Friday, February 23

Nodame Cantabile

In the mood for Rhapsody in Blue by George Gershwin

のだめカンタービレ..

suka!!! suka ngan cite nih!! hontoni daiisukii~!! jungmal choah~!

---------------

alkisah..

pegi membeli tiket untuk cheme. singgah le kedai vcd kat SM jap. jadi di sana start la mencarik vcd kot2 ade yang beh. jadi setelah tengok2, berjaya la mengabihkan rm membeli 4 ceriter:

1/ Last Present - drama pendek a-la cerekarama;
2/ Teppan Shoujo Akane- drama bersiri;
3/ Okusan wa Majo/Bewitched in Tokyo - drama bersiri gaks;
4/ Nodame Cantabile - lagi satu drama bersiri.

so masa nak balik tu, kasi le cia pilih vcd mana dia nak bawak balik sekoloh. memula dia mintak akane. tapi oleh kerana si horikita maki yang berlakon, macam nak nengok tu dulu. so kasi la dia bawak nodame.

balik, nengok le last present dulu. ok gaks le ceritenye. pastu trus sambung ngan akane. agak kechiwa sedikit sebab skrip dia sungguh la tak beh dan jalan cerita sungguh la hambar. tak sabar2 nak abihkan cite tu sebab nak trus tgk bewitched. tapi sebab jalan cerita yang tak memuaskan hatiku, lambat la dia abih. abih je nengok akane, trus nengok bewitched. seronots la gaks sebab banyak part kelakar. ala cam bewitched versi omputes gaks la, tapi lebih kejepunan. kecuali baju si yonekura ryoko tu la. pakai seksi woo.

cuti raya cina. bebdak kat rumah ni semua pun balik. semua pun layan nodame. sebabnye nodame beh!! tapi aku sabar je, takmo join, sebab takmo skip2 episod. tapi oleh kerana dah nengok beberapa anime dia b4 nengok drama, jadi mmg anticipate sangat2 lah! pastu nengok cd 1 ngan 2 bersama cheme dan bee. terasa di hati nak sambung je nengok (masa abih cd 2) tapi sebab ngantuk sangat jadi tangguhle.

cuti abih. bebdak semua balik sekoloh. so dah buleh sambung nengok nodame. yahaaa! mmg beh giler. mmg jatuh chenta kepada lagu2 klasik dalam citer nodame nih. lagi2 lagu2 yang di bawah ni:
/ Poco sostenuto — Vivace from Beethoven's Symphony No. 7 in A major, Op. 92 [R☆S Orchestra]
/ Gershwin's Rhapsody in Blue [S Orchestra]
/ Moderato Rachmaninoff's Piano Concerto No. 2, Op. 18 (2 Piano) [Chiaki/Nodame]
/ Allegro con spirito from Mozart's Sonata in D major for two Pianos K 375a (K 448) [Nodame/Chiaki]
/ Presto agitato from Beethoven's Piano Sonata No. 14 in C sharp minor, Op. 27 no. 2 "Moonlight" Sonata [Chiaki]
tapi yang paling suka rhapsody in blue la.. performance by S Orchestra. performance yang sungguh kiut!!!

ueno juri yang membawa watak nodame sungguh la menjadi!! kiut dan serabai dan selekeh dan lorat dan sewel dan bijak bermain piano dan genius dalam menghafal nota muzik dengan sekali dengar je... fuhh. kombinasi yang ntah pape kan? tapi baikle nengok sendiri. kalau tak beli vcd, pinjam la kawan ke, sewa ke, tulis surat/emel ke media prima suh tayang kat terebi. mmg layak le si ueno ni menang best actress kat jepon nyer 51st Television Drama Academy Awards. fuhh. tamaki hiroshi yang belakon jadi chiaki pun ok gak sebenanye. tapi muka kontrol abih. mmg sangat2 le kontrol.

yang membuat cite ni beh selain dari lagu2 dia ialah skrip dan lakonan yang penuh dengan lawak2 komik. mmg beh la! memula masa tau ade drama ni terpk gak, camne diorang nak buat lawak komik yang sungguh kelakar itu. dengan gaya nodame kena belasah la, dengan bentuk hati keluar dari muka la, dengan lagu kentut bersama senaman, dengan benjol besar keluar dari kepala, dengan performance S Orchestra yang penuh gaya konon2 rock la... mmg tak kering gusi. lagi2 scenes yang nampak mata putih je. muhehehe gile kelakar!

tapi yang paling interesting ialah, kesungguhan semua pelakon bermain alat muzik. aku tatau la diorang main betul ke tak. tapi bila nengok lengan si ueno juri tu sampai obvious muscle dia masa tengah main piano untuk competition tu... huh. terpk la pulak, masa audition tu musti susah giler nak carik orang yang buleh main piano secekap tu, dan membawa watak nodame yang sewel pada masa yang sama. memang two thumbs up untuk ueno juri.

aaaaa kalau nak tau jalan cerita dia, baik le pegi ke http://wiki.d-addicts.com/Nodame_Cantabile. sonang.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

3 comments:

Anonymous said...

Suka baca title U ari ni. I bought & watched Nodame Cantabile 3 weeks ago & terus hooked ngan citer tu. Mmg best & mmg kelakar.....Ueno Juri punya le kelakar. She acted with Takuya Kimura in ENGINE....tp character dia serius....but in this drama..she's different.Mmg best.

As for Tamaki Hiroshi, watak ala2 cam serius tp actually kelakar tu mmg best tengok. Kalau TOP CASTER, dia cam bodoh2 alang....overall citer ni mmg menepati citarasa umum. They should continue this drama. Nak gak tau what happen next to Chiaki & Nodame.Dan jugak nak tau what happen to that timpani player, Okuyama Masumi. Hihihihi!

Anyway, kalau ada citer2 yg best2.....U recommend le kat blog U ni....I mmg tak pernah miss baca. Btw, U beli citer2 Jepun kat SM-kan?But where ye coz last time I went there ground floor dah jadik tempat jual handphone. Jauh I dtg dr Melaka.....tgk2 dah takde. Diorang dah moved ke mana ye? Pls let me know at akazukinchacha1974@yahoo.com

Oh,kalau U nak tau more about Nodame Cantabile.....u can check out this blog : http://www.designchronicle.com/memento/archives/nodame_cantabile/index.html

k o r o m y s t said...

Saya tengok anime dia jer.
Best giler gak ^_~

Anonymous said...

gyabo! aku tgk dua2 version, drama ngan anime.. aku rasa ni la antara yg betul2 best! maksud aku, live-action best, anime pun best.. yela, tak sume manga yg jadi anime/live-action yg bagus kedua2nya (anime & live-action). kadang2 cuma anime je yg best, kadang2 cuma live-action je yg lagi best! tapi nodame, kedua2nya best bagi aku!

kalo ada frenster, add aku! chromatic_x85@yahoo.co.uk