Tuesday, October 30

Update Ntah Pape


Winamp playin' Zen Me Ban by S.H.E

Hmm... daripada mengupdate blog ni dengan mende2 yang aku sendiri pun malas nak baca, baik aku update merapu2. kan kan kan muhahahaha :P

mulai hari ni... well, isnin actually :P my shift dah tukau jadik 4pm-1am. sempena berakhirnye daylight savings di negara penjajah. jadi dengan itu, sampai ke rumah dalam kul 2 pagi. kalau tak nak terlepas solat subuh, berjagalah daku sampai subuh. dah tu lepas solat subuh bukannye tido terus, lagi2 kalau pc/leptop ni tak ditutup sebelom solat subuh.

sebenarnye pada waktu menaip blog ni, aku tengah load citer jepon bertajuk 'Kuitan', yang membawa maksud 'detektif yang asyik makan'. bila dah abih load nanti (load kat crunchyroll), buleh la aku tonton sambil melipat kain, dah alang2 nak berjaga sampai subuh kan.

perihal status mengejas template ni pulak, nanti aku nak letak links ke webbie yang daku suka singgah. mmg la senang je kalau nak letak blogroll punye link yang daku pakai dulu, tapi karang takut ntah ape2 pop-up pulak yang keluar (macam sebelom ni la).

emm kalau ikutkan hati nak je buat review cite 'King and the Clown' dan 'My Tutor Friend' yang daku tuntun semalam (dan juga review hanakimi versi taiwan vs. jepon, dan juga oh soo jung)... tapi tu maybe lah masa rajin kang.

emm ok leh dah abih load dah cite kuitan nih. nanti rajin2 update lagik. bersama ini saya sertakan MV Koda Kumi - Last Angel (ft THSK) (subbed). Enjoy.

[edited 11-Nov-2007]

Oleh kerana link ke vid di atas telah diremoved, bersama ini saya sertakan vid lagu kegemaran saya yang dinyanyikan oleh orang lain.



ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

No comments: