Saturday, April 23

Brace yourself.

In the mood for Nothing's Over by Infinite.

Multiple text posts ahead.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Monday, April 18

Tiring Weekend.

In the mood for Kanjani8- T.W.L PV dai.ly/eC095i





















zzzzzz.....

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Sunday, April 10

A Satisfying Aglio e Olio

In the mood for Pasta.


Aku tak bape minat sangat makan aglio olio ni. Main reason would be because banyak sangat minyak (well dah nama pun aglio e olio - garlic and olive oil - sah2 banyak minyak).

Tapi lepas nengok cite Pasta ni (thanks to Irni and Wan Noor), rase macam teringin sangat pulak la nak makan.

So last Friday aku pun mengajak Irni pergi mencarik aglio olio ni. Memula plan nak pergi Secret Recipe, last2 detour ke Pizza Hut. Kat situ ade la prawn oglio spaghetti. Rase dia so-so je. Minyak dia pun macam tak cukup, maybe sebab ade prawn so nak kurangkan kolestrol level. Dan juga maybe sebabnye aku rase aku punye resipi lagi sedap kot muahahahaha :P

Anyways, oleh kerana aku teringin sangat nak masak mende alah ni tapi dapur gas tengah buat hal pulak, so aku letak je la resepi aku sendiri.

dB Punye Resepi Vegetarian Aglio, Olio e Amichi (Garlic, Olive Oil and Friends)

Kisah Snob Lagi.

In the mood for Can You Smile by Infinite.


Malam tadi pergi BBQ kat rumah sorang kawan kepada kawan. Kenyang gile la jugak makan kat situ. Ikan pari bakar dia sedap! Marinate dia yang buat sedap tu.. orang yang buat marinate tu cakap dia tambah gula merah. It seems like mende2 yang aku makan sedap recently ade gula merah dalam resepi dia.. heh!

Tapi tu bukan topik perbincangan hari ni.

Lifeless

iTunes playin' Trasform by Teen Top

Was supposed to get an entry done by last night, but the internet connection is like having its worst crap in the history. I dunno how long I'll be connected this time, hopefully it won't be short-lived. I don't like the idea of typing entries without being connected.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Saturday, April 2

Catch Me If You Can

Cannot type a decent post. Being caught by Running Man.

update 4:41am

joong ki sungguh cute dlm siri ini. dan sungguh bijak!

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Friday, March 25

I Think I Get It Now, Why YG Choose InkiGayo for Comebacks.

In the mood for Twinkle Twinkle by Girls' Day.

Baru je sebenanye nengok comeback perf for BigBang in M!Ca - which is the first music show after InkiGayo (IG hari Ahad, M!Ca Khamis). Diorang performed my two favourite songs in their recent album (mini kot), which are Cafe and Tonight.

Pasal perf Cafe, memang aku paling tengok ialah part Dae. For me, that's the best part in the whole song, followed by TOP's rapping. Memang tak menghampakan seperti part yang lenlain. Dan seperti biasa, not enough Dae. Lepas tu, baru la perf Tonight. Bila dah masuk part ni aku rase agak tensen dengan kameraman dan juga PD. Takkan tak buat study kot, lagu tu kat mana point dia, sapa nyanyi part mana, perlu nak zoom ke tak...

Then teringat, kalau kat IG, cantik je. Memang nampak la depa kasi attention to details. Tak de la perfect; still ade flaw sana sini. Tapi tak de la melampau2 flaw dia. So kirenye, it will unintentionally act as a guide to other music shows on which parts are needed to be highlighted etc.

Maybe sebab YG ni seorang yang prefer perfection, jadi nak la the best for comeback bebudak dia. Ye la, dah spend masa banyak nak hasilkan album, choreograph dance steps siap import trainer lagi, spend on stage costumes, promotions etc., takkan la akan puas hati dengan comeback stage yang hampeh.

Dengan itu, saya pun setuju dengan YG untuk membuat first comeback stages untuk bebdak dia kat IG.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Monday, March 21

Keji

1. Potong queue. Well, tak de queue la pun, tapi kalau aku dah dekat sangat tiba2 ko masuk mencelah, kire potong jugak.

2. Dah la potong queue, lembab pulak nak execute. Contohnye: a) nak beli tiket wayang tapi tak decide lagi nak tengok cite ape; b) masuk lorong paling kanan, lepas tu bawak 80kmj je, padahal speed limit 110kmj kot?!; and c) nak naik bas yang mana kena bayar dulu kat drebar - in my case, nak kena tag iButton - tapi dah lepas pintu pun tak ready lagi, dah la panas kat luar (nasib tak hujan).

3. Dia masuk dulu. Depan ade kosong. Dah gerak sikit ke belakang. Aku tag je, dia trus rush ambik tempat kat depan. Tempat aku selalu duduk. Bukan la nak kata dia takleh duduk situ, tapi a) dia tau kot aku selalu duk situ; b) "gopren" dia banyak kot duk kat blakang; and c) dia dah gerak ke depan kot?!

Ok la 3rd argument tak valid. But that doesn't hide the fact that he's such a douchebag. Masa dia duk mencarik iButton tu, sempat dia toleh kat aku, ingatkan nak kasi aku tag dulu sebab a) tengah panas kot kat luar; b) iButton aku dah ready; and c) the fact yang dia tak jumpa lagi iButton dia. But NOOOO, dia pusing balik dan teruskan geledah.

Lempang kang.


Sent from my iPod

Saturday, March 19

If You're in My Shoes, It Would Be Awkward.

In the mood for Going Crazy by Song JiEun

Awkward
Color by COLOURlovers

How do you react if someone asks you a question which might put you in an awkward situation?

Case one:
I've been blessed with a not-so-much-of-a-problematic skin. Maybe it runs in my family, from my mum's side.

One day someone said to me,

"Ei muka dB ni tak de masalah pun, licin je tengok"

when I do have scabs from my gatal hands popping my zits before they are big enough to see the world.

If I answered with

"Well it runs in my family"

it sounds so snobbish to me, and make me feel like the other person will think that I'm somewhat superior genetically. But when I answered

"Eh mana ade.. ni nampak ni ade kesan picit jerawat semua"

that person went

"Eii but then tak obvious pe?/Still muka licin pe?/Tak nampak pun?" etc.

Le sigh.

Case 2:
I apply talcum powder on my body after shower. There's this one talcum powder which smells very nice, but then, with that being a talc and like the other talc that I have, I don't think too much about it, and the smell would fade from my sense of smell.

One day I forgot to spray my Daisy, and was a bit bothered since I did not apply perfume at all when I reached the office.

So about 4-5 hours later, when I went to a colleague's place to help her with something, and suddenly she said

"Eii you smell nice! What perfume you used?"

In this real situation, I actually answered

"Eh I tak pakai perfume hari ni." Which immediately sounds snobbish to me upon saying it out loud (as in "I don't smell bad OKAYYYY" like that). Seriously I only remember not wearing any perfume that day and not the part that I wore that sweet smelling talc.

And when I sat back at my desk, THEN I remembered about the talc. But it felt like if I explained it to that colleague at that time, maybe she would say I'm just saying that to cover the snob remark.

You see, the problem in this situation is, nobody had said that to me before. Normally people asked me that question when I DO apply my perfume that day.

Le sigh.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Wednesday, March 16

Malas Nak Lipat Baju; Typing an Entry Instead.

In the mood for Running Man.


1. Baru je lepas nengok variety show Running Man ep1. Gile takleh tahan gelak. Rasenye memang akan follow sampai last episode la kot.

2. Re recent bencana alam kat Jepun, tak paham kenapa some dickheads cakap tu karma? Bukan diorang dah bom Hiroshima ngan Nagasaki ke last time? Kena balik kat depa, baru tau.

3. Rumah? Atau kereta? Kalau rumah, nak yang dah siap atau yang baru pecah tanah?

4. Tak tau kenapa suka sangat dengan cite It Starts with a/Playful/Naughty Kiss ni. Character main actress dia bukan best pun. Dah la bengap. Tapi still jugak layan cite ni. Baik versi orijinal, Taiwan, mahupun Korean. Dan bukan sebab main actor dia kacak yer. Maybe because I love to read manga so much, so boleh nak layan kot.
Lepas tu terfikir pulak nak buat citer 'Miss Practical', ade reversal scenes to this story. Tapi masalah sekarang kerajinan nak menaip tu tak de.

5. Finally dah beli memory card reader untuk my DigiHari Micro SD card. Tapi.. Ambik gambarnye tak de banyak jugak? Balik2 bunga, kucing, makanan, langit, keter. Dah buat weekly theme pun tak de jugak ambik gambar banyak. Hmph.

Dets ol. Ten kyu.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Sunday, March 13

Come April

In the mood for Playful Kiss (Kr ver.)

Too many things to anticipate. One of them: Universal Studios, Singapore.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Sunday, March 6

I Will Never be a Good Friend to You.

In the mood for froyo.

Dia ada lebih kurang seminggu lagi before balik KL. Aku dengan sengaja mintak dia belikan something, semata-mata nak elak berborak panjang pasal dia kluar Friday Superstar minggu tu. Sebenanye curious nak tau dia pakai tudung ke tak kat sana, tapi based on her pic, naa~h dah boleh agak. Tapi tergatal tangan pulak nak msg dia, akibatnye dia call aku balik. Dah kena borak ngan dia pulak.

So that something that I asked her to buy for me, with me paying for it myself, and not some souvenir whatever, is a local-made purse. PURSE. Within rm20-40 price range. And considering the fact that it was her last weekend there, I did say if she couldn't find it, then don't bother buying it.

And so, on Saturday dia buat phone call tengah-tengah aku seronok tengok Dream High:

Dia: dB, dB, I dah belikan yang you mintak tu! I rasa you mesti suka!
Me (bunyi essited tak ikhlas): Ooo ye ke? Cantik tak? (while imagining pink beaded purse yang aku pernah survey sebelum ni)
Dia: Ok la ni, murah je tau I beli.. Tak sampai rm60 kot.

Bengang dowh. Takpe, sabar (while imagining pink beaded purse yang aku pernah survey sebelum ni)

Me: Oh ye ke.. boleh la kot... (dalam hati bengkek je sebab dia dah belikan so macam terpaksa terima)
Dia: Oh tu la, masa I beli tu I rasa u mesti suka wallet ni.

Wait. What. WALLET?

Gile frustrated.

Aku pun pikir la, mintak2 la WALLET yang dia beli ni cantik. Rm60 tu! Lari budget aku. Ade jugak rase menyesal mintak dia belikan, sebab dia ni jenis duit mengalir macam air. Tapi serba salah nak mintak tolong budak sorang lagi sebab aku dah mintak dia belikan Lush, dah la tak pass duit dulu.

Ahad. Tetiba purse yang aku guna at the mo' rosak. Kena pakai balik wallet lama (yang branded tapi harga lagi murah dari WALLET dia beli tu k) yang agak bulky.

Fast forward to last Tuesday. Pompuan ni sebok la nak pass WALLET tu malam tu jugak, and alang2 aku nak pegi amek Lush dari budak satu lagi might as well aku singgah je rumah dia amek WALLET (dia tak gi keje hari tu). Nasib baik masa sampai perkarangan rumah dia, dia tak mintak naik atas (rumah dia tingkat 4). Kalau dia suh naik, aku ingat nak cabut je terus.

Dia pun turun bawah, pokpekpokpek pasal barang dia beli tu. Pastu masa aku amek kotak berisi wallet tu dari dia (dengan muka tak iklas juga tak puas hati tapi menyamar essited giler), dia pun cakap "Eh tengok la dulu wallet tu, ok tak?"


Bukak kotak. Rase muka jadi ketat. Aku rase kalau beli kat Petaling Street boleh dapat berganda2 lagi murah. Tapi sibbaik dah fikir aku tengah nak carik PURSE baru, terima je lah.

Dah la tak de souvenir. Langsung. Aku bukan la pedulik ko nak kasi souvenir ke tidak. But for me, I'll still get some for people who I consider my good friends, no matter what they regard me as.

Fast forward to Friday. Aku bizi giler kot?! Siap letak mesej DND will reply if urgent only kat ST. So when she first msged me, aku tak layan. Tau sangat la, bukan urgent mana isu dia tu. Lagipun kalau aku reply msg dia, mesti dia nak call, and I don't have the time to hear her babbling. Lepas dinner dia msg lagi, aku pun reply la "sorry I'm too busy, I'll ST you later?", dia pun cakap ok.

Dekat2 kul 12 (waktu critical ok), dia msg lagi. "Still busy ke?" Dia ingat aku main2 je la kalau letak status msg cam tu. Tapi considering dia dah msg aku 3 kali, aku pun cakap "I'll ST you back in 10 mins bole? I'm too occupied ni, sorry."

AKU LAK YANG NAK KENA CAKAP SORRY SEBAB AKU BUSY GILE BABAS. Shinjirarenai.

About 10 mins after, aku msg cakap dah. Dia pun cerita la dia nak carik rumah blablablayadayada (sibbaik dia tak call) dekat area rumah aku. Sibbaik la aku tak cakap tempat yang dia tanya tu memang dekat benar dengan rumah aku.

Petang tadi dia call. Mesti nak ajak teman dia tengok rumah la tu.

Kalau dengan kawan baik aku pun susah aku nak kluar, dia ingat aku boleh je suka2 hati voluntarily kluar dengan dia? Dah tu, based on my prev experience, mesti aku nak kena gi rumah dia, and DRIVE her to that place which is sekangkang kera ja dari rumah aku, lepas tu DRIVE her back to her house.

I will never want to be a good friend to her. And have never planned to be one.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Thursday, March 3

Menunggu Kereta di Bengkel.

iPod's playing BTD by Infinite.

Tadi masa nak reverse kereta, struggle sikit bila nak masuk gear.

Kereta ni macam tau2 je gaji bulan ni banyak. Hampeh.

Jadi nak tanak kena la gi bengkel. Tanak la kalau lambat2 nanti makin teruk. Macam last time la, takleh masuk gear langsung2. Dah kena mintak tolong member kat opis pegi carik bengkel terdekat. Tanak jadi gitu lagi dah.

Dah tengah tunggu kereta nak dikeghojekan tu, tgk la tv kan. Masa tu cite Marshanda dah separuh jalan. Bukan la ikut pun cite tu, tapi leh agak la jalan cite cenggane. Lepas tu kluar la muka Ashraf Sinclair. Wah wah bukan main lagi cakap indon, maklomlah bini orang sana. Tapi... still ade bunyi BM gak tu haha. Lepas tu terasa lah seperti ironi yang mana aku rase kat KL dia macam cakap English je lebih dari BM.... dak?

Lepas cite tu abis, klua plak telenovela Mari Mar. Ingatkan cite Brazil ke España ke Italia ke. Tengok2 muka cam Melayu, rupenye cite Filipin. Hebat cite tu, anjing2 boleh bercakap (dalam hati la tapi bole dengar). Pastu ade satu watak ni seksi giler. Elok la pulak cameraman ni ambik shot angle dari bawah. Side-eye la aku ni, ape lagi.

Dalam 1510hrs, siap dah. Tuka gear oil je dulu, harap2 tu je la yang perlu kot.

Stepped on the gas, sempat kejar bas 1530hrs. kalu bole takmo drive sebab hari nak hujan dan takut jem.

Tengok2 jalan clear. Tak ujan lak tu.

Takpe. Leh tido dalam bas.



Sent from my iPod

Saturday, February 26

Out of Office Gems

iTunes playin' Tonight by Big Bang.


Sedang aku nak mengclearkan group inbox tadi, ternampak la beberapa out of office notification emails dalam folder yang aku create untuk bebdak ni memasukkan mana2 email yang nak kena buang. Selalunye out of office (henceforth will be shorten to OOO) notf ni, biase la, takat kasitau mende2 macam

I'm out of office from xx-xxx-xx to xx-xxx-xx
I will be on my xxxx leave
Please contact xxxx at ext xxxx on my absence
I will reply your email when I come back

dsb.

Sekali, aku ternampak la satu nama ni... then aku teringat yang masa dia cuti panjang hujung tahun lepas, dia letak a very interesting OOO notf. So ape lagi, aku pun nengok mesej dia kali ni...

Memang best.

Dia punye OOO message sungguh la seperti satu entry blog yang lengkap! Mereka2 yang macam aku ni ofkos akan tertarik untuk membaca mende2 seperti itu, lagi2 yang interesting ones. Siap cakap plan nak makan ape malam ni dan juga nama2 wine yang dia nak minum... sebelum kasi standard message untuk mengontek sesape yang patut semasa ketiadaan beliau. Yang buat message ni lagi best ialah ianya dikarang oleh head of one of the main products in the company untuk dia punya site. I can just imagine, working under a person like him might be enjoyable, lagi2 dalam situasi yang seperti tak boleh tak stress sepanjang masa.

Lepas tu aku nengok la OOO yang lain.. Oh ade pulak lagi sorang ni, buat poem pulak. Cakap dia mesti akan amek cuti pada hari ni setiap tahun sebab hari tu besdey bini dia, kalau kena datang keje jugak seperti "suicide message from hell", and it made me smile :)

Mungkin bagi orang yang (kononlaaaaa) terlalu sibuk dan tak de masa untuk mende2 camni, nampak tu macam membuang precious work time je. Tapi actually, it can really make your day if you take the time to enjoy it.

Lepas ni I'll be sure to have a peek at the OOO before deleting them.. Or I might save some and re-read it later :)

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Friday, February 25

Buruk.

Dear kawan2.

Kalau ye pun nak pakai jeans low cut gile babi, at least pakai la spender elok sikit. Ni spender getah terkluar pun nak tunjuk ke? Buruk bebeno tau dak. Ini macam punye olang pun ade ke?

Yang malas nak tegur depan2 sebab tak kenal.
dB

Wednesday, February 23

Penat lagi.

In the mood for sleeping for more than six hours.

Saya penat. Lepas membebel dengan seorang kawan di atas talian telefon tanpa wayar selama sejam tiga puluh sembilan minit, panggilan terputus. Saya fikir mahu tidur terus, tapi, ya, hanya selepas menunaikan solat Subuh. Tiba-tiba dia memanggil semula. Baru sahaja lima minit berbicara, tiba-tiba terbau sambal nasi lemak yang ibu saya masak. Perut saya yang lapar mula meraung meminta sambal nasi lemak itu. Saya pun keluar bilik dan turun, untuk ternampak sambal ikan bilis bercampur tomato dan nasi putih yang masih berasap. Tetapi saya juga ternampak... IKAN TERUBUK JERUK! Diterbangkan khas dari Sabah, cuma sempat bertemu minyak panas dalam kuali pada pagi yang indah ini. Saya tidak boleh terlepas peluang makan ikan terubuk jeruk. Maka saya pun menamatkan panggilan (bateri telefon mudah alih tanpa wayar itu pun sudah meraung menyatakan ajalnya untuk hayat ini sudah tiba), dan terus menyudukan nasi yang panas berasap (ya saya guna sudu) ke dalam pinggan, kemudian sambal ikan bilis bercampur tomato (yang juga berasap. Sambal, bukan tomato), dan akhirnya secubit besar ikan terubuk jeruk. LAZAT.

Sekarang ini badan masih penat kerana sudah hampir terlepas waktu tidur. Tapi perut sudah berhenti meraung.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Friday, February 18

Too Bad.

DailyMotion is playin' Make It Happen by Amuro Namie ft After School


I've learnt that if I have any idea to blog at any moment, I should type it down fast.
Yet I'm still doing the same mistake, again and again.

Humbug.

Pedulik je la. Point yang aku nak taip tadi sebenanye aku ni tak biasa menerima compliments. Tapi takkan satu ayat ni je kot kan?

On another note, since siang ni nanti nak kena drive, might as well I bring over my Instax Mini! Dan mengambil gegambar bersama bebudak dan bebotak muahahahahaha :P

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Wednesday, February 16

Today's Awesome is being brought to you by the letter "I".

In the mood for Tok Tok by Mighty Mouth (feat. Soya) lagu sedap ni wehhhhh
I

I dunno why, tapi bila aku bukak iTunes selalunye semua makneka (i.e. mp3, apps, vids) dalam tu lesap. Bukan lesap betul la, cuma tak muncul dalam playlist. Dan disebabkan itu juga aku perlu add balik semua2 lagu ke dalam iTunes secara manual (sebab tak save kat library, takut menyemak my C drive), dan erase & sync balik kesemuanya sekali.

Baru Ahad lepas, I just ran another restore and update for my iPod on another terminal. Bila bukak balik iTunes kat terminal ni, seperti biasa lesap. Dah jadi satu keje nak kena download balik apps.. Tensen dowh. Lepas tu apps yang beh2, semua dah kena bayar pulak tu... Arghh!!! So terpaksalah download apps yang bosan2 seperti Fruit Ninja Lite and Angry Birds Lite (bosan sebab lite la...)

Lepas tu nak dijadikan cerita tadi, tengah2 mendunlut My Princess versi .flv, saje la nengok extra space kat drive C ade bape banyak... 11G je tinggal? Ni tak lah jadi. Lalu aku pun terus cek folder2 yang ade kat drive C ni, kot2 ade file yang besar2 yang aku buleh buang.

Tengah selak2 tu opkos la bukak folder iTunes kan? Lepas tu nak dijadikan cerita lagi ni, banyak pulak .tmp files dalam tu. Cek2 banyak pulak apps yang aku pernah dunlut sebelom ni, termasuk la apps yang tetiba hilang lepas download.

So masa menunggu result Google yang mengesahkan aku buleh dilit tak kesemua tu, saje la click kat satu app dalam temp folder tu. Then tetiba terfikir nak bukak iTunes balik. Double click balik. App tu klua kat iTunes, YATTA!!!! Then dengan bersungguh2 synckan balik iPod. Try bukak balik kat iPod. Boleh pakai, YATTA!!! Yang games punye app, ade yang restore high scores, tapi bagi yang tak restore tu... YATTA!!! MANSEHH!!!

Lepas tu bukak la result Google tadik, kat Apple support nye site. Dia khabar:

Symptom

Multiple iTunes Temp files appear in your iTunes folder.

Solution

These are temporary files used by iTunes. You can delete them if they remain after you have quit iTunes.

YATTA!!!!!11!!1!1!!

Jadi saya pun bulih tidur dengan gumbira. Sekian.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Sunday, February 13

Mengantuk Bangat

In the mood for doing nothing

Ketika ini saya merasa sangat mengantuk. Padahal waktu sekarang ialah pukul 8:33 malam. Mungkin kerana selalunya pada hari bekerja saya akan mengambil kesempatan untuk melelapkan mata, itu pun kalau berkesempatan. Kalau tidak berkesempatan, maka saya akan layan kopi secawan. Enaknya kalau ketika ini ada secawan kopi di depan mata. Tapi oleh kerana tiada secawan kopi, maka saya pun terasa lebih baik bagi saya untuk melelapkan mata buat seketika. Sekian.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Thursday, February 10

Update

Typing this from my iPod on my way back home from the office. Currently in front of The Palace of the Golden Horses.


Sent from my iPod