Sunday, September 4

Songsang

In the mood for poetry

maafkan aku kerana sering saja berlaku songsang
terutama di perayaan tahunan seperti hari ini

apabila orang lain telah lama duduk
aku bangun berdiri

apabila orang bangun bertepuk
aku duduk

apabila orang lain ghairah berbincang
aku tidur

apabila orang lain melepaskan merpati
aku menabur padi

orang lain telah merdeka
aku belum

maafkan aku kerana sering sahaja
berlaku songsang

aku hanya ingin mengingatkan


-a latiff mohidin

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

No comments: