Friday, October 15

Naruto OP #5

Winamp playin' Siren by Asian Kung-Fu Generation

yay!!! suka!!! suka ngan intro baru naruto ni (starting episode 104).. kalau takat dengar lagu je mungkin tak rasa ape2, tapi bila nengok clip dia... fuhh~!!! intro ni menandakan dah masuknye lagi satu phase dalam siri naruto ni... yang mana sasuke menjadi tensi ngan naruto atas sebab2 tertentu... so dia pon pegi la mencarik orochimaru to be stronger la konon. so dalam intro ni basically ade 5 genin.. erkk pembetulan-> 4 genin ngan 1 chuunin (shikamaru) pegi mengejar sasuke ngan konco2 orochimaru supaya sasuke tak terjebak ngan ajaran sesat orochimaru tu. pastu ade la pulak penyebab ngape sasuke nak sangat abandon kampung halaman dia in order to seek power. hah~ ^^; sape2 animefreaks yang tak ikot cite naruto ni memang akan kerugian besar muhahahaha ^O^

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

GURREITTOO!!! BAAANING!!!

Winamp playin' MAI WAARUDO by Asian Kung-Fu Generation



ソルファ
ASIAN KUNG-FU GENERATION

KSCL-737/アルバム
2004.10.20

1. 振動覚 [Shindou Satoshi]
2. リライト [Rewrite]
3. 君の街まで [Kimi no Machi Made]
4. マイワールド [Mai Waarudo]
5. 夜の向こう [Yoru no Mukuo]
6. ラストシーン [Rasuto Shiin]
7. サイレン [Siren]
8. Re:Re:
9. 24時 [24 O'Clock]
10. 真夜中と真昼の夢 [Mayonaka to Mihiro no Yume]
11. 海岸通り [Kaigan Doori]
12. ループ&ループ [Loop and Loop]

songs and vids samples, go here http://www.sonymusic.co.jp/Music/Arch/KS/ASIANKUNG-FU/KSCL-737/

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Thursday, October 14

Bleach Ep02

In the mood for 「* ~アスタリスク~」 by ORANGE RANGE

oh ye... lupa lak nak kasitau. semalam dah nengok episod 2 of the anime bleach. i must say that i am truly satisfied, since there were no slacked frames macam dalam episod 1. tapi.. masih kurang satisfied dengan terms yang dia guna. nape la tak guna term asal. okay, mebi kubo taito sensei btul nak guna translation instead of japanese terms. but yg tu semua biarle viz ke ape ke us punye company yg buat. fansub ikut la terms yang asal. and that brings me to kluakan anbu nye fansub from my preferred list. despite the good translation yang diorang buat, ade jugak yang berlobang sini sana. dah tu tatau nape, mesti ade slack punye bila aku nak view. toriyamaworld tanak buat fansub bleach ke? kalau buat gerenti gempak. tapi takyah la dalam format mkv. heh heh :P eh alamak ujan lebat la pulak.. kena off pc. taa :P

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Retarded, It Started.

Winamp playin' Shindou Satoshi by Asian Kung-Fu Generation

memula tak kisah. pastu a bit annoyed. bila dah sampai klua vid kat tv, trus tak tahan. napeeeeeee laaaaaaa laguuuuuuuu tuuuuuuuu adeeeeeeeeee duaaaaaaaaa versiiiiiiiiiiii!!! (annoying dak?)

lagu tu la. BEP's let's get retarded. atau versi yg klua kat corong2 media mesia ni let's get it started. LET'S GET IT STARTED? nape aku rase cam ganjil je eh?

nape tak main je lagu let's get retarded tu? huduh sangat ke bunyi dia "jom jadi terencat" tu? kenapa mesti ade versi baik? dah tuuuuuu edit dia macam cut and paste je. tak smooth plak bunyi. cam janggil je. huhuhuhu :(

dah la tu, bukan redio saje, kat LAUNCHcast radio pun versi tu gak. haii...

sabar je la kasim.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Wednesday, October 13

Ramadhan al-Mubarak

Taken from Islamic Relief's message:

AsSalaamun 'alaikum waRahmatullahi waBarakatuh

Dear Brothers & Sisters,

I would like to wish you Ramadhan Mubarak. May Allah (SWT) make this Ramadhan a month of much blessings, forgiveness and mercy.

The Prophet (peace & blessings of Allah be upon him) said:
"When the month of Ramadhan starts, the gates of heaven are opened and the gates of hell are closed and the devils are chained." (Bukhari)

Jumaat dah start posa (InsyaAllah).

Dah abih ganti semua puasa yg tinggal dulu?

Dah abih bayar fidyah bagi puasa tahun2 lepas?

Dah siap telekung bersih untuk digunakan masa terawih esok malam?

Jangan ingat nak raya je. Raya tu lambat lagi. Kita ni ntah sempat ke tak nak sambut raya tu. Tengok yang ada depan mata dulu.

Pepehal, selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Your scent, your body movements, I want to know everything about you...

Winamp playin' The Way You Are by DBSK

01. The Way U Are

첫눈에 반하기는 힘들어 널 보기전엔 믿었었지
생각이 바뀌는 건 참 쉬운 걸 난 어리석게 혼자였지

애 쓴다고 될 일은 아닌 걸 자연스레 가고 싶어

*내 눈물 속에 있는 환상 안에서만 바라던
네 진심 속에 있는 사랑을 피워 주게 할래

**그 너의 생각 너의 관심 네 귀에 달려 있던 귀걸이 네 몸무게
너 만의 향기 너의 몸짓 모든 걸 알고 싶어 이런 내게
It's about the way you are

모두가 외로움을 말하지 널 원하던 날을 건너
머리를 비울 수가 있다던지 하는 건 이제 관심 없어

*내 눈물 속에 있는 환상 안에서만 바라던
네 진심 속에 있는 사랑을 피워 주게 할래

**그 너의 생각 너의 관심 네 귀에 달려 있던 귀걸이 네 몸무게
너 만의 향기 너의 몸짓 모든 걸 알고 싶어 이런 내게
It's about the way you are

싫다고는 하지마 네가 느낀 대로야 돌이킬 수 없잖아
It's about the way you are (X2)

**그 너의 생각 너의 관심 네 귀에 달려 있던 귀걸이 네 몸무게
너 만의 향기 너의 몸짓 모든 걸 알고 싶어 이런 내게
It's about the way you are

그 너의 생각 너의 관심 네 귀에 달려 있던 귀걸이 네 몸무게
너 만의 향기 너의 몸짓 모든 걸 알고 싶어 이런 내게
It's about the way you are

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Monday, October 11

Nasi Ayam Mak Linda Onn

Winamp playin' Riraito by Ajikan

mak aku belikan nasi ayam linda onn. bukan nasi ayam mak dia. resipi je resipi mak dia.

sedap la jugak. mak aku cakap macam nasi ayam batu pahat. okeh la tu, considering linda onn orang johor.

kalu nak gi rasa nasi ayam (mak) linda onn ni, kedai dia dekat2 ngan secret recipe dekat ampang point. bukan bangunan ampang point shopping centre tu ye. masuk ke kawasan parking kat tengah2 tu, nampak la kedai tu. aku sebut secret recipe sebab tgh mengidam kek banana cokolat.

aku buat promo ni free je. takde kaitan hidup mati ngan linda onn. bak kata orang, kalau mende baik tu eloklah dikongsi, mende tak balik elok la simpan sorang2/taip dalam blog. harharhar.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Saturday, October 9

Of Jac and Dina

Winamp playin' Locolotion by Orange Range

finally, abih jugak malaysian idol. muhahaha. dah lama tak cakap pasal mende ni, jadik skarang ni rase nak cakap la pulak.

i'm satisfied with jac being the first malaysian idol. she have the quality, charisma, power and confidence to represent malaysia in the world idol. bukan la nak cakap dina tak sesuwei, but i can see jac is better than her in so many ways. true, dina punye sora memang gemersik dan sedap hingga menjilat telinga, but jac's a powerhouse!

taaapi... ku tak berkenan la dengan lagu gemilang tu. bukan la tak berkenan as in lagu tu tak sedap ke ape, but i really think it doesn't fit jac at all. not because it's in malay (heck, they can translate and make it an english song if they want to), tapi for once i think it's tailormade for dina. i can't imagine listening to jac singing that song again like zahid with his milikku or whatever his song title is. i might swicth off my radio if i hear that song sung by jac. i dunno why. mungkin sebab suara jac tak sesuwei ngan lagu gitu. sora dina pulak in the other hand sesuwei ngan lagu tu. tak caya? dengar la betul2. sungguh.

to tell the truth, actually both of em deserve to win the competition. tapi kalau tak base on past performances la. kalau nengok perf lama, dina memang tak konsisten. dalam perf ni beh gile, tapi dalam perf lain flop plak. kadang nyanyi power giler, tapi baju tak sesuwei to the max. sikap bubbly ang cheery dia tu bukan masalah, cuma kadang kena la kurangkan sikit, nengok situasi la. tau la rock chic, tapi takyah la overuse gerak geri 'konon rock' tuh. yah, you should be yourself, tapi kalau rock week pon dah tak nampak rock, i think you need serious makeover to your attitude. tapi dina memang sporting giler ngan rivals dia. i even think she might be voting for jac in the finals.

in the other hand, jac, walau sehebat mana pun suara dia, performance dia at times memang stale. macam dalam perf sweet child o' mine ngan lady marmalade, sora memang power. tapi tak menarik lah perf, tak memikat penonton seperti aku yg selalu seronot je nengok perf korean. expression, penyampaian tu kurang. tapi tu before finals la. finals: memang beh!! aku buleh nak tarik balik ayat2 yg aku taip tadik. sangat sesuwei untuk merepresent malaysia to the world idol. em ape lagi ye nak taip dah lupa lak aku. oh ye, walaupon sepanjang pertandingan muka jac nampak cocky, tapi tak bermaksud dia konpiden sangat dapat jadi MI. jangan la pi judge dia by her facial expression. macam ade la sorang yg aku kenal ni. dia takmo jac menang sebab muka angkuh. ha ha ha. gaban tul.

sikalang mau komen pasal lagu. kenapa la lagu tu macam tu. lembik. kenapa nak buat melodi cam AI nye? macam lagu2 koir. macam lagu2 sharizan/ning/shafinaz/camelia/dayang yg tak laku. cam tu la. ngape la tak buat lagu macam untuk finalis AF? as in lagu biase2 masakini. muhahahah :P karang orang cakap malaysian ni so stereotype pulak, lagu balik2 melodi sama. that reminds me of artis2 sm town...

oh ye. ingat dak dulu aku penah cakap, i'll only vote for those who worth my votes? there goes. kadang terasa plak macam vote aku la jadik vote penentu. muahahahaha :P

heh dah la. nak layan bleach by fansub #4 plak. sukar ni nak buat pilihan. muhahaha.

[edit 12/10]
p/s: to anybody who wants the Bleach OP song (*~Asterisk by Orange Range), Y!M:dybb or Y!M:death_5trawberry. say that u came across my blog, wrote something in the tagboard/comment, and want the mp3. or you can leave your email address. don't bother to add me in your fren list. reminder: it's the TV edit version, not the full version. i heard the full version's not available yet.
[/edit]

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

SPA's 2nd Turn

In the mood for Cryin' by Aerosmith

No Kad Pengenalan : xx0417-xx-xxxx
RUJ. KAMI : SPA.PE(S)2xx/666/xx24 Jld.2
TARIKH : 04/10/2004

Tuan/Puan,

UJIAN KHAS MEMASUKI PERKHIDMATAN
PENERBIT RANCANGAN (GRED B27)


bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla. Butir-butir ujian adalah seperti berikut:

TARIKH : 19/10/2004
UJIAN : KHAS
BAHAGIAN : 1
SEKSYEN : A 09:00 - 09:40 PG
B 10:10 - 11:20 PG
C 11:50 - 12:30 PG
TEMPAT : DEWAN RAJAxxx
HOTEL xxxxx
bla bla bla bla bla

3. bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

SETIAUSAHA,
SPA MALAYSIA.

(SURAT CETAKAN KOMPUTER INI TIDAK MEMERLUKAN TANDATANGAN)


to everybody yg amek xm ni nanti, be prepared! gambaruyo! huhuhuhuhu

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Friday, October 8

The Death and The Strawberry

Winamp playin' *Asterisk (Bleach OP TV Edit) by Orange Range

anime bleach dah klua dah. 5/10 ari tu. gamba kat tepi ni amek dari anime tu la. seronot!! sebab bleach is one of my favourite manga. lain dari manga yang lain. harharhar :P malas la nak explain pasal manga ni, kalau nak tau gi kat http://bleach7.com. walaupon web tu belom siap lagi, tapi dia ade la citer pasal characters ngan jalan citer. tapi ade spoilers la kalau nak mengikuti anime dia saje.oh, kat situ pon ade link utk torrent anime tu. tak rugi nengok. muhahaha :P oh, bagi yg belom tau, asal usul nama blog ni: 'death' refers to rukia (pompuan kecik tepi ni; a shinigami/deathgod), 'strawberry' refers to ichigo (budak laki tepi ni; ichigo means strawberry), 'deathberry' refers to ichigo yang jadi shinigami. tu je. harharhar :P watak ichigo ialah antara watak manga yang sungguh kakkoii selain daripada roronoa zoro, hatake kakashi, uchiha itachi, dan yang seangkatan dengannye.

kat bawah ni ku letak several caps. mostly gamba ichigo la.























ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Wednesday, October 6

To The Moon and Back

Winamp playin' The Love Bug by M-Flo feat. BoA*

ever faced this experience before? i had. just yesterday. ahahaha :P serius woo.

kisahnye macam ni:
naik bas cityliner 222 nak ke uitm shah alam. kononnye nak pergi tu hari bersama pelanggan kementerian penerangan kat sana. duduk la dalam bas ngan cek fefe dan fadi.

dalam bas tu duk imagine... heh bas ni lalu lagi ke seksyen 17/18 cam 6/7 tahun yg lalu ek? windu plak nak nengok hostel lama masa zaman ppp dulu. ni kalau tak sempat sampai sebelom kol 1, ingat nak nengok2 balik sekolah lama :D (ni perancangan aku sorang la. yg lain tatau la camne kan).

sampai la kat hostel uitm. depan tu je, lepas bulatan, uitm yg nak dituju. nengok kat jam, ade dalam 10 min nak kol 1. heh.. tatau pulak nak turun kat mana, maklomlah dah lama tak naik bas ke shah alam, jadik tak sure. lalu kot depan tu hotel uitm. kot la tak lalu main entrance nanti, turun la kat sana kot.

bas pun jalan... masuk roundabout... pastu masuk balik jalan tadi. hoh!! horror plak aku dibuatnye. ha ha ha hampeh. dah tu, nengok jam, dah tak sempat dah kalau nak jalan gi uitm. so aku yg dalam kekompiusan tanye la sama cik fefe.. nak turun gak ke (sementara bas belom melepasi blok ostel). dia pon muka kompius dan letih (akibat ibs yg dialami pagi tu). pastu aku ingat turun la mana2, amek cab ke ape (sebab kesian kat cik fefe)... tapi tak jadik gak. las las tak turun pun kat shah alam, dah tu masuk highway balik ke kl tu.

tak ke macam to the moon and back?

dah le tak lalu seksyen 17/18. memang tak lalu kot, aku pon tak sure. maklomlah dah lama tak naik bas ke shah alam. masa prektikel dulu pon kalu nak balik rumah naik komuter saje.

mujur la ade tempat lain yang nak dituju lepas tu. jadi takde la rasa buang masa sangat. harharhar.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Monday, October 4

Senbei

Winamp playin' Hana by Orange Range



eh.. bukan senbei yg ni.. what i mean is the rice cracker. alah.. biskut beras tu laa.. tatau jugak ke? hihi takpe la.

ade banyak jenis senbei yang dijual di pasaran, selalu kat supermarket jepon seperti sogo and such. dalam banyak2 senbei ni aku paling suka wangwang senbei. puhahahahaha familiar tak nama ni? kat kedai dekat rumah aku pon ade siot. these are the reasons why i like this wangwang senbei:

- mende alah ni sejenis vegetarian food. bimakna no animal substance dalam ni. goreng pun guna palm oil. pastu dia claim takde cholestrol. okeh la tu kan.

- ade 40 keping senbei dalam satu peket, setiap kepingan senbei dipek dua keping dalam satu mini peket. so buleh la nak consume bebila masa tanpa perlu risau kepingan senbei lain masuk angin ke tak.

- tahap kemasinan dan kemanisan yang tak melampau. macam sedang elok je.

- bila masukkan senbei ni ke mulut, terasa macam sodium dia macam melting je. pastu bila dah abih sekeping terasa lagi sisa2 sodium yg masin2 manis tuh. macam rasa kicap manis la.

- ade peket desiccant(major ingredient: caustic lime) yang besar. since mende alah ni tak campur ngan senbei2, jadi peket dia bersih. bila senbei dah abih, buleh la guna desiccant ni, letak dalam jewelery box ke ape2 box yg prone to kelembapan la. macam thirsty hippo gitu.

dan yang paling utama : dapat sticker percuma!!! muhahahahaha :P

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Kisah Cerita Orang2 Lama

Winamp playin' Passion by Se7en

tadi nengok cite bawang putih bawang merah lepas nengok MI result show. cite zaman dolu2.. pelakon2 dia Latifah Omar sbg Bawang Merah, Umi Kalthom - Bawang Putih, Mustapha Maarof - Putera Raja. alah biasa klua tivi.. dalam setahun mesti tak kurang dari 2 kali. sekali kat tv3, sekali kat rtm. harharhar.

ha ni la nak cerita. since aku nengok cite tu dari lepas bawang merah tu kawen ngan putera (now king), jadi komen dari situ la ye. apsal la citer dulu2 ni selalu orang yang watak baik hati kena jadi lurus bendul jugak? contohnye, yang dia gi ikot sangat cakap mak kundur tu apsal? takde pikir rasional dia ke kalau buat jahat macam tu (eg. ayun kapak kat muka bila king masuk) buleh tau king sayang ke tak kat dia? nape la skrip macam tu punye lubuk? anyhows, takleh nak cakap ape la kan sebab tu cite dulu2. sudah pasal bendul ni. lagi satu yg tak kena tu kan, nape la senang sangat si king ni maafkan mak kundur bila bawang merah mintak dia maafkan? at least ringankan je la hukuman dia. buang negara ke ape. hantar rumah orang tua2 ke. muhahahaha :P kalau conclusion dia macam cite ever after kan beh. yang baik dibalas baik, yang jahat dibalas kurang baik. takleh la balas jahat. keji tu.

ha! hampir2 lupa lak. ngape ek.. kalau ade scene hukuman dari tuhan akibat menghukum orang yg innocent, hukuman dia jarang sekali kena kat pembesar2 yg berlagak kool, konon mende2 camtu takkan jadi kat diorang. scene tanah terbelah contohnye, yg jatuh dalam tu mostly pengawal2/pak pacak je. king nengok kiri kanan, gelabah tapi maintain cool. pastu dia suh datuk bendahara ke gi tangkap mak kundur. datuk bendahara pun dengan cool suruh pengawal tangkap. cam tahpape. tunjuk la muka panik, pastu macam nak terjatuh sebab kejadian tanah terbelah sini sana. kan lagi realistik. tul tak? ahaks.

dah la.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Sunday, October 3

Useless Update.

Winamp playin' Samurai Mania by Orange Range

semenjak dua menjak ni asek update2 yg tak membina je. tapi bila pulak aku penah buat update membina yek? ngutuk orang je banyak. anyhow ni pon update yg tak membina gak. so sebelom korang rase sesia je baca update ni, baik korang tulis samting2 kat tagboard and then buleh blahh. tapi kalu nak baca jugak takde sape yg buleh halang kan. ahaks.

dah nengok dah cite yang bertajuk arahan. dah lama nak nengok cite ni, hari ni baru mendapat. cite korea la. bukan cite indo ke ape ke. cite pasal urban martial arts action. arahan tu ialah peringkat tertinggi dalam martial arts yg dah tak perlu belajar ape2 lagi dah. kire dah complete/perfect la tu. masa nengok tu terasa dragging... tapi bila pk balik sebenanye okeh jugak cite ni. jadii... kompius ni nak burn ke tak. website dia? thumbs up. http://www.arahan.co.kr. nengok guna IE. disable popup. jangan nengok kat opis lak. kat situ buleh dengar ost dia. thumbs up jugak.

lagi 2 hari anime bleach akan klua kat tv tokyo. huhhh tak sabar nak nunggu bila masa dia dah buleh nak di dunlut. yakitate japan pulak lagi 9 hari. tak sabar jugak nak nunggu. ranap la poket aku nak beli cd nak burn cite2 ni. mujur la spes dlm hd ade lagik. bagi yg tak tau, bleach + yakitate japan ialah dua buah manga yg kick-ass!! harap2 anime dia pon begitu juga. heh heh heh :P

oh ye... akfg's album sol-fa (sulfur kot) release 20 hb ni. lagu2 yg ade termasuk rewrite, kimi no machi made, loop and loop, siren. hahaha teringin sangat nak elbem ni. cover dia pun lawa, buleh nengok kat http://www.asiankung-fu.com. nanti2 aku nak buat wallpaper dia. nyahahahah buat wallpaper lagik la keje aku :P

ape lagi ye? dah takde idea dah. karang kalu aku rase nak marang kerapu kerpunden parang sekeperr lagi, ade la update kat sini. until then, take a listen to me soundblox, aight? ja ne, bye bye.

p/s: oh ye. ari ni besdey fadi. epi besdey. dah suku abad dah pun. bila nak jadi suku jutawan?

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Friday, October 1

Soundblox Updated!

Winamp playin' Brand New by Shinhwa

Soundblox Songlist:

Tiara Jaquelina - Asmaradana
RIP SLYME - Bushman
G Love and Special Sauce - Milk and Cereal
BoA* - My Name
Spider - Nazraku
BoA* - QUINCY
The Sicksiderz - Rap Tak Ingat
Orange Range - Shanghai Honey
Dong Bang Shin Gi - The Way You Are
Eugene - Windy
Se7en - Passion
Asian Kung-Fu Generation - Rewrite

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Tuesday, September 28

Stairway to Heaven

Winamp playin' Kirikirimai (Disco Mix) by Orange Range



yay!!! tadi nampak iklan cite ni kat 8tv... sebenanye tak sure la cite ni ke tak sebab yg klua muka sang woo oppa je sokmo.. nampak blakang dia sket2 macam dalam cite ni, so yakin la cite ni nanti. kalau bukan cite ni pun takpe sebab ade sang woo oppa (yatta~!!!!). tapi yg takbehnye nanti mesti dia cakap cina... huhuhu nak le dia cakap korea.. kalu won bin ngan jang dong gun bleh cakap korea dalam tmo taegukgi, ngape sang woo oppa takleh pulak kan? ahaks~! tapi takpelah. at least dapat jugak aku nak nengok citer ni... tapi slot kol bape ye? jangan kol 3 punye slot sudah. huhuhu :P

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Friday, September 24

Nazraku

In the mood for Nazraku by Spider

SPIDER - Nazraku

Dibawah pohon rindu
Aku tunduk mengenangmu
Kala ku dongak ku terpandang cahayamu
Lalu aku berjanji pada diriku sendiri
Apapun terjadi kau akan kumiliki....

Kanku gegar sampai ke pintu langit tujuh
Selagi ku tak kau dampingi kekasih
Hari ini mungkin ku kan tewas dan hampa
Esok lusa, siapa tahu....

Korus:
Jangan kau tanyakan apakah alasan rasionalku
Kerana ku sendiri tak tahu
Oh ku hanyalah menurut perintah jiwa
Kata nazrakulah benar....

Dibawah pohon rindu
Aku tunduk mengenangmu
Kala ku dongak ku terpandang cahayamu
Lalu aku berjanji pada diriku sendiri
Apapun terjadi kau akan kumiliki....

Kanku gagah sampai ke hujung nafas biru
Selagi ku tak kau dampingi kekasih
Hari ini mungkin kau tolak ku kesisi
Esok lusa, siapa tahu....

Korus:
Jangan kau tanyakan apakah alasan rasionalku
Kerana ku sendiri tak tahu
Oh ku hanyalah menurut perintah jiwa
Kata nazrakulah benar....

Jangan kau tanyakan mengapa kuemosi
Mengapa ku sebegini berani
Kau haruslah menurut perintah jiwa
Kata nazraku, benar-sebenarnya....

Korus:
Jangan kau tanyakan apakah alasan rasionalku
Kerana ku sendiri tak tahu
Oh ku hanyalah menurut perintah jiwa
Kata nazrakulah benar....

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Thursday, September 23

Kimi no Machi Made Release!

Winamp playin' Nazraku by Spider

hari ni kimi no machi made single release kat jepon. bila la nak sampai elbem diorang ni kat mesia.


ASIAN KUNG-FU GENERATION
君の街まで (Kimi no Machi Made)
[To Your Town (?)]

内容等
1 君の街まで (Kimi no Machi Made)
2 Hold me tight

Song samples: http://www.sonymusicshop.jp/detail.asp?associate=SMO&style=T&goods=KSCL-733

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Wednesday, September 22

Kecantikan yang Akan Kedam

Winamp playin' Lemoned I Scream by Shame

i was reading this magazine (Nur, October 2004) when i came across this counselling section by dr. hm tuah iskandar al-haj. there was this part of the answer given by dr. tuah which caught my eye and made me wanna share this with y'all.

i quote:

" Saya teringat satu kisah yang menimpa seorang ulama sewaktu dia dalam penerbangan. Apabila tiba waktu solat, dia pun pergilah ke tandas untuk berwuduk. Almaklum, tandas di dalam kapal terbang memang sempit, maka dia pun terpaksalah membuka pintu tandas itu ketika berwuduk.
Tatkala dia sedang mengangkat salah satu daripada kakinya ke sinki (washing basin), seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama itu dan segera menegurnya.

Pramugari: (Dengan suara dikeraskan) Tuan tak boleh memasukkan kaki ke dalam sinki itu.
Ulama: Mengapa?
Pramugari: Kotorlah sinki itu nanti.
Ulama: Tapi tidak disediakan gayung untuk saya mencuci kaki di mangkuk tandas.
Pramugari: Itu bukan alasan membasuh kaki di sinki.
Ulama: Habis, kalau saya hendak membasuh kaki di mana harus saya membasuhnya?
Pramugari: Tak perlu mencuci kaki ketika menaiki kapal terbang.
Ulama: (Dengan suara lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?
Pramugari: Tuan, orang macam saya paling tidak cuci muka sekali atau dua kali sehari. Takkan tuan tak tahu pramugari macam kami perlu jaga penampilan wajah. Kami kena rawat wajah kami setiap masa. Kami kena pastikan orang puas hati walau hanya dengan melihat wajah kami.
Ulama: Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, satu kali cuci tiga kali berturut-turut, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.

Jawapan seperti ini bukanlah pula hendak merendah-rendahkan orang lain tetapi sekadar membuat perbandingan ciri orang beriman bersama bukti dengan orang beriman tanpa bukti. Orang yang beriman bersama bukti, walau apa pun keadaannya dia akan lakukan semua kewajipan biarpun susah, sebaliknya orang beriman tanpa bukti berpegang teguh pada suara hati tetapi tidak sanggup atau kecundang tatakala diberikan sedikit ujian."

so, berapa kalikah anda cuci muka setiap hari?


ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Monday, September 20

Aku Masih Setia

Winamp playin' Pol Ra Ri Yo Pol Ra Ra Ee,Nang Rang 18 Se OST

I’m not a fan of this song… tapi tadi tengahari masa memasak di dapur terdengar la lagu.. tapi english version. Huh.. btul ka lagu ni pada asalnya BM? Ke ciplak lagu omputes ni? Ke memang lagu omputes tu dia nyanyi gak? Sebab lenggok masa korus tu sebijik, lojik la kalau nak cakap macam tu kan. Anyhow sedap jugak bila dah denga lagu ni versi English. Jadi nak minat lah. Amacam?

Err.. mana nak carik lagu ni? Versi Anglais la.. BM nye nanti2 dulu. HarHarHar.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy