Friday, November 30

Charming

Winamp playin' Han Buhn Do, OK? by CSJH The Grace

Aku ni tak pernah2 laa nak baca buku romance... sebab aku tak bape suka nak baca cite pasal this and that yang biasa dalam buku genre nih... sekali aku terjumpa la buku The Charm School by Susan Wiggs kat bilik adikku.. bila dah baca tu suka giler aku ngan cite ni!!!

Buku ni mengisahkan seorang pompuan socialite dari Boston jatuh chenta dengan seorang kapten kapal yang sungguh flamboyant. Setting dia sekitar tahun 1851-52 gitu, so buleh bayangkan la dia punye dressing whatsoever.

Si pompuan ni, Isadora Peobody, kire macam intan terpilih la... Family dia semua lawa2 dan accomplished gitew, tapi dia ni agak kurang cantik la pada pandangan mata masyarakat Boston pada zaman tu. Jadi untuk melarikan diri dari segala yang membuat dia rase tersisih, dia pun mengambil peluang keemasan untuk menjadi seorang translator di atas sebuah kapal yang menuju ke Rio.

Kapal tu pulak diterajui oleh kapten Ryan Calhoun, seorang yang sungguh flamboyant gitew. Dia ni sebenonye anak orang kaya, tapi dia sanggup meninggalkan itu semua untuk membebaskan family sorang kawan dia ni dari slavery. Jadi dengan kesibukkan dia nak mencarik duit untuk mencapai cita2, dia pun kire cam "takde masa" laa nak melayan si Isadora ni.

So bila dah set sail bermula la pengembaraan yang menarik... masa aku baca tu aku teringat kat elizabeth swann n jack sparrow... siap buleh terbayang lah kalau cite ni jadi mubie camne la setting dia. Isadora ni kire agak aktif jugak la atas kapal, sampai semua orang menjadi terpesona dengan character dia berbanding masa kat darat. Ryan dari memula tak suka sebab, ye lah, kapal kan "a guy's thing", lagi2 kapal kargo... bila ade je pompuan blend in dengan semua crew musti rasa tercabar. Tapi lama2 dia pon jatuh chenta (tapi tanak admit lagi la).

Bila dah sampai kat Rio Ryan pun coba meluahkan rasa chenta, tapi disebabkan Isadora ni kurang confidence (dan juga Ryan tau Isadora suka kat jantan lain) so bila taim lovemaking tu terasa seperti khayalan semata2 (diorang smoke weed dulu beforehand). Lepas tu mula la diorang rasa janggil nak berjumpa, tapi dalam hati masing2 tau dia dah jatuh chenta..

Bila dah samapi Boston balik, tiba masa untuk berpisah. Isadora pun bersiap2 la nak pergi ball terus dengan berpakaian serba sombre, tapi suddenly semua crew dengan ikhlasnye tolong dia siap2 dan jadi seorang wanita tercantik. Masa Ryan antar dia naik coach nak gi ball, sempat dia cakap ngan Isadora yang dia memang betul2 chenta, then kissed her. Isadora pun gembira sangat2, dia tak bertepuk sebelah tangan. B4 dia pergi, Ryan cakap dia akan jumpa Isadora kat ball. Tapi tunggu punye tunggu, tak datang2 jugak Ryan tu. Isadora pun panik. Then sampai la berita Ryan and the crew tenggelam bersama kapal ke dasar laut. Abih hancur luluh hati dan perasaan Isadora. Kehidupan dia lepas tu macam zombie je.

Sekali satu malam kat satu ball ni, tetibe je ade satu geng berpakaian pirates crashed the party. Isadora memula tak percaya, tapi bila dah kompem ketua pirate tu Ryan dia pun jadi gumbira sangat2. Diorang pun lari dari ball tu happily.. dengan bakal cahayamata. Fin.

Sore ja, my conclusion is, the story is really charming and enjoyable. Bak kata review kat belakang buku tu, "...an irresistable blend of The Ugly Ducking and My Fair Lady."

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

No comments: