Tuesday, August 16

Ngek.

In the mood for Shut Up! by U-Kiss

Balik keje tadi, selepas menghantar Maziah balik ke rumahnya melalui jalan yang lebih senang dari menggunakan jalan ke KL untuk ke Ampang Point, terasa seperti nak makan McD. Tak kisah la GCB ke Filet O Fish ke. Tapi nak McD.

Bila dah sampai dekat2 simpang masuk ke jalan senang nak gi McD, tetiba tukar fikiran, Makan KFC pun bes gak. So pergi la KFC yang dekat BBA itu.

Kepala dah terbayang Colonel burger yang double tu. Macam bes. Tapi bila sampai kat kaunter, gatal mintak Xmeal.

Pastu cashier tu pun cakap, ayam tinggal yang spicy je. Alamak! Sudah merasa sedikit kureng sebab kurang minat ayam spicy KFC. Tapi sebab terasa nak makan ayam so beli la jugak.

Sampai rumah, sekali tengok.. ada sate. Ngek. Selalu macam ni. Andainya aku tahu ada sate kat rumah, tak de la aku beli ayam spicy tu.

Tapi since dah beli, maka aku ngap jugak la. Sebab seketul je. Nanti kalau tinggalkan untuk semua olang time sahur, rasa tak fair pulak sebab seketul je.

Lepas makan ayam spicy tu, sakit kepala akibat minyak. Ntah-ntah sebab tapak kasut. Ngek. Padan muka, nak beli sangat.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

No comments: