Friday, May 27

Puan R di Bank M

Beberapa orang dah tau aku nak beli rumah dekat lubuk yang sedang membangun sana. Jadi untuk melunaskan cita-cita (betul ke penggunaan melunas ni tah) mesti la nak kena apply loan.

Maka tengah-tengah mensurvey ni, pergi la dekat Bank M kat BBA ni sebab omma dah buat appointment dengan Puan R. Sampai-sampai je Puan R ni takde kat meja dia, pegi mana tah. Lepas agak dalam 5-8 minit gitu baru dia ade. Rude #1.

Omma pun mula la bercakap. Puan R ni mungkin la tengah mendengar, tapi tangan ngan mata kat blackberry. Rude #2.

Tengah omma mengeksplen, tiba-tiba dia cakap kuat "bak sini IC." Ingatkan dia cakap kat kitorang, rupanya kat kawan dia. Rude #3, and rude #4.

Dah selesai dia berBB dan menolong kawan dia while we're sitting in front of her buat-buat cakap pasal loan ASB, dia pun bertukar ke mode service excellence. Sekali lagi tengah omma duk explain, tetiba dia divert attention, kali ni kat sorang Tuan Haji ni. Walaupun cakap pasal kes tanah runtuh baru ni, still rude jugak. So yang ni rude #5.

Dalam masa sejam yang pendek tu, dia boleh rude kat kitorang 4-5 kali. Bukan dia tak boleh cakap sorry ke excuse me ke. Customer ade depan mata kot.

Dengan perangai macam tu, tambah lagi dengan appearance (pakai tudung siti jarang nampak rambut kuning; kuku panjang bercutex clear- maybe pakai dari 2-3 minggu lepas lagi kot; muka lak sungguh smug), nak jual kat aku Islamic loan... baik tak payah kot.


Sent from my iPod

Saturday, May 21

U.S.S. Part II - Gambar Sahaja.

iTunes playin' Lonely by 2NE1

Sambungan post sebelum ni.


Tuesday, May 10

U.S.S. Part I

iTunes playin' Please Don't Cry by Park Bom

Pagi tu kami bangun awal, kul 6:45am dah turun makan breakfast.

Since Chinese breakfast (vegetarian) cuma ada kul 8:30am, so we opt for toast and jam (dah dua options tu je yang ade).

Left the building about 7:00am-ish. MRT takde la ramai orang sangat, mostly Filipino & Bangladeshi yang nak kena masuk keje awal. Turun kat MRT Harbour Front nak naik monorel gi Sentosa. Lalu shopping complex dan naik ke level atas sekali.

Saturday, May 7

Penat minggu lepas masih belum selesai, haish.

In the mood for Can You Smile by Infinite.


More to come to my tumblr.


ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy