In the mood for La La La Love Song by BoA & SOUL'd OUT
balik keje. naik transport. seperti biasa pasang la mp3 player. sampai la lagu lalalalebsong boa ni. hepi la kejap. sebab dulu suka sangat lagu ni, version boa. version Toshinobu Kubota pun suka gaks. tapi lagi suka version boa sebab dia sungguh la catchy. siap terpk nak buat ringtone untuk hp baru (kalau jadi beli baru la).
sampai pickup point. naik kete. seperti biase tuka2 stesen redio. tapi semenjak dua menjak ni bila bukak mix fm selalu je klua lagu rock steady, so secara automatisnye picit stesen tu. klua la lagu tu tapi nak abih pun. pastu start lagu2 boring. tuka2 stesen lagi.
sampai stesen minyak. lepas isi minyak, redio dah kat hot fm tapi tuka stesen lain sebab lagu yg klua tu tak kenal. sampai traffic light. binchi betul orang depan lambat noo nak gerak walau lampu dah ijau. tau la ops sikap. tapi lampu ijau jalan la.
dah lepas bukit tu, tuka balik hot fm. sekali klua lagu macam lagu lalalalebsong boa!!! aku pun excited giler. ilang bengang kat orang slow tadi tu. dah la part cakap2 (rap la) macam same je ngan SOUL'd OUT punye. vahvahvah. trus tunggu lagu abis walaupun dah park keter.
masuk rumah, naik bilik. bukak pc. punye la mencarik kat tenet, memula ingat lagu rossa. bila nengok lirik, lain. jadi search la guna "nada cinta". jumpa!!! woh, si karen penyanyi baru ni yang nyanyi. tapi sedap jugak dia bawak lagu ni walau lirik ntah aku ade sedikit tak paham. carik mp3, jumpa tapi takleh dl. hmmmm
di bawah aku letakkan lirik yang diamek dari web ireans. buleh dload gak mp3 kat situ, kalau seber dia tak crash la.
Na Na Na Nada Cinta
Singer: Karen Kong (featuring 3 Flow)
Bercahaya dimandi cahaya
Bahagia tiada penghujungnya
Segalanya tak bisa diungkap
Na na na na Nada Cinta …
Suatu petang hujan di taman
Aku meredahnya sendirian
Engkau muncul menghulur tangan
Aku berkata “Tak mengapa!”
Lalu hujan dan dingin berkata
Ia ada di depan mata
Perlahan turun ke hati
Kita sama-sama jatuh cinta …
Terlalu aneh hati manusia …
Dingin hujan menentukan rasa
Biar kita dibuai asmara
Selamanya hingga akhir hayat nanti
Tanpa kata hujan meraih kita
Kita dimandi cahaya….
Engkau hadir umpama tenaga
Aku pasti tanpa sedikitpun dusta
Segalanya tak bisa diungkap
Na na na na Nada Cinta …
Tak perlu melafaz kata hikmah
Pelukan terasa getarnya
Perasaan kita serupa
S`luruh jiwa ragaku serah …
Bila malam bintang kau umpama
Kaulah sirna engkaulah cahaya
Abadilah nada-nada cinta
Janji tersimpan lalu membibit setia
Bila hujan datang kedinginan
Nyanyikanlah Nada Cinta …
Sebelum kau kedinginan
Hadirlah kasih ….Oh oh
-------------------
sesape nak lagu version boa ni (kalau nak compare la) sila la tinggalkan emel address anda di kotak komen, gunakan [at] sebagai pengganti @. atau meseh saje ke deathberry[at]gmailDOTcom. kalau nak dengar kat youtube, gi kat http://www.youtube.com/watch?v=jqrpZG87QHk tapi kat situ bukan MV dia la.
kesimpulannye aku suka lagu ni. versi ape pun.
ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy
6 comments:
tq pasal link lagu tue....akoo mencarik merate....hehehehehe....anyway i put some credits to your blog....thanx again...nice song by the way....;)
heh heh thanks thanks. saye pun mencarik merata jugak, dalam satu malam je. mujur la jumpa. kalau tak, tak tido le jawabnye.
eeee lagu tu mmg besh tp bila karen nyanyi tak suke sgt.kurang catchy
nak lagu boa tuh plz
eidrogue[at]yahoo.com
=) hello..this is my first time visiting ur blog..
can i have the lagu versi BOA?
boleh? terima kasih byk byk ya..
amelia.de.wahwah[at]gmail.com
sape nak lagu la la la love song... send message kat mini_word@yahoo.com.au
nanti aku kasi...
Post a Comment