Saturday, June 25

Malas Nak Layan.

Khamis baru ni masa nak lintas ke opposite Ampang Point sebab nak cepat2 naik bas, tiba-tiba je banyak kereta. Agak tension la gak sebab dah sampai masa bas nak jalan pulak.

Bila dah naik bas, tak ada option lain dari belakang driver. Yang sebelah lagi satu tu co-driver dia menyemak duduk.

Sekali, tengah aku duk arrange paper atas kerusi sebelah ni sebab nak letak bebarang aku, tetiba terdengar pulak pasal dreba dengan sebelah ni cakap pasal lintas jalan banyak kereta. Then tetiba dia tanya aku pulak kalau banyak kereta nak lintas camne.

Apsal pulak ni? Nak borak dua orang, takyah la nak libatkan orang lain.

Marah pulak aku bila tetiba dia tanya. Tanya style sindir2 pulak tu.

Mulut pulak saje baik hati nak jawab dengan nada tensen. Pandai2 lah, jawab mulut yang boleh je nak diam kasi nampak macam aku ni pekak.

Terus aku sumbat telinga dengan earphone.


Sent from my iPod

No comments: