Tuesday, October 30

Update Ntah Pape


Winamp playin' Zen Me Ban by S.H.E

Hmm... daripada mengupdate blog ni dengan mende2 yang aku sendiri pun malas nak baca, baik aku update merapu2. kan kan kan muhahahaha :P

mulai hari ni... well, isnin actually :P my shift dah tukau jadik 4pm-1am. sempena berakhirnye daylight savings di negara penjajah. jadi dengan itu, sampai ke rumah dalam kul 2 pagi. kalau tak nak terlepas solat subuh, berjagalah daku sampai subuh. dah tu lepas solat subuh bukannye tido terus, lagi2 kalau pc/leptop ni tak ditutup sebelom solat subuh.

sebenarnye pada waktu menaip blog ni, aku tengah load citer jepon bertajuk 'Kuitan', yang membawa maksud 'detektif yang asyik makan'. bila dah abih load nanti (load kat crunchyroll), buleh la aku tonton sambil melipat kain, dah alang2 nak berjaga sampai subuh kan.

perihal status mengejas template ni pulak, nanti aku nak letak links ke webbie yang daku suka singgah. mmg la senang je kalau nak letak blogroll punye link yang daku pakai dulu, tapi karang takut ntah ape2 pop-up pulak yang keluar (macam sebelom ni la).

emm kalau ikutkan hati nak je buat review cite 'King and the Clown' dan 'My Tutor Friend' yang daku tuntun semalam (dan juga review hanakimi versi taiwan vs. jepon, dan juga oh soo jung)... tapi tu maybe lah masa rajin kang.

emm ok leh dah abih load dah cite kuitan nih. nanti rajin2 update lagik. bersama ini saya sertakan MV Koda Kumi - Last Angel (ft THSK) (subbed). Enjoy.

[edited 11-Nov-2007]

Oleh kerana link ke vid di atas telah diremoved, bersama ini saya sertakan vid lagu kegemaran saya yang dinyanyikan oleh orang lain.



ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Saturday, October 27

Dah Tukau Template.

If that's not obvious, I don't know what is.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Tuesday, October 23

Hasrat Tertangguh.

In the mood for Lies by Big Bang.

Dah seminggu lebih dah aku menangguhkan hajat nak mengupdate, baru sekarang la ade masa. Well, semalam lagi sebenarnye. Emm, buleh jugak sebenarnye nak mengupdate masa weekends, tapi oleh kerana agak busy sket membuat kerja2 suri rumah n menuntun anime, so kire tak de masa la.

Memula sekali,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Di sini saya ingin meminta maaf di atas segala yang kurang dan kureng, dan juga yang terlebih dan overrrss.

Cakap pasal mintak maaf ni, dah masuk 2 bulan syawal aku membinchi itu budak. Susah nak maafkan orang kalau dah terlalu binchi sampai over the max (camne tu? kire kalau dalam graf garisan, garisan dia mencacak keluar dari border menuju ke infiniti. camtu la).

Cite tak beh pulak:
1/ Baghal depan aku core leave, masa tu la nak banyak masalah, system problem lah, salah data feed lah, trainer n sitikus cuti lah, tak de point of referral lah, macam2 ada.

2/ Sebelom raye, my brader gatai nak main langgar bontot merc pulak. Termasuk dalam pakej melanggar divider jalan sampai keluar airbag. So aku takde means of transport dah! (Sorry aa Faa, Fadie... aku takleh nak join korang kluar dah unless kalau sanggup kutip dari rumah. Harharhar)

3/ "Berjodoh" dengan sibuntut ni ke mana saja daku berada. Balik2 nampak muka dia yang sungguh tepung itu.

4/ PC kat rumah tu dah takleh nak masuk windows langsung (dulu still buleh walaupun ade problem big time). Abih segala resume dalam tu. Dah kena buat baru. Ntah bila tatau la.

5/ Sandal SRLee kesayangan aku ranap kat tapak. Tak dapat diselamatkan lagi.

6/ Si Hitam kencing atas katil aku, sampai sekarang ade lagi bekas, cuci la bape kali pun.

7/ Keje suri rumah aku soranggggg je buat (tolak masak dan basuh kain. Kire hidang (taim wiken), siap meja (taim wiken), kemas meja, basuh pinggan, sidai kain, angkat kain, lipat kain, gosok kain aku yang buat. Kadang masak (taim wiken) pun aku jugak).

Okeh malas dah nak pikir balik ape lagi yang tak beh. Yang beh pulak:

1/ Mimpi Sano. Hahahaha!!

2/ Mimpi in love. HAHAHAHA!!

3/ Turun 1 kg masa bulan pose. OK la tu dari tak de langsung.

4/ Lagi 1 hari je nak abih puasa enam, and tambah 1 hari nak ganti pose. Yay!

5/ Buleh minum soya balik! Yay!

6/ Sibuntut nak brenti keje sini dah. Yay!

7/ Berjaya figure out the rough idea camne nak buat keje si baghal tu. So kire next time aku buleh la buat sikit2 sampai betul2 pandai.

8/ Berjaya nengok dedua version HanaKimi and liking them a lot!

9/ Lovely Complex dah abih and I'm liking it!

Ade lagi... tapi MSG dah take full effect kat kepala ni.. sudah fenin daa.. So, might update summore tomorrow.

Oh, b4 I 4got, I'm thinking of changing the blog name in the near future, and the layout too. Just... FYI.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Friday, October 5

Gempar

In the mood for Irony by Wonder Girls

Aku baru je tido for one whole hour when I heard kekecohan outside my house.. Memula dalam keadaan separuh sedar aku pun tensi la sebab baru tido kejap je, kat luar gelap lagi. lepas tu kecoh makin kuat. Aku pun cuak giler la... ingat ade earthquake ke ape. Dalam keadaan masih berbaring aku try la rase ade gegar ke ape... macam takde. Kipas pun tak senget2. Tapi kat luar still bising. Lepas tu aku terdengar mak aku menanye soklan kepada orang yang kat luar (dari balcony, luar bilikku), 'Dia masuk kat mana pulak tu?' Aku pun heran ah. Ape kaitan ayat di atas ngan earthquake? Lepas tu aku terdengar pintu+gril depan dibukak, mak aku kluar le kot. Aku bangun dari baring n kluar ke balcony. Nengok ade la dalam 20-30 orang kat luar tu. Tanye abohku, ape hal sebenarnye? Abohku pun tak tau. Then mak aku balik, cakap rupenye rumah jiran aku kena ceroboh. Hmm. In a way aku terasa lega la sebab bukan earthquake. Tapi cuak pulak pencurik tu lari ke mana, jangan masuk rumahku masa aku tengah tido sudah.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Monday, October 1

toothpaste for dinner
toothpastefordinner.com

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy