Friday, November 19

Sekian Lama Berpisah..

Winamp playin' Souretsu by Shiina Ringo

gah!!! dah lama tak nulis blog... sebenanye dari raya kedua lagi nak nulis, tapi biasak la, malas nak mengarang kan. kukukuku. unless kalau aku ade somewhat like tablet pc tak pe la jugak. anyways saje laa nak impom sinopsis aktiviti2 dari hari raya pertama sampai sekarang.

malam last posa (30 Ramadhan):
masih sebok2 mengemas rumah. maklom lah daku ni suka bebeno membuat keje last minute. tapi okeh la sikit tahun ni sebab (self-claimed) rajin la sesikit mengemas masa bulan poso. maklom la, dulu balik kampung, jadi mengemas pun ala kadar je. tahun ni tak balik, jadi kena full swing la.

malam raya:
emm.. takde buat ape sangat. nengok tibi, pastu nengok anime. emm seperti malam2 biasa lah. takde pulak nak mengayam ketupat. makan ketupat segera dah le.

1 syawal:
dah semayang raya, siap2 gi kubur. tapi ade ke patot, lupa nak bawak yasin. jadik2 nye, sampai sana doa saje lah. lagikpon ayah nak cepat sebab nak ujan. dah tu gi beraya kat segambut. sampai2 je ujan lebat. takde payong pulak... jadi stranded kejap kat depan rumah nenek masni, tak masuk dulu sebab bonda dah kat rumah suri. dah tu ade orang kasi payong, bawak gi rumah suri. dah makan2 minum2 dan bergambar2 kat sana, pegi rumah nenek masni plak. dah tu, gi rumah mak long tiri (rumah wajib pergi). lepak2 sana kejap, trus gi kepong. solat zohor+asar kat sana, makan sket minum sket, layan casa impian jap, pastu balik. malam xde aktiviti.

2 syawal:
pagi2 dah ade orang bertandang. ihh dah la rumah tak kemas semalam lpas balik dr rumah mak uda, jadi bila orang blah je kena laser. hmm takpe la. dah tu gi rumah cik kiut lak. fuhh lawa beno rumah dia. dah makan piza (makan western aku kat sana), main2 ngan ikan dalam kolam dia. pastu tolong masak di dapo, blaja masak sheperd's pie. nanti ku letak resipi. muhahahaha :P dah tu gi nengok MI plak. yg untuk pilih top 33 tu. dah tu gi makan lunch, kat rumah mak long, sebelah rumah je. dah makan, solat, pastu tido kejap. bangun, solat, makan cucur udang, balik. malam xde aktiviti.

3 syawal:
dalam kol 930 pagi mak lang bertandang ke rumah. kecoh la kejap sebab sepatotnye nak gi tampin pagi tu, jadi stay kat rumah sampai dalam kol 1. dah tu baru gi tampin. balik lambat, highway jem teruk. dlm dekat kol 10pm baru nampak pintu rumah.

4 syawal:
bangun lambat gilo sebab semalam penat gilo. dah solat asar, gi ampang point jap, jumpa fadi, ade hal sket. pastu jalan2 jap carik komik baru, pastu beli dunkin donut. balik2 je ade rombongan mak uda plak. sebab badan yang busuk, maka tak de la turun ke bawah melayan tetamu, tapi anyways anak2 abg nuar 2 ekor tu naik, layan depa je la. aktif sungguh si aiman tu. kakak dia plak, seronot dapat nengok trailer the incredibles. hauhauhau. dah depa balik, takde aktiviti lain.

5 syawal merangkap siang tadi:
plan nak gi nengok the incredibles, tapi aku la kensel atas sebab2 yg takleh dielakkan (bukan bangun lambat yerrrrr). so cia, farid n nabilah je pegi. dl beberapa mv dan clips. seronot sebab js dah buat comeback special. petang masak seperti biasa (huhh... lama dah tak masak lauk normal). taim makan tu, tengah seronot nengok reality tv "Never Give Up" 8tv tu, black out la pulak. yg peliknye blackout dari rumah aku sampai ujung jalan, di setiap jalan. rumah sebelah yg bernombor 26 ke bawah semua terang benderang. tak penah plak jadi camtu. huhh. bila dah ade api, nengok naruto #109, yakitate japan #04, and PoT #136. dah tu layan mv LOVE LOVE SHOW 2 kali. tu la penyebab takleh tido. harhar.

sekian saje.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

No comments: