Thursday, October 22

Dah Lama Carik Lagu Nih: I

In the mood for Sekuntum Cinta by Wheels (OP cite Angelito)


Pertama kali bersemi di jiwa
Oh sungguh indah
Mekar mewangi serikan taman hati
Yang selamanya ini terbiar dalam sepi

Sekuntum cinta tersunting di hati
Oh sungguh murni
Setiap ketika bagaikan mimpi indah
Bila saja berada bersama

Tersedar dari sebuah lamunan
Rupanya berbicara sendiri
Kehadiranmu dan keindahan
Sesingkat sebabak mimpi

Sekuntum cinta layu tiba-tiba
Oh sungguh hampa
Gugur berkecai kelopak bunga cinta
Kukutip semuanya untuk kenangan

Tersedar dari sebuah lamunan
Rupanya berbicara sendiri
Kehadiranmu dan keindahan
Sesingkat sebabak mimpi

Sekuntum cinta layu tiba-tiba
Oh sungguh hampa
Gugur berkecai kelopak bunga cinta
Kukutip semuanya untuk kenangan
Kukutip semuanya untuk kenangan

Credit: http://imranabduljabar.com & http://www.youtube.com/user/xBadoMx
ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Saturday, October 17

Kelakar la kamu nih! (Fiery post)

In the mood for Where U At by TaeYang
Youre_Funny
Color by COLOURlovers

Semalam, M.AM (Miss Alwiz-Me) mesej la aku menggunakan aplikasi sembang (yang akan dipanggil SamboMonster lepas nih dalam entry2 akan datang). Dia cakap #2 terasa ngan aku.

Apsal? aku tanye M.AM. (terus masuk cerita yer. M.AM. outta the story unless mentioned.)

Dia cakap, aku panggil dia mulut tempayan. Aku, antara minions dia yang dia paling percaya, merangkap PA tak rasmi, orang yang dia rase ade chance nak naik jadi mandur sama ngan dia, panggil dia mulut tempayan.

Blasphemy! Bila masa pulak?! aku cakap balik kat M.AM (sambil gelak tidak percaya). Selalunye kalau cakap dengan tiada niat buruk, musti akan tak ingat kan. That's what happening to me sampai la M.AM citer di SaboMonster.

Kawan baik dia yang baru je baik agak recently sebab telah membuat aktiviti so-sial dan bersukaria bersama2 terdengar aku cakap dekat sorang minah yang nak brenti nih,

(lebih kurang cam ni dialognye)
dB (deathBerry): Eh dengar2 you dah nak brenti ye?
Db (Debab) : Eh mana you dengar cerita ni? I baru kasitau beberapa orang je pasal ni.
dB : Alah, #2 tu kan mulut tempayan.
Dah teringat.

Dialog yang terang2an cakap kat public dan no bad intention ini telah didengar oleh kawan baik (lepas ni KB) #2. Dan dia pun mengadu kat #2, cakap aku "said bad things about you beb".

Aku tatau la camne KB tu cerita kat #2 sampai #2 buleh terasa sampai cam tu sekali. Agaknya KB tu memang mulut jahat kot. Aku ingat anak Bahari sorang tu je mulut jahat tahap dewata raya. Kot la kan.

KB yang kurang mengenali aku tu, boleh cakap camtu kat #2. Dan #2 percaya KB yang (macam) baru2 je naik taraf kawan baik tuh cakap dari aku yang konon minion paling dia percaya.

Of kos la dia percaya kat KB lebih. Kalau KB tu mempercayai dia dengan tak segan silu gesel2 assets besar gedabak kat dia, takkan la dia tak nak percaya.

Gelak WTF.

Aku ni tak de la bangang tahap dewa cam tu. Kalau ye pun aku nak kutuk #2 takkan la aku nak cakap kat public kuat2. Dah tu sah2 ade Quar2 dia around. Umor dah tua, takkan nak mengumpat orang pun tak pandai kot?! BODO.

Ke, memang #2 ni nampak aku cam bodo? Maklomlah Ingrish aku tak POWERRRR cam dia, dah la tak so-sial dan tanak berso-sial. Kampung la sangat2.

Dan dia buleh nak terasa ngan aku. Dan yang paling bodo tahap cipan tu, dia terasa, tapi tak confront aku depan2, instead dia pi cita kat M.AM dan suh M.AM inform kat aku yang dia terasa. Dan (the best part) nak aku jumpa dia dan eksplen.

I thought you're matured enough. Sorry, it seems like my thoughts are wrong. Aku rase budak kecik lagi pandai nak confront.

M.AM seperti biasa mendefend aku dalam hal2 cam nih (aku sebenanye sayang gak kat M.AM nih.. cuma part AM tu je yang buat aku menyampah. Lain okeyyyyy je.) Dia cakap la, aku bukan jenis camtu.

#2 cakap kat M.AM, "No, I know her very well. She's a straight person." (LOL that really shows you really don't know me that well, buster.)

The best part is, dia cakap "She has all the requirements to get to the next level. But if her attitude like that... I don't think she's ready to go further." (lebih kurang la)

Whoa. Just because of that small thing. So now aku tak leh kutuk dia main2 la depan public? Nak kena jaga bontot dia je? Jadi kaki kipas? Eh. Kalau aku mengadu ko punye small2 itsy bitsy teeny weeny mistakes kat Big Boss, making a fuss out of it, then by all due respect, please refrain me from going further. Give lower ratings to me by all means.

I'll give you attitude. I'll have my resignation letter ready by end of learning curve.

(Yeah, it's me being immature now. But think about it, if you can't develop yourself in one place and there's no one to help, why bother staying there?)

M.AM dah ugut nak meraung kalau aku betul2 resign. Wah terasa diri disayangi.

Anyway, back to the story (eh baru pasan, giler panjang entry nih!). Aku cakap kat M.AM, I won't apologize. All I know I'm not at fault. Nak terasa, terasa la. Sendiri sensitif, jangan nak salahkan orang. If #2 wants clarification on that matter, ask me for it, and not expecting me to go to him and said "Eh I heard you terasa ngan I... Sorry la,I tak bermaksud buat you macam tu..." Pbbhttt. I've my bricks ready, and already started building my barrier to ease my journey leaving you. Then again, #2, kamu ni kelakar la.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Wednesday, October 7

Tsk.

In the mood for She's Gone by GD ft Kush
Contradict_Yourself
Color by COLOURlovers

Perlu ke ...
... tinggikan suara?
... naik tangan kat muka?
... lagak kasar sebegitu rupa?
... buat orang rase teraniaya?

Perlu ke ...
... sorong papan tarik papan?
... dari sembilan tinggal lapan?
... baling batu sembunyi tangan?
... anak mati adat didepan?

Jangan asyik negatif--

Pandang ke depan
Bulatkan hati
Lapangkan fikiran
Curahkan senyuman
Kekalkan sopan
Kuatkan iman

Baru hidup aman.

Jadi tak perlulah
tinggikan suara
naik tangan ke muka
lagak kasar sebegitu rupa
buat orang rase teraniaya.

Tak baik.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy