Sunday, November 28

Bila Dah Takde Idea...

Winamp playin' Spark by BoA

... buat ape pun tak kena.

masuk ni dah 3 kali taip dan delete entry yang berlainan.

huhh..
okeh la. meh la bercerita.

laswik DBSG datang m'sia. fadie la dapat jumpa ngan diorang. dengki sungguh. sebab dia dapat jumpa changmin. huhuuhuhu nak jumpa changmin jugak!! :((

sikalang ni tengah minat lagu2 tokyo jihen. grup baru kot. vokalis: shiina ringo. dah bosan buat solo kot minah tu. tapi lagu2 still unique macam zaman solo dulu.

dah nengok bleach 8. ngape dah lari dari jalan citer asal? kalau dah menyimpang ni bila la ishida nak klua? walaupon dia dah debut dalam ep7, tapi sora dia masih belom kedengaran. huuu... tak sabar nak mendengar sora sasuke in ishida. hopefully i'll like ishida, takde la nak menyampah cam aku menyampah kat sasuke.

oh ye. mari la memvote shinhwa for MAA. bila lagi shinhwa nak menang? huii.. bukan la lain tak layak menang, tapi takkan la nak nengok muka shinhwa lagi tahun depan? dah jadi pokcik dah pun tahun depan depa2 ni. huhuhuhu vote la. alang2 memvote for malaysian artists (huh.. sah2 siti lagi akan menang nanti. maklomlah dah ade fans sampai ke negara china), vote la untuk shinhwa sekali. bukan susah, klik aje. muhahahaha :P

wokeh la. dah mati kutu dah. sebelom daku mendilit entry ni buat kali terakhir, baik stop sini dulu.

p/s: oh ye. ade orang tanye bleach best ke? jawapan aku: YES! HIGHLY RECOMMENDED untuk orang yang mencari kelainan dari genre anime/manga biasa. sangat sesuwei untuk penggemar Fullmetal Alchemist. lagipon banyak site yg offer direct dl for anime. juga ade small version (dalam format real media) untuk yang takde spes yang banyak. rugi woo tak tengok.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Friday, November 19

Sheperd's Pie

Winamp playin' Sounan by Tokyo Jihen

Resipi Sheperd's Pie Cik Kiut yg aku nak ejas sikit2:
(mana yg ade * tu yg aku tokok tambah la)


bahan2:
kentang
daging cincang
carrot
tomato puree
bawang besar
bawang putes
black pepper
beef stock
mayo
cheese
*serbuk kari ikan babas

cara2:

1. rebus kentang

2. cincang carrot, bwg besar halus2. musti!

3. hiris (?) bwg putes (ala macam biasa masak)

4. tumis bwg putes + bwg besar sampai naik bau

5. masukkan daging cincang + beef stock

6. masukkan lada hitam

7. biarkan kejap sampai daging empuk+masak

8. masuk tomato puree
__*letak sket serbuk kari ikan babas kasi pedas sket yum yum

9. masukkan carrot
__*kalu nak bersayur hijau, bagus jugak. letak la kacang pis ngan jagung. taaapii carrot tu wajib halus2! bimakna jangan guna mixed vege dalam peket.

10. sementara tunggu kuah pekat, lenyek kentang rebus tadi. letak sikit mayo

11. letak kuah yg pekat tadi dalam bekas yg sesuwei

12. ratakan kentang yg dah dilenyek tadi atas kuah yg pekat tadi

13. taburkan cheese (seeloknye mozarella, tapi kalu nak masam sket, tambah la cheddar dan paramesan sket)

14. masuk dalam oven sekejap sampai cheese cair/berwarna ceklat

15. makan la sorang2 kalau tak nak kongsi ngan orang lain. dengan syarat, buatla utk diorang gak. nanti org kate kedekut taik idung masin plak. tapi lagi bagus kalu makan ramai2. takde la merana kalau kena keracunan makanan kan. kot2 la daging tu tamat tempoh tak sedar kan.. hihihi :P

haa. selamat mencuba. bila dah cuba bulat2 ni pulak, kalau nak letak kat web mana2 or blog sendiri, jangan la lupa nak kredit yer. hinss :P

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Sekian Lama Berpisah..

Winamp playin' Souretsu by Shiina Ringo

gah!!! dah lama tak nulis blog... sebenanye dari raya kedua lagi nak nulis, tapi biasak la, malas nak mengarang kan. kukukuku. unless kalau aku ade somewhat like tablet pc tak pe la jugak. anyways saje laa nak impom sinopsis aktiviti2 dari hari raya pertama sampai sekarang.

malam last posa (30 Ramadhan):
masih sebok2 mengemas rumah. maklom lah daku ni suka bebeno membuat keje last minute. tapi okeh la sikit tahun ni sebab (self-claimed) rajin la sesikit mengemas masa bulan poso. maklom la, dulu balik kampung, jadi mengemas pun ala kadar je. tahun ni tak balik, jadi kena full swing la.

malam raya:
emm.. takde buat ape sangat. nengok tibi, pastu nengok anime. emm seperti malam2 biasa lah. takde pulak nak mengayam ketupat. makan ketupat segera dah le.

1 syawal:
dah semayang raya, siap2 gi kubur. tapi ade ke patot, lupa nak bawak yasin. jadik2 nye, sampai sana doa saje lah. lagikpon ayah nak cepat sebab nak ujan. dah tu gi beraya kat segambut. sampai2 je ujan lebat. takde payong pulak... jadi stranded kejap kat depan rumah nenek masni, tak masuk dulu sebab bonda dah kat rumah suri. dah tu ade orang kasi payong, bawak gi rumah suri. dah makan2 minum2 dan bergambar2 kat sana, pegi rumah nenek masni plak. dah tu, gi rumah mak long tiri (rumah wajib pergi). lepak2 sana kejap, trus gi kepong. solat zohor+asar kat sana, makan sket minum sket, layan casa impian jap, pastu balik. malam xde aktiviti.

2 syawal:
pagi2 dah ade orang bertandang. ihh dah la rumah tak kemas semalam lpas balik dr rumah mak uda, jadi bila orang blah je kena laser. hmm takpe la. dah tu gi rumah cik kiut lak. fuhh lawa beno rumah dia. dah makan piza (makan western aku kat sana), main2 ngan ikan dalam kolam dia. pastu tolong masak di dapo, blaja masak sheperd's pie. nanti ku letak resipi. muhahahaha :P dah tu gi nengok MI plak. yg untuk pilih top 33 tu. dah tu gi makan lunch, kat rumah mak long, sebelah rumah je. dah makan, solat, pastu tido kejap. bangun, solat, makan cucur udang, balik. malam xde aktiviti.

3 syawal:
dalam kol 930 pagi mak lang bertandang ke rumah. kecoh la kejap sebab sepatotnye nak gi tampin pagi tu, jadi stay kat rumah sampai dalam kol 1. dah tu baru gi tampin. balik lambat, highway jem teruk. dlm dekat kol 10pm baru nampak pintu rumah.

4 syawal:
bangun lambat gilo sebab semalam penat gilo. dah solat asar, gi ampang point jap, jumpa fadi, ade hal sket. pastu jalan2 jap carik komik baru, pastu beli dunkin donut. balik2 je ade rombongan mak uda plak. sebab badan yang busuk, maka tak de la turun ke bawah melayan tetamu, tapi anyways anak2 abg nuar 2 ekor tu naik, layan depa je la. aktif sungguh si aiman tu. kakak dia plak, seronot dapat nengok trailer the incredibles. hauhauhau. dah depa balik, takde aktiviti lain.

5 syawal merangkap siang tadi:
plan nak gi nengok the incredibles, tapi aku la kensel atas sebab2 yg takleh dielakkan (bukan bangun lambat yerrrrr). so cia, farid n nabilah je pegi. dl beberapa mv dan clips. seronot sebab js dah buat comeback special. petang masak seperti biasa (huhh... lama dah tak masak lauk normal). taim makan tu, tengah seronot nengok reality tv "Never Give Up" 8tv tu, black out la pulak. yg peliknye blackout dari rumah aku sampai ujung jalan, di setiap jalan. rumah sebelah yg bernombor 26 ke bawah semua terang benderang. tak penah plak jadi camtu. huhh. bila dah ade api, nengok naruto #109, yakitate japan #04, and PoT #136. dah tu layan mv LOVE LOVE SHOW 2 kali. tu la penyebab takleh tido. harhar.

sekian saje.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Thursday, November 11

Salam Aidilfitri

In the mood for main mercun!!

oh... hampir terlupa pulak. mujur singgah kat blog shariza. to all my muslim blogreaders (yg insyaAllah cukup puasa tahun ni),



nice, huh? ::winks::

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Bleach.TV - Opening Soon!

Bleach.TV - Opening Soon!

Bagi sesape yg baru nak mengenal Bleach, kat page ni ade direct download bagi anime ni... kalau tanak dl yg avi version, yang real media version pun ade.. belom try nengok lagi la tapi.

Wednesday, November 10

Perutusan Khas

In the mood for raya!!

Happy Deepavali to all my Hindu visitors (I know that some Indians in Malaysia are not Hindu)...

and to all my Malay visitors yang tak puasa. Okeh what, u get to raya early this month!

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Friday, November 5

Bohahaha Omoshiroi Naaa~!!!

Winamp playin' Mountain A Go Go Two by Captain Stridum

bohahahaha!!! setelah sekian lama menengok episod naruto yang bosan2 belaka (sejak lepas sannin berlawan) akhirnya naruto 107 yang bertajuk 'I Want To Fight You! Finally A Clash, Sasuke VS Naruto!' kembali membangkitkan semangat aku nak nengok naruto again and again! lagi2 bila masa naruto lawan sasuke guna lagu Toshiro Masuda - Need To Be Strong yang sesuwei sangat dengan situasi ni! kyaaaa~! bila pk pk balik kan, sebenarnye sesuwei jugak dia letak filler episodes (episod negara teh) sebab sasuke buleh perasan yang naruto ade jutsu yang hebat, walaupun dia tak pernah nengok betul2 (proof: bila naruto kluakan rasengan masa lawan kat rooftop, dia boleh cakap "nanda.. ano jutsu wa?!") bohahaha ni yang buat tak sabar nak tunggu minggu depan!

in another case, dah dl juga yakitate 3, bleach 5 ngan PoT 134. yaki punye episod, baru je abih entrance exam. hahaha seronot jugak nengok suwabara punye reaction bila makan croissant kazuma, tapi kuroyanagi punye reaction tak bape menarik sangat macam masa dia makan fuji-san (ja-pan no bape tah aku tak ingat). next episode dah kena panggil pegi southern branch store plak, dan jumpa pakcik rambut mojamoja (afro!!) kukukuku :P

bleach plak, penyelesaian episod chad ngan parakeet (nape dia trans jadi cockatiel ha? ngape tak ikot manga?), komen aku gambar dia dah makin okeh (compared to epi 1). kukuku :P tapi suka la part bila ichigo catch up to rukia... eceh. pastu chad pon comel. minggu depan punya epi, ada pasal kon (tapi blom masuk badan plushie, tak sabar nak nengok!!!) yg masuk badan ichigo, and ade buat facial expression bangang! kukukuku :P

lastly, PoT. lama dah tak pekena PoT. fansub dia lembab la. kat jepon dah 150+ episod. dah la kalau langkah trus (i.e. dl trus epi 145) terasa macam tak beh je. episod ni pasal fuji syuusuke deting ngan budak bawah umur (hahhhh!), tak de la beh sangat. taaapiii dapat jugak nengok kikumaru yang comel macam kucing! suka bila dia cakap "yappachi" kat momo. harharhar~! lepas ni episod kikumaru plak. tapi rase macam tak de la beh mana kalau nak compare ngan cite chibi diorang yang baru ni (seishun family.. tezuka jadi atuk=watak lawak. teringat shigure).

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Thursday, November 4

Zakat al-Fitr Reminder

In the mood for making wallpapers

[forwarded from Islamic Relief]

AsSalaamun 'alaikum waRahmatullahi waBarakatuh

Dear Brothers & Sisters,

The Holy Prophet (Allah bless him and give him peace) taught us the importance of finishing good deeds in the best possible way.

To mark the end of the month of Ramadhan, zakat al-fitr is a gift that is given to the poor.

Abdullah ibn 'Umar said that the Holy Prophet (Allah bless him and give him peace) ordered the people to pay zakat al-fitr before going to the Eid prayer. (al-Bukhari)

May Allah accept our Ramadhan and seal it with good deeds.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Wednesday, November 3

Rayuan Judi...

Winamp playin' Ryuusei by Flow

tadi masa sahur nengok la tv1 sebab kat tv3 takde al-kuliyyah macam biasa, ganti ngan live telecast bola barcelona lawan mana tah.. i dunno, i dun follow those stuffs. jadik dari kol 5 sampai 5.25 nengok la dorama, tajuk ape pon daku tatau. lepas dorama tu, ade siaran rakaman perf nasyid. memula rabbani, lagu ape tah.. aku rase lagu doa dan pujian kot. tak kisah la, bukan pasal rabbani pun.

the next group was hijjaz - fatamorgana. being a nasyid group, pastu siaran rtm pulak tu, so secara lojiknye diorang kena la nyanyi live. dan secara lojiknye kalau live tu sure2 la lain bunyik dia dari keset/cd/(insert media) yang ori kan. si chia nih, dia cakap diorang ni nyanyi macam indonesian punye style.

then i blurted out..
"rayuan judi.. menawan hati.."

terus chia LOL. sebab dia nak nyanyi lagu "satu ringgit.. dua ringgit.." which is not indonesian, but coincidently also has 'judi' in the title. nevertheless dia nak maksudkan style diorang nyanyi tu macam tu la, minus the gelek.

i bet y'all never heard of that song before, right? the rayuan judi song lar. aihh aci kerat jari la kalau betul pernah dengar. kalau pernah, sure korang dapat tangkap lawak ni.

the lyrics goes somewhat like this:
rayuan judi
menawan hati
rayuan judi
memikat hati
judi selalu menawarkan berjuta-juta harapan (2x)
oooh.. oooohh..
karena judi
[blablabla tak ingat the rest]

the fact is, this song is really a nasyid, sung by an all-female nasyid group from indonesia. lagu ni dah lama sangat dah, masa aku sekolah rendah lagi. masa zaman ada maid; tu yang sampai buleh dengar lagu dari seberang tu. aku pun dah tak ingat apa nama grup tu. yang pastinye dulu aku suka dengar lagu tu sebab musik dan liriknya yang catchy. siap kalau nyanyi, goyang2 badan cam hindustan.

hai.. bila dah teringat tu, nak la dengar balik kan. tapi bila aku google, tak jumpa plak. maklomlah dah tak ingat nama grup. kot la kalau korang ada terjumpa lagu yg berlirik cam ni kat mana2, fowed2 la kat aku. bukan nak melawakkan lagu tu, cuma nak dengar balik btol2.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

You Rock My Sock

In the mood for making wallpapers

terjumpa ni masa tengah menggoogle:

1. Kumpulan Rock yang telah mengerjakan Haji.
KUMPULAN BANJI (Bang Haji)

2. Penyanyi yang sering fail dalam karangan..sebab guna noktah kat depan ayat... TITEK PUSPA

3. Penyanyi yang paling demand...
HETTY COST ENDANG

4. Kumpulan yang berasal dari Bukit Gasing
KUMPULAN SPIN

5. Penyanyi yang paling berat dalam sejarah
ABOT (dalam bahasa jawa bermaksud berat)

6. Kumpulan Orang Asli Paling Berjaya
O.A.G (Orang Asli Gombak)

7. Kumpulan yang paling murah menerima bayaran..
SCOIN (pakai syiling jer)

8. Kumpulan Nasyid yang terdiri dari orang jawa
AL-JAWAHER

9. Kumpulan Rock yang Paling wangi
MAY (Sabun)

10. Kumpulan Rock Paling Bahaya
AMUK

11. Kumpulan Rock Yg Terdiri dari Bomoh Professional
MANTERRA

12. Kumpulan Rock yang takut mandi pagi
GIEGIEL

13. Kumpulan Rock yang selalu kena migrain
HEADWIND

14. Kumpulan yang telah mengkormersialkan Roti Benggali Pedas
GINGERBREAD

15. Kumpulan yang mudah berpecah
KRISTAL

16. Kumpulan Rock yang makan nasi pakai tangan kiri
LEFTHANDED

17. Kumpulan yang ada power
KEMBARA (sebab ader DVVT)

18. Kumpulan yang terdiri dari pesawah
PADI

19. Kumpulan yang paling popular di pagi raya
TOO PHAT (Ketupat)

20. Penyanyi kesukaan David Beckam
SITI SARAH (Sarah Marbeck)

21. Penyanyi yang sentiasa tua
TO'KI

22. Kumpulan yang kejap cantik kejap hodoh...
PRETTY UGLY

23. Kumpulan yang takleh nyanyi kat Europe
METALASIA

25. Kumpulan yang boleh lihat tapi tak leh pegang
4U2C

26. Penyanyi yang tak pernah kena speed trapppp..
MELLY GOESLOW (Go Slow)

27. Penyanyi yang sentiasa mendapat tajaan walaupun dah mati
NIKE ADRILLA (Nike)

28. Kumpulan yang sentiasa menyambut 'HARI GURU'
TEACHERS PET

29. Kumpulan yang susah nak sakit
MEDICINE

30. Kumpulan yang berkerjaya tapi pendek umur..
DR. KRONIK

31. Kumpulan yang buat show kat everest
IKLIM

32. Kumpulan yang kena samak apabila di sentuh
BLACK DOG BONE

33. Penyanyi yang paling bengap walaupun dah kaya
PAK PANDIR

34. Kumpulan yang paling di hormati
DEWA

35. Kumpulan yang memperkenalkan Roti Boy di Midvalley
NEW BOYZ

36. Kumpulan nasyid yang menggunakan paling popular di jalanraya.
HIJJAZ ( Honda Jazz tuh...)

37. Kumpulan yang tak akan buat show pada bulan lain kecuali bulan 9..
SWEET SEPTEMBER

38. Kumpulan Paling berani..
KAMIKAZE

39. Kumpulan yang selalu gi konvoi..
XPDC (Ekspedisi)

40. Kumpulan yang suka makan Chicken Wings kat KFC..
KUMPULAN ABU SAYYAF.....kueng...kueng...kueng...

- kuhiks - (gelak a-la zam)

tambah sket lagi idea aku...

41. Kumpulan yang ada kat mana2..
EXIST

42. Kumpulan yang siku dan lututnya kasar2 belaka..
RUFFEGDGE

43. Kumpulan tokey/salesman segala jenis bola..
PHYNE BALLERZ (menjual bola yang bagus2)

44. Kumpulan yang hanya buat show musim bunga..
SPRING

45. Kumpulan yang sentiasa gelap..
GERHANA SKA CINTA

46. Kumpulan yang tak reti guna pisau untuk sapu mentega..
BUTTERFINGERS

47. Kumpulan yang mengalami masalah pendengaran..
DEF-GAB-C

48. Kumpulan yang suka melukis..
POTRET

49. Kumpulan kesukaan ramai perempuan..
COKELAT

50. Kumpulan yang suka makan serangga..
SPIDER

heh malas nak pk lain dah. korang la plak tambah :D

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Tuesday, November 2

Last 10 Days of Ramadhan

In the mood for bungee jumping

[forwarded from Islamic Relief]

Dear Brothers & Sisters,

The last ten days of Ramadhan are near, days that have special status above the other days of Ramadhan. The Prophet (Allah bless him and give him peace) would strive to do acts of worship more than he would at any other time (Muslim).

To take full advantage of these ten days, increase in good deeds such as sincere repentance, dua (especially late at night), giving in charity, sponsoring an orphan or sitting in i'tikaf.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Monday, November 1

A Small Effort Goes A Long Way...

got this from a friend.. quote:

not sure how effective this online petition thing is exactly. but i guess it's the effort that counts?

Please take action!!!!!!!


To all of you..........


I have searched in Google and this is true. I never forward any messages to everyone until I am sure of the authenticity of the message. Just type "Craig Winn" in Google and check it out for yourself.


Please help stop a book (written by Craig Winn) that attacks the Prophet Mohammed (SAW) from being sold by signing the petition (click on the URL shown below to take you to the petition). It'll only increase hatred in this world.


The book's title is "The Prophet of Doom"! If the hyperlink in the email is not active, you can just copy the URL and paste it in your browser's address space and than press enter. Please email this email to all your friends in the community.


Copy & paste the link below to access the petition:
http://www.petitiononline.com/iecrc786/petition.html


Thank you.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy