Monday, April 9

Pasangan Fantasi

In the mood for nengok citer korea.

Baru je lepas nengok citer Fantasy Couple (or Couple or Trouble) lakonan Han Ye Sul ngan Oh Ji Ho. Suka!!!!



Cerita ini mengisahkan seorang perempuan kaya bangat dan bereperangai camsial yang bernama Jo Anna (HYS) yang telah kehilangan ingatan (tetapi bukan perangai) dan telah di bawa pulang oleh Jang Chul Soo (OJH), seorang yang gile duit (shamelessly). Pada mulanya Chul Soo membawa Anna pulang ke rumahnye untuk membalas dendam kerana perempuan itu telah mengakibatkan dia kehilangan banyak duit. Chul Soo telah membohongi Anna yang diorang adalah pasangan kekasih sebelom Anna kehilangan ingatan, so nak tanak Anna kena la ikot Chul Soo balik. Jadi Anna yang tinggal di rumah Chul Soo pun terpaksalah membuat keje2 rumah harian yang sebelom ini dia langsung tak penah buat. Chul Soo pun tak abih2 membuli Anna sebab perempuan itu tak abih2 mengabihkan duit dia (maintenance tinggi woooo).

Tetapi, seperti biaso la citer korea, as the story develops, lama kelamaan merekapun jatuh chenta...sebelom Anna dapat balik ingatan dia. And suddenly Anna remembers everything bila dia jatuh dalam kolam mandi di rumah dia sendiri. But then sikap dia telah menjadi kurang vicious berbanding dahulu, membuatkan laki dia berasa bersalah. Jadi akhirnya Anna and the laki pun bercerai, and Chul Soo dapat bersama2 kembali dengan si jantung hati. Tammat.

Suka sangat nengok cite ni. HYS berjaya bawak watak Anna dengan baik. Memang sesuai raut muka HYS untuk menjadi perempuan yang bongkak tetapi sungguh la comical. Pastu ade pulak scene2 yang mana watak Anna ni comel sekali. Sampai tak leh nak benci lah. Pastu OJH pun bes jugak. Walaupun banyak scene2 membuka baju pada awal2 cerita, namun itu tak mengefek qualiti lakonan dia. I mean, kalau dia tak de scene membukak baju pun mmg watak dia beh la.

Tajuk "Fantasy Couple" ni pulak based on the times Anna spent together with Chul Soo sepanjang dia amnesia. Jadi bila dia dah dapat balik ingatan dia, terasa cam mende tu bukan real.

Hmm tu je la. Nanti lepas2 ni nak review GoongS pulak!

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

No comments: