Monday, May 9

Kisah Kawanku Dengan Ibu Tirinya Part II

Winamp playin' Gravity by Fly To The Sky

... sambungan conversation hari tu. starting with my question. (reminder: ni ayat sesedap rasa aku.. takde la aku ni ingat ayat dia sebijik2.)

ha ape dia?

yang pertama, perempuan tu berjasa dengan family aku. aku admit dB yg perempuan tu memang banyak jasa dia dengan family aku. masa arwah mak aku sakit hari tu dia yang tolong jaga, tolong bagi makan, tolong itu ini. tu aku takleh nak deny la. sibuk tolong uruskan itu ini. memang banyak jasa dia kat family aku. sebab yang kedua pulak, kehidupan dia miskin amat. dapat duit zakat tu. dah tu sebelum dia datang kl, kampung dia tu je lah dunia dia. tak de dia nak sampai ke bandar ******** ke mana ke, memang dia tak tau. memang lubuk tu.

(macam menghina je)

dah tu duduk dengan kakak dia. kakak dia pun dah tak larat nak jaga. ye lah dia tu ape je yang dia tau? asyik2 tidur je. /* ulang part pasal tidow tuh */ aku bengang la. selama 4* tahun dia hidup, apa yang dia buat? bila bapak aku nak kawen dengan dia, kakak dia pun macam terima saja. macam terasa ringan dah beban dia. nak menjaga adik dia yg 4* tahun tak tau ape2. /* ulang part pasal nasik lemak */ and sebab yang ketiga bapak aku cakap, dulu mak ayah dia tak jaga dia betul2, jadi pasal agama dia tak tau. bukannye sembahyang pun perempuan sengal tu. dah tu bapak aku ajak aku sama2 ajar dia. aku pun, haa? no way. itu urusan bapak. bapak yang nak sangat kawin dengan dia, bapak la yang bimbing dia. bapak yang nak kawin tak tanya kitorang adik beradik, bapak cakap tu urusan bapak nak kawin dengan dia ke sape ke. jadi bapak tanggung la sorang. sedangkan aku sendiri pun tak terbimbing dB...

(huh sombong jugak kawan aku ni ye... tapi dalam keadaan begini, aku paham yang dia takleh nak terima lagi mak tiri baru dia)

****

dah tu, sampai la ke pikappoint. sampai situ je cerita dia hari tu. aku pun dapat buat kesimpulan sendiri. kawan aku ni hati keras sungguh. and at times berlagak + sombong dekat orang yang dia tak suka (dalam kes ni, mak tiri dia la). tapi aku rase kalau aku dalam kasut dia, mungin aku akan ade perasaan yang sama. kalau perempuan tu memang sengal la.

sempena hari ibu ni, berbaik2 lah dengan ibu anda. buangkan yang keruh, jangan ditangguk lagi. tak kisah la ibu anda tu ibu kandung ke ibu tiri ke. sedangkan cinderella dan bawang merah pun buleh maafkan ibu tiri diorang yang kijam dan zalim. ambik iktibar le. kalau kita baik ngan orang, sooner or later orang akan baik ngan kita balik. kalau kita buat jahat kat orang, satu masa nanti mungkin kita terpaksa teguk air liur nak mintak bantuan dari orang yang kita pekena tu.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

No comments: