Monday, June 4

These scars will never make a difference...

In the mood for Witch Yoo Hee

Pernah this one guy cakap kat aku, "Hai nengok perempuan tu, tak sayang kaki ke?"

At that time ade satu couple atas motor kat sebelah kereta yang kitoang naik ni. Perempuan pembonceng tu pakai baju kurung, kain dia selak sampai lutut. Maklomlah nak duduk atas motor, camne nak duduk tanpa menyelak kain kan? So, terdedah la kaki dia.

Then that guy sambung, "Kalau tercalar tu, abih la turun duit hantaran." *snickers* "Gelilah."

Aku pun terasa. Sebabnye kaki aku banyak duik syiling. Tapi that's not the main reason.

Yang membuat aku bengang ialah, ade jugak jantan yang bersikap macam dia ni. Nak je dan dan taim tu jugak aku membalas, "Kalau lelaki ade scar pulak, satu scar naik rm100. Buleh?"

Tak semua orang bernasib baik tak de scar langsung, Kalau dah tak dapat nak elak dari berlaku kecelaan, nak buat camne? Cuba kalau cela tu bekas eksiden kena gelek dengan kereta. And then bakal spouse pandang rendah sebab ade cela. Dari elok2 je scar kat kulit, tambah lagi satu mental scar. Tak pon emotional scar. Worse, both.

Tapi aku sedar aku ni sape. Dan at the same time aku pun merejek mamat ni dari menjadi boipren aku. Terasa macam in the future I won't be appreciated just because I have scars.

Sampai je ke destinasi yang aku nak pergi, dia hulur tangan. Cakap, "Hmm salam lah."

Aku balas, "No, thanks. Kita ni bukan muhrim."

Dia cakap balik, "Tapi my ex dulu selalu salam tangan I, siap cium tangan lagi."

"Well, itu your ex. I bukan dia." Aku pun kluar kereta. Sempat aku cakap sebelum tutup pintu, "Lagipun tangan I ade scar. You sure geli kat orang macam I ni kan?"

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

3 comments:

anne said...

ugh... cam bagos! serves him right!

deathBerry said...

ye... memang padan ngan muka dia. dan padan ngan muka aku jugak huhuhu sebab dia kaya (dasar materialistik aku nih!) tapi kaya camne pun tak tentu gumbira kalau hati binchi kan?

charon said...

Woh! YOU GO GIRL!!!