggu, hari ape yang merupakan hari kegemaran korang? Isnin ke, Jumaat ke, Ahad ke... dan kenapa?

aku suka hari rabu. dari dulu lagi aku suka hari rabu. kat kawasan perumahan aku, pasar malam hari rabu. masa kecik2 dulu, hari rabu banyak citer best. pastu kat sekolah dulu, selalunye hari rabu la yang ade banyak sabjek best. kalau nengok wayang, selalu hari rabu tiket dia harga murah. :D

Dalam setahun pulak, apekah satu hari yang jadi kegemaran korang? Hari lahir ke, hari merdeka ke, hari valentine ke.. dan kenapa?

aku suka hari satu muharram. teringat sejarah hijrah rasulullah (saw) dari mekah ke madinah, yang mana menjadi tanda bermulanya penyebaran agama islam di seluruh pelusuk dunia. tak kisah la kalau opis aku tak cuti pun. as long as aku ingat perjuangan rasulullah (saw) untuk menegakkan syiar islam :)

Dalam selama korang hidup kat muka dunia ni, apekah satu hari yang sungguh bermakna bagi korang? Hari nikah ke, hari cerai ke, hari grad ke.. dan kenapa?

that would be hari arwah nenek aku sebelah mak meninggal dunia. by the time sampai kat kampung, arwah dah nak sampai kat kubur.. tak dapat nengok muka arwah buat kali terakhir.. sedeh tau. dah la tak sempat mintak maaf & halalkan everything.. huhu sedeh sedeh.

okeh tu je buat hari ni. esok datang lagi! jawab tau, jangan tak jawab!

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Memes lagik...

In the mood for memes!

tadik dok mencarik link moero attack aku.. sebab ade orang mintak. rupenye dah kena buang dah dengan host. nak buat camne. yg ade dalam simpanan pulak dalam cd mana tah.. ihh malas ah nak mencarik taim2 gini. sori ye sape yg mintak tu.

sekali tgh surf2 entry lama, jumpa plak entry pasal memes... tau kah itu ape itu memes? rujuk la sini: http://thedailymeme.com/what-is-a-meme/ heh heh heh. sekurang2nye ade kasi idea sket ape nak tulis kan.

so i am thinking to be more interactive (maklomlah dah tak banyak pengunjung). i'll put a question everyday (bm ke bi ke..) pastu korang jawab la dalam comment box. amacam?

lepas ni aku akan letak soklan2 untuk hari ni :wink:

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Monday, September 12

League of Our Own

In the mood for Survivor by Destiny's Child

dua malam dah aku tak leh online, sejak ari jumaat lagi. balik keje, nengok lampu adsl tak nyala. aku ingat nape la kan.. strimik down ke ape kan. baru sat tadi aku amek inisiatif bawak tepon yg kat bwah tu naik atas. pasang la kat wayar tepon tu. takde bunyi langsung. pastu turun bawah, buat direct connection (sebelom ni ade filter). takde bunyi gak. sekali bila aku cek wayar tu.. ya salam.. kena gigit tikus rupenye. memula tensi ah sebab kena bangun awal ni kalau nak beli wayar sepanjang 8 meter. pastu tetiba aku pun terasa macam nak merepair. keluarla segala kepakaran macGyver aku. hasilnya:
dan strimik buleh digunakan kembali.. yay! seronot aku :P

citer pasal apprentice pulak. walaupon aku tau kendra akan menang, tapi rasa excited jugak bila nengok episod tadik. memang lepas dia buat recap semua tu, aku memang setuju sangat2 la kendra menang. kalau tana tak buat pasal sure aku dah sokong dia dari belakang. lagi satu aku dapat lihat, kendra ngan tana ade chemistry, sesuai keje sama2. tapi aku terkilan la tak dapat nengok kendr punye pontiac. pastu takde sesi cakap2 ngan peserta lain cam series 1 ngan 2 dulu. pastu rambut kristen huduh! patut kekal je rambut hitam tu.. baru nampak cam addam's family harharhar :P

oh lagi satu. tetiba sahaja sorang member aku ni (cik charon) minat giler ngan bleach. dah la minat ichi ngan renji, sama ngan aku pulak tuh! hahah aku tak kesah pon, considering the fact that aku yang minat dulu harharhar :P takpe lah, memang dua tu worth untuk diminati ramai pun.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Sunday, September 4

Pelayaranku - Ogy Ahmad Daud

In the mood for Pelayaranku by Ogy Ahmad Daud

I'm desperately looking for the lyrics of the above song.. can anybody help me?

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Songsang

In the mood for poetry

maafkan aku kerana sering saja berlaku songsang
terutama di perayaan tahunan seperti hari ini

apabila orang lain telah lama duduk
aku bangun berdiri

apabila orang bangun bertepuk
aku duduk

apabila orang lain ghairah berbincang
aku tidur

apabila orang lain melepaskan merpati
aku menabur padi

orang lain telah merdeka
aku belum

maafkan aku kerana sering sahaja
berlaku songsang

aku hanya ingin mengingatkan


-a latiff mohidin

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy