Wednesday, February 23

Penat lagi.

In the mood for sleeping for more than six hours.

Saya penat. Lepas membebel dengan seorang kawan di atas talian telefon tanpa wayar selama sejam tiga puluh sembilan minit, panggilan terputus. Saya fikir mahu tidur terus, tapi, ya, hanya selepas menunaikan solat Subuh. Tiba-tiba dia memanggil semula. Baru sahaja lima minit berbicara, tiba-tiba terbau sambal nasi lemak yang ibu saya masak. Perut saya yang lapar mula meraung meminta sambal nasi lemak itu. Saya pun keluar bilik dan turun, untuk ternampak sambal ikan bilis bercampur tomato dan nasi putih yang masih berasap. Tetapi saya juga ternampak... IKAN TERUBUK JERUK! Diterbangkan khas dari Sabah, cuma sempat bertemu minyak panas dalam kuali pada pagi yang indah ini. Saya tidak boleh terlepas peluang makan ikan terubuk jeruk. Maka saya pun menamatkan panggilan (bateri telefon mudah alih tanpa wayar itu pun sudah meraung menyatakan ajalnya untuk hayat ini sudah tiba), dan terus menyudukan nasi yang panas berasap (ya saya guna sudu) ke dalam pinggan, kemudian sambal ikan bilis bercampur tomato (yang juga berasap. Sambal, bukan tomato), dan akhirnya secubit besar ikan terubuk jeruk. LAZAT.

Sekarang ini badan masih penat kerana sudah hampir terlepas waktu tidur. Tapi perut sudah berhenti meraung.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

No comments: