Sunday, August 21

Bercanda di Pasiran Pantai

WMP playin' Aduh Saliha by Mawi

Day 2

bangun kol 630 pagi, lepas semayang subuh, kononnye nak mandi laut siang2. tapi fadi susah plak nak bangun. faa plak takut nak masuk air (bukan kambing ye.. dia ade sedikit fobia). aku pon malas aa nak masuk laut sensorang, takut kang jadik ape2 kat aku yang tak reti berenang. jadik aku pon sarung tudung, sarung kain batik, klua ke pantai amek gambar. gambar2 ku ade di fotopages. dah snap sikit2 sana sini, sambung tido balik sebab takde aktiviti lain dah.

bangun je, mandi manda (ke tak mandi ye pagi tu? hahaha tak ingat pulak), kemudian gi brekfes. oder set no 21: mushroom+tomato+cheese omelette with toast, air tak ingat. sedap jugak tu omelette, buleh la aku buat sendiri nanti2 kalau tetibe je ngidam. lepas makan je, terjun laut! hahaha seronots seronots. memula lompat katak je dalam air. lepas tu si kawan faa ni kasi goggles, buleh la nengok corals yang berhampiran. dah tu lompat2 lagi dalam air. fadi ajar aku float baring. memula takut jugak, akhirnye berjaya jugak. ahahaha seronots.

dalam kol 1 gitu (ke kol 12 ek... tak ingat dah) pegi main kayak plak. malas tul nak kayak taim tu sebab tengah sronots main air. sekali tengah kayak2 tu, terlanggar pulak kepala sorang yankee ni yang sedang bersnorkling. muhahah horror jugak nak mintak maaf dari dia. sampai ke sudah horror lagi. lepas kayak brenti jap, minum 100+, pastu duduk masuk lagi dalam air (ek? ntah lupa pulak... ye kot). dah tu, gi makan lunch pulak. daku oder chicken chop yang tak bape sedap. air pulak banana chocolate shake. sedap!!!! suka aku ngan air tu.

lepas makan, gi solat. lepas tu aku layan tidow kat dalam bilik panas tu. dah petang skit, bangun, lepas tu lepak2 kat tepi pantai, duduk atas buaian. lepas tu aku ngan fadi jalan2 sampai ke hujung pantai sebelah sana (semalam kat sebelah yang satu lagi). kat ujung pantai ade resort arwana.. mewah tu resort. ade swimming pool semua. chalet pun beh, lawa tu. ape lagi yer... restoron pun selesa. ade tivi plasma plak tu. huhuhu tunggu aku kawin orang kaya la baru buleh ke sana. lepas tu lepak pulak kat pantai depan arwana tu sebab ade kerusi malas. nengok la pantai ditemani cahaya bulan.

dah tu balik balik ke resort, dan makan malam pulak. makan nasik campur, lauk 1. udang goreng bawang putih + butter, 2. kailan goreng oyster sauce, 3. tomyam ayam, 4. telur dadar, 5. sotong goreng kunyit. sedap woo. air? banana chocolate lagik. dah makan, gi jenjalan lagi tepi pantai, mencari buaian. jumpa jugak akhirnya, depan resort I. lepak2 la kat situ sambil nyanyi2 lagu. tetiba bunyi guruh, dan kitorang pun segera melarikan diri ke bilik. dah mandi2 tu, baca buku cite jap sampai terasa sangat ngantuk, solat, tidow.

...bersambung

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

No comments: