Thursday, September 15

Hari...

mengenangkan aku baru nak rasmikan memes ni, aku kasi la 3 soalan sekaligus yer :D

Dalam seminggu, hari ape yang merupakan hari kegemaran korang? Isnin ke, Jumaat ke, Ahad ke... dan kenapa?

aku suka hari rabu. dari dulu lagi aku suka hari rabu. kat kawasan perumahan aku, pasar malam hari rabu. masa kecik2 dulu, hari rabu banyak citer best. pastu kat sekolah dulu, selalunye hari rabu la yang ade banyak sabjek best. kalau nengok wayang, selalu hari rabu tiket dia harga murah. :D

Dalam setahun pulak, apekah satu hari yang jadi kegemaran korang? Hari lahir ke, hari merdeka ke, hari valentine ke.. dan kenapa?

aku suka hari satu muharram. teringat sejarah hijrah rasulullah (saw) dari mekah ke madinah, yang mana menjadi tanda bermulanya penyebaran agama islam di seluruh pelusuk dunia. tak kisah la kalau opis aku tak cuti pun. as long as aku ingat perjuangan rasulullah (saw) untuk menegakkan syiar islam :)

Dalam selama korang hidup kat muka dunia ni, apekah satu hari yang sungguh bermakna bagi korang? Hari nikah ke, hari cerai ke, hari grad ke.. dan kenapa?

that would be hari arwah nenek aku sebelah mak meninggal dunia. by the time sampai kat kampung, arwah dah nak sampai kat kubur.. tak dapat nengok muka arwah buat kali terakhir.. sedeh tau. dah la tak sempat mintak maaf & halalkan everything.. huhu sedeh sedeh.

okeh tu je buat hari ni. esok datang lagi! jawab tau, jangan tak jawab!

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

No comments: