Monday, August 29

Tunjuk Ajarku, Sifu!

In the mood for Sifu by Protege program Mentor

aha.. berjaya jugak aku nengok mentor final malam tadik. kalau tak, terlepas. maklomlah khusyuk layan intenet je baru2 ni heh heh. final contenders: pija vs nabil. oleh kerana aku tak ikot sangat program mentor ni, aku tak de la nak sokong mana2 kan. biar performance diorang yang menentukan. aku kasi initial score 50.

lagu opening: sifu. perf: semua protege. yg ni aku terlepas, dpt tgk zarul fo3 rap je, pastu abih. heh.

round 1: duet protege + mentor

1st perf: pija+zainal, lagu kau dihatiku. ade budak dengan gorila jadi penari latar (takde la nari kan.. lebih kurang props je). gorila tak de la betul kan. slack jugak pija nyanyi lagu ni sebab dia tak sampai lower key. ikot kate zainal, dia kena naikkan key lagu, tu pun pija tak sampai lower key. pada pendapatan aku pulak, patut dia kekal je key asal (kalau betul tukar la kan), pastu pija kena key nyanyi tinggi sikit. alah, macam lagu2 nurul & ajai. takde la seksa nak nyanyi lower notes.
vocal: -1, perf: +-1

2nd perf: nabil+nora, lagu broken vow. ni lagi satu masalah low key. sedap tu sedap, tapi tak dengar sebutan dia. kena minus 1 mark. patut nora lowerkan key dia, jadi nabil boleh guna oktet lagi tinggi. ke, memang sengaja dia buat camtu sebab english nabil tak sedap? harharhar :P extra perf pulak, takat main piano je. so takyah la markah yer.
vocal: -1, pronunciation: -2, perf: +-1

round 2: protege nyanyi 1 slow beat 1 fast beat.

1st perf: nabil, lagu kau pergi jua. pastu lagu rancak dia lagu gadis ayu. yang pastinya round 2 punye perf, vocal mantap. ade dance lagik tu. haa ni yang buat dia spesel, dance dia beh. aku kasi 2 markah. bekground dancers cuma masa lagu rancak. blend in jugak la dengan dancers dia. bagus tu bagus.
vocal: +1, perf: +2

2nd perf: pija, lagu percayalah ngan lagu rythmn's gonna get you. percayalah superb sebab dia buat rendition sendiri. walaupun ade sedikit ceto'et, tapi pandai kaver. baju je kureng. lagu rythmn's gonna get you ade energy. +1 la tu. tapiiii pronunciation kureng sket.
vocal: +1, perf: +1, pronunciation: -1

round 3: protege + artis pilihan

1st perf: nabil+v.e, lagu kerna sayang. memula nak komen rambut Lah. apsal membuatkanku teringat kat citer there's something about mary? huhuhu :P okeh. penyampaian ok, nabil blend in ngan diorang. tapi nampak kurang outstanding. nevertheless dance baik punya. nampak sangat dia sesuai nyanyi lagu cam ni. jugak nyanyi berkumpulan.
vocal: +-1, perf:+1

2nd fref: pija+amy search, lagu pawana+kerja gila, powerrrr!!! seronot la aku nengok. memang aku setuju kata ajai (kot), kalau orang lain nyanyi ngan amy depa tenggelam, tapi pija macam setara. so aku kasi 2 markah untuk vokal. pastu perf juga sungguh bertenaga. she's really enjoying herself.
vocal: +2, perf:+2

verdict: pija 54, nabil 51. result: pija menang! *ting ting ting*

sebelom result, ade medley. protege2 yg tak berjaya jadi final 2 nyanyi ngan mentor orang lain. kecuali fo3 yg tak bermentor. okeh la jugak. tapi ade sedikit boring part yanie ngan liza hanim sebab macam dragging. pastu apsal la nyanyi lagu slow. nyanyi la rancak.

oh. 3rd place: yanie. 4th: fo3. masa dia tunjuk hadiah tempat ke-4 kan, aku rase cam, apsal motor satu je? kalau fo3 dapat, kena kongsi kah? sekali memang fo3 dapat. heh depa kasi sorang satu kot, baru fair.

okeh sesape nak nengok repeat (aku juga!!!) buleh la ke laman http://mentor.time.net.my. dalam hari selasa ade la kot.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

No comments: