Wednesday, August 8

Saya ketinggalan bas, jadi ini untuk mengisi masa lapang.

Pada ketika ini saya berada di surau office. Hasrat di hati nak balik naik bas jam 220 tadi, tapi apakan daya, setelah menunggu sampai 240 tiada bas mahupun van langsung.

Terpaksa pasrah.

Lalu saya pun naik semula ke atas dan pergi solat isyak. Nak solat terawih, takut terlepas the next bus pulak.

Tak pasal2 kena pasrah lagi.

Ni kalau kul 320 takde bas gak... sahur kat padi la nampaknya.

(Tiada niat nak menunjuk2 di sini, sila jangan salah faham. Wassalam.)


No comments: