Monday, May 30

Oh~ Aku Rindu... Katakan Padanya Aku Rindu...

In the mood for Ini Rindu

aja... u owe me one!!

INI RINDU

Cipt.: Farid Harja
Vokal: Farid Harja & Lucky Resha


Sebelum aku tahu akan artinya cinta terlena ku dibawanya kesana
Setelah dia pergi baru aku mengerti kutelah jatuh cinta kepadanya

Oh.. aku rindu
Katakan padanya aku rindu
Oh.. burung nyanyikanlah
Katakan padanya aku rindu

Apabila cinta singgah dihati bola mata sesat buta memandang
Melihat api seperti air dan melihat air laksana api
Meskipun banyaknya nasihat asmara namun tiada satu pengubat rindu
Telinga pun tuli mata jadi buta begitu panasnya demam asmara

Mulutpun bi bi bi bi bi bi bisu lidahpun ke ke ke ke ke ke kelu
Ka ka ka ka ka ka ka ka karena ci ci ci ci ci ci ci ci cinta
Mulutpun bi bi bi bi bi bi bisu lidahpun ke ke ke ke ke ke kelu
Ka ka ka ka ka ka ka ka karena ci ci ci ci ci ci ci ci cinta

Oh.. aku rindu
Katakan padanya aku rindu
Oh.. burung nyanyikanlah
Katakan padanya aku rindu

Biarlah cinta berjuta-juta menggoda jiwa (aha aha aha aha)
Biarlah hati berkeping keping asal kau disisiku (aha aha aha aha)

Oh.. aku rindu
Katakan padanya aku rindu
Oh.. burung nyanyikanlah
Katakan padanya aku rindu

Sebelum aku tahu akan artinya cinta terlena ku dibawanya kesana
Setelah dia pergi baru aku mengerti kutelah jatuh cinta kepadanya

Oh.. aku rindu
Katakan padanya aku rindu
Oh.. burung nyanyikanlah
Katakan padanya aku rindu

Apabila cinta singgah dihati bola mata sesat buta memandang
Melihat api seperti air dan melihat air laksana api
Meskipun banyaknya nasehat asmara namun tiada satu pengobatan rindu
Telinga pun tuli mata jadi buta begitu panasnya demam asmara

Oh.. aku rindu
Katakan padanya aku rindu
Oh.. burung nyanyikanlah
Katakan padanya aku rindu

:D

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Gmail Invites

Winamp playin' Girl by F-iv

i have like 55 gmail invites. anyone interested? if so, pls send your request to deathberry[at]gmail.com or inoueorihime[at]gmail.com.

pls put 'I want a Gmail Invite!' in your subject line, thanks.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Saturday, May 28

The Revenge of The Sikh (yup, u're reading it right)

In the mood for Star Wars OST

ade la sorang kawan sikh aku ni. ari tu aku telah "memaksa" dia membelikan mcD untuk aku. sekali malam ini ketika hendak menyaksikan wayang bertajuk star wars episode III: revenge of the sith, aku pun dengan "paksa rela" membelanja dia popcorn combo. large plak tu. heh. masa aku nak keluar duit tu, sempat la dia cakap, "hahaha this is the revenge of the sikh!". member aku yg sorang lagi (melayu la) pun gelak. ces. takpe. ade lori ade bas.

anyhows pueh hati la dapat jugak aku menyaksikan wayang episode III ni tanpa megapply for annual leave. tu pun mujur member aku yg sorang tu mengajak. nengok lepas keje, dalam pukol 1 la start. dok tengah wo. dah la belakang. baek punya.

nak aku citer pasal cite ni ke? tak payah la kan, nanti tak surprise plak. yg pastinye tadi inche rob thomas (hahahaha :P) ade ngan abang bo, sekali nengok ngan kitorang. walaupon seat jauh namun satu baris tuh! wahahaha seronot!

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Thursday, May 26

Belly Shancing? Muhahahaha :P

Winamp playin' Flashback! by Asian Kung-Fu Generation

It's a nice day to be alive.

Takde... teringat je kat lagu poetic ammo tuh.

anyhow saje la nak cerita, ntah nape aku ni malas betul nak bangun awal pagi dan membuat sesi nari2. aku dah buat dah vcd nari2 tu. tinggal nak ikot je. nape ekk, will power aku tak kuat dalam bab ni? kalau aku senantiasa tido lambat tu lain citer la, ni dah kalau tido cepat pon liat sangat nak bangun before pukol 11 nih... isk payah betol.

okeh cakap mende lain plak. rcently aku kan membaca buku agatha christie's poirot series kepunyaan anis (alah baru nak masuk 2 buku pun), sekali aku jumpa la pulak torrent anime citer ni... tajuk anime: agatha christie no meitantei poirot to marple (agatha christie's great detectives poirot and marple). dl la. kasi nengok sket. uhh... memang katun cite dulu2. setting dia around 1930s. ok la tu. anime dia takde la menarik cam anime tv tokyo, maklomlah anime saluran nhk. kalau nak tau nhk tu saluran seperti rtm. tapi rtm pun kadang katun dia menarik. kalau kengkorang suka nengok anime cam citer daddy long legs tu, boleh la layan anime ni.

sebut pasal daddy long legs pulak.. huaaa fadi dah nengok cite tu, aku yg beriye2 nak nengok ni tak nengok2 lagi. camne ek.. kena beli ram cepat2 ni, pastu beli hd yg power. baru beh nak mendl. betul dak. buleh la aku continue mendl kpop stuffz. harharhar.

wokeh la, ingat nak belaja steps lagu yuljung esok ni. hwaiting!!!

(ah sebut pasal cakap phrase korean ni pulak... tadi tghari aku lunch la kat mcD. b4 aku settle down tu, tatau la nape aku kalut sangat ari ni.. dah tu kebiasaan aku kalau kalut aku sebut 'ah... mitchussuh~!!' which kinda means 'ah... gilo~!!'. sekali ade la dua auntie ni pandang aku. aku pelek la. sebab aku ingat chinese. sekali dengar la diorang bercakap. korean tuh! patut la pandang aku. dah la taim aku makan pun ade pandang2 gak - bukan jeling2 yer - jadi aku pun macam, eh diorang ni tak penah nengok orang pakai tudung cakap korea kot. dah la bahasa pasar. mhahaha :P)

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Saturday, May 21

Ayoyo Norrita: Part II

In the mood for pegi kenduri kawan2ku hahaha

saje la nak cek dari mana orang datang kan. ayoyo... ade lagi ke orang carik pasal norrita? sudah2 la tu, perempuan tu pun dah arwah, dah ade rumah kat tingkat tujuh, bawah tanah, batu dua, pohon kemboja. sudah2 la tu siksa mayat dia tu. dah la perempuan tu memang gerenti kena siksa kat akhirat nanti (aih jangan nak belagak baik plak.. dah carik pasal norrita tu takkan la ade niat baik pulak kan?).

kalau ye pun korang nak carik pasal itu perempuan, tak payah la susah2 masuk blog aku ni. buang masa je sebab korang takkan jumpa ape yg korang nak. gambar pun takde. bakpela aku nak letak gambar orang mati dalam blog aku? takde pekdah la. ape2hal pun mekasih je la sebab orang cam kengkorang ni la yg menambahkan stats blog aku. aku pon terpaksa terima aje lah kan.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Tuesday, May 17

The Wonders of Cache: Part II

Blog widot's playin' Full House OST

hahah seronot betul!!! selepas terjumpanya entries aku yang lama2 itu, maka dengan secara automatiknya aku pun mula la memasukkan kembali entry lama2 yg beh2 (dan beberapa yg tak beh... janji panjang muhahahah :P)... jadi lepaih ni segala memori silam aku pun buleh aku baca balik. cuma, beberapa gegambar je la takleh aku nak link balik sebab link dia pun dah ilang. janji aku punye entry pasal phoenix blood dulu ade. yeah!!! pong nawat~!!

nanti akan ku teruskan perjuangan menyalin dan menampal hingga ke tanda noktah yang terakhir entry2 lama ku. yay seronot2!!!

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Wednesday, May 11

The Wonders of Cache

In the mood for Zung Zung Funky Music by Orange Range

As usual, kalau ade orang yg aku tak kenal masuk blog aku yg hampeh ni + tinggalkan msg in my shoutbox, i'd click on the bravenet's stats icon(located wayyy down in the left column). stats dia ni buleh kasitau dari mana manusia2 yg menjengah blog aku ni datang (as in referer site la). most of the time, datang dari direct link (as in ade dalam bookmark ke url bar la) - i'd like to express my gratitude to my regular visitors; aishiteru yo! - and dari site punye link (thanks for adding my blog in your link list!), and also dari search result.

selalu kalau dari search result ni aku buat dono la with exception of special cases yang mana aku rase pelik, ape yg aku dah taip sampai buleh jadi result macam tu. hari ni rase gatal la pulak nak click on one of the search result. hmm... search for jual manga bleach? result from google.id. hmm... bukak je result page tu, link aku ade kat bawah sekali (dah nak buat camne, it's not like 100+ visitors everyday). memula click la kan kat main link yg dia tunjuk tu (ke arkib entry aku). pastu aku tetibe rase macam nak click on cache pulak. so i did that.

sekali, kluarlah this blog in its old template, template zaman spiderman2 tuh! ahahaha rindunye aku kat template tu :D dah tu entry aku dalam tu pulak cakap english sakan gilo. hahaha :P (gelakkan diri sendiri). aku admit la at that time aku kena pengaruh salwanie (hahahahaha) nak taip entry english je sokmo. dah tu ade la beberapa item yg aku tak include dalam current layout, as in solat reminder, persona detector, direct link of downloadable items (dalam cache ni lagu CORE of SOUL, ngan moero attack opening video, and intro song), pastu kata2 hikmat at the end of the page. ade lagi tu virtual body count of the kill everyone project. bila klik link tu, dah ilang daj pulak page tu. hahaha tatau lah dah capai matlamat ke tidak kan nak bunuh semua orang kat dunia ni (virtually la haiyaaaa).

ah~ nanka ii kanji?

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Tuesday, May 10

Plushie Cats

In the mood for Attic Cat intro :D



meet "Yaung" and "Ajumma" :D

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Monday, May 9

Kisah Kawanku Dengan Ibu Tirinya Part II

Winamp playin' Gravity by Fly To The Sky

... sambungan conversation hari tu. starting with my question. (reminder: ni ayat sesedap rasa aku.. takde la aku ni ingat ayat dia sebijik2.)

ha ape dia?

yang pertama, perempuan tu berjasa dengan family aku. aku admit dB yg perempuan tu memang banyak jasa dia dengan family aku. masa arwah mak aku sakit hari tu dia yang tolong jaga, tolong bagi makan, tolong itu ini. tu aku takleh nak deny la. sibuk tolong uruskan itu ini. memang banyak jasa dia kat family aku. sebab yang kedua pulak, kehidupan dia miskin amat. dapat duit zakat tu. dah tu sebelum dia datang kl, kampung dia tu je lah dunia dia. tak de dia nak sampai ke bandar ******** ke mana ke, memang dia tak tau. memang lubuk tu.

(macam menghina je)

dah tu duduk dengan kakak dia. kakak dia pun dah tak larat nak jaga. ye lah dia tu ape je yang dia tau? asyik2 tidur je. /* ulang part pasal tidow tuh */ aku bengang la. selama 4* tahun dia hidup, apa yang dia buat? bila bapak aku nak kawen dengan dia, kakak dia pun macam terima saja. macam terasa ringan dah beban dia. nak menjaga adik dia yg 4* tahun tak tau ape2. /* ulang part pasal nasik lemak */ and sebab yang ketiga bapak aku cakap, dulu mak ayah dia tak jaga dia betul2, jadi pasal agama dia tak tau. bukannye sembahyang pun perempuan sengal tu. dah tu bapak aku ajak aku sama2 ajar dia. aku pun, haa? no way. itu urusan bapak. bapak yang nak sangat kawin dengan dia, bapak la yang bimbing dia. bapak yang nak kawin tak tanya kitorang adik beradik, bapak cakap tu urusan bapak nak kawin dengan dia ke sape ke. jadi bapak tanggung la sorang. sedangkan aku sendiri pun tak terbimbing dB...

(huh sombong jugak kawan aku ni ye... tapi dalam keadaan begini, aku paham yang dia takleh nak terima lagi mak tiri baru dia)

****

dah tu, sampai la ke pikappoint. sampai situ je cerita dia hari tu. aku pun dapat buat kesimpulan sendiri. kawan aku ni hati keras sungguh. and at times berlagak + sombong dekat orang yang dia tak suka (dalam kes ni, mak tiri dia la). tapi aku rase kalau aku dalam kasut dia, mungin aku akan ade perasaan yang sama. kalau perempuan tu memang sengal la.

sempena hari ibu ni, berbaik2 lah dengan ibu anda. buangkan yang keruh, jangan ditangguk lagi. tak kisah la ibu anda tu ibu kandung ke ibu tiri ke. sedangkan cinderella dan bawang merah pun buleh maafkan ibu tiri diorang yang kijam dan zalim. ambik iktibar le. kalau kita baik ngan orang, sooner or later orang akan baik ngan kita balik. kalau kita buat jahat kat orang, satu masa nanti mungkin kita terpaksa teguk air liur nak mintak bantuan dari orang yang kita pekena tu.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Saturday, May 7

Kisah Kawanku Dengan Ibu Tirinya

Winamp playin' Zombie by The Cranberries

adelah sorang kawan aku ni, dia suka sangat bercerita.

pada suatu hari dia ceritakan pasal ativiti dia hujung minggu ni. katanya nak ke genting bercuti2 bersama kawan2. lepas tu dia cakap la takmo pegi bawak keter, naik bas dari terminal putra lagi senang. dalam bas buleh tido. pastu dia cakap keter dia tu buleh la kasi adek dia bawak, balik kampung kat negeri ********* berjumpa dengan abahnye di sana. lepas tu conversation kitorang jadi la lebih kurang begini:

bukan ape, adek aku tu susah sangat nak balik kampung. keras hati sangat. taknak dia jumpa dengan mak baru aku tu. kalau aku, tak suka mana pun aku kat betina sengal tu, aku terima je dia sebab dah jadi mak aku. tapi kan dB, aku risaukan bapak aku tu la.

kenapa nye?

ye lah. betina sengal tu kalau masak, ya rabbi, boleh jadi sakit darah tinggi orang tua tu dibuatnye. masin gila babi punye masin la.

ih sampai macam tu sekali?

ha.... pastu dia tu balik2 masak nasik lemak je. dah tu asyik2 tidur je keje. bapak aku pegi kebun, dia membuta je keje. bangun bila bapak aku balik kebun, buat la ape2 yang patut, lepas tu membuta balik. asyik membuta je keje.

sakit kot perempuan tu.

ntah la dB. dah tu kalau balik rumah aku ni, membuta jugak keje dia. masak pun tak reti. umur dah 40+ tahun, apa yang dia buat selama dia hidup lama tu? i mean, masak tak reti langsung, masak nasi lemak je tau. dah tu kalau diorang balik rumah aku, memang aku tak kasi dia masuk dapur langsung.

ha kenapa tu?

ko tak tau dB, aku tak suka dia usik barang2 dapur aku. tension tau. ade sekali tu aku beli ayam, nak buat lauk ape tah, balik keje tengok dia buat nasi lemak dengan ayam tu. balik2 nasik lemak. ii tension betul la. aku cakap dengan bapak aku pasal tu kan, bapak aku boleh cakap pulak, kita sama2 la ajar dia. pastu aku cakap la, kenapa pulak aku kena ajar dia? kenapa orang yang umur 2* tahun nak kena ajar orang 4* tahun? sepatutnye orang umur 4* tahunLAH yang kena ajar orang umur 2* tahun.

hmm hmm hmm

aku penah la tanye bapak aku tu kenapa dia boleh nak kawin dengan perempuan sengal tu. dah la taim tu mak aku baru je meninggal, dalam sedih2 tu boleh dia nak kawin lain. pastu bapak aku cakap la,tu pasal dia, aku jangan nak masuk campur. lepas tu dia ade la cakap, 3 perkara kenapa dia kawin perempuan tu....



... bersambung (nak gi makan ahahahah :P)

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Thursday, May 5

Naruto The Movie

In the mood for Rasengan!!!!

baru je lepas nengok naruto the movie... ahahah sanggup tu dl siang tadi dalam keadaan stimik cam bangang ni... akhirnye berjaya jugak nengok :P seronot!!! suka suka!! sebab
1. grafik lawa gilos,
2. jalan cerita walaupon biasa je (macam series la) tapi menyentuh hati :D,
3. kakashi sungguh beh! aha~! biasa la tu kakashi beh kan, tu takleh nak deny la,
4. walaupon chidori sasuke dah agak power and naruto punye rasengan dah agak refined, tapi mereka maseh lagi berkawan baik :D.
bila pk pk balik taim bila tu nak fit in dalam jalan cerita series? kan? dah la dalam mubie ni tak tunjuk sakura menggunakan kuasa taijutsu dia yang sepower tsunade. tapi kalau nak ikutkan masa tea country punye episod sasuke takde la jeles sangat ngan rasengan dia... eh tapi dalam mubi ni pun serasa aku bukan dia perasan ransengan tu, sebab dah pengsan dulu. hahahah ape2 lah.

jadi kepada peminat siri anime naruto ni, jangan tak nengok mubi ni. takde la rugi, tapi kalau nengok sure pueh hati (aku pueh hati la... kalu orang lain aku tatau la pulak kan). kalau nak dl guna torrent, buleh la click kat scarywater punye link kat frame sebelah kiri ni ha, pastu carik la under DB (dattebayo) :D

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Wednesday, May 4

One Way Ticket

Winamp playin' Sunday by アジアン.カン‐フー.ジェネレシェン hahaha :P

hari semalam (3 mei) kembali daku ke tempat keje. seperti biasa, untuk ke pikap poin, aku perlu menaiki bas awam. setibanya aku kat tempat menunggu bas awam, baru aku teringat yang tambang bas dah naik. gabra jugak, takut rm tak cukup. alhamdulillah la cukup. so bas pertama yang datang (dan semestinye aku akan naik, malas nak tunggu next bus) ialah bas metro.

bas metro yang dari lembah jaya ni memang terkenal di kawasan commuter bas ampang ni sebagai bas murah (sebelom ini). mana taknye, bas lain dr LJ-STAR lrt-amp park-jalan silang tambang dia 0.70-1.20-1.60:dalam area sama 0.70, neighboring area 1.20, selang satu area 1.60; bas metro ni plak LJ-amp pt-amp park-jln silang: area sama 0.70,ke kawasan lain 1.20.

okeh sambung balik citer memula tadik. aku pon naik la bas metro nih. sekali bila aku cakap destinasi aku, dia cakap rm1.50. hah? ha takpe la sebab aku ni selalu jugak naik bas lain selain metro, jadi kire sekarang tambang dia standard la untuk semua bas kan, dan aku redha je la. tapi ade la pulak yang tak pueh hati. mana taknye, selalu nak gi amp poin 70sen je, dah naik sampai singgit limaposen. muhahaha :P

jadi lepas ni tak de la orang tanak naik bas lain pulak, macam sebelom2 ni asek bas metro je. n bas metro akan kurang sesak di masa hadapan. muhahaha :P

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Monday, May 2

Uhuk Uhuk

Winamp playin' It's Raining by

하리 이니 사야 보산 길러, 자디 사야 구나 한글 은툭 메나잎.

hahahaha terkulat2 aku nak menaip ayat di atas tu guna soft keyboard kat leptop ni. ayat yang aku sorang je paham. orang korea pun takkan paham ape aku taip tu. oh ye, orang lain yang akan paham ialah orang melayu yang reti baca hangul.

sudahkah daku memberitahu rancangan real romance loveletter 리알 로망스 야내편지 dah masuk season 2? kalau dulu satu 여자(女) dan beberapa 남자(男), sikalang sudah 7 of each gender. walaupon kurang sikit seronot dari dulu (sebab dulu yg lelaki je membodokan diri nak mengorat satu pompuan), tapi part minor league (마이너리그) jadik beh plak sebab lelaki perempuan sama2 kena ketuk ketampi huahuahua :P pastu aku nengok jo sung mo 조성모 dalam ni comel la pulak ahaks :P tapi takde la sampai nak minat kan. park jung ah 박정아 plak lawa... suka la nengok dia. sora pun sedap. oh ye adek aku tepon tadi mengeksplen bagemana buleh jadik shinhwa 신화 mania dikalangan kawan2 dia.... o rupenye dari rancangan ni la yer... harharhar ya rancangan ini memang sesuwei untuk mempromosikan shinhwa yang beh tu muhahahaha :P

eh alamak... sedang menaip2 ni teringat pulak kat cd 1st live concert diorang ... mana ekk cd tu... ha!! jumpa pun. nak layan cd tu pulak la. update buleh lain kali kan muhahahah :P lagikpon takde mende nak cite sangat pun. nanti la kalau rajin aku taip la pasal percutian di awana ke ape kan... harharhar :P

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy