Sunday, January 1

Segment One: The Daily Journals - Day 5

In the mood for watching Running Man

The final day untuk pergi berjalan2 di Seoul. Oleh kerana check-out time pukul 10 pagi, so nak tanak kena la pack siap2 untuk keluar. Barangan tinggal kat bilik Fadi dulu (sebab dia balik KL lambat lagi).


That's my bed over there. Baru clear nak ambik gambar. All these while tak ambik sebab takde housekeeping. Dah nama backpackers. Bilik di sebelah kanan tu ialah bilik air. Yessssss.... satu kangkang je dari katil.

Lepas angkut barang tu, kami pun menggesakan diri mencarik Tourist Info Centre di sekitar tempat kami jenjalan pada hari pertama dulu. Sebabnya baru tahu kat sana boleh pakai hanbok free.


Scarecrows comel di luar info centre tu :D

Sampai kat situ, semua essited nak try baju. Aku lak... huh... tak try sebab yoryor je konpiden takde saiz (sebenarnye segan sebab badan berpeluh2 pusing2 Insadong tu carik tourist centre :P)


Gisaeng cun bersama para kongju

Pinjam topi gisaeng jappppppp

Bantal

Alat permainan dahulu kala. Yang kat kiri depan tu ialah batu seremban

Barang hiasan

Lepas puas hati mengambil gambar dengan baju tradisional Korea tu, kami pun pergi shopping di Dongdaemun market. Memula carik kasut dulu sebab kaki dah macam nazak sangat dah, lagipun nak bawak pergi London pulak 2 minggu selepas itu. Alhamdulillah jumpa jugak!!! Tapi punyalah susah nak carik, ajumma yang jual tu pun beriye2 mencarik dalam stok dia bawah meja..

Lepas tu gi tpt jual pakaian dan beg2 di satu shopping centre ni. Macam Kotaraya pun ade jugak rupa tempat ni. Mencarik2 jeket pink untuk Maziah tapi tak jumpa. Carik2 beg, jumpa satu berkenan di hati. Leather betul katanya. Tapi harga kok mahal? Tak pedulik lah, memang nak berabis duit. Carik juga beg untuk Omma. Jumpa gak, tapi rasanya imitation. Tapi cantek jugak la, dan bersyukur dia nak jugak pakai beg tu pergi kerja dan berjalan2.

Dah pusing2 tu sampai la ke tingkat atas... mencarik Loving Hut, katanya ada kat sana. Sekali tanya orang, rupanya kat bangunan lain. Adehh... dah la penat, lapar jugak. Sekali sorang pakcik ni ajak makan kat kedai dia. Fadi cakap kitorang tak makan babi, dia cakap dia tak jual babi. Bape kali tah kompem, siap tengok menu lagi. Memang kompem tak jual babi.

Jadi kami pun start mengoder makanan... yang tidak berasaskan daging, semestinya.


Nasi goreng seafood

Kimchi jjigae... or dwenjang jjigae? Tak ingat

Set makan mewah. Di sebelah kiri nasi goreng ialah tteokbukki free

My spicy nakji bokkeum (spicy baby octopus), yum!!!!

Another angle... masa ni masih menggelegak sebab pakai hot plate :P

Kenyang perut, senang hati. Maka selepas itu kami pun berangkat ke Namdaemun market pulak untuk membeli brooches, katanya kat situ murah. Beli la seketul dua untuk majlis tunangan my sis, and some for the rest of my family. Lepas tu carik lagi jeket Maziah, only to buy my own jacket for work. Sayangnye ajumma tu tak de mesen resit, kertas resit pun takde. Takleh nak claim huhuhuh sideh.

Selesai membeli belah, masa untuk pulang. Me, Ain and Ika dah ready nak hop the train back to the airport, sebab flight pulang pepagi buta. And then suddenly Fadi mengajak naik night bus tour, lalu jambatan yang merentasi sungai Han di sekitar Seoul. Sejam lebih je... sempat la nak kejar train last ke airport (walaupun tak bape confident).

Lucky pick-up point dia belakang hostel je, dekat ngan Cheonggyecheon stream.


Selepas itu me, Ain and Ika pun tergesa2 mengejar last train ke airport. Alhamdulillah sempat jugak sampai sana sebelum masuk hari baru, selamat dari membayar extra sewa telepon :) Sesudah pulangkan henfon sewa tersebut, kami lepak2 main tenet jap sebelum mencarik tempat nak tidur sementara menunggu waktu untuk check-in.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

No comments: