Thursday, August 9

Gudbai Mai Fren

In the mood for Coffee Prince's OST

Saje la nak mengumpat ni... sebab rase tak puas hati sangat sangat sangat.

Ade la sorang kawan aku ni. Kita kasi nama dia Miss Y. Miss Y ni, tak ramai orang yang suka kat dia. Sebabnye ade banyak, salah satunye dia suka main cakap lepas je, lepas tu suka bangga2 diri, lepas tu suka jaga tepi kain orang lain, lepas tu peramah tak bertempat, lepas tu attention grabber. Lebih kurang kacam Mr X yang duk depan aku ni lah. Alah yang si baghal tu la.

Yang membezakan Miss Y ngan Mr X ialah:
1. Miss Y perempuan;
2. Miss Y lain dept ngan aku;
3. Miss Y cekap (dalam 98%) membuat kerja dia.

Genap sebulan yang lalu Miss Y telah menender resignation dia. Alasan ialah dia takleh keje ngan ass. manager (read: pengipas bontot manager) dia yang baru. Sebenarnye dia bukan nak sangat kluar dari opis aku ni. Tau sangat la. Kepoh je dari 2 tahun yang lalu, nak apply tempat A, dah antar resume tempat B, dah kena panggil intebiu tempat C (kes nak bangga la banyak tempat mengoffer keje kat dia tapi saje jual mahal). Jadi ass. manager (kita pendekkan jadi AMO la senang) dia yang baru ni la jadi pemangkin dia nak brenti. (Sebenarnye dia yang tak leh nak adapt ngan situasi baru, dah selesa sangat ngan AMO dia yang lama tu).

Dalam jangkamasa sebulan sebelom hari ini, beriye la Miss Y ni mengutuk dan mengumpat AMO yang malang itu. Dan siap plan, "nanti bila dah last day diorang nak buat pot luck ke nak makan ramai-ramai ke, aku tanak join." Fine.

Hari isnin: Makan kat Padi House. Cakap pasal pot luck yang teammates dia buat untuk dia, tapi dia tak datang pun sebab MC. Vahvahvah dia sungguh seronok la seronok.

Hari selasa: Makan dekat 2nd floor pulak. Sebab aku bawak bekal n dia pun bawak bekal. Cakap lagi pasal dia nak blah. Siap plan nak singgah opis aku nih bila dah start keje tempat lain, nak ajak makan sama2.

Hari rabu: Makan dekat Terminal. Plan la nak makan kat tempat jauh2 esok. Aku tanye dia, "Kalau teammates kau nak ajak kau klua makan sama2 camne? Alah kau pegi je la. Maklomlah last day, ni je la peluang diorang nak bermesra2 ngan kau" Dia buleh balas, "Alah tak de maknenye aku nak makan ngan diorang semua. Baik pegi makan dengan kau dekat Alamanda ke mana2 ke kan."

And today, her very last day: Petang tadi masa memborong coklat, dia beriye2 nak ajak makan kat Alamanda. Aku pun a bit anticipating la sebab aku nak kena membeli barangan personal. Sekali bila kul 7, dia tak de pun call extension aku. Dalam kul 715 dia datang, cakap "Sori dB, diorang ni ajak aku makan beramai2 la pulak, maklomlah ni kan last day aku kat sini."

Aku tak de la merajuk or bengang. Malahan aku dah agak dah dia musti akan pergi punye walaupun dalam sebulan yang lalu cukup membenci idea nak hang out ngan teammates dia. Just a wee bit of attention given by her teammates, terus wavered.

Kalau dah cakap tanak tu takyah la. Tapi kalau dah dasar cakap tak serupa bikin.

Alah bukan Miss Y tu sorang je kawan aku pun (pinjam ayat Kawan D - sila lihat tumblr (klik sini)). Harharhar.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

2 comments:

chem said...

kak diba.ade x lagu maria-kim a joong?. nak2

raggedyanne said...

title ni cam lagu KD jer... thank u so much, im sorry, goodbye :D

weh, ko kena food tag ngan aku lar. bila nak buat ni??