Wednesday, December 1

Full Moon wo Sagashite

Winamp playin' Kimi To Iu Hana by Asian Kung-Fu Generation

warghhhh~!!! kenapa? kenapa?

al-kisah...

dulu, dulu-dulu, aku ade la dl manga ni. manga yg bernama Full Moon wo Sagashite ni la. dl pon atas sebab saje je nak kasi chia baca. maklomlah nae dongsaengi nan sorang tu cukup suka membaca shoujo manga. alang2 dah jadi pelanggan tetap toriyamaworld taim tu, dl je la mana2 yg terasa nak dl. lepas dia masuk KMK, rasa malas la pulak nak continue mendl manga tu. lagipon TW macam malas je nak mengupdate manga nan satu ni (bukan satu sebenanye, tapi banyak!! tu es21 pun tak update2. DN pon baru sampai bape episod tah.. ihhh tensi tensi) jadi daku pon buat keputusan untuk berenti mendl. mana yg ade dalam pc ni pon dah buang je terus.

masa berlalu. sekali tu bila chia dah abih kat KMK, ade la sorang kawan dia menghadiahkan satu manga FMwS kat dia as a bithday present. japanese version punye lak tu. untuk makluman kengkorang semua, manga jepon paling2 murah pun daku rase dalam rm25. tu pun yang paling cikai aku rase. yg manga ni (2nd manga dia terima lepas bleach4, depan muka ishida) ntah la bape rega dia, lebih rm35 kot, tak ingat aku. dah tu aku pon cakap la, bakpeee laaa nak membeli manga ni (sebelom aku tau tu present dia, sebab kawan dia tu suka sangat membeli japanese version manga), beh sangat ke pasal budak kecik yg bercita2 menjadi idol ni? dia pun cakap, alah, biasa la kitorang (dia ngan member dia) suka baca shoujo manga (bila ingat2 balik, dia gak yang membeli komik sailormoon waktu kecik2 dahulu).

tak berapa lama lepas tu, dia beriye nak nengok anime FMwS ni plak. siap mendl bulk torrent. mujur by that time,
1. aku xde spes; and
2. BT yg aku guna tu, versi BitConjurer, jadi xleh select dl.

jadi, dia takleh dl langsung la. muhahahaha. mujur aku pun mengecheck, kalu tak pening kepala, camne buleh takde spes padahal b4 ni ade dalam 4gb tinggal. lepas tu dah takde ape berita dah. sampai la masa dia cuti raya baru ni. dia ade la cakap, anime FMwS cuma 52 episod je. 52?! FmA 51, BSSailormoon 49. uih, cam menarik je, tapi, MALAS. sebab, ye lah, sedangkan manga dia pun buang...

and then, ntah camne tah, aku terminat nak membaca manga dia lepas sampai kat satu site yg mengoffer online manga viewer. so, aku pun baca la dari last episod yg aku dl tu. uhh.. kenapa ni.. kenapa.. sangat tertarik nak baca.. uhh sidehnye.. uhh sungguh touching.. oh no! aku dah kena penyakit FMwS! proven by the fact that i read 5 volumes of manga in just one night! pastu, siap gi site lain untuk mendl last 2 volumes. huhhh..

lepas ni terasa nak dl anime dia plak.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Sunday, November 28

Bila Dah Takde Idea...

Winamp playin' Spark by BoA

... buat ape pun tak kena.

masuk ni dah 3 kali taip dan delete entry yang berlainan.

huhh..
okeh la. meh la bercerita.

laswik DBSG datang m'sia. fadie la dapat jumpa ngan diorang. dengki sungguh. sebab dia dapat jumpa changmin. huhuuhuhu nak jumpa changmin jugak!! :((

sikalang ni tengah minat lagu2 tokyo jihen. grup baru kot. vokalis: shiina ringo. dah bosan buat solo kot minah tu. tapi lagu2 still unique macam zaman solo dulu.

dah nengok bleach 8. ngape dah lari dari jalan citer asal? kalau dah menyimpang ni bila la ishida nak klua? walaupon dia dah debut dalam ep7, tapi sora dia masih belom kedengaran. huuu... tak sabar nak mendengar sora sasuke in ishida. hopefully i'll like ishida, takde la nak menyampah cam aku menyampah kat sasuke.

oh ye. mari la memvote shinhwa for MAA. bila lagi shinhwa nak menang? huii.. bukan la lain tak layak menang, tapi takkan la nak nengok muka shinhwa lagi tahun depan? dah jadi pokcik dah pun tahun depan depa2 ni. huhuhuhu vote la. alang2 memvote for malaysian artists (huh.. sah2 siti lagi akan menang nanti. maklomlah dah ade fans sampai ke negara china), vote la untuk shinhwa sekali. bukan susah, klik aje. muhahahaha :P

wokeh la. dah mati kutu dah. sebelom daku mendilit entry ni buat kali terakhir, baik stop sini dulu.

p/s: oh ye. ade orang tanye bleach best ke? jawapan aku: YES! HIGHLY RECOMMENDED untuk orang yang mencari kelainan dari genre anime/manga biasa. sangat sesuwei untuk penggemar Fullmetal Alchemist. lagipon banyak site yg offer direct dl for anime. juga ade small version (dalam format real media) untuk yang takde spes yang banyak. rugi woo tak tengok.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Friday, November 19

Sheperd's Pie

Winamp playin' Sounan by Tokyo Jihen

Resipi Sheperd's Pie Cik Kiut yg aku nak ejas sikit2:
(mana yg ade * tu yg aku tokok tambah la)


bahan2:
kentang
daging cincang
carrot
tomato puree
bawang besar
bawang putes
black pepper
beef stock
mayo
cheese
*serbuk kari ikan babas

cara2:

1. rebus kentang

2. cincang carrot, bwg besar halus2. musti!

3. hiris (?) bwg putes (ala macam biasa masak)

4. tumis bwg putes + bwg besar sampai naik bau

5. masukkan daging cincang + beef stock

6. masukkan lada hitam

7. biarkan kejap sampai daging empuk+masak

8. masuk tomato puree
__*letak sket serbuk kari ikan babas kasi pedas sket yum yum

9. masukkan carrot
__*kalu nak bersayur hijau, bagus jugak. letak la kacang pis ngan jagung. taaapii carrot tu wajib halus2! bimakna jangan guna mixed vege dalam peket.

10. sementara tunggu kuah pekat, lenyek kentang rebus tadi. letak sikit mayo

11. letak kuah yg pekat tadi dalam bekas yg sesuwei

12. ratakan kentang yg dah dilenyek tadi atas kuah yg pekat tadi

13. taburkan cheese (seeloknye mozarella, tapi kalu nak masam sket, tambah la cheddar dan paramesan sket)

14. masuk dalam oven sekejap sampai cheese cair/berwarna ceklat

15. makan la sorang2 kalau tak nak kongsi ngan orang lain. dengan syarat, buatla utk diorang gak. nanti org kate kedekut taik idung masin plak. tapi lagi bagus kalu makan ramai2. takde la merana kalau kena keracunan makanan kan. kot2 la daging tu tamat tempoh tak sedar kan.. hihihi :P

haa. selamat mencuba. bila dah cuba bulat2 ni pulak, kalau nak letak kat web mana2 or blog sendiri, jangan la lupa nak kredit yer. hinss :P

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Sekian Lama Berpisah..

Winamp playin' Souretsu by Shiina Ringo

gah!!! dah lama tak nulis blog... sebenanye dari raya kedua lagi nak nulis, tapi biasak la, malas nak mengarang kan. kukukuku. unless kalau aku ade somewhat like tablet pc tak pe la jugak. anyways saje laa nak impom sinopsis aktiviti2 dari hari raya pertama sampai sekarang.

malam last posa (30 Ramadhan):
masih sebok2 mengemas rumah. maklom lah daku ni suka bebeno membuat keje last minute. tapi okeh la sikit tahun ni sebab (self-claimed) rajin la sesikit mengemas masa bulan poso. maklom la, dulu balik kampung, jadi mengemas pun ala kadar je. tahun ni tak balik, jadi kena full swing la.

malam raya:
emm.. takde buat ape sangat. nengok tibi, pastu nengok anime. emm seperti malam2 biasa lah. takde pulak nak mengayam ketupat. makan ketupat segera dah le.

1 syawal:
dah semayang raya, siap2 gi kubur. tapi ade ke patot, lupa nak bawak yasin. jadik2 nye, sampai sana doa saje lah. lagikpon ayah nak cepat sebab nak ujan. dah tu gi beraya kat segambut. sampai2 je ujan lebat. takde payong pulak... jadi stranded kejap kat depan rumah nenek masni, tak masuk dulu sebab bonda dah kat rumah suri. dah tu ade orang kasi payong, bawak gi rumah suri. dah makan2 minum2 dan bergambar2 kat sana, pegi rumah nenek masni plak. dah tu, gi rumah mak long tiri (rumah wajib pergi). lepak2 sana kejap, trus gi kepong. solat zohor+asar kat sana, makan sket minum sket, layan casa impian jap, pastu balik. malam xde aktiviti.

2 syawal:
pagi2 dah ade orang bertandang. ihh dah la rumah tak kemas semalam lpas balik dr rumah mak uda, jadi bila orang blah je kena laser. hmm takpe la. dah tu gi rumah cik kiut lak. fuhh lawa beno rumah dia. dah makan piza (makan western aku kat sana), main2 ngan ikan dalam kolam dia. pastu tolong masak di dapo, blaja masak sheperd's pie. nanti ku letak resipi. muhahahaha :P dah tu gi nengok MI plak. yg untuk pilih top 33 tu. dah tu gi makan lunch, kat rumah mak long, sebelah rumah je. dah makan, solat, pastu tido kejap. bangun, solat, makan cucur udang, balik. malam xde aktiviti.

3 syawal:
dalam kol 930 pagi mak lang bertandang ke rumah. kecoh la kejap sebab sepatotnye nak gi tampin pagi tu, jadi stay kat rumah sampai dalam kol 1. dah tu baru gi tampin. balik lambat, highway jem teruk. dlm dekat kol 10pm baru nampak pintu rumah.

4 syawal:
bangun lambat gilo sebab semalam penat gilo. dah solat asar, gi ampang point jap, jumpa fadi, ade hal sket. pastu jalan2 jap carik komik baru, pastu beli dunkin donut. balik2 je ade rombongan mak uda plak. sebab badan yang busuk, maka tak de la turun ke bawah melayan tetamu, tapi anyways anak2 abg nuar 2 ekor tu naik, layan depa je la. aktif sungguh si aiman tu. kakak dia plak, seronot dapat nengok trailer the incredibles. hauhauhau. dah depa balik, takde aktiviti lain.

5 syawal merangkap siang tadi:
plan nak gi nengok the incredibles, tapi aku la kensel atas sebab2 yg takleh dielakkan (bukan bangun lambat yerrrrr). so cia, farid n nabilah je pegi. dl beberapa mv dan clips. seronot sebab js dah buat comeback special. petang masak seperti biasa (huhh... lama dah tak masak lauk normal). taim makan tu, tengah seronot nengok reality tv "Never Give Up" 8tv tu, black out la pulak. yg peliknye blackout dari rumah aku sampai ujung jalan, di setiap jalan. rumah sebelah yg bernombor 26 ke bawah semua terang benderang. tak penah plak jadi camtu. huhh. bila dah ade api, nengok naruto #109, yakitate japan #04, and PoT #136. dah tu layan mv LOVE LOVE SHOW 2 kali. tu la penyebab takleh tido. harhar.

sekian saje.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Thursday, November 11

Salam Aidilfitri

In the mood for main mercun!!

oh... hampir terlupa pulak. mujur singgah kat blog shariza. to all my muslim blogreaders (yg insyaAllah cukup puasa tahun ni),



nice, huh? ::winks::

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Bleach.TV - Opening Soon!

Bleach.TV - Opening Soon!

Bagi sesape yg baru nak mengenal Bleach, kat page ni ade direct download bagi anime ni... kalau tanak dl yg avi version, yang real media version pun ade.. belom try nengok lagi la tapi.

Wednesday, November 10

Perutusan Khas

In the mood for raya!!

Happy Deepavali to all my Hindu visitors (I know that some Indians in Malaysia are not Hindu)...

and to all my Malay visitors yang tak puasa. Okeh what, u get to raya early this month!

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Friday, November 5

Bohahaha Omoshiroi Naaa~!!!

Winamp playin' Mountain A Go Go Two by Captain Stridum

bohahahaha!!! setelah sekian lama menengok episod naruto yang bosan2 belaka (sejak lepas sannin berlawan) akhirnya naruto 107 yang bertajuk 'I Want To Fight You! Finally A Clash, Sasuke VS Naruto!' kembali membangkitkan semangat aku nak nengok naruto again and again! lagi2 bila masa naruto lawan sasuke guna lagu Toshiro Masuda - Need To Be Strong yang sesuwei sangat dengan situasi ni! kyaaaa~! bila pk pk balik kan, sebenarnye sesuwei jugak dia letak filler episodes (episod negara teh) sebab sasuke buleh perasan yang naruto ade jutsu yang hebat, walaupun dia tak pernah nengok betul2 (proof: bila naruto kluakan rasengan masa lawan kat rooftop, dia boleh cakap "nanda.. ano jutsu wa?!") bohahaha ni yang buat tak sabar nak tunggu minggu depan!

in another case, dah dl juga yakitate 3, bleach 5 ngan PoT 134. yaki punye episod, baru je abih entrance exam. hahaha seronot jugak nengok suwabara punye reaction bila makan croissant kazuma, tapi kuroyanagi punye reaction tak bape menarik sangat macam masa dia makan fuji-san (ja-pan no bape tah aku tak ingat). next episode dah kena panggil pegi southern branch store plak, dan jumpa pakcik rambut mojamoja (afro!!) kukukuku :P

bleach plak, penyelesaian episod chad ngan parakeet (nape dia trans jadi cockatiel ha? ngape tak ikot manga?), komen aku gambar dia dah makin okeh (compared to epi 1). kukuku :P tapi suka la part bila ichigo catch up to rukia... eceh. pastu chad pon comel. minggu depan punya epi, ada pasal kon (tapi blom masuk badan plushie, tak sabar nak nengok!!!) yg masuk badan ichigo, and ade buat facial expression bangang! kukukuku :P

lastly, PoT. lama dah tak pekena PoT. fansub dia lembab la. kat jepon dah 150+ episod. dah la kalau langkah trus (i.e. dl trus epi 145) terasa macam tak beh je. episod ni pasal fuji syuusuke deting ngan budak bawah umur (hahhhh!), tak de la beh sangat. taaapiii dapat jugak nengok kikumaru yang comel macam kucing! suka bila dia cakap "yappachi" kat momo. harharhar~! lepas ni episod kikumaru plak. tapi rase macam tak de la beh mana kalau nak compare ngan cite chibi diorang yang baru ni (seishun family.. tezuka jadi atuk=watak lawak. teringat shigure).

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Thursday, November 4

Zakat al-Fitr Reminder

In the mood for making wallpapers

[forwarded from Islamic Relief]

AsSalaamun 'alaikum waRahmatullahi waBarakatuh

Dear Brothers & Sisters,

The Holy Prophet (Allah bless him and give him peace) taught us the importance of finishing good deeds in the best possible way.

To mark the end of the month of Ramadhan, zakat al-fitr is a gift that is given to the poor.

Abdullah ibn 'Umar said that the Holy Prophet (Allah bless him and give him peace) ordered the people to pay zakat al-fitr before going to the Eid prayer. (al-Bukhari)

May Allah accept our Ramadhan and seal it with good deeds.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Wednesday, November 3

Rayuan Judi...

Winamp playin' Ryuusei by Flow

tadi masa sahur nengok la tv1 sebab kat tv3 takde al-kuliyyah macam biasa, ganti ngan live telecast bola barcelona lawan mana tah.. i dunno, i dun follow those stuffs. jadik dari kol 5 sampai 5.25 nengok la dorama, tajuk ape pon daku tatau. lepas dorama tu, ade siaran rakaman perf nasyid. memula rabbani, lagu ape tah.. aku rase lagu doa dan pujian kot. tak kisah la, bukan pasal rabbani pun.

the next group was hijjaz - fatamorgana. being a nasyid group, pastu siaran rtm pulak tu, so secara lojiknye diorang kena la nyanyi live. dan secara lojiknye kalau live tu sure2 la lain bunyik dia dari keset/cd/(insert media) yang ori kan. si chia nih, dia cakap diorang ni nyanyi macam indonesian punye style.

then i blurted out..
"rayuan judi.. menawan hati.."

terus chia LOL. sebab dia nak nyanyi lagu "satu ringgit.. dua ringgit.." which is not indonesian, but coincidently also has 'judi' in the title. nevertheless dia nak maksudkan style diorang nyanyi tu macam tu la, minus the gelek.

i bet y'all never heard of that song before, right? the rayuan judi song lar. aihh aci kerat jari la kalau betul pernah dengar. kalau pernah, sure korang dapat tangkap lawak ni.

the lyrics goes somewhat like this:
rayuan judi
menawan hati
rayuan judi
memikat hati
judi selalu menawarkan berjuta-juta harapan (2x)
oooh.. oooohh..
karena judi
[blablabla tak ingat the rest]

the fact is, this song is really a nasyid, sung by an all-female nasyid group from indonesia. lagu ni dah lama sangat dah, masa aku sekolah rendah lagi. masa zaman ada maid; tu yang sampai buleh dengar lagu dari seberang tu. aku pun dah tak ingat apa nama grup tu. yang pastinye dulu aku suka dengar lagu tu sebab musik dan liriknya yang catchy. siap kalau nyanyi, goyang2 badan cam hindustan.

hai.. bila dah teringat tu, nak la dengar balik kan. tapi bila aku google, tak jumpa plak. maklomlah dah tak ingat nama grup. kot la kalau korang ada terjumpa lagu yg berlirik cam ni kat mana2, fowed2 la kat aku. bukan nak melawakkan lagu tu, cuma nak dengar balik btol2.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

You Rock My Sock

In the mood for making wallpapers

terjumpa ni masa tengah menggoogle:

1. Kumpulan Rock yang telah mengerjakan Haji.
KUMPULAN BANJI (Bang Haji)

2. Penyanyi yang sering fail dalam karangan..sebab guna noktah kat depan ayat... TITEK PUSPA

3. Penyanyi yang paling demand...
HETTY COST ENDANG

4. Kumpulan yang berasal dari Bukit Gasing
KUMPULAN SPIN

5. Penyanyi yang paling berat dalam sejarah
ABOT (dalam bahasa jawa bermaksud berat)

6. Kumpulan Orang Asli Paling Berjaya
O.A.G (Orang Asli Gombak)

7. Kumpulan yang paling murah menerima bayaran..
SCOIN (pakai syiling jer)

8. Kumpulan Nasyid yang terdiri dari orang jawa
AL-JAWAHER

9. Kumpulan Rock yang Paling wangi
MAY (Sabun)

10. Kumpulan Rock Paling Bahaya
AMUK

11. Kumpulan Rock Yg Terdiri dari Bomoh Professional
MANTERRA

12. Kumpulan Rock yang takut mandi pagi
GIEGIEL

13. Kumpulan Rock yang selalu kena migrain
HEADWIND

14. Kumpulan yang telah mengkormersialkan Roti Benggali Pedas
GINGERBREAD

15. Kumpulan yang mudah berpecah
KRISTAL

16. Kumpulan Rock yang makan nasi pakai tangan kiri
LEFTHANDED

17. Kumpulan yang ada power
KEMBARA (sebab ader DVVT)

18. Kumpulan yang terdiri dari pesawah
PADI

19. Kumpulan yang paling popular di pagi raya
TOO PHAT (Ketupat)

20. Penyanyi kesukaan David Beckam
SITI SARAH (Sarah Marbeck)

21. Penyanyi yang sentiasa tua
TO'KI

22. Kumpulan yang kejap cantik kejap hodoh...
PRETTY UGLY

23. Kumpulan yang takleh nyanyi kat Europe
METALASIA

25. Kumpulan yang boleh lihat tapi tak leh pegang
4U2C

26. Penyanyi yang tak pernah kena speed trapppp..
MELLY GOESLOW (Go Slow)

27. Penyanyi yang sentiasa mendapat tajaan walaupun dah mati
NIKE ADRILLA (Nike)

28. Kumpulan yang sentiasa menyambut 'HARI GURU'
TEACHERS PET

29. Kumpulan yang susah nak sakit
MEDICINE

30. Kumpulan yang berkerjaya tapi pendek umur..
DR. KRONIK

31. Kumpulan yang buat show kat everest
IKLIM

32. Kumpulan yang kena samak apabila di sentuh
BLACK DOG BONE

33. Penyanyi yang paling bengap walaupun dah kaya
PAK PANDIR

34. Kumpulan yang paling di hormati
DEWA

35. Kumpulan yang memperkenalkan Roti Boy di Midvalley
NEW BOYZ

36. Kumpulan nasyid yang menggunakan paling popular di jalanraya.
HIJJAZ ( Honda Jazz tuh...)

37. Kumpulan yang tak akan buat show pada bulan lain kecuali bulan 9..
SWEET SEPTEMBER

38. Kumpulan Paling berani..
KAMIKAZE

39. Kumpulan yang selalu gi konvoi..
XPDC (Ekspedisi)

40. Kumpulan yang suka makan Chicken Wings kat KFC..
KUMPULAN ABU SAYYAF.....kueng...kueng...kueng...

- kuhiks - (gelak a-la zam)

tambah sket lagi idea aku...

41. Kumpulan yang ada kat mana2..
EXIST

42. Kumpulan yang siku dan lututnya kasar2 belaka..
RUFFEGDGE

43. Kumpulan tokey/salesman segala jenis bola..
PHYNE BALLERZ (menjual bola yang bagus2)

44. Kumpulan yang hanya buat show musim bunga..
SPRING

45. Kumpulan yang sentiasa gelap..
GERHANA SKA CINTA

46. Kumpulan yang tak reti guna pisau untuk sapu mentega..
BUTTERFINGERS

47. Kumpulan yang mengalami masalah pendengaran..
DEF-GAB-C

48. Kumpulan yang suka melukis..
POTRET

49. Kumpulan kesukaan ramai perempuan..
COKELAT

50. Kumpulan yang suka makan serangga..
SPIDER

heh malas nak pk lain dah. korang la plak tambah :D

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Tuesday, November 2

Last 10 Days of Ramadhan

In the mood for bungee jumping

[forwarded from Islamic Relief]

Dear Brothers & Sisters,

The last ten days of Ramadhan are near, days that have special status above the other days of Ramadhan. The Prophet (Allah bless him and give him peace) would strive to do acts of worship more than he would at any other time (Muslim).

To take full advantage of these ten days, increase in good deeds such as sincere repentance, dua (especially late at night), giving in charity, sponsoring an orphan or sitting in i'tikaf.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Monday, November 1

A Small Effort Goes A Long Way...

got this from a friend.. quote:

not sure how effective this online petition thing is exactly. but i guess it's the effort that counts?

Please take action!!!!!!!


To all of you..........


I have searched in Google and this is true. I never forward any messages to everyone until I am sure of the authenticity of the message. Just type "Craig Winn" in Google and check it out for yourself.


Please help stop a book (written by Craig Winn) that attacks the Prophet Mohammed (SAW) from being sold by signing the petition (click on the URL shown below to take you to the petition). It'll only increase hatred in this world.


The book's title is "The Prophet of Doom"! If the hyperlink in the email is not active, you can just copy the URL and paste it in your browser's address space and than press enter. Please email this email to all your friends in the community.


Copy & paste the link below to access the petition:
http://www.petitiononline.com/iecrc786/petition.html


Thank you.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Thursday, October 28

kyaaaa sangwoo oppa!!!

Winamp playin' Shooting Star by Shinhwa

huhh... baru je klua stairway to heaven, dah klua into the sun plak? hari ni episod satu.... huhh dapat jugak nak nengok sangwoo oppa dalam cite ni. muhahahaha nampak gaya satu malaysia (yg dapat 8tv) demam kwon sangwoo oppa lepas ni. takpe takpe. aku dah cop dia dulu. muhahahahaha! (perasan abih!)

(entry ni saje nak kasitau cite sangwoo oppa yang kacak, 'into the sun' ade kat 8tv, kol 5pm.)

review: taken from soompi.com


Tae Yang Sohk Euh Roh - Into the Sun (SBS)
cast: Kwon Sang Woo, Myung Se Bin, Jung Tae Woo, Kim Jung Hwa, Jung Sung Hwan

As a healthy and honest Marine, Kwon Sang Woo isn't afraid to reveal his feelings towards anybody, including Myung Se Bin. When his sister (Kim Jung Hwa) is hospitaized, Kwon falls in love with Myung Se Bin, a doctor at the hospital. Trying to win her love isn't easy when Myung is sill grieving for her dead fiancee. Eventually, though, Myung falls her his honest personality, but the mysterious death of her fiancee stirs up trouble later on. Truths become revealed as she finds out that her fiancee's death is related to Kwon and Jung Sung Hwan (another doctor who loves Myung). In the meanwhile, Kwon's Marine "hoo bae" Jung Tae Woo gets to know Kim Jung Hwa at a nightclub. Being the player he is, he tries to win her, not knowing that she is Kwon's sister. They like eachother, but in fear of Kwon finding out, the two use all kinds of methods to hide their relationship. As various characters find love in a different way, this drama attempts to show the healthy love story of four people.

rating: Great
comments: This is a very cute drama which is very humorous and relaxing to watch. All four characters are so unique, and the actors/actresses who play them portray them very well. really recommended!

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Tuesday, October 26

Soundblox Updated!

Winamp playin' Unerasable Sin by Nana Kitade

Updated 26.10.04

Japanese Rawks
1. AKFG Flashback
2. Orange Range Hana
3. Rie-Fu Life is Like a Boat
4. Cool Joke UNDO

i've decided to make these updates as mp3 rotations. but be warned, they're all 64 kbps, 11025Hz. if you want better quality, look elsewhere, or you can buy their album.

instruction to download:
http://deathberry.blogspot.com/2004/07/downloadable-songs.html

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Sunday, October 24

「花」

Winamp playin' 「花」 by Orange Range


「花」(hana)
(flower)
Romaji by: cori
From the single, Hana

hanabira no you ni chiriyuku naka de
yume mitai ni kimi ni deaeta kiseki
ai shiatte kenka shite
iron na kabe futari de norikoete
umarekawattemo anata no soba de hana ni narou

itsumademo aru no darou ka
ore no maue ni aru taiyou wa
itsumademo mamorikireru darou ka
naki warai okoru kimi no hyoujou wo
izure subete nakunaru no naraba
futari no deai ni motto kansha shiyou
ano hi ano toki ano basho no kiseki wa
mata atarashii kiseki wo umu darou

ai suru koto de tsuyoku naru koto
shinjiru koto de norikireru koto
kimi ga nokoshita mono wa ima mo mune ni
hora kagayaki ushiwazu ni
shiawase ni omou meguriaeta koto
ore no egao torimodoseta koto
"arigatou" afureru kimochi daki susumu michinori

* hanabira no you ni chiriyuku naka de
yume mitai ni kimi ni deaeta kiseki
ai shiatte kenka shite
iron na kabe futari de norikoete
umarekawattemo anata ni aitai

** hanabira no you ni chitte yuku koto
kono sekai de subete ukeirete yukou
kimi ga boku ni nokoshita mono
"ima" to iu genjitsu no takaramono
dakara boku wa seiippai ikite hana ni narou

hana wa nande kareru no darou
tori wa nande toberu no darou
kaze wa nande fuku no darou
tsuki wa nande akari terasu no

naze boku wa koko ni iru n' darou
naze kimi wa koko ni iru n' darou
naze kimi ni deaeta n' darou
kimi ni deaeta koto sore wa unmei

*, ** repeat

ameagari niji kakari aoarashi ni umare shi hikari
koko ni yuruginai taisetsu na mono
kidzuiteru "ai suru" to iu koto
mada arukeru darou? mieteru n' da mou
"omoi" toki wo koe towa ni hibike
kimi no yorokobi kimi no itami kimi no subete yo
saa sakihokore motto motto motto

----

tatau nape semenjak dua menjak ni asek tersentuh dengan lagu2 sebegini... huuhuhuhu :( ingat nak letak kat soundblox, nak kasi kengkorang denga lagu ni ngan lagu life's like a boat tu, tapi tah nape soundblox tak load kat pc ku. down kah site lazlo? anyhow MV lagu ni memang touching... (agaknye tu la sebab tersentuh ngan lagu ni kot muhahaha) :P try la carik MV ni.. ade perempuan yg blakon mukodono (son in law) yg jadi sakura tu... tapi kalau nak request boleh jugak daku upload, tapi file dia besar, kalau tak guna broadband susah sket la :D

p/s: to people searching for the full version of Bleach OP song (known as *~Asterisk~ by Orange Range), the single will be out in DECEMBER. if you're lucky, there might be some other lucky person who will upload the single somewhere mid-November. but until then, please wait with patience. ja~!

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Thursday, October 21

A Letter To Anne

Winamp playin' Life's Like A Boat by Rie Fu

i miss u gurl.

miss u a lot.

maklomlah lama tak jumpa.

heh bukannye hari ni baru tetiba miss engko... dah lama dah sebenanye. lagi lama dari sejak henpon ko kena kebas. tapi baru2 ni je terlebih sikit. sebab aku jumpa note2 kita dolu2 yang tak masuk dek akal. dah tu terimbas plak kenangan kita berperangai otak tak center almost 65% of the time kat sekoloh dulu.

aku mula kenal ko masa talent nite f1, Malam Seribu Hijau (bila teringat balik, apo yg seribu hijaunye talent nite kita kan?)... masa tu i was quite an igorant person. sebenanye sampai sekarang ni pon aku tak peduli dunia luar :P sape2 bukan budak klas/dorm aku, nasib la kalau tak kenal. masa memula sekoloh dulu la. dah tu kita sama2 plak kena masuk koir, dah tu masuk klas english set sama. dari situ la aku start rapat ngan ko. maklomlah aku tak banyak kawan (akibat sikap ignorance aku.. yeah i admit that :P) and then you were there.

tatau la camne kita buleh jadi kawan baik bangat. sebab koir kot, kita sama2 dalam grup alto. dah tu sama2 masuk volleyball club plak. pastu pejam celik pejam celik orang dah label kita besfren. tapi one thing's for sure, saya sentiasa senang berkawan sama anda.

masuk form 2 kot yg kita dah start 'sewel', masa tu aku tensi duk klas jauh di ulu, sebelah kelas f1 ko. baru ku terasa betapa ulunye aku taim tu. jadi untuk 'menghubungi dunia luar' aku pun start exchanging notes ngan ko. lama2 isi kandungan note kita pon 'sewel' (tapi tak pernah luar batasan). lepas tu ade la 2 3 orang yg jeles (literally) ngan ke'sewel'an kita.

ingat dak masa form 3 kita sama2 menyampah kat gibran agi? ape punca kita menyampah tu ye? aku pon tak ingat. tapi lepas tu tak pasal2 ko panggil aku 'agibrah agib' (tensi gak ko kasi nama tu kat aku) and aku balas balik 'gibrehan fuggy' ... ke ape tah.. tak ingat la pulak. yg aku ingat memang lame gilo la compared to the nick u gave me. sebab tu la aku agak tensi pada mulanya. muhahaha :P pastu aku ade cakap kat ko aku look up to this senior, pastu aku panggey ko 'annetote', ko panggil aku 'dybbtote', and kita refer that person as 'mak tote' muhahahahahahaha terasa sungguh gaban bila teringat balik :P

masa f4, aku sebenanye terasa gak apsal la cekgu tak amek aku jadik pm. at least kalau sama2 pm buleh la sama2 menggaban ngan ko. dah tu tak chosen plak jadik imam (to other readers: kami ni sekolah pompuan aaa).. dah tu kena turun set plak, terasa macam bangang je aku taim tu. but u showed me there's much more than being a pm/imam/sets. at least aku tak de la rasa bersalah kalau terlanggar rules sini sana (heh heh dulu ku suka makan dalam kelas tau!!). and about being imam pon, aku sedar kenapa aku tak terpilih. nevermind that. taim ni (ke start f3 lagi yer? aku rase f4 kot) kalo ko kasi note mesti dari keratan paper yg gambar dia lawa2, pastu depan dia ko tulis ngan liquid paper. ha ha aku simpan lagi sampai skarang :P

bila dah final year kat sekoloh tu, heh daku naik set baik (yatta!) jadik set kita pun kena tempias dengan kesewelan kita ye dak :P tatau la sepanjang f4 ko sewel gak dalam set, setau aku ko jenis yg jaga hemat budi pekerti depan orang lain :D dah tu every malam (every ke? aku rase wiken taim takde prep tak kot) kita selalu kongker meja belakang kat library. pastu siap pass2 note plak... macam hape je. sampai ade orang tegor macam la takleh nak pas2 note luar library. jeles tu gamaknye :P ingat dak kita penah 'minifight' sape guna icon tapakkakikucing (like we spelled it last time), and aku later on settled on tulangikan (which does not represent me at all)? hahaha tu masa dalam library la tu :P and then kita start kasi note encrypted ngan gambar+sukukata? hahaha adek aku pun ambik masa yang agak lama nak paham ape yg kita tulis. sampai orang lain pon malas nak baca notes yg ko kasi kat aku sebab malas nak encrypt.

dah tu, masa the very final day kita kat sekoloh, i couldn't recall what you gave me as the farewell gift, but i later regretted giving you that tin biskut berisi note2 yg ko penah kasi aku dulu. aku ingat lagi taim aku kasi tu ko bengang gile ngan aku, cakap ngape nak return ni semua.. aku tak ingat ape aku cakap. tapi aku sebenanye tak de niat langsung nak sakitkan hati ko ke ape. aku sendiri pon tatau kenapa la aku kasi tu semua balik. but now i do know why.. maybe because at that time secara bawah sedar i really wanted to see you again in the future, with you giving me back all those sentimental values.

sudah tu sekolah pon abih. kita pun pegi la haluan masing2. masa tu kita blom kenal email and internet, so kita still rajin menulis2 surat. ko tulis ko berchenta ngan someone, aku tulih aku ade minat someone, blablablayadayada. tapi bila masing2 dah 'internet-enhanced', kita dah tak rajin bercommunicate cam dulu2. masing2 sibuk dengan haluan masing2. okay, ko la lagi sebok dari aku since aku ni masih menanam anggur. single mingle lak tu.

lepas ni ko dah nak kawen. harap2 that won't make us seperate much further.

miss u gurl.

miss u a lot.

aGiBRaH aGiB

Wednesday, October 20

Help Me CSS (Card Captor Sakura Janai!)

Winamp playin' loads of AKFG mp3 on infinite loop

semenjak dua menjak ni asek problem je ngan css template ni.. tensi tensi. graffiti.net yang takleh harap!!! [geram la kot]

anyhow dah fix dah. insyaAllah lepas ni tak de la problem ngan template ni lagi [sebelom aku buat kaco in the future]

tonikaku, nak cite la pasal xm semalam. b4 that saje la nak cakap sebenanye nak taip ni semalam lagi, tapi sebab penat gilos hanya Tuhan yang tahu jadi tak de la taip semalam. hari ni pon malas nak taip sebenanye, tapi disebabkan aku tensi ngan template ni tadi, jadi tetiba rasa nak taip plak. muhahaha :P

pekse semalam... pekse jawatan penerbit rancangan gred b27. ade 3 seksyen:
1. MCQ pengetahuan am;
2. karangan;
3. terjemahan.

memula MCQ. memang pengetahuan am sangat2. aku rase yg betul2 baca paper je yang buleh pass. untuk orang seperti aku yg tak hirau dunia luar, maybe payah sikit la nak lepas. kalau lepas pon nyawa2 ikan je. gilos tul. soklan pasal sejarah malaysia and ketatanegaraan tu dah expect la, tapi.. argh!! ngape dia tanye sape menang lumba air f1 kat putrajaya ari tu? aku dah la tak minat membaca segmen sukan huhuhu :P soalan lain melibatkan sape yg panjat everest baru2 ni, pastu pasal muzik sket2, pastu ade tanye pasal rtm sket2, ade lagi pasal alam sekitar dll.

karangan: kena buat dua jenis karangan, satu BM, satu lain2 bahasa. ade enam soalan, jawab dua soalan berlainan for each language. being not able to write in korean or japanese (stakat buleh baca kana ngan hangul je nak blagak bakpe) or in other languages, so i wrote in english la. berterabor. ha pastu requirement dia around 200-300 words. aku pon dengan skema tulis la banyak tu. pastu bila dah nak abih masa aku pusing kepala.. ya Rabbi... ngape ade yg tulis sampai berhelai2 paper? huu aku dah gabra. nak tulis panjang2 ke nak kekal ngan requirements? tasukete!!! jeritku dalam hati. las las stay la ngan requirement, tapi dalam hati terasa hampeh.

last section: translating 1 karangan from english to BM and another from BM to any other languages. being hampeh from the previous section, aku pon mentranslate both karangans dengan secepat yang mungkin. ade la jugak ke'tak-sure'an sana sini, tapi ku bantaikan saje. bila dah siap tu, aku antar la kan. malas nak cek (busuk btul perangai). pastu bila klua je, baru aku pasan aku la orang pertama yang klua. macam hebat sangat je. muhahahaha :P ade gak menengok aku semacam. heh bukan nak belagak terre mentranslate, tapi kalau dah seksyen 1 ngan 2 takde harapan langsung, seksyen 3 ni terasa macam dah tak bersemangat la. kukuku :P

pengajarannya di sini, jangan jadi macam saya. muhahaha :P

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Monday, October 18

Life's Like a Boat

In the mood for Life is Like a Boat by Rie Fu

Life is Like a Boat by Rie Fu

Nobody knows who I really am,
I've never felt this empty before.
And if I ever need someone to come along,
Who's gonna comfort me and keep me strong?

We are all rowing the boat of fate
The waves keep on coming and we can't escape
But if we ever get lost on our way
The waves will guide you through another day

Tooku de iku o shiteru
toumei ni natta mitai
Kurayami ni omoi dakedo
mekakushi sareteta dake

Inori wo sasagete
atarashii hi wo matsu
Azayaka ni hikaru umi
sono hate made ee~

Nobody knows who I really am
Maybe they just don't give a damn
But if I ever need someone to come along
I know you will follow me and keep me strong

Hito no kokoro wa utsuri yuku
nukedashitakunaru
Tsuki wa mata atarashii shuuki
de mune wo sureteku

And every time I see your face
The oceans lead out to my heart
You make me wanna strain at the oars
And soon I can't see the shore

Oh, I can't see the shore...
When will I see the shore?

I want you to know who I really am
I never thought I feel this way toward you
And if you ever need someone to come along
I will follow you and keep you strong

Tabi wa mada tsuzuiteku
odayaka na hi mo
Tsuki wa mata atarashii shuuki
de mune wo terashidasu

Inori wo sasagete
atarashii hi wo matsu
Azayaka ni hikaru umi
sono hate made

And everytime I see your face
The oceans lead out to my heart
You make me wanna strain at the oars
And soon I can't see the shore

Unmei no fune wo kogi
nami wa tsugi kara tsuki e to
Watashi-tachi wo sou kedo
sore mo suteki na tabi ne
Dore mo suteki na tabi ne...

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

La La La Love Song

Winamp playin' La La La Love Song by Boa

malas betul nak update.

main game la yerk.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy