Sunday, December 31

2007 /3

In the mood for O.Jung.Ban.Hab by TVfXQ

Selamat Hari Raya Aidiladha!


tgh tensen sebab tak leh nak guna bittorrent nak mendunlut, terpaksa guna clubbox. sibbaik clubbox laju la jugak despite being serve from the land of hanguk. and jumpa la beberapa performance untuk lagu O.Jung.Ban.Hab... yatta!!! serunduts. jumpa gaks perf cutie honey ayumi. nanti2 la lepas format pc ni aku burn segala maknenek yang still belom di burn and dload giler2!

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Saturday, December 30

2007 /2

In the mood for Kindaichi Sounen no Jikembo

sambung lagi wishlist semalam..

6. own webserver. with own domain. nahh... just needed the space to share my interests (remember soundblox?)

cakap pasal soundblox ni, semalam aku masuk la site http://www.widgetbox.com/. serunduts!!! macam beh giler.

7. mini cooper. ok, perodua kelisa pun jadik la. myvi pun tak pe ah. asal ade kereta sendiri cukup.

8. slim down. a lot.

9. a property to call my own (rumah ke tanah ke.. tak kisah)

10. bonus 12 bulan!!!!

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Friday, December 29

2007

In the mood for White Chocolate Frappe @ SFCC

tahun baru.

28.

my resolution's still the same.

1024 x 768.

bila nak pakai hd nyer screen ni?

ah... jelesnye bebdak derivatives dapat monitor dell hd maaa.

-->my wishlist, 3 days to 2007...

1. lg chocolate
2. pda cam densha otoko
3. hdd
4. new spectacles... or contact lens
5. boyfriend (hahaha)

... to be continued...

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Lagi-Lagi Densha Otoko

In the mood for Love Parade by ORANGE RANGE and Domo Arigato Mr Roboto by Styx

aha... baru je lepas nengok densha otoko the movie (Yamada Takayuki as Densha Otoko and Nakatani Miki as Hermes)... seronots!! aku suka densha otoko, whichever the medium is!! lepas nengok movie ni terasa mcam nak nengok drama dia balik... harharhar serunduts!

walaupon cerita dalam movie ni tak sethorough macam dalam drama dia, tapi still gak interesting. banyak jugak la babak yang berbeza... sampai dah tak sure yang mana satu betul2 ikut cerita sebenar. tapi tak pe lah, yang pentingnye mesej sampai... harharhar!! tapi kalau nak suruh pilih between the drama and the movie, i prefer the former. sebabnye? seronok nengok watak2 ni berkembang, tak kire hermes atau densha. jadi dalam drama buleh nengok watak ni berkembang dengan lebih jauh lagi.

yamada-kun dalam citer ini sungguh la geek. lagi geek dari itou-kun. tapi tu masa wajah otaku la. lepas transform, yamada lagi kacak! itou lak muka cam tu gaks. muka otaku. tapi versi upgrade lah. harharhar :P hermes dalam movie nampak lagi poised dari hermes drama, tapi sama2 bijin... sesuwei la bawak watak hermes ni. pastu densha (senang panggil ni..) movie tak nampak sangat otaku dia.. tapi ok la setakat nak tunjuk yang dia ni mmg jenis orang tak nak pandang. harharhar :P

hmm ape lagi.. dia ade jugak tunjuk la dalam movie ni, macam dua orang ni sebenarnye berjodoh (bila dia tunjuk flashback densha kutip train pass budak sebelah dia, and it turns out that train pass tu hermes yang punye).. and also ade snippet densha otoko versi itou atsushi & itou masaki (drama punye la) after the credits.. a bit different from the drama. malas nak eksplen camne beza dia heh.

macam tak percaya ye ade wujud sebenarnye chenta yang sebegini... kisah benar pulak tu. kalau la jadik kat aku... harharhar berangan je la. maklomlah tak bijin cam hermes-tachi. dah la cam comel je dia punye relationship development. tambah lagi dengan yamada yang sungguh comel!

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Friday, December 8

Desu Nooto : Sekai Wa

In the mood for The World by Nightmare (Death Note anime OP1)

the WORLD
歌: ナイトメア

広がる闇の中 交わし合った 革命の契り
愛した故に芽生えた悪の花
これから先訪れるであろう全てを
誰にも邪魔させるワケにはいかないから

果実が告げた未来
理性を忘れた街
黒く歪んだ現在を
夢、理想に変える

どうして? 僕は壊れた救世主?
誰もが望んだ「終幕」を…

広がる闇の中 交わし合った 革命の契り
愛した故に芽生えた悪の花
これから先訪れるであろう全てを
誰にも邪魔させるワケにはいかない
いつか僕が見せてあげる 光り輝く空を

どうして? 僕は壊れた救世主?
誰もが夢みた「楽園」を…

広がる闇の中 交わし合った 革命の契り
愛した故に芽生えた悪の花
これから先訪れるであろう全てを
誰にも邪魔させるワケにはいかない
いつか僕が見せてあげる 光り輝く空を

-------------

the WORLD
Vocals: Nightmare

Hirogaru yami no naka Kawashiatta Kakumei no chigiri
Aishita yue ni mebaeta aku no hana
Kore kara saki otozureru de arou subete o
Dare ni mo jamasaseru wake ni wa ikanai kara

Kajitsu ga tsugeta mirai
Risei o wasureta machi
Kuroku yuganda ima o
Yume, risou ni kaeru

Doushite? Boku wa kowareta meshia?
Dare mo ga nozonda “owari” o…

Hirogaru yami no naka Kawashiatta Kakumei no chigiri
Aishita yue ni mebaeta aku no hana
Kore kara saki otozureru de arou subete o
Dare ni mo jamasaseru wake ni wa ikanai
Itsuka boku ga misete ageru Hikarikagayaku sora o

Doushite? Boku wa kowareta meshia?
Dare mo ga yumemita “rakuen” o…

Hirogaru yami no naka Kawashiatta Kakumei no chigiri
Aishita yue ni mebaeta aku no hana
Kore kara saki otozureru de arou subete o
Dare ni mo jamasaseru wake ni wa ikanai
Itsuka boku ga misete ageru Hikarikagayaku sekai o

-------------

the WORLD
Vocals: Nightmare

Within the spreading darkness, we exchanged vows of revolution
An evil flower that sprouted because it was loved
Because I can’t let anyone interfere
With everything that’ll come about from now on

The future that the fruit told me of
The city that has forgotten reasoning
The present is distorted black
Dreams, turn into ideals

Why? Am I a broken Messiah?
Everyone wished for a “finale”…

Within the spreading darkness, we exchanged vows of revolution
An evil flower that sprouted because it was loved
I can’t let anyone interfere
With everything that’ll come about from now on
Someday, I’ll show you a shining sky

Why? Am I a broken Messiah?
Everyone dreamt of a “paradise”…

Within the spreading darkness, we exchanged vows of revolution
An evil flower that sprouted because it was loved
I can’t let anyone interfere
With everything that’ll come about from now on
Someday, I’ll show you a shining world

dicuri dari blog ni... (klik laa)

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Thursday, November 30

Kebosanan

In the mood for sleeping

nak buat keje, tak leh nak dload data pulak... gerem. maka dengan itu daku yang sungguh restless ni pun mengapdet la blog. eventho tak de idea. harharharhar :P

oh.. aku nengok balik citer lunch queen (a.k.a lunch no joou a.k.a the queen of lunch cuisine). hahah serondots! mmg antara citer jepon yang aku suka sebab so enjoying. lagi2 nengok omeraisu (omelette rice/nasi goreng pattaya) yang nampak sungguh sedap, bersama demiglace sauce yang nampak cam bbq sauce tuh... uhuhhhh nak!!

bagi sesape yang tak tau, cite ni mengisahkan sorang perempuan yang bernama mugita natsumi (lakonan takeuchi yuuko yang sungguh comel) yang sangat suka makan lunch. sekali tu destiny telah membawa dia ke restoren yang bernama kitchen macaroni yang mmg specialty menyediakan lunch, dan dia pun dapat la bekerja dengan orang2 kat sana. dan kisah depa2 ni pun bermula harharhar ntah ape2 tah description :P

restoren ni dikendalikan (tak leh nak pk term lain) oleh 3 adik beradik - yujiro (eguchi yosuke yang sungguh charismatic), junzaburo (tsumabuki satoshi yang sungguh kiut, dia ade blakon cite fast and furious:tokyo drift) dan koshiro (yamashita tomohisa - sungguh huduh dalam cite ni sebab sungguh keding) - bersama sorang chef, mamoru (pokcik yang aku tak kenal), dan sorang live-in apprentice cook, minoru (yamada takayuki yang juga berlakon dalam densha otoko the movie dan dengar2nye blakon cite eragon gaks, jadi pak pacak kot).

emm ape lagi yer.. eheh data dah masuk. nak sambung kije...!! takmo balik lambat hari ni hehe :p

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Saturday, November 25

I'd Be Furious Too...

In the mood for How to Be a Mat Motor by The Morning Crew




ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Thursday, November 23

Rashes Madness

In the mood for My Boss, My Hero (Uchi no Bossu, Uchi no Hiiro. Bukan Uri Bossu, Uri Hiiro, that is, if you know the difference)

*bikubikubiku...bikubikubiku*
(bunyi ketuk2 jari kat meja)

GATAL!!!

tak brenti2 menggaruk. abih merah. kawasan chesto aku nih. geram tul... punca? aku rase la...:

1. air cond kereta rosak, menjadikan aku
2. berpeluh kat kawasan chesto, dan
3. semburan perfume (ori aaa) kat kawasan tu jugak, mengefek
4. kulitku yang sensitif ni sampai kluar rashes, sungguh gatal dan pedih, juga diakibatkan oleh
5. tangan yang tak leh berenti menggaruk.

PEDIH!!!

masa hari kena teruk tu, letak bedak pun tak jalan. sebab bila bedak tu dah lembab kena peluh, sama gak kesudahannya. letak la pulak gel. pedih ade le (sebab menggaruk kan). syukur la baru sat tadi jumpa balik tea tree oil yang dah sekian lama tersorok bawah katil. dah letak ni rase kurang sket gatal.

abih la menggerutu kulitku bak katak puru. macam tangan aku masa balik london itu hari.

*sigh*

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Wednesday, November 22

Curi Curi

In the mood for Dancing Queen by ABBA

Mengapdet dari opis.. hehehehe :P (curi tulang jap)

Heh tak de la curik tulang, sebab tgh tunggu nak call trainer aku ni sebenanye... Tensi jugak menunggu sebab kalau dia buleh tolong settlekan cepat2 baru le rase serunduts, kije pun abih cepat, buleh la menaip mende alah ni (tak de la kire curik tulang, buleh kire as mengisi masa lapang).

Since dah tak de orang menanye pasal london lagik, so tak yah la letak apende yang aku suka pasal london ekk.. harharhar :P

Gambar semua dah aplod ke pc, but then malas nak memilih mana nak burn supaya buleh dicuci.

Akhirnye abih jugak nengok cite the successful story of a bright girl. ala citer yang soon tuh. dan juga berjaya memburn. jadi buleh la nengok lagi di masa hadapan, dan juga buleh la mendunlut ceritera lain. seperti ceritera my boss my hero yang belom dihardsub lagik tuh. besau tau file dia, nak dl rase buang masa, nak burn rasa rugi cd. ah well.

cite pasal cite my boss my hero ni, aku suka bangat ngan citer ni!! nagase tomoya sungguh la sempoi membuat lawak budoh. tapi unlike the korean film, cite ni cam tak de kaitan ngan tajuk my boss my hero nih. kalau cite versi korea ni ade la jugak si budak tu cakap satu line ni (lupa lah pulak time ni) yang ade kaitan ngan dia mmg tabikk ngan boss/aboji dia. tapi tak pe lah, main story is the bakal ketua yakuza kena masuk sekolah balik. :D and also pasal lagu sorafune ni pulak, sekarang banyak dahh referrer ke blog aku ialah link mencarik lagu sorafune. muhahaha~! yaa mmg lagu ni behh. aku memang suka. lagi2 ngan muka poyos nagase dalam mv dia. serunduts... ni yang nak letak balik aku nye soundblox ni. tapi... nak link lagu tu dari mana ek? hmmm

pastu... ape lagi. oh. aku jeles nengok blog cik charon ade chatbox. nak letak gaks la. jeles ni jeles.

eh ok la cukup2 la curik tulang. daa.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Sunday, November 12

Malas

In the mood for Sorafune!!!

Malas.

Malas nak update.

Malas nak upload gambars.

Malas nak download anything.

Malas nak kluar gi jalan2.

Malas nak datang kije.

Malas nak gi beraya.

Pendek kata, lagi beh duk rumah, tido or nengok vcd Hello Franceska.

But then, dah tak leh nak tido melampau2. And also Hello Franceska dah abih nengok. So kena la rajin buat mende lain. HarHarHar.

London was good. London was great. But then tak de la hebat mana pun. Eventho I can see lotsa Mini Coopers on the road of Docklands, I can't get the opportunity to be get inside one, let alone drive one.

Untuk menjawab pertanyaan semua orang, I like London (Docklands mainly). But just 'like'. To stay there (as in over a period of time, not residing there) is not in my list. Lain la kalau aku dapat kawen orang sana kan.. James ker... harharhar :P

Lemme tell you the unsatisfied side of me, staying there for about two months. Firstly, apart from the Mini Coopers, I definitely dislike the weather. Cold. Sux. Nah~ the weather was nice when I first set my foot on the soil of London. Moderate cool la. Malam pun buleh bukak tingkap and tutup heater. Tapi since winter's approaching, it's getting colder day by day. Maklomlah, aptmt aku dekat sebelah sungai Thames, pastu jalan kaki gi keje kena lalu sebelah Milwall Outer Dock (check Google Maps). Jalan pun angin menderu2 ke muka. Ape lagik, kering giler la. Kena la pakai losyen beberapa lapis (selalu aku malas pakai). Dah tu Olay yang aku bawak dari rumah tak leh pakai lak tu. Nak kena pakai Nivea laks.

And then, food. Dah sedia maklom aku ni malas nak masak. Ape lagi kalau ke tempat yang susah nak carik bahan masakan Melayu ni. Bertambah2 le malas. Cili merah pun susah nak carik. Aku ni bukan tak buleh nak makan fast food or frozen food (ade kedai fast food halal dekat ngan aptmt), tapi kalau selalu makan tu je bosan gaks. Tapi since aptmt mate aku rajin masak (kita kasi nama dia Poyos), selalu la jugak dapat makan nasik dengan LAUK DIA je (sebab dia tak suka makan lauk aku, and also cerewet sangat. Lagi la buat aku malas nak masak). And then, kalau klua jalan2 sure makan biskut/gajus/jajan je la. Sibbaik la cuaca tak panas, so lapar tu cam buleh nak kaver lagi la. Tapi since raya pun kat sana, mula la rindu nak makan lemang ngan kuah kacang mak uda. Dan jugak air sirap. Huhuhu.

Pastu, air pulak. Payau gillller. Masa memula sampai tak leh nak terima. Aku rase Aja kang pun tak leh nak terima gaks (dia baru sampai London tu). Pastu, aku ni kan bukannye buleh tak mandi langsung satu hari, so dalam sejuk2 tu terpaksa la mandi air panas, akibatnye abih laa badan aku gatal2 dan kering. Losyen lagik. Rambut pun jadi keras semacam je. Dah kena la pulak beli hot oil VO5, baru rase lembut sket. Part membasuh baju pulak, since weather pun not permitting any activity of drying clothes outside, kena la guna dryer dia. And, jadik la baju crumpled giler (sebab washing machine + dryer). Dah la tu pulak, iron kat aptmt aku tu cam tahpape. Dah letak max setting pun kena gosok lama. Tu pun tak smooth sepenuhnye, still ade crumples. Laslas aku gosok asal kurang crumples je cukup. Pakai baju panas kat luar, buleh la cakap crumpled sebab tu.

Pastu, najis anjing. Eventho kat Docklands ni berseh sket la dari kat Central London, tapi still tak puas hati gaks. Macam, owner depa ni buat selambe derk je kalau depa berak TENGAH JALAN. Camsial je. Dah tu opis kat HEx tu pulak tak de surau, terpaksa la solat kat meeting room. Terpaksa redha ngan keadaan kat situ. Masa memula dulu still bleh eskep, zohor kat rumah je. Tapi since siang makin lama makin pendek. Takkan nak eskep solat kot? Tawakkal je ler.

Pastu, ham/bacon/(put any type of edible pig produce here)-eating environment. Aku tak suka laa orang yang baru lepas makan babi ade dekat2 ngan aku. Ape lagi guna tepon aku. And aku kena guna kibod dia. Iiiii!! Dah tu kena tawakkal la jugak. Selagi buleh elak aku elak.

Hmm ape lagik... Ha bebdak depa kalau yang kurang hajar tu sungguh la kurang hajar. Tapi sekurang2 hajar depa pun, lagi kurang hajar bebdak kurang hajar kat sini. Haha kelakar la diorang nak kurang hajar tak jadik. Cam novice lak. Maklomlah tahap kekuranghajaran depa lain dari tahap kita.

Pastu, rancangan kat terebi. Dalam pada kol 7pm sampai 10pm tak de je rancangan yang sungguh menarik (eksep gadget show hari isnin malam). Dah tu aku kol 10pm tu dah start nak siap2 nak tido. Kol 12 mesti dah pejam mata. Tpi, cam lebih kurang je pun kat M'sia kan. Harharhar.

That's all for now, part2 yang aku tak bape suka pasal London ni. Nanti lenkali aku letak part2 yang aku suka laks. Sebabnye? Aku dah malas nak menaip (kena bangun awal esok ni woo. Nak gi nengok Death Note. HarHarHar).

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Sunday, November 5

Sorafune - Airship

In the mood for Sorafune by TOKIO

Sorafune 宙船 (マイ★ボス マイ★ヒ-ロ- ost)
TOKIO

その船を漕いでゆけ お前の手で漕いでゆけ
お前が消えて喜ぶ者にお前のオールをまかせるな

その船は今どこにふらふらと浮かんでいるのか
その船は今どこでぼろぼろで進んでいるのか
流されまいと逆らいながら船は挑み船は傷み
すべての水夫が恐れをなして逃げ去っても

その船を漕いでゆけ お前の手で漕いでゆけ
お前が消えて喜ぶ者にお前のオールをまかせるな

その船は自らを宙船と忘れているのか
その船は舞いあがるその時を忘れているのか
地平の果て水平の果てそこが船の離陸地点
すべての港が灯りを消して黙り込んでも

その船を漕いでゆけ お前の手で漕いでゆけ
お前が消えて喜ぶ者にお前のオールをまかせるな

何の試験の時間なんだ
何を裁くはかりなんだ
何を狙って付き合うんだ
何が船を動かすんだ
何の試験の時間なんだ
何を裁くはかりなんだ
何を狙って付き合うんだ
何が船を動かすんだ

その船を漕いでゆけ お前の手で漕いでゆけ
お前が消えて喜ぶ者にお前のオールをまかせるな

その船を漕いでゆけ お前の手で漕いでゆけ
お前が消えて喜ぶ者にお前のオールをまかせるな


-------

Sorafune (Airship)
Artist: TOKIO
Lyrics: Nakajima Miyuki
Music: Nakajima Miyuki

sono fune wo koideyuke omae no te de koideyuke
omae ga kieteyorokobu mono ni omae no OORU wo makaseruna

sono fune wa ima doko ni furafura to ukandeiru no ka
sono fune wa ima doko de BOROBORO de susundeiru no ka
nagasare maito sakarai nagara
fune wa idomi fune wa itami
subete no suifu ga osore wo nashite nigesattemo

sono fune wo koideyuke omae no te de koideyuke
omae ga kieteyorokobu mono ni omae no OORU wo makaseruna

sono fune wa mizukara wo sorafune to wasureteirunoka
sono fune wa maiagaru sono toki wo wasureteirunoka
chihei no hate suihei no hate
soko ga fune no ririku chiten
subete no minato ga akari wo keshite damarikondemo

sono fune wo koideyuke omae no te de koideyuke
omae ga kieteyorokobu mono ni omae no OORU wo makaseruna

nan no shiken no jikan nanda nani wo sabaku hakari nanda
nani wo neratte tsukiaunda nani ga fune wo ugokasunda
nan no shiken no jikan nanda nani wo sabaku hakari nanda
nani wo neratte tsukiaunda nani ga fune wo ugokasunda

sono fune wo koideyuke omae no te de koideyuke
omae ga kieteyorokobu mono ni omae no OORU wo makaseruna
sono fune wo koideyuke omae no te de koideyuke
omae ga kieteyorokobu mono ni omae no OORU wo makaseruna

to watch the video clip, go to http://www.youtube.com/watch?v=kF9QDqm7wpc

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Thursday, October 26

I'll Be Back...

In the mood for Relight My Fire by Take That, and Eternal Love by PJ & Duncan

.. see ya in November!

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Monday, September 4

First Malaysian Astronauts

In the mood for BBC by Radja


Dr Sheikh Muszaphar Shukor, 34, of Universiti Kebangsaan Malaysia and army dental officer Dr Faiz Khaleed, 36, have been picked as the two Malaysian astronaut candididates.

Alhamdulillah.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Mengingati Mati

ALLAH s.w.t. telah berfirman yang bermaksud "setiap jiwa itu akan merasai mati" (Ali Imran:185). Rasulullah juga telah mengingatkan kepada umatnya agar sentiasa mengingati mati dalam sabdanya yang bermaksud "Perbanyakkanlah memperingati perkara yang memutuskan kenikmatan dunia (mati)."

Aku baru je baca msg dalam shoutbox sorang blogger Indonesia, Bunda Zidan & Syifa (http://zidansyifa.blogspot.com/). Sedih. Sebab dia baru je pulang ke rahmatullah 31 Aug yg lalu. Pastu banyak la orang tinggalkan msg sebagai kata2 terakhir buat si Inong (nama dia kot) dan famili, eventho sah sah la si Inong ni tak leh nak baca. Well, it’s the thought that counts, rite.

Aku terfikir la pulak. Kalau tiba masa aku nanti, will there be any of my online fren will do the same? It’s not like I have so many online frens. Kawan yang non-virtual pun kurang banyak. Tapi, ye la. Just wondering.

Macam entry acik Lela (http://pemastautin-okinawa.blogspot.com/2006/08/mati.html), kalau aku ditakdirkan pergi ke alam lain, how would anyone online know since I don’t update my blog much? Seperti acik Lela jugak, aku bukan nak meraih simpati ke ape, tapi kena la jadi praktikal. Bukan la aku nak sangat semua orang tau bila aku dah tiada, tapi in case something like that do happen, at least some of my frens will know.

Just wondering.

Btw I’m going to London on 9 Sept 2006 for 8 weeks, and I dunno whether I can be online to update my blog at that time. Ah well. Will take lotsa piccie (promise!) and will update my fotopages & blog as soon as I got the opportunity!

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Dealova

Winamp playin' Dealova by Once

Dealova – Once

Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
Karena langkah merapuh tanpa dirimu
Karena hati tlah letih

Aku ingin menjadi sesuatu yang slalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwaku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu merantai hati
Bayangmu seakan-akan…

Kau seperti nyanyian dalam hatiku
Yang memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang ku hela
Kau selalu ada

Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang
Dan sepi…

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Thursday, August 31

49 Years of Malaysia's Independence

In the mood for nothingness (again)



to my fellow malaysians, selamat menyambut hari kemerdekaan malaysia yang ke-49.

tapi aku ari ni tak de la gembira sangat. sebabnye.. adekku eksiden tghari semalam. kena langgar dek foreigner yang bangsat kat upm, langgar lari tu. sedih aku tak dapat nak pegi nengok adekku di pusat perubatan upm. sebabnye: 1. ibu tak kasi pegi nengok, dia suh pegi keje jugak walaupun aku nak gi nengok. 2. aku tak de contact number of any of the members of my new team (except for haida yg sama2 baru masuk dept tu, and she's fresh from induction), so aku susah sangat nak mintak half day pun. 3. ade gak terpk nak mintak tolong yus antarkan gi tpt tu, but then to get to the office would take a lotta time, and yg lagi bangsatnye aku takut nak drive sampai ke sana all by meself, partially sbb aku mmg pengecut and the other is aku takut gabra sebab risau sangat kat adekku itu. takut kang aku pulak yg jadik eksiden. ih mintak dijauhkan..

tapi alhamdulillah la, adekku itu selamat. cuma muka dah cacat sikit la, calar balar sini sana. ibu cakap tadi ade la kena jahit. aku balik keje tadi nampak la bandage kat sekitar dagu dan mulut. tangan ade cedera sikit, kaki ok. cerita pasal motor dia pulak, ranap sikit la bahagian depan tu. isk dah la belum habis bayar. tapi terbayang la jugak, kalau motor (skuter to be more precise) tu jatuh & kena kaki dia, mau kena pakai tongkat tu adekku itu.

tu je lah. bukan la bermaksud nak turn off kegembiraan menyambut merdeka (and public holiday for all malaysian workers + students), sekadar nak meluahkan rasa hati.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Monday, August 14

[Untitled]

In the mood for Daite Senorita by YamaP

hmmm...lama giler tak menaip. seperti biase, idea banyak sebenanye. tapi malas nak taip. dah tu bila dah sampai masa rajin menaip, idea pulak ilang. idea yg disimpan pulak dah rase cam dah basi. so.. itu lah.

nak update sikit pasal my life skrg ni.

1. baru je abih nengok cite my girl (sbs korea) semalam. seronots jugak dah abih nengok. and seronots jugak citer dia ni. jalan cerita mmg fresh la. lain dari biasa. tapi certain parts (e.g. bg musics & buildings) cam citer chunhyang. bila nengok dia punye production, oh, direktor yg sama ngan citer chunhyang rupenye. patot la ade cameo chunhyang ngan mongryong at the end of the final episode. pastu masa memula nengok seol gong chan (lee dong wook) tu, terasa cam penah nengok dia kat mana2. pastu terasa macam dia ni from boyband mana2 gaks. serupa juga ngan si seo jung woo (lee jun ki). tapi si jung woo ni lebih nampak boyband la dari gong chan. sebab rambut kot. dah nak abih citer baru la tau si dong wook ni belakon citer reobing yu bersama yujin dan park yong ha. jadi si adik. tapi tak bape cam sangat sebab dalam reobing yu tu muka dia tembam dan rambut dia kaler karat. dalam my girl ni rambut dia kemas & kaler itam & slim (& kwiupdda!), so lamabat la nak register dalam kepala otak ni. pastu lepas nengok gambar fahrin ahmad kat dlm paper hari ahad, baru la tercantum puzzle tu. muhahahaha! memang sebijon! tapi gong chan lagi kacak + kiut la. fahrin tu.. buleh la nak kate lebih manly. lee jun ki ni pulak aku rase nengok loveletter awal2 dulu kot. aku tak minat menengok dia taim tu sebab nama dah dekat2 ngan lee seung gi. hmm ape lagi? dah la pasal my girl ni.

2. sekarang dl cite kurosagi sebab nak burn. bukannye tak leh nak copy dr laptop chia, tapi dia kate dah kena serang ngan virus kurosagi. camno tu. nak tanak kena la dl balik. maklomlah tak de kemudahan infrared kat pc ni. kalau ade baguih la noo.

3. dalam pada itu dl jugak citer successful story of a bright girl. ala citer jang nara yg penah klua kat tv dulu. cite ni memang dah lama aku mencarik. so dl je la. n burn.

4. anime.. anime terbaru latest aku nengok.. ouran la. tak de anime baru yg lain. lepas ni ingat nak dl the law of ueki lepas abih dl ouran 1-13. torrent dah jumpa. tunggu abih dl semua successful story dulu.

5. nengok balik yamapi nyanyi daite senorita, pastu mic jatuh. kontrol.. muahahah :P comel la yamapi. pastu teringat pulak aku penah kasi bebdak 3 org kat opis tu dengar lagu tu, pastu on the last day last week aku buat gaya part korus. muahahaha sibbaik mangkuk tu tak de.

6. sebut pasal last day of last week, aku sekarang ni tengah core leave. sudden core leave la. kalau tak minggu depan aku core leave ni. sebab? alhamdulillah, dapat tuka ke global markets recon. jadi oleh kerana masa training tak leh amek leave, aku kena amek la core leave ni sekarang. cuti yg lebih tu karang burn la. tapi nengok la nanti kot la buleh apply cuti raya. muhahahah :P tapi yg tak beh nye aku rase mangkuk tu pun nak accept jugak. hai, kena sama ngan mangkuk tu lagi. terpaksa la terima hakikat. i wont let her do what she did to me when i was in the same team with her last time.

7. sebut pasal global market pulak, hmm.. nanti kena fly nih. passport? yargh! ayah kate kena ade surat tunjuk so that passport buleh siap cepat. camno ni. nanti sat2 gi tanye orang lain la.

8. aiseh. dah tak de idea. tu je la for now.

selamat menyambut hari kemerdekaan malaysia yang ke-49.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Sunday, July 23

joou no kyoushitsu

In the mood for Sakura KISS

hmm sebenarnye tengah tensi ni… koneksi strimiks cam tahi. tensi yang teramats. yargh!!!! namun begitu dapat la jugak aku menaip entry ni… dah lama nak taip entry cam ni sebenanye, sejak dari abisnye anime yakitate japan ngan karin, sampai la pasal anime ouran koukou hosto bu (ouran high school host club) yang aku tgh ikut ni. tapi, tu lah, malas punye pasal tak de la entry pasal tu.

wokeh, back to the main topic. joou no kyoushitsu (the queen’s classroom atau dalam bm ‘kelas si permaisuri’) ni citer dorama jepun bergenre misteri. apsal dia letak bawah genre misteri je pon aku tatau. memula tak de la aku nak nengok cite ni sangat, just because aku baru je abih nengok citer kimi wo petto ngan citer kurosagi, pastu kat d-addicts citer ni tengah jadi drama of the week. so main download je la. alih2 lekat.

citer ini mengisahkan segerombolan bebdak derajah enam yang terpaksa berhadapan dengan sorang cikgu yang kijam (akuma sensei, atau devilish teacher) dalam jangka masa satu tahun. ade 11 episod + 2 special episodes kesemuanya.

dalam 11 episod asal tu, bebdak kelas derajah 6-3 dalam sebuah skolah yang aku tatau nama dia terpaksa berhadapan dengan cikgu akutsu maya yang sungguh strict dan kadangkala sungguh kijam. hari pertama persekolahan je, dia dah buat test, pastu atur kedudukan kelas ikut markah test. the 2 best students get all the privileges, as in buleh cakap ngan cikgu maya luar kelas, pakai locker yang ade dalam kelas, tak payah pegi assembly tiap2 hari isnin etc. manakala the 2 worst students kena jadi class rep, dah tu kena buat semua chores, orang lain tak buleh tolong. taim kelas sesape pun tak leh gi toilet langsung.

lalu di sini wujudlah dua antagonis pada awal2 episod 1, dan tambah lagi sorang pada penghujung episod. dua antagonis pertama, kazumi ngan yuusuke ni the first people yang jadi class rep. sebabnye si yuusuke tak menjawab test tu betul2, dan kazumi ni dapat markah kosong sebab tak leh nak jawab test sebab pensel semua tak leh guna lepas tu cam kalut, tak reti nak cakap kat cikgu maya tu dia nak pinjam pensel ke ape (maklomlah aura cikgu maya tu pun dah menakutkan, mana nak berani). dapat je title class rep, trus dah kena buat chores. bila dah kena buat chores yang tak beh tu berdua je ngan yuusuke yang dia tak bape suka tu, dia pun berusaha la nak score dalam next test.

bila sampai next test, dia kalut sangat sampai lupa nak gi toilet before start kelas. dah tu bila dah sampai masa nak jawab test, mula la perut meragam. dia cakap kat cikgu, nak gi toilet. tak tahan sangat dah. cikgu pun cakap, ok, tapi tak buleh sambung balik test. horror sekejap. dan antagonis ketiga, hikaru pun muncul. dia mintak cikgu kasi kazumi pegi jugak toilet. cikgu tanye balik, awak pasti ke kazumi takkan menipu, hikaru jawab, cikgu pun tau kazumi tu camne, dia takkan tipu punye. so cikgu pun cakap, ok, awak teman kazumi gi toilet, tapi awak tak boleh sambung balik test. hikaru pun jawab, tak de masalah. lepas hikaru ngan kazumi kluar, cikgu maya nengok kertas test hikaru, jawapan semua betul.

bila dah taim kasi result kedua, cikgu maya pun cakap, class rep bukan lagi orang yang dapat worst results, tapi orang yang melawan cikgu. haha dari sini mula la jalan citer yang membuatkan aku tak leh berenti nengok sampai abis semua 11 episod. sepanjang perjalanan citer ni banyak la kisah teladan dan babak yang menyayat hati, eventhough cara yang cikgu maya guna tu sungguh devilish. bila dah nak abih je cite ni, memang tak leh nak tahan air mata nengok camne bebdak ni jadi sangat suka kat cikgu ni, baru diorang sedar apa yang cikgu lakukan selama ini.

cerite ni sesuai la untuk mereka2 yang suka nengok cite pasal cikgu2 yang berusaha mendidik anak murid dia dengan cara tersendiri, dan sungguh taking care, seperti citer gto, gakko no sensei, gokusen, naomi dsb. tapi cite ni tak kelakar cam citer cikgu2 yang lain. banyak main ngan emosi, and very good at it. sampai ade kat one part tu rasa benci sangat kat cikgu maya ni. tak heran lah watak dia ni buleh dapat award.

dah. tatau nak nengok cite ape pulak lepas ni. bosan bangat. kasi sajesyen sket.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Saturday, July 15

Konsert Lubang Sinki: Rasa Sayang Live (1/2) in Malaysia

In the mood for Rising Sun by Dong Bang Shin Ki



baru je balik dari konsert TVfXQ: Rising Sun Live in Malaysia. heh seronots gak nengok konsert bebdak korea ni. maklomlah tak penah gi nengok konsert mana2. jadi rasa a bit teruja walaupon at the beginning macam malas nak gi.

konsert start 20:30 hrs walaupun kat tiket tulis 20:00 hrs. masa tunggu tu punye la tensi, sebab dah masuk hall sebelom 19:30 hrs lagik. penat tau duduk je statik cam tu. nak bangun berjalan2, seat kat tengah pulak. payah nak klua masuk.

bila 20:30 hrs je, lampu tutup. montaj. baru bebdak dbsk masuk stage. dari atas. start2 je lagu yg aku familiar, tapi tatau tajuk. ahahaha macam tak caye je nengok diorang ni, live in person. si jaejoong muka kacak dah, sebab rambut dah pendek. kurang feminin, tapi still bishounen. yunho lak muka dia nampak kurus, tak chubby dah. changmin.. changmin comel! macam takuya, sebijik! cuma versi tinggi la. micky lak, rambut dia sungguh serabai. cia cakap macam momo dalam cite kimi wo petto. xiah, rambut dia buat dia nampak cam kepala bulat. all in all ok la appearance diorang. dah tu sepanjang konsert tak de pulak pakai baju mengarut2 kecuali si micky dalam lagu rising sun.

start konsert, semua lagu yg senang nyanyi dan tak banyak gerak. ok ah. tapi a bit kechiwa. sebab sebelom ni nengok konsert shinhwa & HOT (x live la) dia selang seli. dah lama sikit, baru la lagu tri-angle, tu pon miming. pastu dua lagu aku tak kenal. pastu lagu x banyak gerak lagi, baru cakap2, lagu x banyak gerak lagi. then... jejeng. super junior! seronots tul bila SJ masuk, macam beriye2 enjoying the perf eventho miming. start ngan lagu knockout. ahaaa suka sukaa. pastu sesi bercakap2. pastu sambung lagi perf. pastu dbsk masuk balik. nyanyi lagu tak gerak banyak. then.. lagu the way u are. seronots balik! hahaha :P montaj jap, lagu rasa sayang. eh.. rising sun la. seronots gak sebab 1st time nengok jaejoong nari lagu ni. dah tu ade cakap2 lagi, pastu lagu my little princess, pastu lagu dbsk+SJ, and abis.

masa lagu ape tah.. whatever they say kot, bebdak dbsk ni gi kat stage depan, pastu kena angkat tinggi. huhu gayat aku nengok. tapi cool je xiah ngan micky, siap lambai2. haha at least dapat nengok muka diorang dari dekat.

secara keseluruhan, ok gak la. cuma sikit tak pueh hati: 1. tak de solo perf cam shinhwa + HOT, 2. tak de lagu hi ya ya. hmm ade lagi tapi lupa.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Friday, July 14

Lanun-lanun Caribbean – Harta Lelaki Mati

Winamp playin' Nitro by UVERworld

... Ke Dada Lelaki Mati? **snickers**

Dah nengok citer pirates of the Caribbean – dead man’s chest. Chem and me are among the first Malaysians yg nengok citer ni. Maklomlah balik kije kol 10 je trus gi KLCC, dapat show pukul 10.45 am. Muhahahaha :P

Citer dia ok gaks la. Sungguh beh menengok aksi kelakar kapten jack sparrow. Chem kata aksi depp tu mengingatkan dia pada akira dalam cite nobuta wo produce. Mmg tak syak lagi lebih kurang cam tu la, taim jalan terhoyong-hayang tu. Tapi macam plot dia ade kureng sket la, sebab aku buleh hampir2 nak terlelap kat beberapa part tertentu. Orlando bloom seperti biasa kacak laa dalam cite tu. Kiera knightly ade kat part2 tertentu muka dia jadik lain giler.

Jalan cerita? Takkan nak citer kat sini kot. Karang tak beh pulak rasa :P tapi ok la kalau nak gi nengok 2nd time, based on the funny scenes yang memang buat orang tak kering gusi. Ah, and also, tak yah la tunggu sampai abih credit. Tak penting pun sebab tak de kaitan pun dengan 3rd movie. Kalau tak caye tunggu je la.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Sunday, June 25

ENDLESS STORY...

In the mood for ENDLESS STORY by Yuna Ito

ENDLESS STORY
by REIRA starring YUNA ITO
Lyrics: Dawn Thomas
Music: Dawn Thomas

If you haven't changed your mind
soba ni ite hoshii yo Tonight
tsuyogaru koto ni tsukareta no
osanasugita no Everytime I think about you baby
ima nara ieru I miss you
It's so hard to say I'm sorry

* tatoeba dareka no tame ja naku anata no tame ni
utaitai kono uta wo
owaranai story tsudzuku kono kagayaki ni
Always tsutaetai zutto eien ni

Memories of our time together
kesanaide kono mama don't go away
atatakaku tokedashite tashikameru no
yasashisa no shizuku kono mune ni hirogatteku
setsunai hodo ni I'm missin' you
kasaneta te hanasanaide

tatoeba kanau nara mou ichido anata no tame ni
utaitai kono uta wo
owaranai story taema nai itoshisa de
tell me why oshiete yo zutto eien ni

* repeat


********** translation **********

If you haven't changed your mind
I want you to be by my side Tonight
I was tired of acting strong
I was too young Everytime I think about you baby
Now I can tell you that I miss you
It's so hard to say I'm sorry

For instance, I want to sing this song
not for someone else, but for you
The endless story continues into this radiance
I always want to tell you always, forever

Memories of our time together
don't disappear, they stay like this, they don't go away
Beginning to melt warmly & make certain,
the drops of kindness spread on my chest
I'm missin' you so much that I'm sad
Don't let go of my hand upon yours

For instance, if the wish comes true,
I want to sing this song for you again
The endless story with an endless love
tell me why tell me always & forever


ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Monday, June 19

Cara nak carik arah kiblat menggunakan Google Earth®

1.cari rumah anda



2.cari surau/masjid berhampiran rumah anda



3.‘print screen’ dan paste ke Microsoft Word®

4.buat satu garis selari dengan sisi surau/masjid



5.drag/copy garis selari dan tindih ke atas rumah anda



lepas tu print gambar rumah anda yang ade garisan selari tu, letak kat lantai biar sama posisi ngan rumah live size, letak sejadah, and wallah! Dapat lah arah kiblat yang betul. Provided that you’ve already know arah kiblat surau/masjid kat tempat anda lah.

Panduan ni sesuai untuk mereka2 yang baru berpindah. Dalam pada nak menentukan arah kiblat kat surau/masjid tu (kena la pergi kat surau/masjid tu kan), buleh la bersuai kenal dengan penduduk sekitar. Heh heh sekian saje.




ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Wednesday, June 14

Lagi 3 Hari...

Death Note - The Movie


ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Saturday, June 10

Rude

In the mood for Ouran High School Host Club

when somebody's eating something that does not suit your nose, the best things you can do are (in no ranking order)
1. move to other place. silently.
2. ask the person to move. courteously.
3. bear with it. then talk behind that person's back after he/she leaves.

NOT

simply say that the food that person's eating smells bad - loudly, without telling that person personally - and while doing so, hoping that person would leave and eat at another place quite far from you.

sorry, but i did not get your drift when you say loudly to your wife that the paramesan cheese i was eating with my lasagna smells like some kind of vomit. it's the food court; i also have the right to be there, like you and your family. but having the right to be there does not mean having the right to kutuk belakang2 in front of me (get it?).

you see, if you do ask me to sit a bit far from your family as my food smells bad, maybe i might consider it. maklomlah, as the saying goes, 'respect thy neighbors'. i'm quite a considerate person what. and i respect people if they respect me.

you don't have to be rude to have things go your way.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Friday, June 9

Stressed Out

In the mood for Outgrow ~ Ready Butterfly ~ by BoA

agak lama jugak la tak rase stressed out gilo cam ni. rase macam tetibe je tanak buat keje dengan bersungguh2 sebab tekanan kuat giler. dari MO pulak tu. dah la tak buleh nak cuti langsung. dah tu bulan lepas sehari pun aku takde amek cuti other than bank holiday. tu pun dah ura2 nak datang gak opis ari tu. tensi gile babeng.

semua pun nak kasi stress kat aku. ye lah, semenjak si cili tu amek alih tugas smoger yang kini berada di india tu, tak sudah2 dia nak kasi stress kat aku. aku tak tau la kenapa orang bengap tahap melampau ni buleh jadi AMO. dah bape kali nak cakap, queue aku tu tak pe kalau tak sampai SLA. dia nak tekan jugak, suruh jugak aku sorang2 buat keje yang sepatutnye 4 orang buat. nak suruh abis jugak. dia tak perasan tu aku takleh nak amek cuti langsung. mana taknye, dah la kena siapkan keje tu sensorang, nak kena buat training lagi kat budak rambut sebelah (kaler lain) tu. dah tu kena lagi buat keje2 misc yang si cili tu macam tak reti2 nak buat sendiri. dah tu nak kena layan pulak dua budak bintang cancer yang sangat suka la bercakap, sampai tak sedar diorang sebenanye menselow kan aku. nasib la sorang bukan AMO, buleh aku skip2 mana2 part yang tak perlu aku dengar & concentrate pada yang perlu je. tapi si cili tu kejap2 nak buat briefing lah, itu lah, ini lah. mencurik masa berharga aku.

dah tu, semua nak kena ikut style dia. semua orang kena pegi break kol 5. wajib. ha. bagus. karang queue aku tak siap ko jawab la. dia ni tak sedar aku dah bape lama korbankan 1 hr break aku, nearly everyday sebelom perintah wajib break, nak siapkan queue aku yang makin lama makin berlambak tatau bila la nak abih (remember, i'm doing 4 person's work here, including training). ikut hati nak claim je OT. tapi aku buat la cara bijak. pegi la banyak short break. kalau terlebih hari ni, esok punye kurangkan lah. hey, my time mgmt is good ok. aku bukan cam beberapa orang tu, break 1 jam dia jadikan 1 jam 10 minit, break 15 minit jadikan 30 minit. ingat hebat sangat la tu. sibbaik queue tak tinggi. kalau queue tinggi cam aku, tak halal aa duit dia dapat for that wasted time.

yang buat aku stressed out maximum hari ni ialah tetibe je MO aku sibuk2, ade item minggu lepas tak selesai. well HELL-O!? remember? i'm doing 4 person's work here, including training. how can you be soooooo unconsiderate to tell me to complete ALL last week's item (about 100++) in just 7 hr and 30 mins? and tu aku tak tolak training time lagik (emm, i MUST do this training sebab melibatkan proses mengurangkan tensi aku nak menyelesaikan queue tu sensorang). terasa nak menangis je tadi bila cakap aku tak leh nak apply leave sekali pun selagi training budak rambut sebelah ngan budak kat india tu tak selesai.

hmm tak pe lah. tak dapat amek cuti pun takpe. nanti aku nak kumpul cuti aku, kasi cuti panjang. pastu aku nak plan baaaikk punya getaway. cuti core leave lama skit. biar korang pulak stressed out.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Tuesday, June 6

06/06/06

In the mood for Outgrow ~ Ready Butterfly ~ by BoA (hehe sibbaik ade orang perasan... malu gue deh!)

what happened on your 06:06:06 06/06/06?

mine?

the same as what happened on my 01:02:03 04/05/06.






nothing.


ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Friday, June 2

Insof

forwarded from my dearest cousin faiez


Siapa Paling RUGI???


(selamat membayar cukai..he he he)


Satu hari adik korang yg sekolah tadika cakap:
"Bang2..saya telah rugi?"


Tentu korang boleh imagine berapakah kadar kerugian adik korangkan?
-10 sen?
-100 sen?
-1000 sen?


Tapi kalau bapak korang pulak cakap:
"Wahai anakku, bapakmu telah rugi?"


Tentu korang boleh imagine berapakah kadar kerugian bapak korangkan?
-1 ribu?
-10 ribu?
-100 ribu?


Dan macamana pulak kalau majikan korang pulak cakap:


"Wahai para pekerjaku, boss telah rugi?"
Tentu korang boleh imagine berapakah kadar kerugian boss korangkan?
-1 juta?
-10 juta?
-100 juta?


Apatah lagi kalau Kerajaan kita Pak Lah pulak cakap


"Wahai rakyakku sekalian, Negara kita Malaysia telah rugi?"
Tentu korang boleh imagine berapakah kadar kerugian kerajaan kitakan?
1 bilion?
10 bilon?
100 bilon?


Dan, cuba tuan2 dan puan yg aku muliakan, fikir dengan kepala hotak kita,
Bila Raja segala manusia, Allah berfirman (cakap):


"SEMUA MANUSIA DALAM KERUGIAN!"


boleh korang imagine berapakah kadar kerugian itu?
Rugi di akhirat,: dunia dan seisi-isinya pun tak boleh nak
nilai?Nauzubillah!


KENAPA MANUSIA RUGI?
Kerana Harta?
Kerana bisness..?
Kerana membayar cukai kepada LHDN?
Kerana terlepas tengok siaran langsung piala dunia?
Kerana tak update isu2 semasa?


Jawapan: KERANA ?MASA! ? MASA!
Semua org ada masa kecuali mayat?.


Jadi untuk mengelakkan diri kita yg kita sayangi ini, hendaklah korang dan
aku membayar zakat masa kepada ugama sebelum 'jasad mu yang hangat menjadi mayat sejuk?"


BAGAIMANA NAK BAYAR ZAKAT MASA?


Mamat kata: eh?, aku tak pernah dengarpun ada zakat masa, yg aku tahu.
zakat fitrah, zakat harta, zakat emas perak adaler?


Aku kata: kalau engkau tak pernah dengar, jadi salah ke apa yag aku cakap?
Pergilah belajar? PESAN KAT AKU SENDIRI NIH!


Untuk belajar cara2 membayar zakat masa, mari kita tengok dan renung betul2 tentang rukun islam?


Mari kita belajar secara songsang..


Nota: aku bukan nak ajar ugama yg songang, aku nak ajak korang mengira
secara songsang, aku rasa cara cam gini lebih mudah di fahami tentang zakat masa..kot..insyaAllah?(Allah bagi Faham.)


-Setiap ummat islam wajib bagi masa pada Allah sekali seumur hidup selama beberapa masa untuk menunaikan fardu Haji (rujuk Lembaga Tabung Hají)


- Setiap ummat islam wajib bayar zakat dalam tempoh masa setahun cari
pendapatan, sila rujuk Jabatan Ugama Islam yg berhampiran?


-Setiap ummat islam wajib bagi masa pada Allah untuk berpuasa dalam tempoh
masa di antara terbit matahari sehingga tenggelam matahari sebulan setiap
tahun?


-Setiap ummat islam wajib sembahyang lima waktu setiap hari dalam jangka
masa yg telah di tetapkan..


-Dan setiap ummat islam wajib menunaikan hak kalimah 'Tauyibah' setiap masa
dan saat untuk mengajak manusia kepada kebaikkan dan mencegah manusia dari
keburukkan?


jadi bila kita tulis dalam bentuk point,:


Haji:-sekali seumur hidup
Zakat-sekali setahun.
Puasa-Sebulan
Solat-setiap hari
Kalimah Allah-Setiap masa!


Jadi untuk mengelakkan rugi di akhirat kelak, hendaklah korban masa, nyawa,
harta kepada Ugama!
Satu org alim tafsir bahawa ayat al-Quran yg tertulis, "tunaikanlah solat
dan zakat"..berulang2 di sebut Allah bermaksud bahawa Zakat di sini
bermaksud zakat masa?untuk zakat harta, ada ayat lain?(rujuk kitab Fadhilat
sedekah)


Jadi secara amnya masyarakat Malaysia dan dunia islam hari ini terlepas
pandang tentang rukun islam yg pertama, bagaimana nak tunaikan
rukunnya..sedangakn 4 rukun islam yg lain jelas tentang rukunnya?perkara
ini korang boleh rujuk ustaz/ulama yg berhampiran korang, Tanya ustaz:
Bagaimanakah nak menunaikan hak kalimah Tauhid..?


InsyaAllah bila korang bergerak cari ilmu, Allah akan bagi jalan
hidayat?insyaAllah..


(Amin, mudah2an?)


Aku nak tafsir Al-quran aku tak berani, sebab aku buka alim ulama..jadi aku
tafsir lagu raihan-demi masa. Untuk cerita sikit lagi tentang MASA?
Ni adalah sebahagian lirik lagu raihan:


Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
Ah...
Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran?
Ah...


Tafsir lagu:
Cuba tanya soalan kat org kapir:
Tanpanya anda kekal dalam neraka, dengannya anda selamat selama2nya?


Apa tu?
Itulah iman?


Kerana tu Allah sebut: Demi masa Sesungguhnya manusia kerugian
MelainkanYang beriman?
Org yg ada iman sebesar zarahpun akan masuk shurga akhirnya..
Syurga yg paling kecil..tapi luasnya adalah 10x ganda dunia.
Menjadi raja yg Lebih Hebat dari kerajaan Nabi sulaiman
Yg mana rakyatnya adalah malaikat dan bidadari..
Dan kekallah mereka di dalam shurga selama-lamanya..
Yang tak de iman..isk?


KEKAL DALAM NERAKA SELAMANYA
Never ending story ..isk?.


Tapi ingat!
Org yg beriman cam gini pun masih rugi,


Kenapa?
Kerana org yg beriman tanpa amal soleh akn di masukkan ke dalm neraka
terlebih dahulu?
Paling kurang satu hari yg mana sehari di sana bersamaan 1000 tahun di
dunia..
Aku duduk beratur nak bayar ansuran keretapun dah rasa lama..oh?
Ya Allah selamatkanlah aku dan pembaca blog aku dari azab api neraka?


TETAPI?
Org yg beramal solehpun jangan rasa selamat..
Sebab org yg rasa selesa dengan amalannya adalah tanda ahli neraka?
Org yg rasa dirinya masuk shurga dan org lain masuk neraka adalah ciri2 org
munafik?
Kerana itu ada org soleh yg dah hampir masuk shurga, tetapi tiba2 datang
hambaAllah lain mengadu..


-Ya Allah, org ni sembahyang tapi tak ajak saya solat?
-Ya Allah, org ni berkuasa cegah mungkar saya tapi dia biarkan sahaja?


Siapa mereka2 ni..
Mereka adalah: mereka dan keluarga mereka, iaitu: Jiran2 islam korang, yg
mana korang 'best' gi solat jemaah, tapi tak ajak mereka..


Ingat, kat akhirat adalah tempat manusia tuntut menuntut?
Maka Allah akan perintahkan korang bagi pahala kat org yg korang tak
daqwah..sampai habis pahala korang, dah habis pahala jiran2 korang masih
datang berduyun2(maklumlah jiran adalah 40 kiri kanan, 40 atas bawah jika
rumah flat..oh..bahayanya..


Org lelaki yg soleh, di halang oleh 4 wanita yg dia tak daqwah?
-Isterinya..
-Ibunya?
-Anaknya
-Adik beradik perempuannya?.

Bila pahala dah habis, korang kena ambil pula dosa diorang..dan akhirnya..
Org yg beiman dan beramal soleh , tapi tidak berpesan2 dengan
kebanaran..maka RUGI kerana kena masuk dalam NERAKA dan di istiharkan MUFLIS!


Nota: Korang di sini bermaksud aku dan korang semua!!!!


Note: Kepada isteri, mak, anakku dan adik beradikku..apabila aku balik dari
masjid?dan apabila korang bukak pintu menyambut kepulanganku, korang akan kena jawab soalan yg akan aku tanya, soalan seumur hidup, :
Dan solat ke Belum?
Kalau dah..alhamdulillah?kalau Belum, Siap korang,! Aku 'kerja'kan
korang..!ingat ni!


Jadi kita yg dah seronot pergi masjid/surau solat jemaah..jangan lupa kat
jiran2 kita yg tak solat..


Dalam kampong kalau ada yg lapar?jiran2 yg kaya dan tahu! tapi masih
biarkan mereka lapar,,akan di soal oleh Allah!


Dalam kampong kalau ada yg tak solat?jiran2 yg ahli masjid dan tahu! tapi
masih biarkan mereka tak solat ?akan di soal oleh Allah!


"Oh Allah berilah kami kekuatan untuk mengajak jiran2 kami kepadaMu?."


DAN akhir sekali?org yg dah buat daqwah tapi tak istiqamah(berterusan) pun
rugi jugak, kerana org yg tak istoqamah adalah org yg tak ihklas?.untuk
dapt ikhlas, kenalah berterusan buat baik dan ajak org buat baik?untuk dapt
kekalkan amalan yg istiqamah ini..maka hendaklah SABAR?.
Jadi the moral of the story is:


DEMI MASA,
ORG YG PALING TAK RUGI
DI DUNIA INI ADALAH ORG YANG :


BERIMAN
DAN
BERAMAL
DAN
BERDAQWAH
DAN
BERSABAR..


Dalam Al-quran guna ayat "DAN" bukan "ATAU"?.(rujuk ustaz)
Dan ingatlah bila kita berdaqwah memang banyak ujian yg datang
melanda..memang banyak kena bersabar.
(Lagu latar)


Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap


Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba


Kerana itulah Nabi bersabda: jihad yg besar adalah menentang nafsu..
Jihad dalam perperangan:
-Menang dapat harta..
-Kalah masuk shurga


Tapi dalam jihad menentang nafsu:
-Menang belum tentu
-Kalah masuh neraka..


Isk..isk..menangislah wahai mata..kenapa susah sangat nak nangis nie..?hati gelap agaknya..oh?uhuk..uhuk..! sob..sob..


Kat akhirat tiada org ada masa nak buat rancangan "bersamamu'? jangan harap pada makhluk?oh?


KORBANKANLAH MASA TUAN YG SINGKAT INI KERANA ALLAH, UNTUK DAPAT KEBAHAGIAN
DI SANA SELAMA LAMANYA?


InGAT!


Takde makanan selama 7 hari mungkin kita menjadi mayat..
Takde minuman selama 3 hari mungkin kita menjadi mayat
Takde udara selama 10 minit mungkin kita menjadi mayat
Takde iman walaupun sebesar zarah..kekal dalam neraka selamanya tanpa jadi mayat?!
Allah Maha Adil kerana letakkan modal untuk untung di akhirat hanya dengan
MASA?
Semua org ada MASA kecuali mayat?
Kerana itulah Firaun Sekarang, mintak MASA dengan Allah, walaupun sesaat..


Untuk korang habiskan baca blog aku ni ?10 minit sudah berlalu?
Nyawa korang dan makin kurang?
Korang sudah hilang 10 minit untuk buat usaha masukkan diri korang dalam
shurga?oh..


Ingatlah?Langkahan kaki kita adalah 'langkahan maut'
Menuju tempat menjadi mayat?


Ps: Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..
-Sehat sebelum sakit...
-Tua sebelum muda...
-Kaya sebelum miskin...
-Lapang sebelum sempit...
-Hidup sebelum jadi?
MAYAT??!


ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Wednesday, May 24

Awaiting...





ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Monday, May 22

Of dVC and OTH

In the mood for Stupid Girl by Pink

personally, i like OTH more
dVC is quite a bore
during the show my bottom's becoming sore
while my fren beside me snore

harhar

takyah la nak eksplen camne cite dVC goes. kena tengok sendiri baru tau.

yg pastinye OTH laaaagi beh. sampai terasa nak nengok lagi. but..NO!! kena simpan RM untuk X-Men & PoTC & ... tu je la kot buat masa ni. karang kalau dah tak de choice lain, nengok la oth lagik! harharhar behhh

nak eksplen ke cite OTH camne? heh takyah la jugak yer. pegi saje ke laman web uip ke tgv ke gsc ke.

tapi... paul bettany dlm dVC memang hontouni sugoiiii~!

*dVC - da Vinci Code
*OTH - Over The Hedge

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Wednesday, May 10

Samba d'Petirr

In the mood for Da Vinci Code Quest on Google

hai.
kena lagik.
alhamdulillah modem tak rosak.
tak kisah la sekarang modem murah ke, senang nak dapat ke.
rase2 dah tak boleh nak kire bilangan modem rosak yang ade kat rumah ni.
and alhamdulillah cuma power supply je yang rosak.
tapi rm60?! tu harga untuk format pc (dulu la, sikalang tak tau). mahey tu. btul ke? jangan aa klentong. tak berkat woo.
tak pe ah. as long as tak payah beli modem baru. tu pun dah syukur.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Monday, May 8

Hari ni Start Keje Malam Balik

In the mood for Assymetry by Suga Shikao

*sigh*
keje malam balik.
malas tul la.
kena keje malam balik.
*sigh*

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Saturday, May 6

Eyes in The Sky

Winamp playin' 19-Sai by Suga Shikao



Click!

neat, huh?
subhanallah

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Memorable Dates

In the mood for 19-sai (19 years old) by Suga Shikao

baru je ari tu: 01:02:03 04/05/06.

lepas ni:

June 6, 2006 = 666?: sebentar lagi heheheh

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Wednesday, May 3

Sesak.

Winamp playin' Passion by Se7en

buat sesak jalan ampang je...

selama cuti panjang ni (ye lah cuti sampai hari senin, kire panjang le tu) aku tak bape perasan kehadiran bas2 rapidkl yang baru di kawasan ampang ni. maklomlah tak kluar rumah sangat, dah tu aku klua senin tu pun naik keter sama fadi.

tapi tadi bila nak pegi keje. aku memula tunggu bas kat jalan besar, bukan seperti kebiasaannye kat depan sekolah. sekali bila dah sampai simpang empat depan entrance taman kosas tu mula la aku nengok berlambak2 bas rapidkl ni. banyak tu! dah banyak bas tu, ape lagi, bertambah sesak la jalan ampang dari rumahku ke ampang point. dah le jalan pun semakin mengecik. huhuhu. ni belom hujan lagik. kalau hujan tatau la camne. dah tu aku pun tatau la bila minggu depan nak tuka shif ni bulehkah aku memberanikan diri membawa kereta walaupon sampai ke ampang point.

lepas tu... aku tak rase naik bas ni cost effective untuk aku. mahal tu. melampau tu mahal. dah tu buleh guna tiket utk satu hari je. hmm maybe kalau keje malam buleh la kot. kalau siang sori la.

dan yang paling tak beh... still tak de bas tu yg lalu kawasan rumah aku other than depan sekolah, tu pun jauh tu dari rumahku. tak macam dulu, ade bas bernombor 185 yang lalu jalan watan 3. sikalang sudah tiada.

tak kisah la, efisyen ke. selesa ke, harga berpatutan ke (kalau pegi balik kl ye mungkin berpatutan. tapi aku tak de dah pegi balik kl ni selalu dah). tetap tak beh.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Tuesday, May 2

Depressed but Delighted

In the mood for Beep by PakCik Din

hmmm... camne nak cakap yer... aku agak depressed sejak 27hb yang lalu... bilamana aku diberitahu orang yang aku tgh minat giler baban sekarang ni sebenarnye masih lagi berpunye. huhuhu... terasa macam deja-vu pulak perasaan aku ketika itu, seperti perasaan aku tahun 1998 dulu. ehhh ke 1997? aku rase 1998 la. nak kate sedeh tu tak le. more to depressed. lagi2 bila orang yang aku tak bape gemor memecahkan rahsia ni pecahkan rahsia ni kat aku. pastu keadaan dia macam suka la pulak bila aku dah depressed. macam sengaje nak kasi aku depressed. terus aku ilang mood taim tu jugak. bukan bad mood tapi ilang mood. macam energy aku abis semua drained. hmm adekah semua manusia cantik berperangai sebegitu? aku rase sikit persen je yg tak macam tu. dah le tu, bila dah nak suppress perasaan suka tu, mula la banyak encounter yang seronok2 belaka. tapi sebab depressed kan, jadi dah tak hirau dah itu semua. huhuhuhuhu otokhae otokhae.

balik keje jumaat tu, aku bakar gambar mamat tu. sebab aku dah janji kalau aku tau dia ade yg punye atau aku tak jadi ngan dia atau aku ade yg punye akan ku bakar gambar itu. jadi lepas bakar, tido. bangun pagi dah tak de perasaan depressed tu. sampai la ke petang aku tetibe saje mengsms fadi mengajak dia klua (sebenanye dia dah ajak klua sebelom tu tapi aku tak leh nak klua sebab rumah banjir hari rabu tu, so sabtu nak kena bersihkan). dia pon call balik dan menyatakan yang dia sudahpun sampai ke cm dan berjumpa ngan faa. hmm ingatkan faa dah balik ipoh, so kot la dia nak ade teman kan. tapi since faa dah ade tu aku pun kensel lah. lagikpon dah nak ujan taim tu. lepas call itu perasaan depressed akibat berita tak beh tu pun ilang balik.

sampai la ptg tadi tetibe je faa+fadi mengajak aku kluar. aku pun terus 'jom!'. sibbaik dah mandi semua. siap2 dan trus klua. pegi maju junction. parking keter. pastu pegi sogo. makan kat secret recipe. pastu gi supaa kat LG. pastu pegi balik maju juntion. masuk WH. try baju. tak beli baju (tapi faa+fadi beli la). masuk satu kedai baju siam. fadi beli tubes. masuk kedai elle (kot). tak beli ape2. pastu masuk giant. beli barangan rumah. klua maju junction, pegi makan dekat sebelah petronas dekat ISKL ampang. sambil makan tu borak2 la. tapi depress tu tak keluar. dia tersembunyi sikit, cuma perasaan tu je ade kejap. lepas makan fadi anta balik rumah. masuk jap amek readers' digest. sekali bila klua, fadi baru je abih cakap kat tepon. lepastu...

"aku dapat jadi mentor!" kate fadi.

(mentor di sini bukan mentor rancangan mentor di tv3 tu ye)

dan perasaan depressed kami semua pun ilang (fadi pon sebenanye depressed, tu yg ajak klua tu). seronot!! i'm so happy for her sebab dapat jugak yg diidamkan tu. punye la happy sampai lama jugak berenti depan rumah (dengan engine still alive). dah tu bila nak blah, tetibe je ade fireworks. ahahaha~!

rasa hepi for her tu still ade lagi sekarang ni. mengatasi rasa depressed aku.

ah well. insyaAllah yang baik berterusan.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Sunday, April 30

...

In the mood for nothingness



ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Tuesday, April 25

I Want One!

In the mood for WORLD APART by Asian Kung-Fu Generation




click!


ASIAN KUNG-FU GENERATION「ファンクラブ」オフィシャルTシャツ 発売
全7色/XS・S・M・L/¥2500
※通販の締め切りは2006年4月30日(日)23:59まで

get the goodies here:
count 4 my 8 beat Asian Kung-Fu Generation Tour 2006 EC Official Goods Shop
for a limited time only.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Clazziquai - She Is

In the mood for by

kalau anda mencarik lagu tema cerite my lovely kim samsoon yang ditayangkan di 8tv baru2 ini, sila pegi ke saya punya lifelogger. streaming je. kalau nak mp3 sila kasi alamat emel ke deathberry [at] gmail dot com atau di ruangan comment. akan saya pass insyaAllah.

(saya buat begini kerana saya tahu betapa susahnye nak carik lagu ni kat internet kalau tak pakai program p2p(sebelom ni la.. sikalang tatau la kot la senang))

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Sunday, April 23

Alkisah.. Bukit Tinggi Trip

Winamp playin' Lonely No More by Rob Thomas

malas nak taip panjang2. paste je la conversation ngan cikLanfearForsaken11.


Show Recent Messages (F3)

CikLanfear: aloo
CikLanfear: gambo trip mana nih?
dB: bukit tinggi
dB: baru balik ptg tadik
CikLanfear: amoiiii
CikLanfear: beshnyer gi bukit tinggi
dB: hahahaha
CikLanfear: aku every week gi bukit tinggi
dB: bukan besh
dB: horror
CikLanfear: gi tesco beli barang
CikLanfear: hahaah
CikLanfear: apsal horror plak nih?
dB: sampai tobat takmo gi lagik
CikLanfear: laa apsal??
dB: ni bukit tinggi kat sebelah genting la
CikLanfear: hehe
CikLanfear: tau laaa
CikLanfear: apsal horror weh
dB: heh
dB: alkisah.
dB: ....
dB: kitorang pegi naik keter CikDal - auto
CikLanfear: aa okay
dB: biase la kalau naik bukit auto sokmo fail
dB: tak kisah la janji sampai
dB: tapi sampai kat bt tinggi resort je la
CikLanfear: hehe.. selamat sampai..
dB: dah tu ptg semalam lepas sampai kitorang naik lagi ke atas.
dB: steep giler. lagi la fail. tapi berjaya jugak
dB: tapi bila klua keter baru terbakar. ekzos la kot sebab tekan minyak beriye
dB: eh bukan baru tapi bau
CikLanfear: hm.. probably the tayar yg berbau kut...
CikLanfear: tuh biasa aku kena time naik genting dulu
CikLanfear: then what happen?
dB: nak turun dah. CikDal call kawan dia tanye turun gear bape
dB: maklom lah baru 1st time bawak keter kawasan highlands
dB: kwan dia bilang, 4 pun ok.
dB: guess what happened
CikLanfear: haa ape jadik...?
dB: ok sebelom tu
dB: CikPaa suh aku pakai seat belt sebab aku belom pakai.
dB: pastu bila aku tarik dia takmo pulak keluar
dB: horror kejap, sebab ye la nak turun bukit.
CikLanfear: pulak dah..
dB: lepas tu CikPaa try tarik (sbb dia blakang aku) banyak kali jugak baru nak klua.
dB: taim tu CikDal dah start turun dah,
dB: sekali kereta laju giler.
dB: panik
dB: aku dah macam, CikDal ko takyah tekan minyak, dia ckp dia mmg tak tekan langsung
CikLanfear: iskk.. suspen aku nih
dB: pastu CikTik cakap aik main2 la ngan brake tu, dia cakap dia tekan tak lepas tu
dB: aku cakap, tekan abihs, dia cakap dah sehabis tekan tu
dB: pastu tau2 la.. jalan dah macam ulor.. kitorang semua menjerit gabra
dB: dah la makin laju
CikLanfear: ya Allah...
dB: sekali tu dekat jalan yg steep giler.. hampir2 nak langgar divider belah aku
dB: secara otomatik aku pegang stereng, pusing sebelah sana
dB: pastu sebab sudden pusing, hampir2 terbabas sebelah CikDal
CikLanfear: isk ko nih.. apsal pi sentuh stereng plak.. syian CikDal..
dB: takde.. dia pun gabra giler
dB: sikitttt lagi nak kena
CikLanfear: aku faham..
CikLanfear: aku faham keadaan ko ngan CikDal..
dB: hahahahaha
CikLanfear: i would do the same thing pun..
CikLanfear: immediate reaction
dB: pastu jalan pun dah kurang steep pun
CikLanfear: hehe
CikLanfear: aa okay
dB: jadik boleh dikawal balikl
dB: sekali ade keter kat depan, laju pulak
dB: sib baik tak langgar
dB: bila dah sampai kat jalan rata nengok2 berasap dua tayar depan
dB: horror siot
CikLanfear: itu tak kira keta auto..
CikLanfear: manual pun bleh berasap tayar
CikLanfear: aku pernah kena masa naik genting ngan family aku..
CikLanfear: tuh ayah aku yg drive
CikLanfear: so.. ko bleh scratch hollowman nyer experience ngan charade from top of the list laa yek?
dB: tell me about it
CikLanfear: hhe
CikLanfear: brek takde masalah kan..?
dB: mmg near death exp
CikLanfear: cuma mmg laju masa turun laa
dB: tatau la.. maybe ade kot.. aku siap pesan CikDal balik trus antar servis
CikLanfear: aa okay
dB: aa pastu bila dah semua kluar keter sebab hati berdebar2 aku cite la balik dari pandangan mata aku
dB: pastu buleh dia cakap dia tak pasan langsung aku pegang stereng. just imagine how horrified she was.
dB: pastu syukur gile masa kitorg laju giler takde keter sejibik pon
dB: CikTik dah macam, 'aku dah penat tekan imaginary break'
dB: CikFad pulak horror sebab lain
CikLanfear: memcm laa sumer duk fikir
CikLanfear: haa CikFad ngape plak
dB: dia kan suka mende2 cam rollercoaster, etc.
dB: pastu dia cakap, kenapa aku tak horror langsung? dengan nada horror
dB: tak de perasaan
CikLanfear: laa eh... budak nih
dB: tu laa
dB: tapi betul dia horror, siap cakap kalau jadik kat dia camne la
dB: i mean kalau dia yg bawak keter
CikLanfear: dia horror sebab dia tak horror laa ni yek..
dB: dah la bawak reckless tu pompuan tu
dB: yap
CikLanfear: memcm laa budak nih
dB: tu la
CikLanfear: eh.. CikFad dah drive yek
CikLanfear: aku tau dia mmg ade lesen
dB: pastu kitorang semua contact mengontact la sesape setelah kurang berdebar
dB: yap dia ade lesen dah. setelah dah mati 3,4 tahun gitu
CikLanfear: hehehe
dB: pastu sebelom nak balik tadi ye ye CikDal tanak bawak
dB: tapi apekan daya yg lain semua reti bawak manual je.
CikLanfear: sian CikDal.. tdah trauma dah..
CikLanfear: laa iskk korg nih
dB: mmg trauma abih
dB: semua orang
CikLanfear: 5 org pegi.. sorg jek yg drive??
dB: nasib baik masa turun ade jalan alternatif yang kurang steep
CikLanfear: kesian kesian....
dB: mmg kesian
CikLanfear: takpelah..
CikLanfear: korg dah selamat sampai umah dah..
CikLanfear: haa
CikLanfear: sape org pertama ko call???
CikLanfear: macik sibuk nak tau nih
CikLanfear: hahah
dB: dah la balik aku jadi copilot, cakap dia gear mana nak guna , brake kat mana before belok etc.
dB: hahaha
dB: aku tak call sesape sebab aku tatau sesape bawak auto selain dari mamat yang aku benchi giler sekarang ni
dB: aku msg dia la tapi
CikLanfear: laa haii....
CikLanfear: mamat benchi ler plak
dB: dia balas bila aku tgh semayang maghrib, dalam 2 jam lepas kejadian
CikLanfear: hahahha
CikLanfear: balas jugak yek
dB: (tp aku bukan binchi dia sebab tu la)
dB: dah la msg dia tu, aku dah agak nada dia camne
dB: irritating betul , just imagining it
dB: belom dengar betol2 lagik
CikLanfear: buleh baca siap ngan suara dia skalik yek..
CikLanfear: biasa aa tuh
dB: haaiiiittt
CikLanfear: hahahahah
dB: aku dah near death exp tu
dB: takleh keje AAM la dia tu
CikLanfear: tuh baru masyuk ngan deathberry tuh
CikLanfear: hehehe
CikLanfear: AAM??
dB: hahahahaha
CikLanfear:
dB: ciiss
CikLanfear: aisey.. jgn mare dB..
CikLanfear: memain jek
dB: tak mare
CikLanfear:
dB: ii dah la masa kitorg stop lama tu sorang pun tak brenti nolong
dB: nengok je
CikLanfear: laaa ye ker
CikLanfear: tgk anak dara 5 org pun takde org stop??
CikLanfear: iskk diorg nih
dB: lepas CikTik dah call bf dia + bf dia call balik, dah cek2 enjen minyak air semua, baaaru ade orng tegur
CikLanfear: tak patut tak patut...
dB: pastu dlm 3 min lepas tu baru ade orang brenti nengok
CikLanfear: keta CikDal tuh bape cc??
CikLanfear: 1500 ker 1800?
dB: tah
dB: kenari selalu bae
CikLanfear: kenari??
dB: haiiittt
CikLanfear: 1000 cc jek..
CikLanfear: CikDal neyr keta kenari ker??
dB: yap
CikLanfear: ooooo
CikLanfear: CikTik yg ade wira yek?
dB: yap
CikLanfear: aku dah tertuko..
CikLanfear: heheehhe
dB: hahahaha

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Tuesday, April 18

27

Winamp playin' Laskar Cinta by Dewa



ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Monday, April 17

Tidak.. Anda Bukan di Laman Web yang Salah...

Winamp playin' Eastern Boyz Eastern Girlz by EXILE

yaa ni memang blog daku... deathberry @ blogspot.com. percayalah... tak spedo punye. tukar template je. sebab dah busan ngan template lama. tapi tatau la kalau2 lepas ni nak pakai template lama kan, so aku simpan template tu kat blog lain kepunyaanku heh heh heh :P

so.. amacam? ok dak template ni? ya ya memang aku tak guna template sendiri. sebabnye 1. dalam pada umur yang macam ni lepas tu semua ilmu pelbagai media aku macam dah obsolete, idea pun tak mo keluar; 2. simply la: malas. hahahaha :P ni pun sebenarnye ade glitch kat mana2 tah. malas nak cek betul2. dah la kalau guna tulisan yang berUTF-8 jadi tulisan ntahpape tah. hmm hmm hmm.

wokeh. nak sambung nengok anime kat youtube.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Friday, April 14

Luit Luit Luit....

Winamp playin' Kasihnya Laila by Jinbara

luit~!!

hali ini banyak luit aku abis... kat pcfair :P
memula plan nak membeli yg penting2 je, seperti modem dan mp3 player for cheme.
jumpa dah dedua tu.
sekali nampak dvd writer kaler itam yang reganya agak menarik.
lepas tu nampak pula printer yang juga reganya agak menarik.
so beli la dua tu gak.
dah ade dvd writer, kena la beli blanks.
so beli tu jugak.

sebelom ke pc fair ade makan aisklim kat satu kedai aisklim kat tingkat tanah.
banana split tu.
lepas pc fair ade makan makanan segera kat tingkat lua.
siap beli pai pisang.
pastu beli lagi pai untuk alik alik yang ale li lumah.
beli lima pelcuma satu.

tambang pelgi balik.
nib baik tak naik teksi.

roughly kira2 rm600 abis for everything.

hu. misken dah.

sib baik bulan ni dapat bonus. ade la jugak luit nak simpan kat asb bulan ni.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Thursday, April 6

In the mood for buat kuizes by Tickle

Take this test at Tickle


dB, your coworker is The Drama Queen


Is Your Coworker Crazy?

Brought to you by Tickle
btw, atas ni bukan cik charon. heh heh heh.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Sunday, April 2

Lucky Number Slevin (with an inverted 7 as L)

In the mood for She Is... by Clazziquai (OST My Lovely Samsoon)


nengok citer lucky number slevin ni tadik kat OU2. seronot sebenanye dapat nengok cite ni sebab ade bruce willis harharhar :P pastu actually tak sangka pulak dapat nengok citer ni sebab faa ngan fadi yang pegi membeli tiket, aku pegi nengok orang main boling (almaklomlah pertandingan boling intra-FD dah dekat). sebelom pegi membeli tu, ade la diskas2 nak nengok cite ape. aku nampak je poster cite ni (dalam paper the star faa beli) & nampak je nama bruce willis, suggest la nengok cite ni. tapi ade cite lain gak seperti ice age 2 ngan the producers(?). faa pulak kata dia tak mo nengok cite aksi aksi. fadi ikot je. jadik bila dah dapat menengok tu seronot la aku hihi :P

cite ni pasal membalas dendam. pelakon utama dia inche willis ngan josh hartnett. pelakon lain morgan freeman, ben kingsley, lucy liu. seperti biasa, pada awalan citer memang susah nak paham la. sebab seperti biasa, cerita ni agak blur (jalan cerita, bukan gambar). bawah ni aku amek sinopsis dari web gsc:
Lucky Number Slevin is a comic thriller that twists and turns its way through an underworld of crime and revenge where nothing is as it seems. Set in New York City, a case of mistaken identity lands Slevin (Josh Hartnett) into the middle of a war being plotted by two of the city's most rival crime bosses; The Rabbi (Ben Kingsley) and The Boss (Morgan Freeman). Slevin is under constant surveillance by relentless Detective Brikowski (Stanley Tucci) as well as the infamous assassin Goodkat (Bruce Willis) and finds himself having to hatch his own ingenious plot to escape the maze alive.
jadi bagi sesape yang rase nak nengok cite menarik dalam masa terdekat ni, nengok la citer ni.

one thing tho. watak hartnett dalam citer ni mengingatkan aku kat harpic singh. heh heh heh. charon should know when she watches this movie.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Saturday, April 1

Goong - Part 2




baru je abis browse thru last episod citer ni (sebab belom ade sub lagi utk citer ni so skip2 je la kan).. kesimpulannye aku SUKA! jungmal choa~! hontouni daiisuki! sebab dia happy ending (heh sori la bagi kengkorang yg ikut cite ni tapi tak nengok sampai abih lagik harharhar :P)

sebab ape tau suka? sebab aku memang support shin-chaegyung punye relationship walaupun yul sungguh kiut. and finally diorang mengconfess yang diorang chenta satu sama lain harharhar :P i'm soooo wishing that'll happen to me, tapi sekadar wish je la kan. lepas tu eventho eunhye tu kengkadang menjengkelkan (bukan chaegyung aaa) tapi dia berjaya membawa watak chaegyung dengan beh. dan juga si jihoon tu walaupun a bit stiff here and there, tetap hwang taeja yang berkarisma harharhar :P taaaaapiii yang aku paling suka, transformasi choi sang goong (ala maid dia yang garang nak mampos2) daripada stiff semacam jadik loosen up sikit bila dah berkawan ngan chaegyung, siap tukar style berpakaian lagik. dah la yuhja (korean for perempuan, sebutnya yo-ja) tu cantik.

dengar cite macam ade sequel.. tapi tatau la. macam tak percaya pulak kalau ade.. tapi last2 sekali (SPOILER ALERT!!!!!) hyemyung kongju - that's princess hyemyung, kakak kepada hwang taeja- pakai baju siap bersash diraja lagik. mungkinkah...? tak mo la cite pasal kakak dia huhuhuhuhu :P baik cite pasal choi sang goong kankankan :P tapi kalau betul la ade sequel bagus jugak sebab cite ni kan pasal keluarga diraja daehan minguk (sebutnya dey-han min-guk, maknanya the republic of korea) pada zaman moden. so we can see the assimilation of the traditional values into the modern world (of south koreans la kan).

kudos to the mangaka (ape tah term dia for korean ek? manhwaga kot) park soo hee yang buat citer cam ni. luckily south korea dah tak de keluarga diraja yang memerintah; kalau tak sure dah kena daulat. gaknye kalau buat goong versi malaysian buleh dak? hihi :P

lepas ni citer pasal kim sam soon ngan youtube anime pulak. watch for this space (i mean blog lar) in the near future!

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Thursday, March 23

Bollywood Time

In the mood for Hilang by Garasi

watch this short bollywood movie,
subtitled by me! harharhar :P

http://www.grapheine.com/bombaytv/play_uk.php?id=942627

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Tuesday, March 21

Bleach: Licensed.

In the mood for nothingness


. . .



there goes my episode 26-49.





[note to kran: ko ade burn bleach dak? aku mau copy episod di atas. buleh?]

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Wednesday, March 15

キタ━━━━(゚∀゚)━━━━!!

Image hosting by Photobucket

キタキタキタキタ━━━(゚∀゚≡(゚∀゚≡゚∀゚)≡゚∀゚)━━━━!!!!!!!!!!

Asian Kung-Fu Generation's New Album

[Fan Club]
Release Date: 15 March 2006

Track Listing:
1. Angou no Waltz (The Coded Waltz)
2. World Apart
3. Blackout
4. Sakuragusa (Primrose)
5. Rojiura no Usagi (Backstreet Rabbit)
6. Blue Train
7. Mafuyu no Dance (Midwinter Dance)
8. Butterfly
9. Senseless
10. Gekkou (Moonlight)
11. Tight Rope

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Tuesday, March 14

xxxHOLiC - Manatsu no Yoru no Yume

In the mood for Uso to Wonderland by Ajikan


baru ja abih nengok citer xxxHOLiC - Manatsu no Yoru no Yume ni. seriesly jalan cerita dia aku kurang paham. ke aku paham aa? hmm nak eksplen pun tak reti sebenanye. ade la pasal isi hati manusia; greed, lust etc yang taksub dengan sesuatu barangan untuk dikumpul (kire cam collection la. si yuuko (witch) ngan watanuki (pembantu witch yang buleh detect + attract spirits) sekali ngan doumeki (kawan si watanuki yang ade daya merepel spirits) pergi ke satu mansion ni, yg mana tuan punye mengamanahkan diorang supaya carik sebab kenapa dia takleh balik ek mansion tu setelah sekian lama. dalam masa yang sama si yuuko mendapat jemputan untuk collectors, atau term yang dia guna dalam ni HOLiC, tempatnye kat masion tu la jugak. kalau yang tak ikut manga dia ni sure dah pening, sebab banyak sangat scene ntahpape tah aku pun tak paham. tapi in the end yuuko bersama dua orang budak tu pun berjaya menyelesaikan misteri kenapa tuan punye mansion tu tak dapat masuk ke dalam mansion tu. aaa ape yang aku merapek meraban ni? aaa dah mengantok sangat ghopenye. nak tidow dah ja~

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Friday, March 10

Shamballa wo Yukumono

In the mood for Twins (Knockout) by SuperJunior05

semalam berjaya jugak nengok citer Hagane no Renkinjutsushi: Shamballa wo Yukumono (atau dalam bahse inggerisnye Fullmetal Alchemist: the Conqueror of Shamballa). seronots!!! cukup pueh hati. edo & aru (atau ed & al) bersama jugak in the end. harharhar :P edo dapat balik semula ke dunia alkimia dia dan berjumpa dengan adiknya aru. pastu dapat nengok lagi aksi kolonel roy mustang dengan tangan berapi dia.. huyehh!!! aru pulak buleh buat mejik alkimia cam abang dia, tepuk tangan je jadik. tapi aru kena pakai glove yang ade bulatan alkimia la. edo tak payah bulatan semua tu. pastu edo bila dah balik ke dunia dia, still hebat jugak ilmu alkimia dia harharhar seronots. pastu aru ade mejik alkimia buleh transfer sikit soul dia dalam mende lain. jadik ade la scene aru dalam armor dia yang lama, jumpa ngan edo kat dunia normal. hahaha punye la berterabur sinopsis ni. tapi for sesape daifan hagaren, memang rugi tak nengok cite ni. one very good ending to a very good anime. two thumbs up!

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Saturday, March 4

Fun with Yus and Deb

In the mood for *beep* by PCD

balik keje ari ini, kluar ngan cik charon. ingatkan cik alicia ikot serta, tapi cik charon cakap dia cirit birit pulak. har kesian kesian. so kami berdua pun berjalan la sampai ke klcc. tak de la berjalan pun. literally speaking la. takkan nak jalan dari cyberjaya sampai klcc kot kan.

on the way, seperti biasa, agenda aku ialah mengumpat. tapi aku buleh la restrain meself. so tak de la banyak aktiviti mengumpat sorang tu sampai over2 macam dulu2. dah tu, sampai klcc, dapat parking behh punye. sebelah escalator dekat parking level 2. pastu gi tgv nak beli tiket wayang, sekali belum bukak daa. aku pun mengajak cik charon ke supermarket isetan membeli sushi (makan raw fish pagi2 tuh) pastu bakeri sunmoulin. pastu duduk di depan lif isetan sebelah sunmoulin sambil menikmati sushi dan roti. sesudah makan, turun ke bawah. pegi ke cold storage membeli air. lepas tu aku membeli komik. dah tu kitorang naik balik ke tgv.

beli tiket 'fun with dick and jane'. citer yg aku takkan nengok ngan sahabat2 ku yang lain sebab diorang lebih suka nengok cite hantu dan aku suka nengok cite hantu ngan diorang. fun jugak la citer tu. malas pulak nak letak sinopsis. pegi je kat website diorang atau website uip ke tgv ke gsc ke mana2 la yg ade sinopsis wayang.

lepas nengok wayang, kami jalan2. ingatkan ade kedai kasut cik charon. takde rupenye. terus pegi makan kat nandos. sambil2 makan sambil baca magazine cik charon beli. sambil2 tu juga kesat air mata sebab kepedasan. mana taknye, beli ayam flaming hot, makan dengan sos flaming hot. sibbaik la aku ni tak putih cam sorang kawan aku ni. kalau tak pasti merah muka.

pas makan gi jalan tar. hasrat di hati pada mulanya nak teman cik charon membeli kasut. alih2 daku membeli seluar jins. bukan seluar jins samsudin. dan seluar jins aku membuat cik charon tertarik juga membeli jins. wekekekekeke. selepas itu baru la pergi ke kedai kasut cik charon. dibantainya beli 2 pasang kasut. vahvahvah. aku pun naik jeles. sebab kedai jukeboxes kat situ takde kasut yang aku nak. bukan season kasut aku tu kot.

lepas beli kasut, gi sogo. sebabnye 1. aku nak makan eskrem pulak tetiba, dan 2. aku nak naik lrt balik rumah. sekali lepas makan eskrem cik charon pun kata jom la aku anta ko balik. lalu aku pon balik ngan cik charon. singgah ke lrt ampang on the way back. untuk membeli tiket bas nabilah la. sekali orang depan aku pokpek2 banyak. lama gak tunggu tu. dah beli tiket bas, cik charon pun menghantar aku dengan selamat ke rumah.

begitu la aktiviti aku selepas balik keje ini hari.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Friday, February 24

Take The Day Off La...

In the mood for Goong

bangun lambat giler ari ni (nak gi keje). nak kate tak cukup tido, fuhh this has been the longest sleep in 3 weeks. maklomlah tgh 'cuti', takyah tido sekejap sekejap. nak kate tak set alarm, sampai 2 alarm aku set. gaknye telinga aku ni dah immune ngan bunyi alarm kot. argh tensi! nengok jam je dah 1138pm. nak kejar transport kol 12 pun dah tak sempat. dah la mmg kena mandi pulak tu. maklomlah 'cuti'

aaa trus aku call encik besi. tak angkat lak tu. nombor lama kot tu. try call AAMO pulak. tak angkat jugak. tak bawak hp masuk floor kot. last resort, yussof. sibbaik dia angkat. mintak cakap ngan encik besi. encik besi jawab la. aku eksplen. pastu aku tanye ade ke transport kol 1, dia cakap takde. pastu dia cakap, "hold on aa dB, let me think of something first and i call you back."

aku pun dah macam pk cara2 nak replace 2 hours (in case la encik besi dapat arrange transport). sekali dia call balik n cakap, "like this la dB, since you're also not feeling well, take the day off la." haa? "you're not feeling well right? take the day off la." shuing shuing! (bunyi bijik mata bersinar). aku tanye balik, "then how's my queue?" "it's ok la the pendek guy can manage" HA HA HA HA HA HA HA HA HA. ok then.

rugi satu annual leave aku.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Monday, February 20

Doinks~!!!!!

Winamp playin' Hallelujah by Rurutia

adoi laaa... kena tag pulak ngan kran nih.. huh. malas btol nak layan mende alah ni. taim aku suka nak menjawab2 soalan suatu masa dahulu tak de pulak orang gatai nak tag aku. kalau aku tuka semua soklan tu jadik soklan aku sendiri buleh dak? yes? no? no? hmm.

SBS, bermula! (ikot style manga One Piece sket)

Four Jobs I've Had:

1. data processing. lain aaa dari data enry
2. assistant kepada assistant researcher for this company yang nampak hebat dari luar tapi semua pekerja kerek nak mamp
3. penanam anggur. kira agak berjaya jugak la ni
4. exec kat hdpm merangkap grave digger + ahlong

Four Movies I Can Watch Over and Over

1. my tutor friend. alah cite korea tu.
2. volcano high school. alah cite korea tu jugak.
3. charlie and the chocolate factory.
4. madagascar.

hahahah saje je aku tak letak wayang tajuk serius kat sini. :P

Four Places I Have Lived

1. lembah jaya selatan
2. lousiana
3. kampung segambut dalam
4. taman sri watan

Four Television Shows I Loved to Watch

1. the apprentice. tapi current season punye tak nengok sangat.
2. agrotech. tapi jarang nengok gak.
3. the amazing race. currently tak nengok sangat jugak.
4. gilmore girls. pun jarang nengok gak.

hey, the question is the shows that i LOVED TO watch, bukan ALWAYS watch, kan kan kan? menjawab soalan la ni. :P~

Four Places I Have Been On Vacation

1. disneyland, cali
2. genting highlands
3. pulau perhentian
4. langkawi

Four of My Favourite Dishes

1. pinggan plastik
2. pinggan kaca
3. pinggan 'china'
4. .... eh bukan tanye jenis pinggan ye? ah well. mari menjawab soalan semula.

1. nasi paprik mak aku masak
2. bolognese spaghetti mak aku masak
3. nasi biryani gam mak aku masak
4. nasi ayam mak aku masak

yum~!!!

Four Websites I Visit Daily

1. my blog. i consider this as a website. ha? bukan? but i visit many blogs everyday! ah~ ok la.

1. a.scarywater.net. my source of anime.
2. d-addicts.com. my source of dorama.
3. e-solat.gov.my. my source of prayer time.
4. wikipedia. my source of information.

Four Places I Would Rather Be Right Now

1. okinawa
2. busan
3. ipoh
4. on my bed

Four Bloggers I am Tagging

1. sha & zen
2. cenul and her laki
3. cek paa. ni kes dah lama tak update.
4. cik charon. saje nak pedajal ko.

takmo letak link, nanti takot ade orang abuse. heh baik hati gak aku ni yer harharhar :P

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy