Friday, December 30

Gemuk

In the mood for slammin' da door (tapi tak de kaitan ngan tajuk di atas ni :P)

baru sat tadi sorang opismet aku ni citer kat aku, team mate dia citer kat dia yg ade la dua orang keling ni (aku panggil keling kat indians yang aku tak suka je) suka ngumpat aku. hah! aku baru je terpikir yg aku ni sibuk2 ngumpat orang takkan tak de orang ngumpat aku kot. aku pun dengan perasaan ingin tahu tanye la ngumpat pasal ape. kot la pasal aku suka nyanyi2 kat floor kuat2 kan. ke pasal aku asyik2 ngumpat tpbj. rupenye ngumpat pasal aku ni gemuk. ha ha ha!!! bongok. sebab ape tau bongok. dua keling tu tak sedar diri yang depa pun gemuk jugak. kalau badan slim giler cam tpbj tak pe la jugak nak ngumpat aku ni gemuk. cam tahpape. team mate opismet aku ni cakap kat opismet aku yg dia sebenanye pun nak tergelak dengar keling dua ekor tu ngate aku gemuk. tak sedar diri betul. agaknye la kan diorang ngumpat sebab aku ni suka pakai baju yang loose, buat aku nampak lagi besar. hai. takkan aku nak pakai baju sendat2 cam diorang kot? karang tak pasal2 kena kutuk jadi sarung nangka pulak dah. cam tah pape. lantak aku la nak pakai baju loose, kenapa? diorang nak belikan baju utk aku ke yg sibuk2 pasal aku gemuk. alo. at least aku gemuk2 pun aku tak de masalah mental cam diorang (series ni), dah tu tak le rebellious cam tu. dah la buat keje cam sial. pandai popekpopek je. cam bagus la. iiii... sabar je. kepada keling dua ekor tu, tolongggg la sedar diri. nak kutuk aku gemuk pun tunggu la badan sendiri cam badan kate moss. taim tu lantak la. ni, aku rase kalau lawan jangkauan melunjur ngan aku pun kalah. heh. dah la. abaikan saje orang2 cambagus cam ni.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Thursday, December 29

Ways to Avoid Contact

Winamp playin' Road Movie by Ajikan

Thought of several ways to avoid listening to or any kind of contact with TPBJ:

1. dalam transport, baca novel/manga
2. dalam transport, buat2 tido
3. jangan tumpang keter dia even kalau dia beriye2 ajak
4. kat floor, pakai mp3 player or sumbat je telinga ngan earphone even mp3player/walkman/portable mini radio takde battery. pastu nyanyi, konon2 lagu dr alat bantu dengar tu la
5. kat floor, avoid duduk face 2 face ngan dia
6. elakkan gi lunch/breaks/restroom ngan dia
7. masa lunch cakap nak gi tido kat surau, provided dah kenyang minum milo banyak sangat.
8. nak amek air kat pantry, tunggu dia out of sight
9. kalau terpaksa dengar cite dia jugak, nyanyi dalam hati. lagi beh kalau nyanyi lagu rewrite (ajikan), daia no hana (black cat op), namidaboshi (black cat nye ed), shanghai honey (orange range), onegai senorita (orange range), blaze away (trax) dan ape2 lagu anime yang rancak.
10. at any time, kalau keadaan mengizinkan, buat2 borak kat tepon/antar sms

harharhar. bak kata shin-chan, "sungguh keji."

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Wednesday, December 28

Masuk ni dah kali ke-9 dah...

Winamp playin' Hollaback Girl by Gwen Stefani

super ka-wa-ii. heh ni cuma quote kata gwen dalam mv lagu ni.

berbalik kepda tajuk blog, ni dah the 9th time aku menaip dalam ni. kalau berjaya post ni bagus la :D

hari ni dah rabu. alhamdullillah tak de bala bencana yang berlaku kat tanah semenanjung ni sejak malam xmas eve sampai ke hari semalam. kalau bencana kat tempat lain tu aku tak bape sure la. kalau tak salah aku ade kot EQ kat jepon pada xmas eve.

kelmarin aku dapat meretrieve segala mak nenek dalam hd lama, dapat la menyelamatkan segala manga2 yang daku suka. yang pentingnye aku dapat mengupdate manga deathnote sampai episod 90! yatta! aku sangat gemar dengan manga dn ni, ni je satu2nye manga yang jalan cerita sungguh serius yang aku sungguh mengikut (battle royale pun kire la jugak, tapi tu kena tunggu harpic kasi pinjam). dah tu tersangat suka plak tu. tak sabar aku nak nengok di N ngan M (successor of L, harharhar LMN. karang N ngan M mati ade la pulak O ke, P ke, Q ke kan harharhar :P) tumpaskan si raito/light yagami.

speaking about light yagami ni, teringat pulak list watak jahat manga/anime yang menjadi fevret aku:
bleach: sousuke aizen, ichimaru gin
deathnote: yagami raito, mikami teru
naruto: uchiha itachi
MaR: phantom, ian
FmA: lust
heh tu je yang teringat pada taim ni. watak2 ni aku yakin takkan jadi baik (tatau la in te future camne kan), sebab tu la letak bawah kategori penjahat. kalau in the future depa jadi baik (eksep lust la, sah sah sebab FmA abih dah) kena la klua list.

oh semalam aku klua jenjalan ke kl sensorang. gi bank sebenanye, bukan la jalan2 sangat. gi amek security device. lepas tu gi times square lak. gi digi center, amek simcard baru. still guna lagi nombot yang lama tu. lepas tu ingat nak trus gi mcD (ngidam prosperity burger la pulak), sekali tersinggah kat bag sale. beli purse barang seketul n handbag utk ibu. saje la nak beli, tengah ade duit dalam simpanan ni. sekali cr card takleh pakai. nasib baik ade cash, kalau tak malu je. nape tah tak leh pakai cr card. biol la kad tu. lepas tu trus gi mcD. makan prosperity burger, trus balik sebab dah tak de bende lagi nak beli. nak beli hp plak, takut mmg kad rosak, trus hampa. kan tak beh kalu jadi gitu.

wokeh la. nak gi main masak2 pastu nak melipat kain pastu nak tido. malam ni kejeeee huh malas tul.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Sunday, December 25

Takde Mende Sebenanye...

Winamp playin' Because You're Beautiful by ShinNaGo

cuti panjang. sampai hari selasa. harharhar serondot. :P. bagi sesape yg cuti sampai hari senin je, terima aje lah. at least korang ade 15 hari cuti umum dalam setahun. btul dak?

cite pasal cuti hari natal ni, last week (hari ni dah kire week baru la ni) aku kena buat xmas carolling kat floor. tau2 je la, aku ni anti sikit kalau nak kena nyanyi lagu membesarkan ape yang orang agama lain sembah ni. dah tu kena pulak elok2 je aku cakap kat tpbj yg aku anti mendengar lagu2 kebesaran diorang ni, tetibe je la pulak aku kena join aktiviti ni. kalau tak sebab tpbj cuti dan amo team simpanan elektronik merayu2, takde la aku nak. bila pk balik, ni la jugak peluang aku membina fanbase untuk masuk pertandingan nyanyi2 tahun depan (heh heh heh). so aku masuk la jugak walau dalam hati Allah je tau betapa meluatnye aku.

masa prektis2 tu, mana2 ayat yang membesarkan orang yang diorang sembah tu aku istighfar banyak2. bukan la nak eksen iman aku kuat ke ape. sebab iman aku ni lemah la kena banyak2 istighfar. mana2 aku buleh sebut jadik lain tu aku sebut je lain. si charmaine amo kumpulan pelanggan baru (kbp) nengok aku lain macam. ye lah, dah dia agama tu, dengar aku nyanyi lain macam je, pastu ade part2 aku miming je pulak. harhar. seeekaaaaliiii dia suruh aku buat part solo pulak. 'sialan!' sebutku dalam hati. ikot saje lah. tamat je sesi latihan aku mengucap & istighfar banyak2.

sudah la pasal cite carolling ni. malas dah

oh. lupa. aku dah citer kan pasal henpon aku kena kidnap tu? hah alhamdulillah aku buleh dapat balik my old number FOC. memang syukur sangat lah. nanti selasa baru aku nak gi amek. kat times square. klua sensorang la nampaknye nanti sebab orang lain seme dah keje balik. nak klua ngan tpbj? usah nak harap. tu ah, nak ajak orang lain pun payoh. maklomlah henpon takde. ni dapat sim card pun, phone takde.

oh, ade lagi. las wik harpic kasi pinjam manga samurai champloo. beh!!!! dia kasik battle royale jugak, tapi tu biase je la. minggu ni pulak manga deathnote. ahahaha wendu gile aku nak membacanya. ape leh buat, semua manga tu ade dalam hd lama yang dah jahanam tu. sabar aje lah kan. tapi perasaan bila pegang manga sebenar dalam bentuk hardcopy, tak terbayang betapa besnye. muhahahah :D

eh dah citer ke pasal hana yori dango? heh dah tammat dah cite tu. seronot jugak nengok walaupon jalan cite ade sikit lain dari manga dia. dah tu dia tak meleret cam meteor garden. dah tu ending dia ade pulak tertulis 'see you again', yg mana big possibility ade 2nd part. harharhar :P serondotsss~!

dah.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Saturday, December 17

Kimochi Warui

Winamp playin' Mirai E by Kiroro

ah. tensi betul. henponku kena curik. camne ni. cam sial je sape yg curik tu. dah la curik kat surau. tak banyak orang plak tu. nasib baik la aku ni rabun sangat, kalau tak dah kena cam dah muka. cam sial. sebenanye sebelom kena curik tu ade terasa jugak macam tak sedap hati je, tapi tatau nape aku biar je. hmm dah takdir henpon tu dah nak kena curik. sib baik la aku ni tak pandai voodoo. kalau tak memang dah kena lah orang tu. grr. dah la baru tuka ringtone. sial je. dah la aku sorok baik punye. sib baik jugak henpon je yg ade taim tu. kalau purse? dah la duik ade banyak. in a way aku terasa kesal jugak la. kesian pulak orang yang curik tu. keje hsbc, tapi beli henpon pun tak mampu. main curik2 henpon orang pulak. kalau curik peralatan komputer tu lojik la jugak, sebab dah hdpm guna komputer hebat. hmm tak pe la. dah aku pon semenjak dua menjak ni terpk nak beli henpon baru je. mungkin dah tanda la tu. yg membuat aku lagi kimochi warui ni... tpbj yg tau dulu. siap la nanti dia ngumpat kat orang2 yg dia kenal pasal aku bodo sangat sampai henpon kena curik. heh mulut dia tu memang tak leh nak cakap mende elok2. dah tu orang pertama yg dia akan kepoh pasal mende ni ialah si hidung tinggi (boipren kejap2) dia tu. kena lagi bodo aku ngan depa. hah nak buat camne, memang dah bodo.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Thursday, December 8

Hairy Pothead & The Gobbler of Eire

Winamp playin' Hollaback Girl by Gwen Stefani

keciwa. tu perasaan aku lepas nengok cite harry potter and the goblet of fire ni semalam. nasib baik la tiket rm7 saje. hmmm camne ye nak cakap... memang condensed secondensed-condensednye. huhuhuhuhu. rating aku cuma 4/10 je. kenapa?

1. quidditch world cup. tak de langsung berlawan.
2. starting je, harry dah ade kat rumah ron.
3. scene dalam ketapi kejap sangat.
4. tak banyak scene draco... draco lagi kacak dari harry dlm cite ni.
5. rambut.. rambut ron + his tiwn bros. masa twins tu umor ron tak de pulak rambut panjang. uhuk.
6. scene dalam kelas sikit sangat. kelas moody je pulak tu yg ade.
7. scene krum bercakap sikit sangat - dalam the making macam yer yer je.. "i have to speak like a pure belgian belgian". or something like that. tapi... seciput je???
8. cedric mati tak tragic langsung
9. lepas cedric mati, tetibe je dah cuti. as in, "don't forget to write, okay?" -kejap sangat.
10. scene lepas yule ball tu kejap sangat. tetibe je hermione rambut serabut, marah2 kat ron.

aku rase karang dvd version mesti macam lotr punye lah, ade scene yg tak kluar wayang. kalau betul ade, maybe rating aku akan naik.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Sunday, December 4

Seminggu

Winamp playin' Wonderwall (Acoustic Live version) by Oasis

dah lama nak taip ni sebenanye, tapi nak cukupkan seminggu pengalaman jugak. heh pengalaman masuk keje kol 12 malam ni la. aku start masuk keje 12 tghmlm ni awal minggu ni la... saje je mgmt people fd ni gatal nak buat shif keje cam ni. konon sebabnye nak cater lagi banyak new people yg join fd nih. hampeh saje.

hari senin... untuk berjaga 9 jam starting 12 pm, perlulah aku sebelomnye itu mencukupkan tido sepanjang hari, tapi asek terganggu juga tidurku. malam itu mercedesku (pikap van aku la) sampai kol 10:45 pm, pastu trus jalan. sampai opis dalm 11:30 pm. nengok kat cafe ade bubur nasi, macam menarik. tapi takde la aku makan tu sebab dah makan banyak kat rumah. pastu masuk keje, buat keje cam biasa la. cuma this time aku la yang nak kena check queue sebab partner aku si pendek tu masuk kol 1 pagi. sampai 1hr break kol 4:00 pg aku buleh bertahan lagik (maklomlah dah biasa b4 ni lepas solat subuh baru tido). makan yee mee goreng ngan tulur mata, buleh tahan jugak. dah bila 6:30 pagi tu, turun surau solat subuh... lepas tu dah start la badan aku lemah. ngantuk. semua la yang berkaitan tu ade.. kol 9 balik, tak leh nak tahan dari menguap. dah la balik ngan TPBS, lagi la kena berjaga. sampai amp point kol 10, amp point baru bukak.. beli la sausage muffin (breakfast set) mcD untuk adek2 yg berada di rumah jua. sampai rumah, layan muffin, online jap cek2 emel + dunlut, tido. tak de la bape lena sangat sebab macam belom biasa lagik. kol 4 ptg bgn untuk solat zohor + asar, sambung tido, bgn balik kol 8.

kire selasa lagi la ni. lpas solat maghrib + isyak, makan malam + layan cite super rookie kat tv (yay!! dpt tgk!!). pastu baru gosok tudung (pakai baju xyah gosok le, malas), mandi, siap2 gi keje. sampai pikap poin ujan lebat. duduk la dalam kete sampai 10:45 pm. sekali mercedes sampai kol 11:00 pm. penat gak tunggu, tapi sampai opis awal cam the day before la. masuk keje, buat keje cam biasa, break 1hr kol 5:00 pg lak. mkn, pastu gi solat subuh trus. by 7:00 am badan lesu balik, tapi tak macam the day before la. balik keje, beli bandito untuk imoto-tachi, sampai rumah makan bandito, online jap, tido. lena skit dari semalam la.

rabu: sama cam semalam prosesnye. tapi badan dah buleh adapt la ngan taim keje. tapi belom bleh nak gi nengok wayang lepas keje sebab cam rase balik keje still blom buleh nak berjaga lama. terasa pelik jugak, kalau balik kol 1 tu buleh lak bertahan sampai kol 7 pagi. tido memang dah tak terganggu dah le... tapi still kena bangun gak kat tgh2 sebab nak solat zohor + asar. oh, lupa lak. aku juga dah membawa mp3 player ku secara terang-terangan ke floor. heh bukannye seperti takleh bawak b4 ni, tapi disebabkan mp3player ku mempunyai fungsi seperti pen drive juga, jadi aku tak berapa berani la. kot la kena tuduh curik data pulak kan.

kamis: aha... buleh pakai jeans ke opis pada ini malam. seronot juga dapat pakai jins ke opis 2x seminggu, bimakna jimat la baju kurung aku (ghau ghau ghau ghau ghau). sampai ke pikap poin awal malam itu, jadik aku pun memberanikan diri berjalan sampai ke bahagian tengah ampang point itu (bukan shopping mall aa.. by dat taim dah tutup dah pun). wahhh kenny rogers bukak lagik! dan juga sushi king! tapi las las aku ke secret recipe sebab tetibe rase nak makan kek. belilah kek chocolate indulgence barang seketol. sempat jugak aku bertanya, bukak sampai kol bape ni kan. dia cakap sampai kol 11. ahahaha :P tak de la lepas ni aku layan mamak tepi jalan tu je. bosan ah balik2 makan roti tulur. kek yang ditapau itu dimakan di opis sebelom masuk keje. emmm shedapppp :P masuk keje cam biasa, cam dua hari sebelom ni jugak prosesnye. balik, beli mini magnum + mini hazelnut + seaweed. sekali sampai rumah sorang pun tarak. balik kampung rupenye. makan eskrem, tido.

jumaat: datang opis. buat keje (tapi ade sikit malas), kol 9 yus datang, kitorang jalan ke pc fair. heh hari ni la buleh nak testing sampai kol bape aku bleh stay up. duk kat pc fair agak lama jugak, ade la sampai rm9.50 kena bayar for parking. kat sana beli pen drive for yuswani & pc for meself. balik rumah, tgh jalan tu weng kejap. sampai rumah, transfer black cat ke dalam pen drive yuswani, dan beberapa mp3, dan lepas yuswani balik aku solat zohor dan tido. taim pejam mata tu ade la dalam kol 3:45 pm. jadi kire percubaan aku berjaya la jugak. cuma tam tido tu memang tak ingat dunia langsung.

so sekarang ni aku punye body dah buleh nak adapt taim yang gilo ni. cuma dah rase tak beh la kena tido waktu petang. klau pagi beh je. muhahahah :P pastu aku punye rph agak naik juga di waktu keje taim gilo ni, yg mana sangatlah terasa behnye. maklomlah kurang unsur2 luar seperti inche mongryong (yang aku dapat jumpa taim masuk floor saje sebelom masuk keje) dan juga friday highlights, dan juga sudden group meeting. pastu result negatif yang lain, bilik aku yg dulu macam tongkang pecah, laa ni macam kena langgar dek katrina. mmg tak de inisiatif nak kemas bilik langsung.

sekian.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy