Memula aku nak melahirkan rasa terkejut bila nengok interface Blogger New Post ni dah berubah. Nampak sangat la dah lama tak mengupdate blog dari Blogger (selalunye aku taip kat notepad dulu then baru paste kat Blogger, lagi cepat).
Ok, back to the subject.
Hari ni berjaya jugak aku mengabiskan menonton cerita Tokyo Dogs (kesalahan ejaan pada subjek di atas adalah intentional, sebab begitu la ejaannye pada kotak DVD tersebut). Tak tau la berapa lama masa diambil untuk menghabiskan dalam 10 episod gitu... padahal memang aku suka dengan jalan cerita nih. Maklomlah sekarang ni dah berazam baru, jadi konon2nya nak masuk tido awal dan mengurangkan masa untuk mengadap laptop ini selepas balik keje. Hmmph, hampeh.
Cite ni - kalau mengikut sinopsis aku sendiri - mengisahkan dua detektif yang bersama2 bekerjasama untuk menangkap seorang bapak yakuza Jepun yang agak handal la. Sorang ni nama dia Takakura Sou (高倉奏), detektif elit dari NYC. Bapak dia kena tembak depan mata dia sendiri, so dia ni macam bertekad la nak menangkap penjahat ni yang katanya duk kat NYC tu. Lepas tu bila dia tak dapat tangkap penjahat tu dalam satu operasi membanteras pengedaran dadah besar-besaran, dia pun mengoffer diri untuk pergi ke Jepun.
Kat Jepun, dia pun dipartnerkan dengan seorang detektif yang sempoi bernama Kudo Maruo (工藤マルオ) - eh macam Kudo Shinichi pulak ahaks nama dekat2 gitew :P. Oleh kerana perangai dia ni yang gegila (salah satu punca ialah dia merupakan ketua delinquent masa muda remaja dolu2), dia ni kira merupakan complete opposite la dengan Sou yang cool dan disciplined itu.
Dalam misi untuk menangkap yakuza yang bernama Jinno, seorang perempuan bernama Matsunaga Yuki (松永由岐) menjadi kunci utama untuk mencapai kejayaan (cewah). Tapi oleh kerana perempuan ini hilang ingatan jadi proses penangkapan tu agak delayed la. Tapi dalam masa delayed tu - seperti biasa akan ade situasi ini, dah nama pun drama - Yuki tu mula care terhadap kedua2 Sou + Maruo, and vice versa.
Cast:
Oguri Shun as Takakura Sou
Mizushima Hiro as Kudo Maruo
Yoshitaka Yuriko as Matsunaga Yuki
Both main actors lakonan depa memang baik. Maklomlah dah banyak drama belakon kan. Si Yoshitaka ni pulak memula macam tak best. Tapi towards the end, bole la aku nak terima. Cuma satu part yang aku tak leh nak terima sangat adalah part di mana dia bercakap dengan suara yang sungguh annoying. Aku ingat Fukada Kyoko je yang cakap dengan nada sebegitu. Nasib baik la sesuai dengan dia nyer appearance.
I'm giving this drama 8/10. I'll be inclined to get this DVD for myself (ni pinjam Irni punye daaa) and re-watch the drama, but suara Yuki yang annoying tu membuatkan aku takkan nengok balik dalam masa terdekat. Based on this drama, one other drama I'd like to recommend is SP (Security Police). This one is really tight, I seriously loike. Read the synopsis here: http://wiki.d-addicts.com/SP
ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy
No comments:
Post a Comment