Sunday, November 12

Malas

In the mood for Sorafune!!!

Malas.

Malas nak update.

Malas nak upload gambars.

Malas nak download anything.

Malas nak kluar gi jalan2.

Malas nak datang kije.

Malas nak gi beraya.

Pendek kata, lagi beh duk rumah, tido or nengok vcd Hello Franceska.

But then, dah tak leh nak tido melampau2. And also Hello Franceska dah abih nengok. So kena la rajin buat mende lain. HarHarHar.

London was good. London was great. But then tak de la hebat mana pun. Eventho I can see lotsa Mini Coopers on the road of Docklands, I can't get the opportunity to be get inside one, let alone drive one.

Untuk menjawab pertanyaan semua orang, I like London (Docklands mainly). But just 'like'. To stay there (as in over a period of time, not residing there) is not in my list. Lain la kalau aku dapat kawen orang sana kan.. James ker... harharhar :P

Lemme tell you the unsatisfied side of me, staying there for about two months. Firstly, apart from the Mini Coopers, I definitely dislike the weather. Cold. Sux. Nah~ the weather was nice when I first set my foot on the soil of London. Moderate cool la. Malam pun buleh bukak tingkap and tutup heater. Tapi since winter's approaching, it's getting colder day by day. Maklomlah, aptmt aku dekat sebelah sungai Thames, pastu jalan kaki gi keje kena lalu sebelah Milwall Outer Dock (check Google Maps). Jalan pun angin menderu2 ke muka. Ape lagik, kering giler la. Kena la pakai losyen beberapa lapis (selalu aku malas pakai). Dah tu Olay yang aku bawak dari rumah tak leh pakai lak tu. Nak kena pakai Nivea laks.

And then, food. Dah sedia maklom aku ni malas nak masak. Ape lagi kalau ke tempat yang susah nak carik bahan masakan Melayu ni. Bertambah2 le malas. Cili merah pun susah nak carik. Aku ni bukan tak buleh nak makan fast food or frozen food (ade kedai fast food halal dekat ngan aptmt), tapi kalau selalu makan tu je bosan gaks. Tapi since aptmt mate aku rajin masak (kita kasi nama dia Poyos), selalu la jugak dapat makan nasik dengan LAUK DIA je (sebab dia tak suka makan lauk aku, and also cerewet sangat. Lagi la buat aku malas nak masak). And then, kalau klua jalan2 sure makan biskut/gajus/jajan je la. Sibbaik la cuaca tak panas, so lapar tu cam buleh nak kaver lagi la. Tapi since raya pun kat sana, mula la rindu nak makan lemang ngan kuah kacang mak uda. Dan jugak air sirap. Huhuhu.

Pastu, air pulak. Payau gillller. Masa memula sampai tak leh nak terima. Aku rase Aja kang pun tak leh nak terima gaks (dia baru sampai London tu). Pastu, aku ni kan bukannye buleh tak mandi langsung satu hari, so dalam sejuk2 tu terpaksa la mandi air panas, akibatnye abih laa badan aku gatal2 dan kering. Losyen lagik. Rambut pun jadi keras semacam je. Dah kena la pulak beli hot oil VO5, baru rase lembut sket. Part membasuh baju pulak, since weather pun not permitting any activity of drying clothes outside, kena la guna dryer dia. And, jadik la baju crumpled giler (sebab washing machine + dryer). Dah la tu pulak, iron kat aptmt aku tu cam tahpape. Dah letak max setting pun kena gosok lama. Tu pun tak smooth sepenuhnye, still ade crumples. Laslas aku gosok asal kurang crumples je cukup. Pakai baju panas kat luar, buleh la cakap crumpled sebab tu.

Pastu, najis anjing. Eventho kat Docklands ni berseh sket la dari kat Central London, tapi still tak puas hati gaks. Macam, owner depa ni buat selambe derk je kalau depa berak TENGAH JALAN. Camsial je. Dah tu opis kat HEx tu pulak tak de surau, terpaksa la solat kat meeting room. Terpaksa redha ngan keadaan kat situ. Masa memula dulu still bleh eskep, zohor kat rumah je. Tapi since siang makin lama makin pendek. Takkan nak eskep solat kot? Tawakkal je ler.

Pastu, ham/bacon/(put any type of edible pig produce here)-eating environment. Aku tak suka laa orang yang baru lepas makan babi ade dekat2 ngan aku. Ape lagi guna tepon aku. And aku kena guna kibod dia. Iiiii!! Dah tu kena tawakkal la jugak. Selagi buleh elak aku elak.

Hmm ape lagik... Ha bebdak depa kalau yang kurang hajar tu sungguh la kurang hajar. Tapi sekurang2 hajar depa pun, lagi kurang hajar bebdak kurang hajar kat sini. Haha kelakar la diorang nak kurang hajar tak jadik. Cam novice lak. Maklomlah tahap kekuranghajaran depa lain dari tahap kita.

Pastu, rancangan kat terebi. Dalam pada kol 7pm sampai 10pm tak de je rancangan yang sungguh menarik (eksep gadget show hari isnin malam). Dah tu aku kol 10pm tu dah start nak siap2 nak tido. Kol 12 mesti dah pejam mata. Tpi, cam lebih kurang je pun kat M'sia kan. Harharhar.

That's all for now, part2 yang aku tak bape suka pasal London ni. Nanti lenkali aku letak part2 yang aku suka laks. Sebabnye? Aku dah malas nak menaip (kena bangun awal esok ni woo. Nak gi nengok Death Note. HarHarHar).

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

1 comment:

raggedyanne said...

oits! aku ni anne. baru terjumpa balik ah blog ngko. Tak besh ek London tu? Sian ek, dah le kena raya kat sana. Nway, keep in touch bebeh!