Thursday, August 18

Di Tepi Pantai Yang Indah...

Radio playin' Rindu by Feminin

Day 1

selepas merefreshkan diri, pegi balik ke stesen bas untuk mengambil kereta sewa (orang kl bilang teksi) untuk ke kb. kitorang 3 orang naik bersama ngan sorang makcik yang tak ingat tempat yang dia nak turun tu, dan tatau tempat tu nama apa. so berlegar2 la kat situ (still kawasan pasir mas kot.. hmm ntah tak pasan aku sebab sebok nengok petak sawah hihi) sampai jumpa tempat yang di tuju. lepas tu terus kitorang gi kb. sampai kb, berjumpa dengan kawan faa, dan terus naik another kereta sewa pegi kuala besut plak. dalam satu jam perjalananan tu aku memang tak sedar ape lah. dah sampai kat jeti kuala besut tu, lepak kejap, makan kuey teow sup sementara menunggu bot.

bila bot sampai, kitorang pun memulakan perjalanan ke pulau perhentian. lepas lebih kurang sejam perjalanan, sampai la kat flora bay. kena turun bot besar dan naik bot kecik. ingatkan kenapa la nak kena tukar bot, rupenye sebab pesisiran pantai tu banyak coral, so takleh la naik bot besar. coral!!! nyahahaha seronot nengok dari atas bot. clear je pemandangan.

lepas check in (kat resort II, dapat bilik tak beh, kipas dinding je [alah cam kipas berdiri tu], kalau siang memang paneh gilo), tuka baju, gi makan (lagi??!!). oleh sebab gi sana ngan pekej termasuk makan, buleh oder suka hati. jadi aku ngan fadi oder spegeti. spegeti tu. harharhar. air... daku oder honey dew. makan makan borak borak bla bla yada yada, daku pegi solat, dan tidow tak ingat dunia (lagi??!!).

petang bangun tidow, pegi jalan2 tepi pantai. oleh kerana taim tu air surut, nampak la segala coral dan timun laut yang ade kat sekitar tu. main2 ngan sejenis coral yang menyemburkan air at times. conteng2 pasir. meranduk air lagi. jakun nengok ikan. geli nengok timun laut. tulis nama atas batu. harharhar. balik dari situ, duk lepak2 tepi pantai depan resort, main2 pasir sambil ngumpat.

dah ngumpat2 tu (gelap dah), pegi makan malam pulak. aku oder ape ye... tak ingat la pulak. hmm kasi ingat jap. hmm hmm hmm. ah~ nasik paprik. okeh la paprik dia. air pulak air epal ijau. dah makan, lepak balik kat pantai sampai kol bape tah. pastu balik bilik, mandi, solat, tidow sampai esok pagi.

tu je aktiviti day 1. takde sejibik pun gambar yang diambil hari tu sebab.. sebab.. kamera aku bukan weather proof. harhar :P

...bersambung

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

No comments: