In the mood for *beep* by PCD
balik keje ari ini, kluar ngan cik charon. ingatkan cik alicia ikot serta, tapi cik charon cakap dia cirit birit pulak. har kesian kesian. so kami berdua pun berjalan la sampai ke klcc. tak de la berjalan pun. literally speaking la. takkan nak jalan dari cyberjaya sampai klcc kot kan.
on the way, seperti biasa, agenda aku ialah mengumpat. tapi aku buleh la restrain meself. so tak de la banyak aktiviti mengumpat sorang tu sampai over2 macam dulu2. dah tu, sampai klcc, dapat parking behh punye. sebelah escalator dekat parking level 2. pastu gi tgv nak beli tiket wayang, sekali belum bukak daa. aku pun mengajak cik charon ke supermarket isetan membeli sushi (makan raw fish pagi2 tuh) pastu bakeri sunmoulin. pastu duduk di depan lif isetan sebelah sunmoulin sambil menikmati sushi dan roti. sesudah makan, turun ke bawah. pegi ke cold storage membeli air. lepas tu aku membeli komik. dah tu kitorang naik balik ke tgv.
beli tiket 'fun with dick and jane'. citer yg aku takkan nengok ngan sahabat2 ku yang lain sebab diorang lebih suka nengok cite hantu dan aku suka nengok cite hantu ngan diorang. fun jugak la citer tu. malas pulak nak letak sinopsis. pegi je kat website diorang atau website uip ke tgv ke gsc ke mana2 la yg ade sinopsis wayang.
lepas nengok wayang, kami jalan2. ingatkan ade kedai kasut cik charon. takde rupenye. terus pegi makan kat nandos. sambil2 makan sambil baca magazine cik charon beli. sambil2 tu juga kesat air mata sebab kepedasan. mana taknye, beli ayam flaming hot, makan dengan sos flaming hot. sibbaik la aku ni tak putih cam sorang kawan aku ni. kalau tak pasti merah muka.
pas makan gi jalan tar. hasrat di hati pada mulanya nak teman cik charon membeli kasut. alih2 daku membeli seluar jins. bukan seluar jins samsudin. dan seluar jins aku membuat cik charon tertarik juga membeli jins. wekekekekeke. selepas itu baru la pergi ke kedai kasut cik charon. dibantainya beli 2 pasang kasut. vahvahvah. aku pun naik jeles. sebab kedai jukeboxes kat situ takde kasut yang aku nak. bukan season kasut aku tu kot.
lepas beli kasut, gi sogo. sebabnye 1. aku nak makan eskrem pulak tetiba, dan 2. aku nak naik lrt balik rumah. sekali lepas makan eskrem cik charon pun kata jom la aku anta ko balik. lalu aku pon balik ngan cik charon. singgah ke lrt ampang on the way back. untuk membeli tiket bas nabilah la. sekali orang depan aku pokpek2 banyak. lama gak tunggu tu. dah beli tiket bas, cik charon pun menghantar aku dengan selamat ke rumah.
begitu la aktiviti aku selepas balik keje ini hari.
ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy
No comments:
Post a Comment