In the mood for Peach Girl - Anime
berjaya jugak nengok anime peach girl sampai abih. ade 25 episod pun. seronok betul nengok! nanti bila dah beli hdd baru (bile la nak beli ni... duik pun tarak) nak dl balik semua dan burn. harharharhar seronotss!!!
cite ni pasal sorang budak pompuan ni nama momo. kulit dia agak gelap, rambut dia macam bleached. jadi dia tak nampak macam budak sekolah jepun yang biasa2 la (kulit cerah, rambut itam). orang mengata dia, cakap dia ni jenis liar, kaler rambut dan 'tan'kan kulit. padahal sebenanye dia jadi cam tu sebab dia masuk swimming team masa junior high. character dia more to cheery, tak takut hadapi cabaran, buat dono ngan cakap orang, caring kat kawan2 dia.
disebabkan masa mula masuk high school dia takde kawan, ade sorang budak pompuan nama sae berkawan la ngan dia - tapi ade niat buruk, momo tak sedar - dan terus jadi 'kawan baik'. sebenarnye sae ni jeles ngan momo, ntah ngape tah. ape momo suka, dia pun nak. character dia more to thinking highly of herself, hasad dengki, suka nengok orang lain suffer, selfish level SS (super saiya harharhar), tak pernah puas dengan apa yang dia ada.
momo minat sorang budak lelaki ni, nama toujigamori (pendekkan jadi touji - nama keluarga tuh). disebabkan dia dengar touji ni suka pompuan kulit cerah, momo susah payah la nak putihkan kulit dia balik - tak nak join aktiviti berenang lagik. bila sae ni tau momo suka kat touji, dia pun mula la niat buruk, nakkan touji jadi milik dia. banyak la aktiviti yang dia buat so touji nampak momo tu jahat sokmo. character touji ni more to 3c (calm, cool, collected), pemalu, reliable, caring, protective of the person he cares about.
pada masa yang sama, okayasu minat kat momo. sebabnye dia ingat momo pernah selamatkan dia masa dia cuba nak bunuh diri. jadi bila touji ni asek termakan kata sae, okayasu ni sentiasa macam kasi sokongan kat momo. character okayasu ni more to jovial, cheery, funny, comel and sometimes a bit annoying, caring, understanding, pandai sembunyikan perasaan sendiri.
what makes me love this anime is, episod 1 je dah banyak scene kelakar+best. lepas tu jalan cerita dia pantas, tak sabar2 aku nak nengok episod seterusnye. perjalanan masa pun pantas gak. setiap episod mesti ade scene gembira. ade jugak several parts yang touching. kiranya, aku lagi suka ni dari full moon wo sagashite. tapi kalau nak ikutkan baru 2 je shoujo anime yang aku dl+tgk abis :P ohhh silap, lupa nak masukkan tsubasa chronicle (trc). tapi trc slow giler huhuhuhu....
hmm ape lagi shoujo anime yang best ek? mana nak dl karekano ek?
ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy
No comments:
Post a Comment