Thursday, August 31

49 Years of Malaysia's Independence

In the mood for nothingness (again)



to my fellow malaysians, selamat menyambut hari kemerdekaan malaysia yang ke-49.

tapi aku ari ni tak de la gembira sangat. sebabnye.. adekku eksiden tghari semalam. kena langgar dek foreigner yang bangsat kat upm, langgar lari tu. sedih aku tak dapat nak pegi nengok adekku di pusat perubatan upm. sebabnye: 1. ibu tak kasi pegi nengok, dia suh pegi keje jugak walaupun aku nak gi nengok. 2. aku tak de contact number of any of the members of my new team (except for haida yg sama2 baru masuk dept tu, and she's fresh from induction), so aku susah sangat nak mintak half day pun. 3. ade gak terpk nak mintak tolong yus antarkan gi tpt tu, but then to get to the office would take a lotta time, and yg lagi bangsatnye aku takut nak drive sampai ke sana all by meself, partially sbb aku mmg pengecut and the other is aku takut gabra sebab risau sangat kat adekku itu. takut kang aku pulak yg jadik eksiden. ih mintak dijauhkan..

tapi alhamdulillah la, adekku itu selamat. cuma muka dah cacat sikit la, calar balar sini sana. ibu cakap tadi ade la kena jahit. aku balik keje tadi nampak la bandage kat sekitar dagu dan mulut. tangan ade cedera sikit, kaki ok. cerita pasal motor dia pulak, ranap sikit la bahagian depan tu. isk dah la belum habis bayar. tapi terbayang la jugak, kalau motor (skuter to be more precise) tu jatuh & kena kaki dia, mau kena pakai tongkat tu adekku itu.

tu je lah. bukan la bermaksud nak turn off kegembiraan menyambut merdeka (and public holiday for all malaysian workers + students), sekadar nak meluahkan rasa hati.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Monday, August 14

[Untitled]

In the mood for Daite Senorita by YamaP

hmmm...lama giler tak menaip. seperti biase, idea banyak sebenanye. tapi malas nak taip. dah tu bila dah sampai masa rajin menaip, idea pulak ilang. idea yg disimpan pulak dah rase cam dah basi. so.. itu lah.

nak update sikit pasal my life skrg ni.

1. baru je abih nengok cite my girl (sbs korea) semalam. seronots jugak dah abih nengok. and seronots jugak citer dia ni. jalan cerita mmg fresh la. lain dari biasa. tapi certain parts (e.g. bg musics & buildings) cam citer chunhyang. bila nengok dia punye production, oh, direktor yg sama ngan citer chunhyang rupenye. patot la ade cameo chunhyang ngan mongryong at the end of the final episode. pastu masa memula nengok seol gong chan (lee dong wook) tu, terasa cam penah nengok dia kat mana2. pastu terasa macam dia ni from boyband mana2 gaks. serupa juga ngan si seo jung woo (lee jun ki). tapi si jung woo ni lebih nampak boyband la dari gong chan. sebab rambut kot. dah nak abih citer baru la tau si dong wook ni belakon citer reobing yu bersama yujin dan park yong ha. jadi si adik. tapi tak bape cam sangat sebab dalam reobing yu tu muka dia tembam dan rambut dia kaler karat. dalam my girl ni rambut dia kemas & kaler itam & slim (& kwiupdda!), so lamabat la nak register dalam kepala otak ni. pastu lepas nengok gambar fahrin ahmad kat dlm paper hari ahad, baru la tercantum puzzle tu. muhahahaha! memang sebijon! tapi gong chan lagi kacak + kiut la. fahrin tu.. buleh la nak kate lebih manly. lee jun ki ni pulak aku rase nengok loveletter awal2 dulu kot. aku tak minat menengok dia taim tu sebab nama dah dekat2 ngan lee seung gi. hmm ape lagi? dah la pasal my girl ni.

2. sekarang dl cite kurosagi sebab nak burn. bukannye tak leh nak copy dr laptop chia, tapi dia kate dah kena serang ngan virus kurosagi. camno tu. nak tanak kena la dl balik. maklomlah tak de kemudahan infrared kat pc ni. kalau ade baguih la noo.

3. dalam pada itu dl jugak citer successful story of a bright girl. ala citer jang nara yg penah klua kat tv dulu. cite ni memang dah lama aku mencarik. so dl je la. n burn.

4. anime.. anime terbaru latest aku nengok.. ouran la. tak de anime baru yg lain. lepas ni ingat nak dl the law of ueki lepas abih dl ouran 1-13. torrent dah jumpa. tunggu abih dl semua successful story dulu.

5. nengok balik yamapi nyanyi daite senorita, pastu mic jatuh. kontrol.. muahahah :P comel la yamapi. pastu teringat pulak aku penah kasi bebdak 3 org kat opis tu dengar lagu tu, pastu on the last day last week aku buat gaya part korus. muahahaha sibbaik mangkuk tu tak de.

6. sebut pasal last day of last week, aku sekarang ni tengah core leave. sudden core leave la. kalau tak minggu depan aku core leave ni. sebab? alhamdulillah, dapat tuka ke global markets recon. jadi oleh kerana masa training tak leh amek leave, aku kena amek la core leave ni sekarang. cuti yg lebih tu karang burn la. tapi nengok la nanti kot la buleh apply cuti raya. muhahahah :P tapi yg tak beh nye aku rase mangkuk tu pun nak accept jugak. hai, kena sama ngan mangkuk tu lagi. terpaksa la terima hakikat. i wont let her do what she did to me when i was in the same team with her last time.

7. sebut pasal global market pulak, hmm.. nanti kena fly nih. passport? yargh! ayah kate kena ade surat tunjuk so that passport buleh siap cepat. camno ni. nanti sat2 gi tanye orang lain la.

8. aiseh. dah tak de idea. tu je la for now.

selamat menyambut hari kemerdekaan malaysia yang ke-49.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Sunday, July 23

joou no kyoushitsu

In the mood for Sakura KISS

hmm sebenarnye tengah tensi ni… koneksi strimiks cam tahi. tensi yang teramats. yargh!!!! namun begitu dapat la jugak aku menaip entry ni… dah lama nak taip entry cam ni sebenanye, sejak dari abisnye anime yakitate japan ngan karin, sampai la pasal anime ouran koukou hosto bu (ouran high school host club) yang aku tgh ikut ni. tapi, tu lah, malas punye pasal tak de la entry pasal tu.

wokeh, back to the main topic. joou no kyoushitsu (the queen’s classroom atau dalam bm ‘kelas si permaisuri’) ni citer dorama jepun bergenre misteri. apsal dia letak bawah genre misteri je pon aku tatau. memula tak de la aku nak nengok cite ni sangat, just because aku baru je abih nengok citer kimi wo petto ngan citer kurosagi, pastu kat d-addicts citer ni tengah jadi drama of the week. so main download je la. alih2 lekat.

citer ini mengisahkan segerombolan bebdak derajah enam yang terpaksa berhadapan dengan sorang cikgu yang kijam (akuma sensei, atau devilish teacher) dalam jangka masa satu tahun. ade 11 episod + 2 special episodes kesemuanya.

dalam 11 episod asal tu, bebdak kelas derajah 6-3 dalam sebuah skolah yang aku tatau nama dia terpaksa berhadapan dengan cikgu akutsu maya yang sungguh strict dan kadangkala sungguh kijam. hari pertama persekolahan je, dia dah buat test, pastu atur kedudukan kelas ikut markah test. the 2 best students get all the privileges, as in buleh cakap ngan cikgu maya luar kelas, pakai locker yang ade dalam kelas, tak payah pegi assembly tiap2 hari isnin etc. manakala the 2 worst students kena jadi class rep, dah tu kena buat semua chores, orang lain tak buleh tolong. taim kelas sesape pun tak leh gi toilet langsung.

lalu di sini wujudlah dua antagonis pada awal2 episod 1, dan tambah lagi sorang pada penghujung episod. dua antagonis pertama, kazumi ngan yuusuke ni the first people yang jadi class rep. sebabnye si yuusuke tak menjawab test tu betul2, dan kazumi ni dapat markah kosong sebab tak leh nak jawab test sebab pensel semua tak leh guna lepas tu cam kalut, tak reti nak cakap kat cikgu maya tu dia nak pinjam pensel ke ape (maklomlah aura cikgu maya tu pun dah menakutkan, mana nak berani). dapat je title class rep, trus dah kena buat chores. bila dah kena buat chores yang tak beh tu berdua je ngan yuusuke yang dia tak bape suka tu, dia pun berusaha la nak score dalam next test.

bila sampai next test, dia kalut sangat sampai lupa nak gi toilet before start kelas. dah tu bila dah sampai masa nak jawab test, mula la perut meragam. dia cakap kat cikgu, nak gi toilet. tak tahan sangat dah. cikgu pun cakap, ok, tapi tak buleh sambung balik test. horror sekejap. dan antagonis ketiga, hikaru pun muncul. dia mintak cikgu kasi kazumi pegi jugak toilet. cikgu tanye balik, awak pasti ke kazumi takkan menipu, hikaru jawab, cikgu pun tau kazumi tu camne, dia takkan tipu punye. so cikgu pun cakap, ok, awak teman kazumi gi toilet, tapi awak tak boleh sambung balik test. hikaru pun jawab, tak de masalah. lepas hikaru ngan kazumi kluar, cikgu maya nengok kertas test hikaru, jawapan semua betul.

bila dah taim kasi result kedua, cikgu maya pun cakap, class rep bukan lagi orang yang dapat worst results, tapi orang yang melawan cikgu. haha dari sini mula la jalan citer yang membuatkan aku tak leh berenti nengok sampai abis semua 11 episod. sepanjang perjalanan citer ni banyak la kisah teladan dan babak yang menyayat hati, eventhough cara yang cikgu maya guna tu sungguh devilish. bila dah nak abih je cite ni, memang tak leh nak tahan air mata nengok camne bebdak ni jadi sangat suka kat cikgu ni, baru diorang sedar apa yang cikgu lakukan selama ini.

cerite ni sesuai la untuk mereka2 yang suka nengok cite pasal cikgu2 yang berusaha mendidik anak murid dia dengan cara tersendiri, dan sungguh taking care, seperti citer gto, gakko no sensei, gokusen, naomi dsb. tapi cite ni tak kelakar cam citer cikgu2 yang lain. banyak main ngan emosi, and very good at it. sampai ade kat one part tu rasa benci sangat kat cikgu maya ni. tak heran lah watak dia ni buleh dapat award.

dah. tatau nak nengok cite ape pulak lepas ni. bosan bangat. kasi sajesyen sket.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Saturday, July 15

Konsert Lubang Sinki: Rasa Sayang Live (1/2) in Malaysia

In the mood for Rising Sun by Dong Bang Shin Ki



baru je balik dari konsert TVfXQ: Rising Sun Live in Malaysia. heh seronots gak nengok konsert bebdak korea ni. maklomlah tak penah gi nengok konsert mana2. jadi rasa a bit teruja walaupon at the beginning macam malas nak gi.

konsert start 20:30 hrs walaupun kat tiket tulis 20:00 hrs. masa tunggu tu punye la tensi, sebab dah masuk hall sebelom 19:30 hrs lagik. penat tau duduk je statik cam tu. nak bangun berjalan2, seat kat tengah pulak. payah nak klua masuk.

bila 20:30 hrs je, lampu tutup. montaj. baru bebdak dbsk masuk stage. dari atas. start2 je lagu yg aku familiar, tapi tatau tajuk. ahahaha macam tak caye je nengok diorang ni, live in person. si jaejoong muka kacak dah, sebab rambut dah pendek. kurang feminin, tapi still bishounen. yunho lak muka dia nampak kurus, tak chubby dah. changmin.. changmin comel! macam takuya, sebijik! cuma versi tinggi la. micky lak, rambut dia sungguh serabai. cia cakap macam momo dalam cite kimi wo petto. xiah, rambut dia buat dia nampak cam kepala bulat. all in all ok la appearance diorang. dah tu sepanjang konsert tak de pulak pakai baju mengarut2 kecuali si micky dalam lagu rising sun.

start konsert, semua lagu yg senang nyanyi dan tak banyak gerak. ok ah. tapi a bit kechiwa. sebab sebelom ni nengok konsert shinhwa & HOT (x live la) dia selang seli. dah lama sikit, baru la lagu tri-angle, tu pon miming. pastu dua lagu aku tak kenal. pastu lagu x banyak gerak lagi, baru cakap2, lagu x banyak gerak lagi. then... jejeng. super junior! seronots tul bila SJ masuk, macam beriye2 enjoying the perf eventho miming. start ngan lagu knockout. ahaaa suka sukaa. pastu sesi bercakap2. pastu sambung lagi perf. pastu dbsk masuk balik. nyanyi lagu tak gerak banyak. then.. lagu the way u are. seronots balik! hahaha :P montaj jap, lagu rasa sayang. eh.. rising sun la. seronots gak sebab 1st time nengok jaejoong nari lagu ni. dah tu ade cakap2 lagi, pastu lagu my little princess, pastu lagu dbsk+SJ, and abis.

masa lagu ape tah.. whatever they say kot, bebdak dbsk ni gi kat stage depan, pastu kena angkat tinggi. huhu gayat aku nengok. tapi cool je xiah ngan micky, siap lambai2. haha at least dapat nengok muka diorang dari dekat.

secara keseluruhan, ok gak la. cuma sikit tak pueh hati: 1. tak de solo perf cam shinhwa + HOT, 2. tak de lagu hi ya ya. hmm ade lagi tapi lupa.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Friday, July 14

Lanun-lanun Caribbean – Harta Lelaki Mati

Winamp playin' Nitro by UVERworld

... Ke Dada Lelaki Mati? **snickers**

Dah nengok citer pirates of the Caribbean – dead man’s chest. Chem and me are among the first Malaysians yg nengok citer ni. Maklomlah balik kije kol 10 je trus gi KLCC, dapat show pukul 10.45 am. Muhahahaha :P

Citer dia ok gaks la. Sungguh beh menengok aksi kelakar kapten jack sparrow. Chem kata aksi depp tu mengingatkan dia pada akira dalam cite nobuta wo produce. Mmg tak syak lagi lebih kurang cam tu la, taim jalan terhoyong-hayang tu. Tapi macam plot dia ade kureng sket la, sebab aku buleh hampir2 nak terlelap kat beberapa part tertentu. Orlando bloom seperti biasa kacak laa dalam cite tu. Kiera knightly ade kat part2 tertentu muka dia jadik lain giler.

Jalan cerita? Takkan nak citer kat sini kot. Karang tak beh pulak rasa :P tapi ok la kalau nak gi nengok 2nd time, based on the funny scenes yang memang buat orang tak kering gusi. Ah, and also, tak yah la tunggu sampai abih credit. Tak penting pun sebab tak de kaitan pun dengan 3rd movie. Kalau tak caye tunggu je la.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Sunday, June 25

ENDLESS STORY...

In the mood for ENDLESS STORY by Yuna Ito

ENDLESS STORY
by REIRA starring YUNA ITO
Lyrics: Dawn Thomas
Music: Dawn Thomas

If you haven't changed your mind
soba ni ite hoshii yo Tonight
tsuyogaru koto ni tsukareta no
osanasugita no Everytime I think about you baby
ima nara ieru I miss you
It's so hard to say I'm sorry

* tatoeba dareka no tame ja naku anata no tame ni
utaitai kono uta wo
owaranai story tsudzuku kono kagayaki ni
Always tsutaetai zutto eien ni

Memories of our time together
kesanaide kono mama don't go away
atatakaku tokedashite tashikameru no
yasashisa no shizuku kono mune ni hirogatteku
setsunai hodo ni I'm missin' you
kasaneta te hanasanaide

tatoeba kanau nara mou ichido anata no tame ni
utaitai kono uta wo
owaranai story taema nai itoshisa de
tell me why oshiete yo zutto eien ni

* repeat


********** translation **********

If you haven't changed your mind
I want you to be by my side Tonight
I was tired of acting strong
I was too young Everytime I think about you baby
Now I can tell you that I miss you
It's so hard to say I'm sorry

For instance, I want to sing this song
not for someone else, but for you
The endless story continues into this radiance
I always want to tell you always, forever

Memories of our time together
don't disappear, they stay like this, they don't go away
Beginning to melt warmly & make certain,
the drops of kindness spread on my chest
I'm missin' you so much that I'm sad
Don't let go of my hand upon yours

For instance, if the wish comes true,
I want to sing this song for you again
The endless story with an endless love
tell me why tell me always & forever


ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Monday, June 19

Cara nak carik arah kiblat menggunakan Google Earth®

1.cari rumah anda



2.cari surau/masjid berhampiran rumah anda



3.‘print screen’ dan paste ke Microsoft Word®

4.buat satu garis selari dengan sisi surau/masjid



5.drag/copy garis selari dan tindih ke atas rumah anda



lepas tu print gambar rumah anda yang ade garisan selari tu, letak kat lantai biar sama posisi ngan rumah live size, letak sejadah, and wallah! Dapat lah arah kiblat yang betul. Provided that you’ve already know arah kiblat surau/masjid kat tempat anda lah.

Panduan ni sesuai untuk mereka2 yang baru berpindah. Dalam pada nak menentukan arah kiblat kat surau/masjid tu (kena la pergi kat surau/masjid tu kan), buleh la bersuai kenal dengan penduduk sekitar. Heh heh sekian saje.




ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Wednesday, June 14

Lagi 3 Hari...

Death Note - The Movie


ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Saturday, June 10

Rude

In the mood for Ouran High School Host Club

when somebody's eating something that does not suit your nose, the best things you can do are (in no ranking order)
1. move to other place. silently.
2. ask the person to move. courteously.
3. bear with it. then talk behind that person's back after he/she leaves.

NOT

simply say that the food that person's eating smells bad - loudly, without telling that person personally - and while doing so, hoping that person would leave and eat at another place quite far from you.

sorry, but i did not get your drift when you say loudly to your wife that the paramesan cheese i was eating with my lasagna smells like some kind of vomit. it's the food court; i also have the right to be there, like you and your family. but having the right to be there does not mean having the right to kutuk belakang2 in front of me (get it?).

you see, if you do ask me to sit a bit far from your family as my food smells bad, maybe i might consider it. maklomlah, as the saying goes, 'respect thy neighbors'. i'm quite a considerate person what. and i respect people if they respect me.

you don't have to be rude to have things go your way.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Friday, June 9

Stressed Out

In the mood for Outgrow ~ Ready Butterfly ~ by BoA

agak lama jugak la tak rase stressed out gilo cam ni. rase macam tetibe je tanak buat keje dengan bersungguh2 sebab tekanan kuat giler. dari MO pulak tu. dah la tak buleh nak cuti langsung. dah tu bulan lepas sehari pun aku takde amek cuti other than bank holiday. tu pun dah ura2 nak datang gak opis ari tu. tensi gile babeng.

semua pun nak kasi stress kat aku. ye lah, semenjak si cili tu amek alih tugas smoger yang kini berada di india tu, tak sudah2 dia nak kasi stress kat aku. aku tak tau la kenapa orang bengap tahap melampau ni buleh jadi AMO. dah bape kali nak cakap, queue aku tu tak pe kalau tak sampai SLA. dia nak tekan jugak, suruh jugak aku sorang2 buat keje yang sepatutnye 4 orang buat. nak suruh abis jugak. dia tak perasan tu aku takleh nak amek cuti langsung. mana taknye, dah la kena siapkan keje tu sensorang, nak kena buat training lagi kat budak rambut sebelah (kaler lain) tu. dah tu kena lagi buat keje2 misc yang si cili tu macam tak reti2 nak buat sendiri. dah tu nak kena layan pulak dua budak bintang cancer yang sangat suka la bercakap, sampai tak sedar diorang sebenanye menselow kan aku. nasib la sorang bukan AMO, buleh aku skip2 mana2 part yang tak perlu aku dengar & concentrate pada yang perlu je. tapi si cili tu kejap2 nak buat briefing lah, itu lah, ini lah. mencurik masa berharga aku.

dah tu, semua nak kena ikut style dia. semua orang kena pegi break kol 5. wajib. ha. bagus. karang queue aku tak siap ko jawab la. dia ni tak sedar aku dah bape lama korbankan 1 hr break aku, nearly everyday sebelom perintah wajib break, nak siapkan queue aku yang makin lama makin berlambak tatau bila la nak abih (remember, i'm doing 4 person's work here, including training). ikut hati nak claim je OT. tapi aku buat la cara bijak. pegi la banyak short break. kalau terlebih hari ni, esok punye kurangkan lah. hey, my time mgmt is good ok. aku bukan cam beberapa orang tu, break 1 jam dia jadikan 1 jam 10 minit, break 15 minit jadikan 30 minit. ingat hebat sangat la tu. sibbaik queue tak tinggi. kalau queue tinggi cam aku, tak halal aa duit dia dapat for that wasted time.

yang buat aku stressed out maximum hari ni ialah tetibe je MO aku sibuk2, ade item minggu lepas tak selesai. well HELL-O!? remember? i'm doing 4 person's work here, including training. how can you be soooooo unconsiderate to tell me to complete ALL last week's item (about 100++) in just 7 hr and 30 mins? and tu aku tak tolak training time lagik (emm, i MUST do this training sebab melibatkan proses mengurangkan tensi aku nak menyelesaikan queue tu sensorang). terasa nak menangis je tadi bila cakap aku tak leh nak apply leave sekali pun selagi training budak rambut sebelah ngan budak kat india tu tak selesai.

hmm tak pe lah. tak dapat amek cuti pun takpe. nanti aku nak kumpul cuti aku, kasi cuti panjang. pastu aku nak plan baaaikk punya getaway. cuti core leave lama skit. biar korang pulak stressed out.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Tuesday, June 6

06/06/06

In the mood for Outgrow ~ Ready Butterfly ~ by BoA (hehe sibbaik ade orang perasan... malu gue deh!)

what happened on your 06:06:06 06/06/06?

mine?

the same as what happened on my 01:02:03 04/05/06.






nothing.


ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Friday, June 2

Insof

forwarded from my dearest cousin faiez


Siapa Paling RUGI???


(selamat membayar cukai..he he he)


Satu hari adik korang yg sekolah tadika cakap:
"Bang2..saya telah rugi?"


Tentu korang boleh imagine berapakah kadar kerugian adik korangkan?
-10 sen?
-100 sen?
-1000 sen?


Tapi kalau bapak korang pulak cakap:
"Wahai anakku, bapakmu telah rugi?"


Tentu korang boleh imagine berapakah kadar kerugian bapak korangkan?
-1 ribu?
-10 ribu?
-100 ribu?


Dan macamana pulak kalau majikan korang pulak cakap:


"Wahai para pekerjaku, boss telah rugi?"
Tentu korang boleh imagine berapakah kadar kerugian boss korangkan?
-1 juta?
-10 juta?
-100 juta?


Apatah lagi kalau Kerajaan kita Pak Lah pulak cakap


"Wahai rakyakku sekalian, Negara kita Malaysia telah rugi?"
Tentu korang boleh imagine berapakah kadar kerugian kerajaan kitakan?
1 bilion?
10 bilon?
100 bilon?


Dan, cuba tuan2 dan puan yg aku muliakan, fikir dengan kepala hotak kita,
Bila Raja segala manusia, Allah berfirman (cakap):


"SEMUA MANUSIA DALAM KERUGIAN!"


boleh korang imagine berapakah kadar kerugian itu?
Rugi di akhirat,: dunia dan seisi-isinya pun tak boleh nak
nilai?Nauzubillah!


KENAPA MANUSIA RUGI?
Kerana Harta?
Kerana bisness..?
Kerana membayar cukai kepada LHDN?
Kerana terlepas tengok siaran langsung piala dunia?
Kerana tak update isu2 semasa?


Jawapan: KERANA ?MASA! ? MASA!
Semua org ada masa kecuali mayat?.


Jadi untuk mengelakkan diri kita yg kita sayangi ini, hendaklah korang dan
aku membayar zakat masa kepada ugama sebelum 'jasad mu yang hangat menjadi mayat sejuk?"


BAGAIMANA NAK BAYAR ZAKAT MASA?


Mamat kata: eh?, aku tak pernah dengarpun ada zakat masa, yg aku tahu.
zakat fitrah, zakat harta, zakat emas perak adaler?


Aku kata: kalau engkau tak pernah dengar, jadi salah ke apa yag aku cakap?
Pergilah belajar? PESAN KAT AKU SENDIRI NIH!


Untuk belajar cara2 membayar zakat masa, mari kita tengok dan renung betul2 tentang rukun islam?


Mari kita belajar secara songsang..


Nota: aku bukan nak ajar ugama yg songang, aku nak ajak korang mengira
secara songsang, aku rasa cara cam gini lebih mudah di fahami tentang zakat masa..kot..insyaAllah?(Allah bagi Faham.)


-Setiap ummat islam wajib bagi masa pada Allah sekali seumur hidup selama beberapa masa untuk menunaikan fardu Haji (rujuk Lembaga Tabung Hají)


- Setiap ummat islam wajib bayar zakat dalam tempoh masa setahun cari
pendapatan, sila rujuk Jabatan Ugama Islam yg berhampiran?


-Setiap ummat islam wajib bagi masa pada Allah untuk berpuasa dalam tempoh
masa di antara terbit matahari sehingga tenggelam matahari sebulan setiap
tahun?


-Setiap ummat islam wajib sembahyang lima waktu setiap hari dalam jangka
masa yg telah di tetapkan..


-Dan setiap ummat islam wajib menunaikan hak kalimah 'Tauyibah' setiap masa
dan saat untuk mengajak manusia kepada kebaikkan dan mencegah manusia dari
keburukkan?


jadi bila kita tulis dalam bentuk point,:


Haji:-sekali seumur hidup
Zakat-sekali setahun.
Puasa-Sebulan
Solat-setiap hari
Kalimah Allah-Setiap masa!


Jadi untuk mengelakkan rugi di akhirat kelak, hendaklah korban masa, nyawa,
harta kepada Ugama!
Satu org alim tafsir bahawa ayat al-Quran yg tertulis, "tunaikanlah solat
dan zakat"..berulang2 di sebut Allah bermaksud bahawa Zakat di sini
bermaksud zakat masa?untuk zakat harta, ada ayat lain?(rujuk kitab Fadhilat
sedekah)


Jadi secara amnya masyarakat Malaysia dan dunia islam hari ini terlepas
pandang tentang rukun islam yg pertama, bagaimana nak tunaikan
rukunnya..sedangakn 4 rukun islam yg lain jelas tentang rukunnya?perkara
ini korang boleh rujuk ustaz/ulama yg berhampiran korang, Tanya ustaz:
Bagaimanakah nak menunaikan hak kalimah Tauhid..?


InsyaAllah bila korang bergerak cari ilmu, Allah akan bagi jalan
hidayat?insyaAllah..


(Amin, mudah2an?)


Aku nak tafsir Al-quran aku tak berani, sebab aku buka alim ulama..jadi aku
tafsir lagu raihan-demi masa. Untuk cerita sikit lagi tentang MASA?
Ni adalah sebahagian lirik lagu raihan:


Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
Ah...
Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran?
Ah...


Tafsir lagu:
Cuba tanya soalan kat org kapir:
Tanpanya anda kekal dalam neraka, dengannya anda selamat selama2nya?


Apa tu?
Itulah iman?


Kerana tu Allah sebut: Demi masa Sesungguhnya manusia kerugian
MelainkanYang beriman?
Org yg ada iman sebesar zarahpun akan masuk shurga akhirnya..
Syurga yg paling kecil..tapi luasnya adalah 10x ganda dunia.
Menjadi raja yg Lebih Hebat dari kerajaan Nabi sulaiman
Yg mana rakyatnya adalah malaikat dan bidadari..
Dan kekallah mereka di dalam shurga selama-lamanya..
Yang tak de iman..isk?


KEKAL DALAM NERAKA SELAMANYA
Never ending story ..isk?.


Tapi ingat!
Org yg beriman cam gini pun masih rugi,


Kenapa?
Kerana org yg beriman tanpa amal soleh akn di masukkan ke dalm neraka
terlebih dahulu?
Paling kurang satu hari yg mana sehari di sana bersamaan 1000 tahun di
dunia..
Aku duduk beratur nak bayar ansuran keretapun dah rasa lama..oh?
Ya Allah selamatkanlah aku dan pembaca blog aku dari azab api neraka?


TETAPI?
Org yg beramal solehpun jangan rasa selamat..
Sebab org yg rasa selesa dengan amalannya adalah tanda ahli neraka?
Org yg rasa dirinya masuk shurga dan org lain masuk neraka adalah ciri2 org
munafik?
Kerana itu ada org soleh yg dah hampir masuk shurga, tetapi tiba2 datang
hambaAllah lain mengadu..


-Ya Allah, org ni sembahyang tapi tak ajak saya solat?
-Ya Allah, org ni berkuasa cegah mungkar saya tapi dia biarkan sahaja?


Siapa mereka2 ni..
Mereka adalah: mereka dan keluarga mereka, iaitu: Jiran2 islam korang, yg
mana korang 'best' gi solat jemaah, tapi tak ajak mereka..


Ingat, kat akhirat adalah tempat manusia tuntut menuntut?
Maka Allah akan perintahkan korang bagi pahala kat org yg korang tak
daqwah..sampai habis pahala korang, dah habis pahala jiran2 korang masih
datang berduyun2(maklumlah jiran adalah 40 kiri kanan, 40 atas bawah jika
rumah flat..oh..bahayanya..


Org lelaki yg soleh, di halang oleh 4 wanita yg dia tak daqwah?
-Isterinya..
-Ibunya?
-Anaknya
-Adik beradik perempuannya?.

Bila pahala dah habis, korang kena ambil pula dosa diorang..dan akhirnya..
Org yg beiman dan beramal soleh , tapi tidak berpesan2 dengan
kebanaran..maka RUGI kerana kena masuk dalam NERAKA dan di istiharkan MUFLIS!


Nota: Korang di sini bermaksud aku dan korang semua!!!!


Note: Kepada isteri, mak, anakku dan adik beradikku..apabila aku balik dari
masjid?dan apabila korang bukak pintu menyambut kepulanganku, korang akan kena jawab soalan yg akan aku tanya, soalan seumur hidup, :
Dan solat ke Belum?
Kalau dah..alhamdulillah?kalau Belum, Siap korang,! Aku 'kerja'kan
korang..!ingat ni!


Jadi kita yg dah seronot pergi masjid/surau solat jemaah..jangan lupa kat
jiran2 kita yg tak solat..


Dalam kampong kalau ada yg lapar?jiran2 yg kaya dan tahu! tapi masih
biarkan mereka lapar,,akan di soal oleh Allah!


Dalam kampong kalau ada yg tak solat?jiran2 yg ahli masjid dan tahu! tapi
masih biarkan mereka tak solat ?akan di soal oleh Allah!


"Oh Allah berilah kami kekuatan untuk mengajak jiran2 kami kepadaMu?."


DAN akhir sekali?org yg dah buat daqwah tapi tak istiqamah(berterusan) pun
rugi jugak, kerana org yg tak istoqamah adalah org yg tak ihklas?.untuk
dapt ikhlas, kenalah berterusan buat baik dan ajak org buat baik?untuk dapt
kekalkan amalan yg istiqamah ini..maka hendaklah SABAR?.
Jadi the moral of the story is:


DEMI MASA,
ORG YG PALING TAK RUGI
DI DUNIA INI ADALAH ORG YANG :


BERIMAN
DAN
BERAMAL
DAN
BERDAQWAH
DAN
BERSABAR..


Dalam Al-quran guna ayat "DAN" bukan "ATAU"?.(rujuk ustaz)
Dan ingatlah bila kita berdaqwah memang banyak ujian yg datang
melanda..memang banyak kena bersabar.
(Lagu latar)


Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap


Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba


Kerana itulah Nabi bersabda: jihad yg besar adalah menentang nafsu..
Jihad dalam perperangan:
-Menang dapat harta..
-Kalah masuk shurga


Tapi dalam jihad menentang nafsu:
-Menang belum tentu
-Kalah masuh neraka..


Isk..isk..menangislah wahai mata..kenapa susah sangat nak nangis nie..?hati gelap agaknya..oh?uhuk..uhuk..! sob..sob..


Kat akhirat tiada org ada masa nak buat rancangan "bersamamu'? jangan harap pada makhluk?oh?


KORBANKANLAH MASA TUAN YG SINGKAT INI KERANA ALLAH, UNTUK DAPAT KEBAHAGIAN
DI SANA SELAMA LAMANYA?


InGAT!


Takde makanan selama 7 hari mungkin kita menjadi mayat..
Takde minuman selama 3 hari mungkin kita menjadi mayat
Takde udara selama 10 minit mungkin kita menjadi mayat
Takde iman walaupun sebesar zarah..kekal dalam neraka selamanya tanpa jadi mayat?!
Allah Maha Adil kerana letakkan modal untuk untung di akhirat hanya dengan
MASA?
Semua org ada MASA kecuali mayat?
Kerana itulah Firaun Sekarang, mintak MASA dengan Allah, walaupun sesaat..


Untuk korang habiskan baca blog aku ni ?10 minit sudah berlalu?
Nyawa korang dan makin kurang?
Korang sudah hilang 10 minit untuk buat usaha masukkan diri korang dalam
shurga?oh..


Ingatlah?Langkahan kaki kita adalah 'langkahan maut'
Menuju tempat menjadi mayat?


Ps: Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..
-Sehat sebelum sakit...
-Tua sebelum muda...
-Kaya sebelum miskin...
-Lapang sebelum sempit...
-Hidup sebelum jadi?
MAYAT??!


ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Wednesday, May 24

Awaiting...





ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Monday, May 22

Of dVC and OTH

In the mood for Stupid Girl by Pink

personally, i like OTH more
dVC is quite a bore
during the show my bottom's becoming sore
while my fren beside me snore

harhar

takyah la nak eksplen camne cite dVC goes. kena tengok sendiri baru tau.

yg pastinye OTH laaaagi beh. sampai terasa nak nengok lagi. but..NO!! kena simpan RM untuk X-Men & PoTC & ... tu je la kot buat masa ni. karang kalau dah tak de choice lain, nengok la oth lagik! harharhar behhh

nak eksplen ke cite OTH camne? heh takyah la jugak yer. pegi saje ke laman web uip ke tgv ke gsc ke.

tapi... paul bettany dlm dVC memang hontouni sugoiiii~!

*dVC - da Vinci Code
*OTH - Over The Hedge

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Wednesday, May 10

Samba d'Petirr

In the mood for Da Vinci Code Quest on Google

hai.
kena lagik.
alhamdulillah modem tak rosak.
tak kisah la sekarang modem murah ke, senang nak dapat ke.
rase2 dah tak boleh nak kire bilangan modem rosak yang ade kat rumah ni.
and alhamdulillah cuma power supply je yang rosak.
tapi rm60?! tu harga untuk format pc (dulu la, sikalang tak tau). mahey tu. btul ke? jangan aa klentong. tak berkat woo.
tak pe ah. as long as tak payah beli modem baru. tu pun dah syukur.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Monday, May 8

Hari ni Start Keje Malam Balik

In the mood for Assymetry by Suga Shikao

*sigh*
keje malam balik.
malas tul la.
kena keje malam balik.
*sigh*

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Saturday, May 6

Eyes in The Sky

Winamp playin' 19-Sai by Suga Shikao



Click!

neat, huh?
subhanallah

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Memorable Dates

In the mood for 19-sai (19 years old) by Suga Shikao

baru je ari tu: 01:02:03 04/05/06.

lepas ni:

June 6, 2006 = 666?: sebentar lagi heheheh

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Wednesday, May 3

Sesak.

Winamp playin' Passion by Se7en

buat sesak jalan ampang je...

selama cuti panjang ni (ye lah cuti sampai hari senin, kire panjang le tu) aku tak bape perasan kehadiran bas2 rapidkl yang baru di kawasan ampang ni. maklomlah tak kluar rumah sangat, dah tu aku klua senin tu pun naik keter sama fadi.

tapi tadi bila nak pegi keje. aku memula tunggu bas kat jalan besar, bukan seperti kebiasaannye kat depan sekolah. sekali bila dah sampai simpang empat depan entrance taman kosas tu mula la aku nengok berlambak2 bas rapidkl ni. banyak tu! dah banyak bas tu, ape lagi, bertambah sesak la jalan ampang dari rumahku ke ampang point. dah le jalan pun semakin mengecik. huhuhu. ni belom hujan lagik. kalau hujan tatau la camne. dah tu aku pun tatau la bila minggu depan nak tuka shif ni bulehkah aku memberanikan diri membawa kereta walaupon sampai ke ampang point.

lepas tu... aku tak rase naik bas ni cost effective untuk aku. mahal tu. melampau tu mahal. dah tu buleh guna tiket utk satu hari je. hmm maybe kalau keje malam buleh la kot. kalau siang sori la.

dan yang paling tak beh... still tak de bas tu yg lalu kawasan rumah aku other than depan sekolah, tu pun jauh tu dari rumahku. tak macam dulu, ade bas bernombor 185 yang lalu jalan watan 3. sikalang sudah tiada.

tak kisah la, efisyen ke. selesa ke, harga berpatutan ke (kalau pegi balik kl ye mungkin berpatutan. tapi aku tak de dah pegi balik kl ni selalu dah). tetap tak beh.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Tuesday, May 2

Depressed but Delighted

In the mood for Beep by PakCik Din

hmmm... camne nak cakap yer... aku agak depressed sejak 27hb yang lalu... bilamana aku diberitahu orang yang aku tgh minat giler baban sekarang ni sebenarnye masih lagi berpunye. huhuhu... terasa macam deja-vu pulak perasaan aku ketika itu, seperti perasaan aku tahun 1998 dulu. ehhh ke 1997? aku rase 1998 la. nak kate sedeh tu tak le. more to depressed. lagi2 bila orang yang aku tak bape gemor memecahkan rahsia ni pecahkan rahsia ni kat aku. pastu keadaan dia macam suka la pulak bila aku dah depressed. macam sengaje nak kasi aku depressed. terus aku ilang mood taim tu jugak. bukan bad mood tapi ilang mood. macam energy aku abis semua drained. hmm adekah semua manusia cantik berperangai sebegitu? aku rase sikit persen je yg tak macam tu. dah le tu, bila dah nak suppress perasaan suka tu, mula la banyak encounter yang seronok2 belaka. tapi sebab depressed kan, jadi dah tak hirau dah itu semua. huhuhuhuhu otokhae otokhae.

balik keje jumaat tu, aku bakar gambar mamat tu. sebab aku dah janji kalau aku tau dia ade yg punye atau aku tak jadi ngan dia atau aku ade yg punye akan ku bakar gambar itu. jadi lepas bakar, tido. bangun pagi dah tak de perasaan depressed tu. sampai la ke petang aku tetibe saje mengsms fadi mengajak dia klua (sebenanye dia dah ajak klua sebelom tu tapi aku tak leh nak klua sebab rumah banjir hari rabu tu, so sabtu nak kena bersihkan). dia pon call balik dan menyatakan yang dia sudahpun sampai ke cm dan berjumpa ngan faa. hmm ingatkan faa dah balik ipoh, so kot la dia nak ade teman kan. tapi since faa dah ade tu aku pun kensel lah. lagikpon dah nak ujan taim tu. lepas call itu perasaan depressed akibat berita tak beh tu pun ilang balik.

sampai la ptg tadi tetibe je faa+fadi mengajak aku kluar. aku pun terus 'jom!'. sibbaik dah mandi semua. siap2 dan trus klua. pegi maju junction. parking keter. pastu pegi sogo. makan kat secret recipe. pastu gi supaa kat LG. pastu pegi balik maju juntion. masuk WH. try baju. tak beli baju (tapi faa+fadi beli la). masuk satu kedai baju siam. fadi beli tubes. masuk kedai elle (kot). tak beli ape2. pastu masuk giant. beli barangan rumah. klua maju junction, pegi makan dekat sebelah petronas dekat ISKL ampang. sambil makan tu borak2 la. tapi depress tu tak keluar. dia tersembunyi sikit, cuma perasaan tu je ade kejap. lepas makan fadi anta balik rumah. masuk jap amek readers' digest. sekali bila klua, fadi baru je abih cakap kat tepon. lepastu...

"aku dapat jadi mentor!" kate fadi.

(mentor di sini bukan mentor rancangan mentor di tv3 tu ye)

dan perasaan depressed kami semua pun ilang (fadi pon sebenanye depressed, tu yg ajak klua tu). seronot!! i'm so happy for her sebab dapat jugak yg diidamkan tu. punye la happy sampai lama jugak berenti depan rumah (dengan engine still alive). dah tu bila nak blah, tetibe je ade fireworks. ahahaha~!

rasa hepi for her tu still ade lagi sekarang ni. mengatasi rasa depressed aku.

ah well. insyaAllah yang baik berterusan.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy