Thursday, January 18

The Great Flood of Johor

In the mood for H.O.T's Aiyah

Hmm.

Memula ok je kat kampung aku. Kat Benut. Takde banjir. Pada minggu pertama 2007. Masa apply cuti ari tu, bila orang tanye Raya Haji balik kampung ke, aku jawab ye. Bila cakap kampung kat Johor, orang tanye tak banjir ke? Aku pun dengan sedikit berlagak pun berkata, "Heh kampung aku kat Benut, insya-Allah tak banjir. Lagipun kawasan agak jauh dari sungai/laut."

Bila balik kampung, sebelom sampai rumah Mak Long, lalu Sungai Benut dulu. Hmm. Paras air macam tinggi je. Sebelom sampai seberang sungai, ade la nampak sedikit tempat yang banjir dalam lebih kurang takat buku lali je. Lepas seberang sungai alhamdulillah selamat. Buat kenduri doa selamat malam tu pun selamat. Balik pun selamat.

Dah, lepas tu balik la ke rumah. Ok je lagi walaupun on the way back hujan lebat tak ingat.

Dalam last week kot, Ibu ngan Bee balik kampung, nak selesaikan pasal tanah. Still ok je. Dah balik rumah, the next day klua berita, banjir dah melanda kebanyakan tempat di Johor. Ibu tepon Mak Long. Dia cakap air dah naik, diorang pun ready2 nak pindah.

Semalam kezenku Faiez mengfowedkan gegambar yang kakak dia sempat amek 14hb Januari 2007 (evident on the piccies themselves):







Terasa cam sedeh giler.. sebab rumah Pak Ngah aku kan... and also kawasan rumah arwah nenek aku (takde dalam gambar). Kalau ade gambar kawasan rumah arwah nenek aku mesti rasa lagi sayu, sebab (alkisah) baru je bina rumah baru atas tanah tu (rumah lama dah kena roboh sebab dah terlalu usang) pastu baru je masa Raya Haji ari tu scavenging (betul ke phrase ni?) barangan2 lama yang still selamat. Baru je cuci semua pinggan mangkuk yang lama2. Baru je kumpul balik gambar2 yang lama2. Baru je susun balik perabot yang masih elok. Dah tu pulak rumah Pak Long ngan Pak Ngah yang paling dekat ngan rumah arwah nenek (yang telah di upgrade tu) banjir gaks, mana nak selamatkan barang sendiri lagi, barang sentimental value di rumah arwah nenek lagi... I don't know what have become of those stuffs. Yang pasti Ibu mesti rasa sayu giler.

Tapi cayalah Kak Santi (pic #2), dalam banjir pun maintain cool!

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

1 comment:

anne said...

aku tumpang sedih. Ngeri dgr citer member buaya berkeliaran kat tingkat bwh rumah, so sumer org sembunyi kat tingkat atas! Seriously. I never watch the news anymore.