iPod's playing BTD by Infinite.
Tadi masa nak reverse kereta, struggle sikit bila nak masuk gear.
Kereta ni macam tau2 je gaji bulan ni banyak. Hampeh.
Jadi nak tanak kena la gi bengkel. Tanak la kalau lambat2 nanti makin teruk. Macam last time la, takleh masuk gear langsung2. Dah kena mintak tolong member kat opis pegi carik bengkel terdekat. Tanak jadi gitu lagi dah.
Dah tengah tunggu kereta nak dikeghojekan tu, tgk la tv kan. Masa tu cite Marshanda dah separuh jalan. Bukan la ikut pun cite tu, tapi leh agak la jalan cite cenggane. Lepas tu kluar la muka Ashraf Sinclair. Wah wah bukan main lagi cakap indon, maklomlah bini orang sana. Tapi... still ade bunyi BM gak tu haha. Lepas tu terasa lah seperti ironi yang mana aku rase kat KL dia macam cakap English je lebih dari BM.... dak?
Lepas cite tu abis, klua plak telenovela Mari Mar. Ingatkan cite Brazil ke EspaƱa ke Italia ke. Tengok2 muka cam Melayu, rupenye cite Filipin. Hebat cite tu, anjing2 boleh bercakap (dalam hati la tapi bole dengar). Pastu ade satu watak ni seksi giler. Elok la pulak cameraman ni ambik shot angle dari bawah. Side-eye la aku ni, ape lagi.
Dalam 1510hrs, siap dah. Tuka gear oil je dulu, harap2 tu je la yang perlu kot.
Stepped on the gas, sempat kejar bas 1530hrs. kalu bole takmo drive sebab hari nak hujan dan takut jem.
Tengok2 jalan clear. Tak ujan lak tu.
Takpe. Leh tido dalam bas.
Sent from my iPod
No comments:
Post a Comment