Wednesday, June 27

Lagi Lagi Copy and Paste: Part I Answers

In the mood for Fantastipo by Tooji & Haiji.. eh ye ke ek?

The answers to the Lagi Lagi Copy and Paste: Part I post are as below:

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Saturday, June 16

Masalah masalah…

YouTube playin' Lonely Soldier Boy (Mospeada OP)

Aku bukan tak suka keje kat current dept aku ni… Keje ok je, kadang abih awal. Pastu kalau abih lambat pulak buleh claim OT (bukan macam dept lama aku yang cam bangang tu). Pastu takde RPH (bape items buat per hour). Pastu bleh gi break sesuka hati asalkan keje siap. Pastu takyah hotdesking macam dedulu. Ade extension telepon sendiri walaupun kurang menggunakannye.

Yang buat aku tensi gilerbab kat sini ialah si akuma (read: setan) depan aku ni, merangkap my partner untuk queue yang aku handle - kirenye aku jadi bekap dia kalau dia x dtg, and vice versa. Suka-suka hati tok nenek dia je nak datang keje awal ke lambat ke. Ingat kampeni ni tok nenek dia yang punye? Yang behnye, pada hemat aku la, maybe he has this idea if he comes early on one day, or kena balik lambat, he can come in late the next day. Pastu kalu datang bank holiday, buleh datang lambat jugak on the consecutive days. Ntah kat mana dia belajar pun aku tatau la.

Lagi satu, dia ni suka sangat laa amik mc. Ntah betul mc dia ke tak aku tak tau la. Pastu ade satu mc dia tu reasonnye sakit mata. Kepala hotak dia la sakit mata. Macam la aku tatau dia tu guna trick yang sokmo smokers guna nak amek mc? Yang behnye sakit mata dia 2 hari je, jumaat and isnin. Selasa buleh pulak datang keje. Mata dah ok pulak tu. Bodo tul. Kalau nak buat jahat tu plan la dengan lojik. Kalau datang keje next day tu pakai la spek itam. Bodo. Tak reti nak tutup bangkai. Orang boleh bau la.

Bila masa dia buat pasal cam ni, aku mesti la jadi tensi giler. Maklomlah workload aku bertambah suddenly! Kalau dia impom aku dia mc awal2, at least aku buleh prepare. Ni, bila dah 2 jam tak dengar berita ni aku jadi bengang giler la. Maklomlah ade keje yang kena antar before 2 jam pertama tu. Camsial. Kalau ari tu keje banyak giler, tak pasal-pasal dah kena buat OT pulak dah. Aku ni dah la bukan rajin sangat nak buat OT ni. Grrr.

Kadang aku terfikir jugak, betul ke AMO aku yang baik hati tu pernah tegur dia pasal ni? Kalau betul, memang akuma ni jenis tak makan saman la tu. Aku nak tegur, tapi sebab dia ni sungguh la hot-headed sangat, biadab max pulak tu, ade la perang mulut ni nanti (considering the fact that I’m very emotional and also kinda hot-headed). Kalau nak cerita kebiadaban dia ni, ntah sampai esok malam pun tak abih citer. He’s the person who thinks he’s always right, nobody (except upper management – some of em) can’t defy him.

Malas nak komen lagi dah. Kalau la buleh buat cam ni kat dia, alangkah riangnya.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Monday, June 4

These scars will never make a difference...

In the mood for Witch Yoo Hee

Pernah this one guy cakap kat aku, "Hai nengok perempuan tu, tak sayang kaki ke?"

At that time ade satu couple atas motor kat sebelah kereta yang kitoang naik ni. Perempuan pembonceng tu pakai baju kurung, kain dia selak sampai lutut. Maklomlah nak duduk atas motor, camne nak duduk tanpa menyelak kain kan? So, terdedah la kaki dia.

Then that guy sambung, "Kalau tercalar tu, abih la turun duit hantaran." *snickers* "Gelilah."

Aku pun terasa. Sebabnye kaki aku banyak duik syiling. Tapi that's not the main reason.

Yang membuat aku bengang ialah, ade jugak jantan yang bersikap macam dia ni. Nak je dan dan taim tu jugak aku membalas, "Kalau lelaki ade scar pulak, satu scar naik rm100. Buleh?"

Tak semua orang bernasib baik tak de scar langsung, Kalau dah tak dapat nak elak dari berlaku kecelaan, nak buat camne? Cuba kalau cela tu bekas eksiden kena gelek dengan kereta. And then bakal spouse pandang rendah sebab ade cela. Dari elok2 je scar kat kulit, tambah lagi satu mental scar. Tak pon emotional scar. Worse, both.

Tapi aku sedar aku ni sape. Dan at the same time aku pun merejek mamat ni dari menjadi boipren aku. Terasa macam in the future I won't be appreciated just because I have scars.

Sampai je ke destinasi yang aku nak pergi, dia hulur tangan. Cakap, "Hmm salam lah."

Aku balas, "No, thanks. Kita ni bukan muhrim."

Dia cakap balik, "Tapi my ex dulu selalu salam tangan I, siap cium tangan lagi."

"Well, itu your ex. I bukan dia." Aku pun kluar kereta. Sempat aku cakap sebelum tutup pintu, "Lagipun tangan I ade scar. You sure geli kat orang macam I ni kan?"

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Saturday, June 2

Tak Ada Logika....

In the mood for Tak Ada Logika by Agnes Monica

... yang sebenanye tak lojik ialah dia punye vidiu klip.

tak beh giler.
konon nak gabung style britney+jlo+sape2 tah lagi yang glemer pop. mebi boa pun ade.
tapi tak jadik, sebab gerak dia tak sesuai ngan lirik + muzik.

memula aku duk bayangkan la... kot la part yang cam ade bunyik arabic sket tu (lepas 2nd time chorus) dia ade buat gelek shakira ke kan. tak de pun. menari dia berterabur. nasib baik sangat aa dia ingat steps lagu tu. kalau buat cam boa ke dbsk ke.. britney ke janet jackson pun takpe. kalau buleh recycle je part korus tu. senang nak ingat, orang pun senang nak ikot.
(ni aku base on performance dia).

hmm abaikan je la ape yang daku taip kat atas tu. tengah rase nak menaip. kalau padam kang tak de mende nak ditaipkan pulak. pastu tak berupdate la sampai ntah bile.

hmm terasa macam nak nengok performance boa pulak. lagu butterfly. beh tu.

on a tangent - aku rase macam nak pergi bercuti panjang. hmm. lepas ni nengok site air asia la pulak. tensi giler keje dengan orang baghal.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy