Tuesday, April 20

Cemerkap.



Itulah saya sejak akhir-akhir ini. Adekah sebab proses penuaan? Atau sebab tahap ignoran sudah semakin bertambah? Tapi apakah kaitannya ignoran dengan cemerkap?

Sampel pertama:
Tertumpah minuman kopi ala barat ke atas seluar denim yang sama sebanyak dua kali dalam masa tidak sampai seminggu;

Sampel kedua:
Tidak sengaja melanggar gelas yang berisi kopi ala barat semasa membuat aksi Bingeul Bingeul (kali pertama insiden di atas terjadi);

Sampel ketiga:
Jatuh tertiarap di tempat awam, terselak belakang baju (bolehkah ini dimasukkan dalam kategori cemerkap?);

Sampel keempat;
Tayar hadapan kereta bergesel dengan pembahagi jalan semasa hendak menggunakan kad Touch'n'Go.

Sampel-sampel di atas merupakan yang prominen; terdapat lagi sampel-sampel lain tetapi sel-sel memori saya sekarang ini agak selektif dalam memilih insiden mana yang akan direkod.

Sebab itu, kemungkinan besar insiden di mana seorang rakan kerja meluahkan perasaan tensi di ofis tetapi telah diubah topik dalam masa beberapa saat itu, sayalah kulpritnya.

Tapi, adakah itu termasuk dalam kategori cemerkap? Tengok, sudah keluar tajuk.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

No comments: