Friday, November 30

Charming

Winamp playin' Han Buhn Do, OK? by CSJH The Grace

Aku ni tak pernah2 laa nak baca buku romance... sebab aku tak bape suka nak baca cite pasal this and that yang biasa dalam buku genre nih... sekali aku terjumpa la buku The Charm School by Susan Wiggs kat bilik adikku.. bila dah baca tu suka giler aku ngan cite ni!!!

Buku ni mengisahkan seorang pompuan socialite dari Boston jatuh chenta dengan seorang kapten kapal yang sungguh flamboyant. Setting dia sekitar tahun 1851-52 gitu, so buleh bayangkan la dia punye dressing whatsoever.

Si pompuan ni, Isadora Peobody, kire macam intan terpilih la... Family dia semua lawa2 dan accomplished gitew, tapi dia ni agak kurang cantik la pada pandangan mata masyarakat Boston pada zaman tu. Jadi untuk melarikan diri dari segala yang membuat dia rase tersisih, dia pun mengambil peluang keemasan untuk menjadi seorang translator di atas sebuah kapal yang menuju ke Rio.

Kapal tu pulak diterajui oleh kapten Ryan Calhoun, seorang yang sungguh flamboyant gitew. Dia ni sebenonye anak orang kaya, tapi dia sanggup meninggalkan itu semua untuk membebaskan family sorang kawan dia ni dari slavery. Jadi dengan kesibukkan dia nak mencarik duit untuk mencapai cita2, dia pun kire cam "takde masa" laa nak melayan si Isadora ni.

So bila dah set sail bermula la pengembaraan yang menarik... masa aku baca tu aku teringat kat elizabeth swann n jack sparrow... siap buleh terbayang lah kalau cite ni jadi mubie camne la setting dia. Isadora ni kire agak aktif jugak la atas kapal, sampai semua orang menjadi terpesona dengan character dia berbanding masa kat darat. Ryan dari memula tak suka sebab, ye lah, kapal kan "a guy's thing", lagi2 kapal kargo... bila ade je pompuan blend in dengan semua crew musti rasa tercabar. Tapi lama2 dia pon jatuh chenta (tapi tanak admit lagi la).

Bila dah sampai kat Rio Ryan pun coba meluahkan rasa chenta, tapi disebabkan Isadora ni kurang confidence (dan juga Ryan tau Isadora suka kat jantan lain) so bila taim lovemaking tu terasa seperti khayalan semata2 (diorang smoke weed dulu beforehand). Lepas tu mula la diorang rasa janggil nak berjumpa, tapi dalam hati masing2 tau dia dah jatuh chenta..

Bila dah samapi Boston balik, tiba masa untuk berpisah. Isadora pun bersiap2 la nak pergi ball terus dengan berpakaian serba sombre, tapi suddenly semua crew dengan ikhlasnye tolong dia siap2 dan jadi seorang wanita tercantik. Masa Ryan antar dia naik coach nak gi ball, sempat dia cakap ngan Isadora yang dia memang betul2 chenta, then kissed her. Isadora pun gembira sangat2, dia tak bertepuk sebelah tangan. B4 dia pergi, Ryan cakap dia akan jumpa Isadora kat ball. Tapi tunggu punye tunggu, tak datang2 jugak Ryan tu. Isadora pun panik. Then sampai la berita Ryan and the crew tenggelam bersama kapal ke dasar laut. Abih hancur luluh hati dan perasaan Isadora. Kehidupan dia lepas tu macam zombie je.

Sekali satu malam kat satu ball ni, tetibe je ade satu geng berpakaian pirates crashed the party. Isadora memula tak percaya, tapi bila dah kompem ketua pirate tu Ryan dia pun jadi gumbira sangat2. Diorang pun lari dari ball tu happily.. dengan bakal cahayamata. Fin.

Sore ja, my conclusion is, the story is really charming and enjoyable. Bak kata review kat belakang buku tu, "...an irresistable blend of The Ugly Ducking and My Fair Lady."

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Sunday, November 25

Konsert Lubang Sinki: "O" Live (3/4) in Malaysia

In the mood for watching Shin Domoto Kyoudai


Hahaha... pegi konsert lobangsinki lagi aku ni.. Kali ni konsert TVXQ: The 2nd Asia Tour. Macam tahun lepas, malas jugak nak pegi.. Tapi since adek2 ku dah beriye pulak nak pegi, well, why not rite?

Konsert start on time (kot.. tak ingat) pulak tahun ni... baguih la. Tak de la tensi duk statik pulak macam tahun lepas. Tapi since tahun ni duk dekat free seating punye tempat, agak tensen la bila taim nak masuk tu, maklomlah nak book tempat yang buleh nampak jelas. Hmm dapat la jugak tempat yang strategik, tapi tak de nampak muka bebdak tu la.

Kalau tahun lepas diorang masuk dari ataih, tahun ni masuk dari bawah pulak. Bawak lagu ape tah tajuk dia, macam lagu anime tu. Tak live la. Expected wat, sebab lagu laju. Bila masa tah diorang bawak lagu laju (yang sambil menari secara beramai2) secara live dak? Well, Japon punye lagu buleh tolak tepi la. Tapi... agak kechiwa sikit sebab Yunho tak nari bersama2... sebabnye kalau tak salah aku la dia sakik belakang b4 konsert depa kat korea lagik. hmm...

Hmm susunan lagu pulak aku tak ingat la pulak macam tahun lepas... tahun lepas tu mebi sebab aku teruja sangat kan, 1st time gi konsert live. Tapi yang aku ingat ade la diorang buat macam akuarium, jatuh tenggelam lepas tu ade yang selamatkan pulak.. cantek diorang buat camtu. Kalau nengok dari jauh (maksudnye tak nengok dekat provided screens) nampak cam real pulak, sebab ade siap dengan efek buih2 keluar tu..

Banyak jugak la beza dengan tahun lepas nyer konsert. Antaranya ade solo performance, semua orang nyanyi. Miki ngan changmin nyanyi lagu omputes. Yunho perf dance, tapi tuhan je tau betapa kontrolnye dia tahan sakit. Hah. Dalam semua perf solo aku paling suka Junsu punye la, so energetic. Siap ade air hujan (buatan) turun atas dia. Jejung seperti biaso suara power.

Perbezaan lain ialah tak de penyanyi jemputan buat perf sendiri can suju tahun lepas. Yang ada sorang pompuan (sape tah nama dia) buat perf timeless ngan Junsu. Oh ye dan dia nyanyi part boa dalam triangle - the 3nd perbezaan - tahun lepas versi pendek punye yg takde part pompuan tu.

Then, almost 3/4 of the songs depa nyanyi live. Yang laju2 mostly bunyi macam miming sebab takde bunyi miki semput muhahahaha :P~ Kudos to their effort this time.

Next one was... ade lagu HiYaYa!!!! Tahun lepas takde!!! Agak terkilan jugak la sebab lagu tu depa nyanyi lepas kitorang blah dari seats, kononnye nak balik awal la.. But then serunduts jugak sebab ade kan.

Maybe ade yang terbaca aku punye entry tahun lepas n sampaikan kat depa kot.. sebab tu ade solo perfs n HiYaYa harharhar! All in all a bit ok la from last year.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Thursday, November 22

Mianhae, Nomu Mianhae...

Winamp playin' One-Eyed Fish by Ji Hyun Woo

hmm harap di hati nak kongsi vid lagu ikan emas mata sebelah ni... sekali bila dah post dia cakap vid unavailable pulak.

takpelah. kongsi lagu classical pulak.


Edward Grieg - Peer Gynt: Suite No. 1, Op. 46: IV. In The Hall Of The Mountain King (Alla Marcia E Molto Marcato)

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Saturday, November 17

Cerita-ceriti

Winamp playin' Track 9 of an unknown album

hmm... semenjak blogger ni di block di opis, daku pun malas laa nak mengupdate. bukannye tak buleh nak update dari rumah, tapi dah asyik balik rumah nengok dvd or crunchyroll je keje...bila nak mengupdatenye kan? dah tu elok2 je dia block taim aku tengah nak rajin mengupdate... hahahampeh.

nak ceritera pasal annual dinner hari tu kah? hmmm.... hari tu datang 2 jam lambat (kes bangun lambat dan mekap fadi tak jadi la ni... heh). tak dapat duk ngan bebdak team aku sebab kitorang 2 org, tempat ade 1 je pun. tapi ok la jugak sebab ex fadi ade kat meja sebelah hahaha. lepas tu kat tempat budak fd pun takde kosong (janji kosong sungguh... binchi kawan ngan orang cam ni). alhamdulillah ade tempat kosong dekat kawan fadi nye meja. and then masa kitorang duk tu, elok2 je diorang serve appetizer. belom makan lagi diorang ni sebenarnye.

sambil2 makan main course tu (lauk ok la... buleh tahan) nengok la performance dekat stage (meja kitorang ni sebelah stage je..). perf pertama yang keluar... drag queens!!! nasib baik la duk tepi, so tak nampak sangat. tapi geli jugak la nak nengok dari tepi pun. lepas tu baru la start battle of the bands... heh tak sedap pun perf yang pertama tu. lepas tu sambung balik drags, lepas tu band lagik. 2nd band ni ade tok.. haha budak yang main guitar masa aku perf untuk RNR dulu. fuhh pakai sejibon macam mamat rock kapak. tapi main gitar beh la.

then aku n fadi kluar dari hall, pegi toire kat tingkat ataih. muhahaha beh giler sebab kosong je dalam tu. so buleh la aku mengejas kain yang ketat nak mampos tu dan juga membetulkan tudung yang senget. lepas tu kitorang masuk hall balik, jumpa2 ngan orang. aku ade la jugak mencarik pompreng tu nak nengok baju dia seksi mana, lepas tu si dodi cakap dia pakai sopan giler, siap bertudung tu. ghopenye bawak bf dia skali. dengarnye bf dia ustaz. paie kot. then masa aku jalan dari meja team aku nak kembali ke meja aku, fadi la cakap lokasi pompreng tu kat mana. tapi aku tak nampak la jugak. lucky her lah. haha.

lepas 2 jam kat event tu, kitorang blah, gi tuka baju, pakai baju kebanyakan balik. lepas tu gi minum ice blend kat dome cafe klcc. heh. begitu la alkisah.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Friday, November 9

KEBOSANAN!!!!

In the mood for Chicken Cordon Bleu (tak pedulik la ejaan dia)

KEBOSANAN!!!!

Hmmm kenapa laaa items aku untuk diproses ni belom masuk lagi??? giler bosan ni, tak tau nak buat ape. last2 blog. tapi idea nak blog pun tak de. grr grr

esok ni annual dinner. jadi balik kang nak kena tido awal pulak supaya buleh bangun awal dan pegi meneman fadx mekap. aku tak de la nak mekap2 ni... pakai je mekap sendiri dah. muhahahaha.

big possibility pompuan yang aku tak suka tu pun ade kat sana, walaupun dia last day hari ni. haha ingat bes sangat la dia tu. ari ni pakai sopan sket (baju tutup punggung). tapi esok ntah la.. dengar2 last year pakai spaghetti strapped dress. tahun ni pakai lagi daring kot. nak kasi "good" impression kat jantan2 kat sini kot, let them see what they'll miss (will update on this tomorrow after the event hahaha :P)

hai... kebosanan sungguh.

bosan pasal item tak masuk lagi la ni. bukan pasal pompuan tu. takde makne nye.

(main ketuk2 jari kat meja jap)

oh ye. dah bosan2 ni baik daku buat 4-4-4-4 meme yang telah ditagkan oleh anne several months ago.

Four jobs in my life:
1) daughter to my parents;
2) sister to my siblings;
3) good friend to my good friends;
4) humble servant to The Creator.

Four countries I’ve been on vacation:
1) only
2) in
3) my
4) dreams.

The truth is, haven't been to any other country for a vacation! Oh, except France, and that was for 1 2/3 day. Rushing giler. Takleh gak nak kira vacation tu... I consider that as a lawatan cik dibah only.

Four of my favourite food:
1) ramly burger. 10 on the YUM scale.
2) nasi beriani gam - Johor mali!
3) nasi ayam linda onn - sedap dimakan begitu saje! yup, even without the chicken!
4) laksa. tak kire la laksa penang ke laksa johor ke laksam ke... janji kaw.

Four places I’d rather be now:
1) home
2) in a jacuzzi
3) in a new house
4) in a new car

Four friends to tag:
1) cik charon
2) shariza
3) anis
4) kran - wehh apdet la blog kau... ni balik2 entry paling recent pasal mommies' day.

well... guess that's about it. for now.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Monday, November 5

Kau Lupa Janji

In the mood for Kau Lupa Janji by Jamal Abdillah

...Ni gara2 dengar lagu click five la nih...

Kau katakan kau menyayangi diriku
Ku percaya segala kata-katamu
Apa saja kau hajati
Aku cuba memenuhi
Kerna ingin menjaga hati

Kau katakan biar apa pun terjadi
Kau dan aku sama-sama menghadapi
Paras rupa bukan ukuran
Bila hati dah berkenan
Kernamu rela berkorban

Aku selalu memikirkan masa depan
Antara kita berdua hidup bersama
Setiap kali ku lahirkan hasrat hati
Kau pintaku memutuskan perhubungan

Sejak itu ku tak pernah kau kunjungi
Teman barumu lulusan luar negeri
Berkereta sana sini
Diriku tak kau kenali
Mudahnya kau lupa pada janji

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Friday, November 2

It's a Nice Day to be Alive

In the mood for Into the New World by SHSD

Balik keje semalam:
1/ kena naik cab.. tu kire biase la.
2/terlocked luar rumah sebab ade kunci patah dalam mangga grill pintu. alhamdulillah pintu & grill sliding door tak kunci.
3/ tak jumpa playar nak cabut kunci tersekat dalam mangga. alhamdulillah buleh cabut guna jari je walaupun dengan sepenuh tenaga mengorek dengan lidi supaya terkeluar sedikit.
4/ kereta ibu park dekat sangat dengan cabinet kasut, susah nak lalu sebab ade pasu bunga. alhamdulillah pasu tu agak senang nak di alihkan.
5/ bau tahi kucing yang mega kuat dalam rumah dekat dengan meja makan. buat tak tau je.
6/ suis peti ais buat hal lagi. habis cair eskrem. alhamdulillah tak yah makan eskrem tu.
7/ lutut makin menjadi2 buat hal. ingat nak kena buat check up lah.

Bangun tido:
8/ banyak betul alatan dapur nak kena basuh. padahal yang bersarapan pagi tu 2 orang je. lari timing. alhamdulillah fadi drive ari ni.
9/ 2 bangkai tikus depan rumah. dah jadi satu lagi keje nak membuangnye. lari timing. alhamdulillah fadi drive ari ni.
10/ sampah kat dapur punye banyak. alhamdulillah tak de maggots, n oso dah beli plastik besar supaya buleh angkat sekaligus.
11/ bau tahi kucing yang mega kuat dalam rumah dekat dengan meja makan ade lagik. buat tak tau je.
12/ suis peti ais buat hal lagi. nasib laaaa kalau ikan2 ayam2 dari 2 3 minggu lepas rosak semua. malas nak layan. biar jadi pengajaran.

On the way to work:
13/ sakit lutut makin menjadi2. Kena amek lebih kalsium kot..
14/ Kat ampang point ade jual dvd murah... dvd yang beli hari tu rega dia dapat 38. yang dijual kat amp pt nih 36.90. rm1 pun berharga woo!!
15/ Takleh nak tido dalam perjalanan ke opis sebab menumpang fadi kan. Maksudnye, kalau naik keter lagi cepat sampai, gitu lah adenye.
16/ Tertripped dekat divider jalan. Abih seluar kotor.

Masa kerja... perkara biaso je. Mamat depan ni datang lambat, item lambat masuk, system problem.


What made my day was... just now I was informed that I got the post I applied about 2 months ago. Alhamdulillah.

It's a nice day to be alive.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Yawn...

Winamp playin' Lies by Big Bang

"... and I'm so sick of love songs... and I hate 'em love songs... memento of ours... GOJIDMAL!

ces. elok2 je aku nak tido, gatal pulak nengok crunchyroll kot2 ade music vidiu baru. sekali ade pulak la perf lagu Lies by Big Bang nih. pastu klik. pastu suka sebab vid dia hi-quality. argh!!! I'm a sucker for HQ vids! so.. suka la. dah nengok perf tu, nengok perf lain pulak (lagu yang sama la)... siap nengok lirik dia betul2 lak tuh... huhuhu.

anyhows, dah elok2 segar ni, ingat nak sambung nengok kuitan... tapi karang tak leh nak tido pulak. so teringat pulak nak update blog... jadi ni la resultnye.

ari tu adekku cia memborong vcd dan dvd dari kotaraya... giler punye borong sampai rm200 abih. beli cite ape?? hmm beli trick, trick2, trick3, kekkon dekinai otoko (ingatkan omiai kekkon... hahahaha :P), hanakimi, dan juga yamada tarou monogatari. gilerr tul. tak pernah la memborong sampai rm200 nih! rm100 tu penah la.. tu pun gatai membeli. sayangnye 2 dari cerite yang diborong tu tak beh - yang diborong sampai rm100 dulu tu la. yang sampai rm200 ni semua beh! harharhar macam bebudak je aku nih :P

sebab itu juga lah daku seperti malas nak sambung nengok kuitan secara online... tapi bila pikir karang tetibe je cite kuitan tu kena licensed kan dah takleh nak nengok lagi... dah kena sewa pulak (maleh la nak beli..) maka dengan itu aku meresolve untuk mengabihkan kuitan dulu... maklomlah cd2 ni kan buleh nengok bebila masa, bukannye ade tamat tempoh sewa kan harhar.

hmm ape lagi... rasenye tu je la kot for now. dah start ngantuk balik dah ni.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy