Friday, December 25

Menaip entry hari ni dari iPod touch yang baru dapat semalam yahahaha.

Agak gumbira jugak la setelah menderita sementara semasa geraham
dicabut. Tonikaku, takde la rase sakit sangat masa lepas cabut tu,
cuma pipi bengkak sikit (agak laa). Malam tu dah boleh makan makanan
pejal - tapi takde la guna gigi belah kiri. Agak terkujat jugak la
tengok gigi tu sebab dah hitam kat sebelah dalam, kire memang agak
teruk jugak la. Sepuluh tahun rosak tu!! Dan juga agak segan la nak
cakap kat sini, tapi that was my first time going to the dentist after
that amount of time ahahahaha :-P

Okes, berbalik kepada cite hepi semula. First stop, hanya rm90 je
cabut geraham yang buat pasal tu. Aku memula ingat mungkin boleh
mencapai rm200 sebab dah masalah teruk sangat dan juga sebab gigi
paling belakang. Bila dah dapat bil tu agak terasa hepi la. Ade jugak
duit lebih untuk belanja.

Secondly, balik rumah je, memang la ade rase temperature rising so
dengan tensinye bergolek2 atas katil sambil membelek gigi yang rosak
itew. Sekali tu terdengar macam adekku yang kecik itu balik maka turun
la kebawah untuk membuka gate. Masuk je kedalam rumah balik, tengok2
atas meja ade kotak DHL. やった!! Sudah sampai rupenye hohoho
sungguhla happy ;-P

Eh sampai sini je la dulu. Nanti sambung entry lain pulak. Kalau tak
tah bila la nak abis ni kan. Maklomlah tengah seronoks ㅋㅋㅋ



Sent from my iPod

Thursday, December 17

1431H


Bismillah.
Salam 1431H.
(Recycled post, kerana niat dan doa masih sama.)
Semoga diberkati Allah sepanjang tahun
dan juga semoga dikukuhkan iman
dan dijauhkan dari mala petaka
dan dilindungi dari segala sifat keji yang dimurkai Allah.
Amin.

(Photo via http://worldreligion.nielsonpi.com/)

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Sunday, November 29

OMG Cutest Thing FTW

In the mood for Boom Boom Pow by BEP


ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Sunday, November 15

Chocolate Shell Topping

In the mood for Chocolate Love by f(x)
chocolate_love
Color by COLOURlovers

Korang pernah makan aiskrim McD yang choco-top tu tak? Bes giler kan makan aiskrim tu? I know I love it. Hari tu adekku ade la membeli coklat topping yang senang keras tuh, dah lama nak try makan ngan eskrem biasa tapi tak berkesempatan. Hari ni baru je dapat nak makan mende alah tu dan oh-so-yummeh!! Tak perlu nak pegi McD kalau tetibe je terasa nak makan eskrem choco-top tuh (unless la kalau kat rumah tak de eskrem kan.)

Tapi mende alah ceklat cepat keras itu agak mahal kalau nak beli everytime. Dan tu everytime juga kalau nak makan eskrem, takkan la nak makan sesuap dua je kot kan? Mana bes? Jadi dengan ini aku pun dengan rela hati nak mengshare cara2 nak buat mende alah tu. Resipi ni aku amek dari sini, tapi aku dah tweak sikit ikut kesukaan aku heh heh heh.

Bahan2 yang perlu ada:
- Dark chocolate chips (kalau nak milk choc chips pun buleh jugak. Atau chocolate bar. Tapi kalau nak guna choc bar, kena potong kecik2/shred dulu supaya senang cair).
- Kacang tumbuk yang halus (bagi sesape yang tak de alergi kacang le)
- Butter (atau margerine untuk vegetarian/vegan)
- Satu cawan air
- Satu large saucepan dan satu small saucepan (kalau nak guna kawah yang selalu orang pakai untuk kenduri tu pun boleh jugak, suka hati korang la.)

Steps:
1. Didihkan air dalam saucepan besar. Bila dah didih, kecikkan api.
2. Masukkan lebih kurang 1/4 butter ke dalam saucepan(sp) yang kecik tu dan masukkan sp kecik ke dalam air dalam sp besar. Make sure jangan sampai mendidih.
3. Bila butter dah cair, masukkan choc chips dalam satu cawan gitu. Nak lebih pun boleh jugak.
4. Sentiasa kacau coklat tu sampai coklat tu smooth. Jangan sampai coklat tu menggelegak.
5. Bila dah cukup smooth, masukkan kacang tumbuk. Kacau sikit2 dah.
6. Dah siap.

Serving suggestion:
- Elok kalau terus je curah atas aiskrim atau dipkan aiskrim ke dalam coklat tu a-la aiskrim McD.
- Kalau ade lebih, simpan dalam bekas yang tahan panas. Mende alah tu akan mengeras, tapi boleh dicairkan semula dengan memasukkan bekas itu ke dalam air panas.
- Kalau nak buat banyak2 pun boleh jugak. Just double up the doses for everything. Including the saucepans, if you want to.

If you have tried this recipe, do leave some comments! Would love to hear from you!

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Thursday, November 12

Towel.

In the mood for I was Crazy for You by 2PM
Beach_Towel
Color by COLOURlovers

My One Minute Writer prompts me to write about towel. I don't actually have any ideas on what to write about towels. And what kind of towel should I write anyways? I don't think people would care if I write about sanitary towels, I mean, would they?

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Wednesday, November 11

Confession of an All-Nighter.

In the mood for Tired of Waiting by 2PM

I don't have the time to blog; I have loads of dramas to watch!
(Hah, finally off my chest!)

(Will be back soon. Real soon. Really real.)

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Wednesday, November 4

Sighs.

In the mood for Love Like This by SS501

I'm blaming myself for not able to type long anymore.

Not due to the time constraints.

Nor lacking of ideas.

Not the shitty RAM speed of that previous lappie.

I just... lack enthusiasm. Need to spice up my life and color them in different shades.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

LapLipLap

In the mood for You and I by Park Bom

Ok I have 30 minutes to kill, and can't remember what am I supposed to be searching. So I decide to test my typing skills on this new lappie.

Oh did I tell you that I have a new lappie?

::grins::

Well, not entirely mine lah. I share the cost with two of my sisters. Can't afford to get a VAIO.. and this one is a second-hand purchase. Better than nothing, aite?

That old lappie - not mine btw - will gonna be traded in with another new lappie for my lil sis in JB. Since that lappie is.. 8? 9? 10 years? I bet we won't get much. But finally to get rid of it... It's kinda sad, though.

(Typed the above for 5 minutes and already feel bored.)

OK lah tu je bai.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Thursday, October 22

Dah Lama Carik Lagu Nih: I

In the mood for Sekuntum Cinta by Wheels (OP cite Angelito)


Pertama kali bersemi di jiwa
Oh sungguh indah
Mekar mewangi serikan taman hati
Yang selamanya ini terbiar dalam sepi

Sekuntum cinta tersunting di hati
Oh sungguh murni
Setiap ketika bagaikan mimpi indah
Bila saja berada bersama

Tersedar dari sebuah lamunan
Rupanya berbicara sendiri
Kehadiranmu dan keindahan
Sesingkat sebabak mimpi

Sekuntum cinta layu tiba-tiba
Oh sungguh hampa
Gugur berkecai kelopak bunga cinta
Kukutip semuanya untuk kenangan

Tersedar dari sebuah lamunan
Rupanya berbicara sendiri
Kehadiranmu dan keindahan
Sesingkat sebabak mimpi

Sekuntum cinta layu tiba-tiba
Oh sungguh hampa
Gugur berkecai kelopak bunga cinta
Kukutip semuanya untuk kenangan
Kukutip semuanya untuk kenangan

Credit: http://imranabduljabar.com & http://www.youtube.com/user/xBadoMx
ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Saturday, October 17

Kelakar la kamu nih! (Fiery post)

In the mood for Where U At by TaeYang
Youre_Funny
Color by COLOURlovers

Semalam, M.AM (Miss Alwiz-Me) mesej la aku menggunakan aplikasi sembang (yang akan dipanggil SamboMonster lepas nih dalam entry2 akan datang). Dia cakap #2 terasa ngan aku.

Apsal? aku tanye M.AM. (terus masuk cerita yer. M.AM. outta the story unless mentioned.)

Dia cakap, aku panggil dia mulut tempayan. Aku, antara minions dia yang dia paling percaya, merangkap PA tak rasmi, orang yang dia rase ade chance nak naik jadi mandur sama ngan dia, panggil dia mulut tempayan.

Blasphemy! Bila masa pulak?! aku cakap balik kat M.AM (sambil gelak tidak percaya). Selalunye kalau cakap dengan tiada niat buruk, musti akan tak ingat kan. That's what happening to me sampai la M.AM citer di SaboMonster.

Kawan baik dia yang baru je baik agak recently sebab telah membuat aktiviti so-sial dan bersukaria bersama2 terdengar aku cakap dekat sorang minah yang nak brenti nih,

(lebih kurang cam ni dialognye)
dB (deathBerry): Eh dengar2 you dah nak brenti ye?
Db (Debab) : Eh mana you dengar cerita ni? I baru kasitau beberapa orang je pasal ni.
dB : Alah, #2 tu kan mulut tempayan.
Dah teringat.

Dialog yang terang2an cakap kat public dan no bad intention ini telah didengar oleh kawan baik (lepas ni KB) #2. Dan dia pun mengadu kat #2, cakap aku "said bad things about you beb".

Aku tatau la camne KB tu cerita kat #2 sampai #2 buleh terasa sampai cam tu sekali. Agaknya KB tu memang mulut jahat kot. Aku ingat anak Bahari sorang tu je mulut jahat tahap dewata raya. Kot la kan.

KB yang kurang mengenali aku tu, boleh cakap camtu kat #2. Dan #2 percaya KB yang (macam) baru2 je naik taraf kawan baik tuh cakap dari aku yang konon minion paling dia percaya.

Of kos la dia percaya kat KB lebih. Kalau KB tu mempercayai dia dengan tak segan silu gesel2 assets besar gedabak kat dia, takkan la dia tak nak percaya.

Gelak WTF.

Aku ni tak de la bangang tahap dewa cam tu. Kalau ye pun aku nak kutuk #2 takkan la aku nak cakap kat public kuat2. Dah tu sah2 ade Quar2 dia around. Umor dah tua, takkan nak mengumpat orang pun tak pandai kot?! BODO.

Ke, memang #2 ni nampak aku cam bodo? Maklomlah Ingrish aku tak POWERRRR cam dia, dah la tak so-sial dan tanak berso-sial. Kampung la sangat2.

Dan dia buleh nak terasa ngan aku. Dan yang paling bodo tahap cipan tu, dia terasa, tapi tak confront aku depan2, instead dia pi cita kat M.AM dan suh M.AM inform kat aku yang dia terasa. Dan (the best part) nak aku jumpa dia dan eksplen.

I thought you're matured enough. Sorry, it seems like my thoughts are wrong. Aku rase budak kecik lagi pandai nak confront.

M.AM seperti biasa mendefend aku dalam hal2 cam nih (aku sebenanye sayang gak kat M.AM nih.. cuma part AM tu je yang buat aku menyampah. Lain okeyyyyy je.) Dia cakap la, aku bukan jenis camtu.

#2 cakap kat M.AM, "No, I know her very well. She's a straight person." (LOL that really shows you really don't know me that well, buster.)

The best part is, dia cakap "She has all the requirements to get to the next level. But if her attitude like that... I don't think she's ready to go further." (lebih kurang la)

Whoa. Just because of that small thing. So now aku tak leh kutuk dia main2 la depan public? Nak kena jaga bontot dia je? Jadi kaki kipas? Eh. Kalau aku mengadu ko punye small2 itsy bitsy teeny weeny mistakes kat Big Boss, making a fuss out of it, then by all due respect, please refrain me from going further. Give lower ratings to me by all means.

I'll give you attitude. I'll have my resignation letter ready by end of learning curve.

(Yeah, it's me being immature now. But think about it, if you can't develop yourself in one place and there's no one to help, why bother staying there?)

M.AM dah ugut nak meraung kalau aku betul2 resign. Wah terasa diri disayangi.

Anyway, back to the story (eh baru pasan, giler panjang entry nih!). Aku cakap kat M.AM, I won't apologize. All I know I'm not at fault. Nak terasa, terasa la. Sendiri sensitif, jangan nak salahkan orang. If #2 wants clarification on that matter, ask me for it, and not expecting me to go to him and said "Eh I heard you terasa ngan I... Sorry la,I tak bermaksud buat you macam tu..." Pbbhttt. I've my bricks ready, and already started building my barrier to ease my journey leaving you. Then again, #2, kamu ni kelakar la.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Wednesday, October 7

Tsk.

In the mood for She's Gone by GD ft Kush
Contradict_Yourself
Color by COLOURlovers

Perlu ke ...
... tinggikan suara?
... naik tangan kat muka?
... lagak kasar sebegitu rupa?
... buat orang rase teraniaya?

Perlu ke ...
... sorong papan tarik papan?
... dari sembilan tinggal lapan?
... baling batu sembunyi tangan?
... anak mati adat didepan?

Jangan asyik negatif--

Pandang ke depan
Bulatkan hati
Lapangkan fikiran
Curahkan senyuman
Kekalkan sopan
Kuatkan iman

Baru hidup aman.

Jadi tak perlulah
tinggikan suara
naik tangan ke muka
lagak kasar sebegitu rupa
buat orang rase teraniaya.

Tak baik.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Friday, September 25

Shopping List for Tonight

In the mood for The Leader by GD, CL, & Teddy
shopping_list
Color by COLOURlovers

B4 anything, saje la nak kasitau.. my team diberi green light oleh #2 untuk balik kul 11 pada hari Jumaat. Kebetulan Tesco dekat rumahku buka sampai kul 1 pada hari Jumaat. Jadi bermakna lepas balik kerja ni boleh la nak membuat soping sikit2 hahahahaha serunduts! At least ade la jugak merasa bersoping lepas kerja :D

So... what do I plan to buy tonight?

1. Sabun basuh baju Breeze yang cecair clear itu. Saya suka sabun Breeze yang cecair clear itu. Bauannya harummm, cuciannya berseh. I loike.

2. Kanji penggosok baju. Mungkin jenama yang logo dia ade burung kiwi tuh. Ape tah nama mende alah tu. Ni nak kena beli baru nih... sebab yang baru beli hari tu tah kat mana hilangnye selepas mengemas2 bilik adek2ku. Tensi tul, pagi2 raya tak beh, terpaksa pakai tudung degil yang herot. At least kalau sembur kanji tu ade la terasa cam senang nak dibentuk kan. Well.

3. Baju berlengan panjang berwarna hitam. Set2 yang pakai kat belah dalam tuh. Ade sebenanye selai kat rumah, tapi pendek sangat kalau nak dipakai dengan baju makcik yang jarang itu. Kalau duduk pasti nampak spentot dibelakang. Taaapii... malam ni mungkin pergi nengok2 saje sebab dah ade satu label yang telah terlekat dikepala.

4. Air sedapppp. Jus oren Tesco memang wajib beli okeyyyyy.

5. Tisu jamban Scott atau Royal Gold yang cantek dan tebal dan mahal itu. Bukan untuk kegunaan jamban yer. Lebih jimat menggunakan tisu tersebut berbanding tisu kotak di musim bersin dan batuk ini.

6. Beg yang macam net. More like kotak pensel yang macam net. Selalu jumpa kat gerai2 yang menjual barangan siam. Tapi tatau lah, nengok je la kot2 ade kat dalam Tesco kan. Mende alah ni nak dibuat tempat letak berus gigi dan pencuci muka. Tensen dah, tah bape banyak kali dah ubat gigi+pencuci muka+berus gigi (pun???!!!) kena curik kat surau opis ni. Tensen weh. Tu belom masuk henpon lagi. Dan lip balm. Dan perfume. Sigh. Kat surau pun nak buat keje mencopet2 barang orang ni, kenapa?

7. Kasut. Tapi mungkin nengok2 saje. Sebab ade kasut yang sudah berkenan di Jusco AU2 - dan menyesal tak beli masa memula nampak dulu, sebab sekarang ni macam dah tak de je huuuu T.T

8. Shampoo yang ringan. Maksudnye, shampoo tu tak berat. Hahaha :P what I mean is that shampoo can be used frequently la. Oh, and I need to by the Polytar shampoo too. Yang kat rumah tu dah abis.

9. Jagung dalam tin! Ape tah satu brand jagung yang sedap nih... Green Giant kot. Sebab ade gambar gergasi ijau kat label dia.

Emm.. Tu je lah yang buleh nak pikir taim ni. Okes! Nak pergi makan free~~!

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Thursday, September 24

One more request to populate my Metropolis, then I'm done.

lazy_daisy
Color by COLOURlovers

Siang tadi kembali ke opis setelah bercuti selama 3 hari (tak termasuk Sabtu Ahad k). Masa memula sampai, sungguh tidak ade mood langsung. Maklomlah yang ade tu majoritinye bukan geng kepala biol. Jadi, kebosanan la. Tak sabar nak tunggu minggu depan, bila semua orang dah balik dari cuti raya. Yabedabedu (sunnguh tak enthusiastic).

Berjaya jugak start berpuasa enam pada hari ini. Tapi macam tahpape, masa dinner banyak sungguh makan. Malu malu malu. Siang nanti insyaAllah puasa lagik. Dah sahur dah tadi, makan Cheezy Wedges dengan Popcorn Chicken KFC.

Kereta pulak dah di hantar servis, esok ni pulak nak pergi tukar tayar. Well, not me la yang pergi bengkel tu, tapi my minions wahahahahaha (gelak eeeeevil). Maklomlah, kalau dah taim2 cam ni baru nak masuk tido, camne nak senang bangun awal ye dak?

Okeh, Metropolis request has been done. Time to go.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Wednesday, September 23

I Miss Him

I_Miss_Him
Color by COLOURlovers
His_Moleskin.
Color by COLOURlovers
His_Shirt.
Color by COLOURlovers
His_Wallpaper.
Color by COLOURlovers

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Monday, September 21

Time To Love

In the mood for T.T.L. by T-Ara & Supernova
Time_To_Love_Again
Color by COLOURlovers

Gotta say currently I LOVE this song.


ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Sunday, September 20

Salam Aidilfitri 1430H

In the mood for recycle balik posts lama lagi sekali hahahahaha!!!
Eid_Mubarak
Color by COLOURlovers

To all my muslim blogreaders (yg insyaAllah cukup puasa tahun ni),


Side note:
I have many plans for this coming months before entering the new Hijriah year (which is about 3 Islamic months more including this month), InsyaAllah I will succeed. Will let you know when I do. Seriously, if I tell you now, there might not be any posts related to that in the future, ne?

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Friday, September 11

Aku bukan Yoobin.

funny_:D
Color by COLOURlovers

Satu hari aku terjumpa sekeping foto lama. Besdey adekku. Aku sorang je pakai baju kurung kaler pink pudar kegemaranku. Dengan muka dan rambut yang busuk gila.

Uiks! Macam Yoobin! WTH?

Memula ingatkan aku je yang perasan. Rupenye adekku dua orang yang kat rumah ni pun cakap mende yang sama.

Ni yang tetibe je rase macam nak jadik kuruih la. Kot la kuruih nanti betul la nampak cam Yoobin kan. Kwakwakwa.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Thursday, September 10

Nyanyi2 dan kisah menyampah.

inaudible_melodies
Color by COLOURlovers

Tadi ade pertandingan nyanyi2 kat opis aku. Berjaya la stay kat situ dari awal acara sampai (dekat2 nak) abis - selalunye sebelom announce result aku dah chow.

Bukan la nak cite pasal pertandingan tu pun.

Serasa aku, setiap kali pergi menuntun pertandingan2 macam ni, aku terasa inclined to visualise myself being in the same event in the future. (Tadi sebenanye aku dah taip dalam BI, tapi sebab vocab tak power macam Yuses dan beberapa budak opis aku yang lain, so dah rephrase balik ayat di atas dalam BM plak.)

Siap la pikir plan.. nanti nak nyanyi lagu ape la.. nak kena prektis dari sekarang la..

Tapi tu semua hanya sekejap.

Tadi lepas pertandingan nyanyi2 tu #2 pun cakap, "Tahun depan jom duet nak?"

Haku pun hahaha je la. Takmo aku duet ngan dia. Bukan la nak cakap aku ni nyanyi lagi sedap dari dia pun... tapi aku ni payoh laa nak nyanyi duet kalu betul2 serius. Takley woo.. Takat duet kat karok je ok la. Dulu masa sekolah aku masuk koir pun, kalau ade je suara aku tak sampai not, aku rase tak beh.

Kisah menyampah kita cerita lain kali pulak ye.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Thursday, September 3

Disney/Marvel


Membuat palette sementara menunggu makanan hadam. Dang, I had a late heavy sahur, now I can't go to bed straight!

Theme: Disney/Marvel.
DisneyMarvel
Color by COLOURlovers
MickeyHulk
Color by COLOURlovers
MinnieWonder_Woman
Color by COLOURlovers
DonaldWolverine
Color by COLOURlovers
TiggerPsylocke
Color by COLOURlovers
GenieBeast
Color by COLOURlovers
NemoRogue
Color by COLOURlovers

Dah. Tu je. Nak tido.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Tuesday, September 1

Jangan Marah Marah

anger_management
Color by COLOURlovers

Sikit2 nak marah.
Pinggan tinggal,
  marah.
Cawan terlebih,
  marah.
Meja tak siapkan,
  marah.
Meja tak kemas,
  marah.
Kemas meja sorang2,
  marah.

Nanti banyak kedut,
 hati pun buleh jadi gelap,
  sebab
 asyik marah,
  marah,
 marah,
marah.

Lek la.
Orang macam depa,
marah pun tak guna.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy