Saturday, June 16

Masalah masalah…

YouTube playin' Lonely Soldier Boy (Mospeada OP)

Aku bukan tak suka keje kat current dept aku ni… Keje ok je, kadang abih awal. Pastu kalau abih lambat pulak buleh claim OT (bukan macam dept lama aku yang cam bangang tu). Pastu takde RPH (bape items buat per hour). Pastu bleh gi break sesuka hati asalkan keje siap. Pastu takyah hotdesking macam dedulu. Ade extension telepon sendiri walaupun kurang menggunakannye.

Yang buat aku tensi gilerbab kat sini ialah si akuma (read: setan) depan aku ni, merangkap my partner untuk queue yang aku handle - kirenye aku jadi bekap dia kalau dia x dtg, and vice versa. Suka-suka hati tok nenek dia je nak datang keje awal ke lambat ke. Ingat kampeni ni tok nenek dia yang punye? Yang behnye, pada hemat aku la, maybe he has this idea if he comes early on one day, or kena balik lambat, he can come in late the next day. Pastu kalu datang bank holiday, buleh datang lambat jugak on the consecutive days. Ntah kat mana dia belajar pun aku tatau la.

Lagi satu, dia ni suka sangat laa amik mc. Ntah betul mc dia ke tak aku tak tau la. Pastu ade satu mc dia tu reasonnye sakit mata. Kepala hotak dia la sakit mata. Macam la aku tatau dia tu guna trick yang sokmo smokers guna nak amek mc? Yang behnye sakit mata dia 2 hari je, jumaat and isnin. Selasa buleh pulak datang keje. Mata dah ok pulak tu. Bodo tul. Kalau nak buat jahat tu plan la dengan lojik. Kalau datang keje next day tu pakai la spek itam. Bodo. Tak reti nak tutup bangkai. Orang boleh bau la.

Bila masa dia buat pasal cam ni, aku mesti la jadi tensi giler. Maklomlah workload aku bertambah suddenly! Kalau dia impom aku dia mc awal2, at least aku buleh prepare. Ni, bila dah 2 jam tak dengar berita ni aku jadi bengang giler la. Maklomlah ade keje yang kena antar before 2 jam pertama tu. Camsial. Kalau ari tu keje banyak giler, tak pasal-pasal dah kena buat OT pulak dah. Aku ni dah la bukan rajin sangat nak buat OT ni. Grrr.

Kadang aku terfikir jugak, betul ke AMO aku yang baik hati tu pernah tegur dia pasal ni? Kalau betul, memang akuma ni jenis tak makan saman la tu. Aku nak tegur, tapi sebab dia ni sungguh la hot-headed sangat, biadab max pulak tu, ade la perang mulut ni nanti (considering the fact that I’m very emotional and also kinda hot-headed). Kalau nak cerita kebiadaban dia ni, ntah sampai esok malam pun tak abih citer. He’s the person who thinks he’s always right, nobody (except upper management – some of em) can’t defy him.

Malas nak komen lagi dah. Kalau la buleh buat cam ni kat dia, alangkah riangnya.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

2 comments:

Anonymous said...

Apa malang badan. Dept dulu dapat partner cam bang***, ni kat dept baru pung camtu ye? Bawak banyak beristighfar jelah.

Anonymous said...

yep... mmg banyak bersabar ni.

bila pk2 balik.. aku rase macam ade post yang exactly sebegini suatu masa dahulu...hai ntah la.