Wednesday, February 7

Ingatlah Allah.

In the mood for Ingatlah Allah by Sakha
Ingatlah Allah (OST Mutiara Hati) - Sakha Feat Hedi Yunus

di waktu kaya ingatlah pada Allah
di waktu miskin ingatlah pada Allah
di waktu sehat ingatlah pada Allah
di waktu sakit ingatlah pada Allah

kerjakan perintahNya
jauhi laranganNya
itulah orang yg diingat Allah

banyak yg kaya lupa pada Allah
banyak yg miskin jauh dari Allah
banyak yg sehat lari dari Allah
banyak yg sakit meninggalkan Allah

itulah orang yg sombong kepada Tuhannya
tidak kenal kepada Allah

ingatlah wahai manusia
semua kan kembali pada Allah
ingatlah wahai manusia
hidup matimu di tangan Allah

di waktu sehat ingatlah pada Allah
di waktu sakit ingatlah pada Allah

kerjakan perintahNya
jauhi laranganNya
itulah orang yg diingat Allah

ingatlah wahai manusia
semua kan kembali pada Allah
ingatlah wahai manusia
hidup matimu di tangan Allah

ingatlah wahai manusia
semua kan kembali pada Allah
ingatlah wahai manusia
hidup matimu di tangan Allah

banyak yg kaya lupa pada Allah
banyak yg miskin jauh dari Allah
banyak yg sehat lari dari Allah
banyak yg sakit meninggalkan Allah

itulah orang yg sombong kepada Tuhannya
tidak kenal kepada Allah

lagu ini muziknye sungguh la catchy. pastu VT intro lagu ni sungguh la comel. sebab yang nyanyi ni budak kecik je. pastu oleh kerana lirik dia yang senang membuatkan mudah saje nak berkalaoke tatkala tengah bosan.

but my entry today bukan le pasal nak mengglemerkan lagu ni. cuma nak amek mesej yang cuba disampaikan.

bukan la nak cakap aku ni alim giler. mmg la kurang serba serbi. tapi since manusia ni sentiasa dalam kerugian, baik le kite ingat mengingati. btul dak?

aku ade kenal sorang manusia ni. pada zaman persekolahan bukan main lagi mengajak bersolat bila tiba waktu. semenjak dah lepas sekolah, dah pandai dah tinggal solat. suka pergi jalan2 di hujung minggu, langgar semua waktu solat. lupa Allah setiap kali kluar berjalan2 ujung minggu. tapi bila tak berjalan2, lengkap solat 5 waktu. sekarang ni bila musibah datang, merintih. asyik sedih je. kerja dia menyukarkan hidup dia, mengadu, macam musibah besar. tapi still tak de ingat Allah pada ujung minggu.

ade lagi sorang manusia ni. mula2 rajin sangat bersolat, asal nak gi solat je remind aku untuk bersolat sekali. lepas tu mula la dia bercouple dengan seorang lagi manusia yang berlainan jantina (hubungan normal ye). dah lama sikit dalam perhubungan itu, dah start dah tinggal solat. lepas dah start bertandang ke rumah couplenye itu dah tak ingat Yang Esa langsung. kalau dah berani bersekedudukan, rasenye ingat Allah lagi ke? sama juga seperti case study di atas, bila musibah datang, mengadu, merintih. tapi rasenye kain sejadah dia tu jadi karpet dah kot.

lagi sorang. kes yang lebih kurang sama ngan kedua2 kes di atas. rajin bersolat dengan rakan sekerjanye yang agak alim. tapi selepas rakannye yang alim itu berpindah ke tempat lain, dah tak jejak kaki ke surau langsung. ape lagi ke masjid. kat rumah tak tau la pulak. lepas tu musibah datang. dia tak merintih. tapi memilih alternative lain selain dari kembali mengadap ar-Rahman. alternative yang memusnahkan diri pulak tu.

yang terakhir ni. dia ni mix kes no 1 dan 2. tapi dia pulak menjadi punca sahabat dia meninggalkan solat sebab gaya hidup aktif dan sosial dia. maklomlah aktif dan sosial, tak de masa nak berenti kurang dari 10 minit untuk bersolat.

kenapa, susah sangat ke nak ingat Allah. kalau perempuan tu, alasannye nanti kena reapply make up lah itu lah ini lah. tapi mekap tu takleh halang muka dari kena sentuh api neraka. camne tu? tapi kalau lelaki, ape alasannye? ade yg tau solat jumaat sahaja, ade yg tak solat langsung. Astaghfirullahalazim.

Komen?

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

2 comments:

Anonymous said...

nggak, nggak.. Camne rupenya wajah SAKHA itu, Gue mau tau.. Lg satu mau sebutnya bagaimana.. Sak-Ha ke, Sasha ke, Sak_a ke.. Nggak tau

deathBerry said...

saya juga ga tau gimana wajahnya si sakha itu... try carik kat google la. saya kok bukan warga indonesia, lantas saya ga tau deh.