Thursday, April 28

Cerita Ceriti

In the mood for My Name by BoA

aku geram giler dengan strimik ni ha. masuk hari ni dah kire hampir 10 hari network cam c*&@#^@*^$@% je. arghhhh~!! kalu cam ni sentiasa tensi la aku... baik takyah ade strimik langsung tsk tsk. esok ni kena jugak la tepon strimik. tensi tensi

kelmarin ade sorang colleague aku ni (indian guy) buat lawak bangang. pada mulanya aku mintak dia nyanyi lagu padayappa sebab bosan sangat n dia pulak asek nyanyi lagu tamil jiwang je. pastu bila aku dah request tu malu la plak nak nyanyi. ces. nak di jadikan citer ade la mamat yang duk depan aku ni cakap, "aiseh (insert name), mana pergi kejantanan ko?", maksud dia apsal la member tu chicken sangat nak nyanyi lagu padayappa. sudahnye member tu pun jawab, "tergantung". cilakak. sabar je aku mendengar. sudahnye tergendala sebentar keje menaip aku taim tu akibat menahan gelak.

sekarang ni aku ngan ekin duk mengushar mamat baru. tak de la aku ngan ekin kan, lebih kepada aku menyokong dia dari belakang untuk mengushar mamat tu. masa aku baru dapat tau dia mengushar mamat tu, aku pon menanye, "apa jadi pada mamat kepala botak tu? dah mamat tu kirim salam kat ko, ilang dah minat ye? (gunakan slang pahang/perak/kedah anda yang terbaik)" dia pon menjawab, "ye." "apsal?" "sebab dia dah kenal aku... jadi dah tak misteri. muhahahaha :P~" sabar je la aku. alah minat suka suki je pun, bukan betul2 membawa ke alam perkahwinan. saje jadi pencuci mata. aku tumpang mencuci mata je. ade la isu nak dibincangkan nanti kalau dah takde mende lain sangat yang nak diborakkan.

haa cite pasal 'cerita pasal orang' ni, kitorang bengang gile ngan sorang mamat india ni (grup lain dari kitorang). ade la sorang pompuan grupmet aku ni yang kitorang menyampah la sebab perangai dia yang sungguh irritating. nak dijadikan cerita, pompuan tu senyum la kat mamat ni. mamat tu balas la. sekali bila pompuan tu blah je dari penglihatan, mamat tu buleh nak kutuk pompuan tu (masa tu mamat tu duk lepak2 ngan member dia), cakap dah la muka tak lawa, sengeh2 kat dia pulak. ekin bengang la pulak. aku pun bengang jugak. tak kisah la kalau pompuan tu kitorang anti pun. yang mamat tu kutuk2 camtu apahal plak? muka dah la macam empangan pecah (lagi teruk dari tongkang pecah tu), orang dah senyum kat dia pun dah kira baik dah. tak pun ntah2 mamat tu pasan pompuan tu senyum kat dia kot, maklomlah sebelah mamat empangan pecah tu ade grupmet kitorang yang lain. hah kalau betul la pompuan tu tak senyum kat mamat perasan tu, baru la beh, nampak sket dia perasan nak mampos.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Friday, April 22

Zannen, munen, mata raishuuu~!

In the mood for La Aube by penyanyi dolu2

zannen? yaa zannen :D ngape zannen? sebab alhamdulillah aku dah dapat balik aku punye isi purse yang kehilangan di klia dalam 2 minggu yang lalu, apart from the rm inside lar. syukurrr amat. tak kisah la aku dah buat ic baru ke ape ke, sebab memang aku dah kena buat yang baru pun. maklomlah ic yg ade ni muka masa derajah enam dulu, busuk je rase muhahaha :P lagi satu yg aku syukur sangat ni ialah aku tak perlu ke jpj untuk mengganti lesen memandu yang akan expire bulan 12 tahun ni ni. dah aku pun tak drive, jadi terasa macam nak tangguh je gi jpj. syukur la dapat balik.

la aube? ke la obe? ntah la. tapi yang pasti aku cukup sronot dengar lagu ni klua redio. walaupun telah di beri napas baru oleh grup ape tah aku tak ingat lak nama dia... kalau tak salah utopia kot. nanti la aku carik kat liriklagu.com.

dah lama tak nampak puteraku muhahaha. tadi nampak jugak dia setelah sekian lama. rambut dia dah panjang dah. isk single lagi dak dia? kalau single aku nak ngorat lah. buleh? muhahah angan je lebih.

oh ye aku menaip ni dari leptop baru adekku. aha bila dah menatip kat leptop ni lancar la pulak. sebab kibod dia beh. lagi beh la dari kibod aku yg sekarang ni. tu yg menaip pun beh. tak kisah la ade idea ke tak kan.

o ye (ii). terima kasey la pada yg wish aku hepi besdey tu hari. bukan beh pun besdey aku. sama je seperti besdey ku setahun dua tahun yang lepas. sungguh mandom. muhahaha. azam aku umoq baru ni nak ngorat puteraku. ahahahah baik punya azam. kalu dapat nanti aku belanje korang makan nasik minyak kenduri kawen memberku. amacam? muhahah :P

wokeh la. panjang dan banyak pulak la nak menaip. maklomlah bila dah pekena kibod beh, macam tak mo berenti pulak menaipnye. sampai bila nanti, kita kan bertemu lagi. daa

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Sunday, April 10

Chugoshipo, Chugoshipo TnT

In the mood for bantering

heh takde la nak mati sebenanye... cuma tensi tahap maut je. tu pon pagi tadi dalam kol 2. hai aku dah agak dah buleh jadi perkara ni. itu la padahnye kalau pergi berjalan2 bawak purse nan satu tu je. kan dah tertinggal kat airport. banyak jugak estimated value of loss. hai nak buat camne, itu la akibat tak mengambil pengajaran dari situasi lepas. penah jugak tertinggal purse tu kat cafe, mujur la ade member yg belom blah lagi dari tempat makan tu. ni kan dah padan muka aku. huh. dengan secara tak rasmi nye terpaksa la aku membatalkan trip untuk ke sungai petani ujung minggu ni. geram geram geram. dah la di saat aku nak pegi sangat pulak tu. grr grr grr. terasa rugi tak pegi, tapi nak buat camne, rasa tak puas hati dan tak tenteram jiwa kalau tak dapat nak setelkan segala mende tang ni jugak.

ok la citer part lain plak.

full moon wo sagashite

berjaya jua mendl cerita ni sampai abih. seronok jugak nengok ending dia. tapi terasa tak beh pulak bila tak de sekali pun izumi bertukar jadi anjin plushie. pastu ending dia mitsuki tak jadi besar dan berchenta dengan takuto. kalau dalam manga dia lain pulak. tapi either way aku suka both storyline.

bleach + naruto lagu baru

finally tukar jugak lagu bleach ni. vid lawa tapi lagu macam... umm... biase je. nothing special about the song. tapi vid memang taaabikkk~ takde la nak cakap dah bosan dengan asterisk (i still love that song, the anime version!) tapi aku wonder la jugak takkan la satu lagu tu je sampai abih kan. full moon wo sagashite pun ade 2 lagu intro. fma pun 4. naruto ni pulak... baru je tuka lagu ending ari tu, dah ade lagu baru plak? pada pndapatan aku lagu intro dia lagi sesuwei buat lagu ending. tapi ntah la, itu pendapatan memula je. later on mebi aku buleh terima kot.

besedey ku dah dekat huhuhuh :(

yup yup age is just a number. but what if orang lain cakap perwatakan aku tak sesuwei dengan umo aku ni? yah, persetankan ape diorang nak cakap kan kan kan :P cuma aku tak rasa la nak berkapel2 ni lagi, nanti takleh nak berperangai bebudak. ade la member aku ni beh gilo, dia ni dah la antu network game, dapat laki pon kepala sama, tiap2 malam lawan. anak dah sorang tu, karang bertambah lagi sorang antu. takpe la asal makan pakai budak tu cukup. kikiki :P

uhhh dah panjang sangat lak entry ni. esok ni berlenggang le aku ke opis. sape nak curik beg aku pon, silakan lah. setakat rm2 je dalam beg, malas nak pk ape2.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Wednesday, April 6

EQ Activites Nearby



EQ activites along Northern Indonesia as per Apr 5, 2005. Orange boxes mark the most recent, with the sizes represent the EQ scale.

Saturday, April 2

Erk... Sungguh.... Johnny's

In the mood for Answer The Phone by Shin Mina

Erk... dah nengok mv baru DBSK... lagu jepon. Tajuk: Stay With Me Tonight. Horror siot nengok. Bukan horror ape... Horror sebab sungguh seperti bebdak Johnny's Entertainment punye perf. Hahahahah teringat pulak zaman Kinki Kids muda2 dulu dan juga Arashi + V6. Spalit sungguh nari. Tapi la... aku tabik dengan sebutan diorang dalam MV ni. Tak macam BoA dan Se7en. Tabik sungguh. Kenapa? That's for me to know :D













ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy