Saturday, May 8

Best Man

In the mood for Nu ABO by f(x)

Dah abis dah baca buku ni setelah sekian lama tertangguh. Bukan la buku ni tak bes, cuma kalau tengah2 membaca tu tiba2 Readers' Digest baru sampai, priority goes to RD la. Biasa dah tu.

This is a story about a guy named Adam Bailey yang sedaya upaya la sangat nak menghalang kawan baik dia Nick Morgan untuk mengahwini seorang perempuan yang sungguh tak sesuai dengan Nick itu. Tapi everytime dia nak halang, mesti Nick sikit pun tak terpengaruh - cuma ade le rase bengang dengan Adam. Dah la tu, Nick awal2 lagi dah appoint Adam ni jadi best man masa kawin.. so.. gitulah.

Adam ni pun ade satu masalah - dia ni sungguh memilih seorang perempuan yang perfect. Tak boleh ade sikit pun tak kena - contonhnye nickname tak boleh bunyi macam nama lelaki, sebutan espresso tak boleh bunyi macam expresso, dan juga di ranjang tak boleh bunyi macam tarzan, dan macam2 lagi lah; all of those tick him off.

Bila dia jumpa seorang perempuan yang bernama Charlotte, dia terus jatuh chenta sampai tak peduli pun nickname pompuan tu Charlie (nama lelaki la, pelagi). So dalam masa berdeting ni, Charlie ade la kasi advice sikit2 dan suruh Adam cakap jugak dengan Nick kalau betul2 nak cancel off the wedding; lagi2 lepas Adam bawak dia jumpa Nick and his fiancee.

Satu hari Charlie cakap kat Adam yang dia pregnant. Adam terkujat la, sebab sebelum ni Charlie cakap dia tak boleh pregnant, dan Adam dah cakap dia tak reti nak jaga budak. Charlie kasi dia pilihan la samada nak teruskan relationship ke tak, sebab Charlie ni memang nak anak sangat2 dan bila dah dapat peluang tu dia tanak lepaskan langsung. Dan dia cakap kalau Adam nak teruskan relationship, sila datang untuk dinner pada sekian2 hari.

Dalam keadaan Adam yang cuak bangat ni, macam2 la terjadi - masa dia nak gi mengadu kat Nick pasal situasi tu, tunang Nick pulak mengconfess yang dia nak kawin sebab harta je, lepas tu buat dajal cakap dia dah lama minat kat Adam so dia nak membuat aksi panas dengan Adam sebelum wedding dia minggu depan, lepas tu aksi panas perempuan tu telah diterjah oleh Nick, lepas tu Adam kena belasah dengan Nick, lepas tu bila dia nak pegi mengadu kat Charlie, dia nampak Charlie berpegang tangan dengan seorang lelaki kacak (it turns out that guy is Charlie's brother), lepas tu bila dia balik kampung dapat berita pasal kereta Ferrari Nick terbakar tepi sungai dan kemungkinan besar Nick mati dalam kereta.... fuhh banyak tul event terjadi. Jadi dia tak ingat langsung pasal Charlie punya invitation (sebab, ye lah, dah bengang sangat nampak Charlie ngan lelaki lain).

Last-last there's a turn of events di mana everything's becoming better. Nick hidup lagi, the wedding's off, dapat tau lelaki bersama Charlie tu sebenarnye abang dia... dan dia kompem chenta betul pada Charlie dan boleh terima budak(-budak) tu dalam hidup dia.

Itu saje sinopsis yang tahpape. Kasi la sikit credit sebab selalunye daku tak berminat nak buat sinopsis/review ape2 pun.

Buku Best Man ni boleh dimasukkan dalam kategori chick lit walaupun author dia ialah seorang lelaki yang bernama Matt Dunn. Beza dengan chick lit biasa ialah gaya penceritaan yang diprojected dari sudut pandangan lelaki instead of, well, perempuan la. Compared to the first book I read written by the same author (The Ex-Boyfriend Handbook), buku ni kurang sikit menarik, mungkin sebab buku pertama kot. Dan juga mungkin TEBH itu lagi kena dengan situasi aku sekarang nih (main character: overweight guy) so I can relate to it more. But then, buku Best Man ni is a good read, especially starting the chapter when Charlie found out that she's pregnant with Adam's child(ren). My rating is 7/10. Okey waaatttt.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

No comments: