Saturday, October 9

SPA's 2nd Turn

In the mood for Cryin' by Aerosmith

No Kad Pengenalan : xx0417-xx-xxxx
RUJ. KAMI : SPA.PE(S)2xx/666/xx24 Jld.2
TARIKH : 04/10/2004

Tuan/Puan,

UJIAN KHAS MEMASUKI PERKHIDMATAN
PENERBIT RANCANGAN (GRED B27)


bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla. Butir-butir ujian adalah seperti berikut:

TARIKH : 19/10/2004
UJIAN : KHAS
BAHAGIAN : 1
SEKSYEN : A 09:00 - 09:40 PG
B 10:10 - 11:20 PG
C 11:50 - 12:30 PG
TEMPAT : DEWAN RAJAxxx
HOTEL xxxxx
bla bla bla bla bla

3. bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

SETIAUSAHA,
SPA MALAYSIA.

(SURAT CETAKAN KOMPUTER INI TIDAK MEMERLUKAN TANDATANGAN)


to everybody yg amek xm ni nanti, be prepared! gambaruyo! huhuhuhuhu

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Friday, October 8

The Death and The Strawberry

Winamp playin' *Asterisk (Bleach OP TV Edit) by Orange Range

anime bleach dah klua dah. 5/10 ari tu. gamba kat tepi ni amek dari anime tu la. seronot!! sebab bleach is one of my favourite manga. lain dari manga yang lain. harharhar :P malas la nak explain pasal manga ni, kalau nak tau gi kat http://bleach7.com. walaupon web tu belom siap lagi, tapi dia ade la citer pasal characters ngan jalan citer. tapi ade spoilers la kalau nak mengikuti anime dia saje.oh, kat situ pon ade link utk torrent anime tu. tak rugi nengok. muhahaha :P oh, bagi yg belom tau, asal usul nama blog ni: 'death' refers to rukia (pompuan kecik tepi ni; a shinigami/deathgod), 'strawberry' refers to ichigo (budak laki tepi ni; ichigo means strawberry), 'deathberry' refers to ichigo yang jadi shinigami. tu je. harharhar :P watak ichigo ialah antara watak manga yang sungguh kakkoii selain daripada roronoa zoro, hatake kakashi, uchiha itachi, dan yang seangkatan dengannye.

kat bawah ni ku letak several caps. mostly gamba ichigo la.























ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Wednesday, October 6

To The Moon and Back

Winamp playin' The Love Bug by M-Flo feat. BoA*

ever faced this experience before? i had. just yesterday. ahahaha :P serius woo.

kisahnye macam ni:
naik bas cityliner 222 nak ke uitm shah alam. kononnye nak pergi tu hari bersama pelanggan kementerian penerangan kat sana. duduk la dalam bas ngan cek fefe dan fadi.

dalam bas tu duk imagine... heh bas ni lalu lagi ke seksyen 17/18 cam 6/7 tahun yg lalu ek? windu plak nak nengok hostel lama masa zaman ppp dulu. ni kalau tak sempat sampai sebelom kol 1, ingat nak nengok2 balik sekolah lama :D (ni perancangan aku sorang la. yg lain tatau la camne kan).

sampai la kat hostel uitm. depan tu je, lepas bulatan, uitm yg nak dituju. nengok kat jam, ade dalam 10 min nak kol 1. heh.. tatau pulak nak turun kat mana, maklomlah dah lama tak naik bas ke shah alam, jadik tak sure. lalu kot depan tu hotel uitm. kot la tak lalu main entrance nanti, turun la kat sana kot.

bas pun jalan... masuk roundabout... pastu masuk balik jalan tadi. hoh!! horror plak aku dibuatnye. ha ha ha hampeh. dah tu, nengok jam, dah tak sempat dah kalau nak jalan gi uitm. so aku yg dalam kekompiusan tanye la sama cik fefe.. nak turun gak ke (sementara bas belom melepasi blok ostel). dia pon muka kompius dan letih (akibat ibs yg dialami pagi tu). pastu aku ingat turun la mana2, amek cab ke ape (sebab kesian kat cik fefe)... tapi tak jadik gak. las las tak turun pun kat shah alam, dah tu masuk highway balik ke kl tu.

tak ke macam to the moon and back?

dah le tak lalu seksyen 17/18. memang tak lalu kot, aku pon tak sure. maklomlah dah lama tak naik bas ke shah alam. masa prektikel dulu pon kalu nak balik rumah naik komuter saje.

mujur la ade tempat lain yang nak dituju lepas tu. jadi takde la rasa buang masa sangat. harharhar.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Monday, October 4

Senbei

Winamp playin' Hana by Orange Range



eh.. bukan senbei yg ni.. what i mean is the rice cracker. alah.. biskut beras tu laa.. tatau jugak ke? hihi takpe la.

ade banyak jenis senbei yang dijual di pasaran, selalu kat supermarket jepon seperti sogo and such. dalam banyak2 senbei ni aku paling suka wangwang senbei. puhahahahaha familiar tak nama ni? kat kedai dekat rumah aku pon ade siot. these are the reasons why i like this wangwang senbei:

- mende alah ni sejenis vegetarian food. bimakna no animal substance dalam ni. goreng pun guna palm oil. pastu dia claim takde cholestrol. okeh la tu kan.

- ade 40 keping senbei dalam satu peket, setiap kepingan senbei dipek dua keping dalam satu mini peket. so buleh la nak consume bebila masa tanpa perlu risau kepingan senbei lain masuk angin ke tak.

- tahap kemasinan dan kemanisan yang tak melampau. macam sedang elok je.

- bila masukkan senbei ni ke mulut, terasa macam sodium dia macam melting je. pastu bila dah abih sekeping terasa lagi sisa2 sodium yg masin2 manis tuh. macam rasa kicap manis la.

- ade peket desiccant(major ingredient: caustic lime) yang besar. since mende alah ni tak campur ngan senbei2, jadi peket dia bersih. bila senbei dah abih, buleh la guna desiccant ni, letak dalam jewelery box ke ape2 box yg prone to kelembapan la. macam thirsty hippo gitu.

dan yang paling utama : dapat sticker percuma!!! muhahahahaha :P

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Kisah Cerita Orang2 Lama

Winamp playin' Passion by Se7en

tadi nengok cite bawang putih bawang merah lepas nengok MI result show. cite zaman dolu2.. pelakon2 dia Latifah Omar sbg Bawang Merah, Umi Kalthom - Bawang Putih, Mustapha Maarof - Putera Raja. alah biasa klua tivi.. dalam setahun mesti tak kurang dari 2 kali. sekali kat tv3, sekali kat rtm. harharhar.

ha ni la nak cerita. since aku nengok cite tu dari lepas bawang merah tu kawen ngan putera (now king), jadi komen dari situ la ye. apsal la citer dulu2 ni selalu orang yang watak baik hati kena jadi lurus bendul jugak? contohnye, yang dia gi ikot sangat cakap mak kundur tu apsal? takde pikir rasional dia ke kalau buat jahat macam tu (eg. ayun kapak kat muka bila king masuk) buleh tau king sayang ke tak kat dia? nape la skrip macam tu punye lubuk? anyhows, takleh nak cakap ape la kan sebab tu cite dulu2. sudah pasal bendul ni. lagi satu yg tak kena tu kan, nape la senang sangat si king ni maafkan mak kundur bila bawang merah mintak dia maafkan? at least ringankan je la hukuman dia. buang negara ke ape. hantar rumah orang tua2 ke. muhahahaha :P kalau conclusion dia macam cite ever after kan beh. yang baik dibalas baik, yang jahat dibalas kurang baik. takleh la balas jahat. keji tu.

ha! hampir2 lupa lak. ngape ek.. kalau ade scene hukuman dari tuhan akibat menghukum orang yg innocent, hukuman dia jarang sekali kena kat pembesar2 yg berlagak kool, konon mende2 camtu takkan jadi kat diorang. scene tanah terbelah contohnye, yg jatuh dalam tu mostly pengawal2/pak pacak je. king nengok kiri kanan, gelabah tapi maintain cool. pastu dia suh datuk bendahara ke gi tangkap mak kundur. datuk bendahara pun dengan cool suruh pengawal tangkap. cam tahpape. tunjuk la muka panik, pastu macam nak terjatuh sebab kejadian tanah terbelah sini sana. kan lagi realistik. tul tak? ahaks.

dah la.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Sunday, October 3

Useless Update.

Winamp playin' Samurai Mania by Orange Range

semenjak dua menjak ni asek update2 yg tak membina je. tapi bila pulak aku penah buat update membina yek? ngutuk orang je banyak. anyhow ni pon update yg tak membina gak. so sebelom korang rase sesia je baca update ni, baik korang tulis samting2 kat tagboard and then buleh blahh. tapi kalu nak baca jugak takde sape yg buleh halang kan. ahaks.

dah nengok dah cite yang bertajuk arahan. dah lama nak nengok cite ni, hari ni baru mendapat. cite korea la. bukan cite indo ke ape ke. cite pasal urban martial arts action. arahan tu ialah peringkat tertinggi dalam martial arts yg dah tak perlu belajar ape2 lagi dah. kire dah complete/perfect la tu. masa nengok tu terasa dragging... tapi bila pk balik sebenanye okeh jugak cite ni. jadii... kompius ni nak burn ke tak. website dia? thumbs up. http://www.arahan.co.kr. nengok guna IE. disable popup. jangan nengok kat opis lak. kat situ buleh dengar ost dia. thumbs up jugak.

lagi 2 hari anime bleach akan klua kat tv tokyo. huhhh tak sabar nak nunggu bila masa dia dah buleh nak di dunlut. yakitate japan pulak lagi 9 hari. tak sabar jugak nak nunggu. ranap la poket aku nak beli cd nak burn cite2 ni. mujur la spes dlm hd ade lagik. bagi yg tak tau, bleach + yakitate japan ialah dua buah manga yg kick-ass!! harap2 anime dia pon begitu juga. heh heh heh :P

oh ye... akfg's album sol-fa (sulfur kot) release 20 hb ni. lagu2 yg ade termasuk rewrite, kimi no machi made, loop and loop, siren. hahaha teringin sangat nak elbem ni. cover dia pun lawa, buleh nengok kat http://www.asiankung-fu.com. nanti2 aku nak buat wallpaper dia. nyahahahah buat wallpaper lagik la keje aku :P

ape lagi ye? dah takde idea dah. karang kalu aku rase nak marang kerapu kerpunden parang sekeperr lagi, ade la update kat sini. until then, take a listen to me soundblox, aight? ja ne, bye bye.

p/s: oh ye. ari ni besdey fadi. epi besdey. dah suku abad dah pun. bila nak jadi suku jutawan?

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Friday, October 1

Soundblox Updated!

Winamp playin' Brand New by Shinhwa

Soundblox Songlist:

Tiara Jaquelina - Asmaradana
RIP SLYME - Bushman
G Love and Special Sauce - Milk and Cereal
BoA* - My Name
Spider - Nazraku
BoA* - QUINCY
The Sicksiderz - Rap Tak Ingat
Orange Range - Shanghai Honey
Dong Bang Shin Gi - The Way You Are
Eugene - Windy
Se7en - Passion
Asian Kung-Fu Generation - Rewrite

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Tuesday, September 28

Stairway to Heaven

Winamp playin' Kirikirimai (Disco Mix) by Orange Range



yay!!! tadi nampak iklan cite ni kat 8tv... sebenanye tak sure la cite ni ke tak sebab yg klua muka sang woo oppa je sokmo.. nampak blakang dia sket2 macam dalam cite ni, so yakin la cite ni nanti. kalau bukan cite ni pun takpe sebab ade sang woo oppa (yatta~!!!!). tapi yg takbehnye nanti mesti dia cakap cina... huhuhu nak le dia cakap korea.. kalu won bin ngan jang dong gun bleh cakap korea dalam tmo taegukgi, ngape sang woo oppa takleh pulak kan? ahaks~! tapi takpelah. at least dapat jugak aku nak nengok citer ni... tapi slot kol bape ye? jangan kol 3 punye slot sudah. huhuhu :P

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Friday, September 24

Nazraku

In the mood for Nazraku by Spider

SPIDER - Nazraku

Dibawah pohon rindu
Aku tunduk mengenangmu
Kala ku dongak ku terpandang cahayamu
Lalu aku berjanji pada diriku sendiri
Apapun terjadi kau akan kumiliki....

Kanku gegar sampai ke pintu langit tujuh
Selagi ku tak kau dampingi kekasih
Hari ini mungkin ku kan tewas dan hampa
Esok lusa, siapa tahu....

Korus:
Jangan kau tanyakan apakah alasan rasionalku
Kerana ku sendiri tak tahu
Oh ku hanyalah menurut perintah jiwa
Kata nazrakulah benar....

Dibawah pohon rindu
Aku tunduk mengenangmu
Kala ku dongak ku terpandang cahayamu
Lalu aku berjanji pada diriku sendiri
Apapun terjadi kau akan kumiliki....

Kanku gagah sampai ke hujung nafas biru
Selagi ku tak kau dampingi kekasih
Hari ini mungkin kau tolak ku kesisi
Esok lusa, siapa tahu....

Korus:
Jangan kau tanyakan apakah alasan rasionalku
Kerana ku sendiri tak tahu
Oh ku hanyalah menurut perintah jiwa
Kata nazrakulah benar....

Jangan kau tanyakan mengapa kuemosi
Mengapa ku sebegini berani
Kau haruslah menurut perintah jiwa
Kata nazraku, benar-sebenarnya....

Korus:
Jangan kau tanyakan apakah alasan rasionalku
Kerana ku sendiri tak tahu
Oh ku hanyalah menurut perintah jiwa
Kata nazrakulah benar....

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Thursday, September 23

Kimi no Machi Made Release!

Winamp playin' Nazraku by Spider

hari ni kimi no machi made single release kat jepon. bila la nak sampai elbem diorang ni kat mesia.


ASIAN KUNG-FU GENERATION
君の街まで (Kimi no Machi Made)
[To Your Town (?)]

内容等
1 君の街まで (Kimi no Machi Made)
2 Hold me tight

Song samples: http://www.sonymusicshop.jp/detail.asp?associate=SMO&style=T&goods=KSCL-733

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Wednesday, September 22

Kecantikan yang Akan Kedam

Winamp playin' Lemoned I Scream by Shame

i was reading this magazine (Nur, October 2004) when i came across this counselling section by dr. hm tuah iskandar al-haj. there was this part of the answer given by dr. tuah which caught my eye and made me wanna share this with y'all.

i quote:

" Saya teringat satu kisah yang menimpa seorang ulama sewaktu dia dalam penerbangan. Apabila tiba waktu solat, dia pun pergilah ke tandas untuk berwuduk. Almaklum, tandas di dalam kapal terbang memang sempit, maka dia pun terpaksalah membuka pintu tandas itu ketika berwuduk.
Tatkala dia sedang mengangkat salah satu daripada kakinya ke sinki (washing basin), seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama itu dan segera menegurnya.

Pramugari: (Dengan suara dikeraskan) Tuan tak boleh memasukkan kaki ke dalam sinki itu.
Ulama: Mengapa?
Pramugari: Kotorlah sinki itu nanti.
Ulama: Tapi tidak disediakan gayung untuk saya mencuci kaki di mangkuk tandas.
Pramugari: Itu bukan alasan membasuh kaki di sinki.
Ulama: Habis, kalau saya hendak membasuh kaki di mana harus saya membasuhnya?
Pramugari: Tak perlu mencuci kaki ketika menaiki kapal terbang.
Ulama: (Dengan suara lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?
Pramugari: Tuan, orang macam saya paling tidak cuci muka sekali atau dua kali sehari. Takkan tuan tak tahu pramugari macam kami perlu jaga penampilan wajah. Kami kena rawat wajah kami setiap masa. Kami kena pastikan orang puas hati walau hanya dengan melihat wajah kami.
Ulama: Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, satu kali cuci tiga kali berturut-turut, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.

Jawapan seperti ini bukanlah pula hendak merendah-rendahkan orang lain tetapi sekadar membuat perbandingan ciri orang beriman bersama bukti dengan orang beriman tanpa bukti. Orang yang beriman bersama bukti, walau apa pun keadaannya dia akan lakukan semua kewajipan biarpun susah, sebaliknya orang beriman tanpa bukti berpegang teguh pada suara hati tetapi tidak sanggup atau kecundang tatakala diberikan sedikit ujian."

so, berapa kalikah anda cuci muka setiap hari?


ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Monday, September 20

Aku Masih Setia

Winamp playin' Pol Ra Ri Yo Pol Ra Ra Ee,Nang Rang 18 Se OST

I’m not a fan of this song… tapi tadi tengahari masa memasak di dapur terdengar la lagu.. tapi english version. Huh.. btul ka lagu ni pada asalnya BM? Ke ciplak lagu omputes ni? Ke memang lagu omputes tu dia nyanyi gak? Sebab lenggok masa korus tu sebijik, lojik la kalau nak cakap macam tu kan. Anyhow sedap jugak bila dah denga lagu ni versi English. Jadi nak minat lah. Amacam?

Err.. mana nak carik lagu ni? Versi Anglais la.. BM nye nanti2 dulu. HarHarHar.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Rain Rain Go Away

Winamp playin' Mencari by Giegel & Waheeda

kebelakangan ni asyik hujan je waktu siang. bila la nak kering baju2 yang disidai. apakah perlu daku menggunakan sabun top? ho ho ho.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Saturday, September 18

Windy Windy Windy

Winamp playin' Rap Tak Ingat by The Sicksiderz

sungguh 'berangin' lagu windy by yujin (eugene x-SES) nih. sampai semput2 nyanyi. kahhh kahhh kahhh =P seksi tak jadi pompuan ni. badan tak cukup lentik. aku rase dia ni mesti kes jeles ngan hyori sbb hyori 1st album banyak lagu seksi, sekaligus menjadikan dia glemer haram melampaui yujin. patut dia (yujin) banyak buat latihan acrobatic untuk melentikkan lagi badan... paling senang refer to kylie minogue punye dance. pastu baik dia blaja ngan boa camne nak kontrol napas utk nyanyi sambil nari. hai lahai. kesian lak aku nengok. seksi tak jadi kahhh kahhh kahhh lagi skalik =P

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Friday, September 17

Eric Oppa~!!!

Winamp playin' Yuljung by Se7en

*special utk cik fefe kehhh kehhh kehhh :P

ni amek dari iklan KTF megapass














ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Thursday, September 16

Kuang Kuang Kuang

In the mood for Happy Birthday To You by NKOTB

heh heh heh

lupa la pulak :P

semalam besdey abe kakashi

muahahahaha

kakashi-sensei, otanjoubi omedeto~!!!



ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Intergalactic Planetary

In the mood for Intergalactic by The Beastie Boys

tadi masa dok membaca pasal planetary system kat utusan pendidikan, terpikir pulak... maybe ade planet lain kat dunia ni yg ade makhluk intelligent cam manusia (cuma semenjak dua menjak ni manusia dah tak berapa intelligent dah). teringin nak communicate ngan depa2 nih. har har har.. bayangkan kalau kita dapat pergi ke planet lain, kan that makes us aliens? kalau manusia=aliens, jadik lojik la crop circles tu manusia yang buat. kan kan kan.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Wednesday, September 15

Amazing Race 3

Winamp playin' Windy by Eugene

yup, unmistakenly typed. lupa lak nak taip ari tu, ade amazing race season 3 kat ntv7. no, yg jumaat punye tu season 5. season 3 hari ahad, 11pm. hai, kensel la nak nengok sambungan filem taloompuk kat tv1 on the same day next week.

oh, cakap pasal taloompuk, setakat ni okeh la cite tu. dah nak masuk adegan menarik. heh, dapat jugak nengok taloompuk setelah beberapa kali kensel nak nengok kat wayang. tapi rase rugi gak tak nengok kat wayang. the feeling's different tau.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Soda and Iced Tea

Winamp playin' PGL Theme by Siti Nurhaliza and M Nasir

abih gak cite ni. cite beh, tapi ending dia a bit disappointing. tak macam cite maid from chicago, cite a bit boring tapi ending beh. tapi.. adakah cite boring/beh disebabkan oleh faktor rupa pelakon lelaki utama? kohkohkoh. anyhows, sape2 yg bakal merindui khun pattaya, buleh la nengok tv2 kol 2.30pm. tajuk cite: the princess. khun pattaya dalam cite ni jadi pengawal raja yang bernama anothai. kacak woo pakai baju seragam. princess dia lak muka ade iras2 cheryl samad.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Tuesday, September 14

Passionate Ringtone

In the mood for Yuljung (Passion) by Se7en

Yuljung (Passion) - Se7en

(monotone nokia. tempo: 112bpm)

8d2 8d2 8d2 8g2 16d2 4d2 4-
8d2 8d2 8c2 16d2 4d2 4-
8d2 8d2 8.g2 8.d2 8.g2 8.d2
8c2 8#a1 8.g1 8.#a1 8.f2 8.d2
8d2 8d2 8g2 16d2 4d2 4-
8d2 8d2 8c2 16d2 4d2 4-
8d2 8d2 8.g2 8.d2 8.g2 8.d2
8c2 8#a1 8.g1 8.#a1 8.f2 4d2

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy