Sunday, September 30

Forgive Me Anne, For I Have...

Winamp playin' Sembunyi by Misha&Andy

...forgotten to take a pic of my fave food yesterday... Maklumlah dah tiba masa nak bukak pose mana nak ingat nak amek gambar semua... So here i put the pic of my fav food, NASI BERIANI GAM, yang di curik dari flickr Selinz.


The reason why I didn't do the meme asap is... susah nak dapat woo peluang makan beriani gam yang mak aku sendiri masak, ape lagi nak beli sendiri kat restoren mana2. Yup i know there's this wonderful beriani gam restaurant near serdang/bangi (lagi dekat ngan uniten la) but then i don't think i have frens who likes to eat this kind of beriani.. dat's y lar. Takkan nak g sensorang je, tak beh le makan sensorang ye dak?

Ok then... what was the thing that i was suppose to do? oh ye, put the pic and write down some details. well, up there's the pic, now on to the details. Ni bawh ni aku kidnap from blog masak-masak:
For the uninitiated, nasi beriani/briyani is rice cooked with spices and ghee. The rice grains are fried with the spices and ghee to infuse the flavour. It's then cooked and served with various curries of your choice. There is a variation of the rice known as nasi beriani/briyani gam which is a Johor specialty. The word "gam" indicates a slightly gummy quality to the food served. To make the "gam" variety, the meats and rice is cooked seperately first and just before it's cooked completely, it is steamed together in a banana leaf and muslin cloth. This steeps the rice with the spices from the curry making it sticky and full of flavours.

dan gambar:

[fuhhh... air liur meleleh2 dengan hanya meletakkan gambar ni je... huuuu]

cukup!! takmo siksa jiwa raga orang nengok makanan dah bulan pose nih! huhuhuhu

tag lagi satu aku buat kemudian lah yer... taaa :P

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Thursday, September 27

Islamkah anda?

Rukun Islam ada 5 perkara:
1. Mengucap dua kalimah Syahadah;
2. Sembahyang lima waktu sehari semalam;
3. Puasa di bulan Ramadhan;
4. Mengeluarkan zakat; dan
5. Naik haji.

Jadi... bagi seseorang yang sengaja meninggalkan salah satu daripada Rukun Islam di atas tanpa sebab2 yang munasabah, bolehkah lagi dia dipanggil seorang Muslim?

Renungkanlah.

Sebagai peringatan kepada semua dan juga diri sendiri.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Friday, September 21

Rumah untuk disewa

In the mood for main apps kat facebook

Salam..

kepada sesiapa yang berminat/sedang mencari rumah untuk disewa:

Lokasi: Damansara Damai
Harga: RM380 (boleh runding) - berlantaikan marmar, nice environment, lot tepi (tengok dulu baru bincang harga)
dekat dengan Petaling Paya, TTDI, Selayang, Kepong, dan yang sewaktu dengannya...
kemudahan: 5 minit ke bus stop, 10 minit ke sekolah kebangsaan, 7 minit ke Pasaraya D'Hati, 15 minit ke masjid, Maybank ade, kedai2 pun banyak, jalan pun dah elok..

sesuai untuk org bujang, baru berkahwin, dan yang ade anak sekolah.... :)

sesapa yang berminat, sila hubungi 016-237 5013 (tukang sampai mesej)

---[updated 23 Feb 08]
Mintak maaf yer.. Sebab iklan ni dah lama (bulan 9 2007... tlg tgk tarikh post yer), so rumah ni dah disewakan pada yang bertuah.. heh.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Thursday, September 13

Happy Birthday, Roald Dahl.

In the mood for PEACH by Otsuka Ai

To (the late) Mr Dahl,
Thanks for your wonderful stories.
Happy birthday.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Ramadhan al-Mubarak 1428


ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Saturday, September 8

Fight Global Warming!

Winamp playin' Ikenai Taiyou by ORANGE RANGE




CareBadge |
Get your own badge!

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Monday, September 3

Lagu Kentut.

In the mood for Onara Taisou by Nodame-chan



ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Sunday, September 2

Cuti Cuti Sakit Kepala

Err... tags have to wait since I haven't got me pic of my fav food... yet. Bila tu? Tungguuuuu...

Selasa start core leave. Bukan la nak start selasa pun... tapi dah senin kena datang sebab si botak tu tak datang. Tapi bagus gak datang senin tu buleh ganti cuti taim lain. So hari selasa ni daku pegi meneman fadi ke membuat paspot. Dalam kul 1 bertolak dari ampang point, berjalan jauh only to find there's another (two) shorter route to that place. Jadi kire buang masa dalam 1 jam. My fault actually, for not remembering the landmark to the nearest route. Well I guess I can't match landmarks and routes at some times. Ok berbalik kepada cerita panjang. Sampai sana nengok2 faddx takleh nak buat paspot. Sebabnye dulu dia penah buat paspot, so nak kena ade paspot tu baru buleh buat yang baru. Better kalau renew je dak? Tapi dah lepas 10 tahun buleh renew lagi kah?

Lepas kechiwa takleh buat paspot that day, pegi lunch kat the curve. Pusing punye pusing punye pusing, kul 4 baru nak makan. Breakfast more like it. Lepas tu pegi kutip faa kat lrt kelana jaya, then pusing balik ke mutiara damansara, this time ke ikano pulak. Bukak pose kat kluang station (faa je la. kitorang yg lain tak pose). Lepas tu jalan2 lagi kat ikano and cineleisure. Sempat menengok kereta Persona dari dekat. Dah tu, balik ke rumah tumpangan faa (aheh). Cakap2 pasal trip booking last minute ke langkawi the next day.

The next day pegi langkawi. Yay!

Sampai langkawi dalam kul 8 malam gitu. Sewa kete and budget motel. Tepi pantai chenang! Tapi tak nampak pantai sebab malam hari. Lepas letak barang semua, gi makan. Pelagi, kalau dah datang tepi pantai tu harus la makan seafood. Dalam namploh hengget habis, 2 orang makan tu (aku g ngan fadi 2 orang je). Pastu gi round separuh langkawi - pegi ke kuah mengikut jalan panjang (persisiran pantai. Takde la betul2 tepi pantai pun). Muahahaha giler tul. Lepas tu jalan2 kat jeti jap, amek gambar dalam keadaan sekeliling gelap (sebab malam daa) dengan kamera telepon yang kurang cantek ni (well wat do u expect from a 2.0mpxl camera phone). Then dalam perjalanan nak balik ke kereta, ujan pulak. Redah ujan, terus balik motel. Mandi2, prepare for the trip tomorrow, borak2, fadi nengok cite mujer dia, tido.

Bangun je tengah hari dah. Siap2, kluar gi parasailing. Well fadi je sorang parasail. Nengok la vid pendek kat me life logger. Lepas tu gi terus ke cable car. Makan dulu kat fudkot geopark b4 naik cable car. Naik atas, menikmati permandangan, amek gambar, turun. Nak gi naik kuda, kuda semua dah naik lori. Nak gi telaga tujuh, dah nak gelap. Las2 gi tanjung rhu. On the way ke sana nampak la kilang simen yang bagak giler. Willy wonka's chocolate factory pun kalah! Lpas tu singgah jap kat pantai. Balik, ikut jalan tengah. Kire takde la keliling satu langkawi. Pastu gi berurut kejap. aku irut kaki je, fadi urut badan. Lpas tu gi makan itik goreng. Muaahahahaha. Fadi pun dah penat giler. Bukti: Belom kol 12 tghmlm dah tido.

The next day bangun 830 pg. Mandi laut!!! Giler beh sebab ombak besar2. Mandi lah sampai dalam kol 1030 gitu. Siap2 tu, check out, lepas tu gi makan lunch. Then gi airport jap, kompemkan flight betol ke delayed. Lepas tu gi underwater world, jalan2 dalam tu dalam 2 jam lebih, gi duty free shop sebelah tu, beli ceklat while fadi grabbed some shoes. Then aku drive sampai kuah, masuk jap langkawi fair. Borong ceklat ngan sotong kering bukan main lagik. Siap beli imitation "I'm not a plastic bag" anya hindmarch lagi, nak bawak ceklat bebanyak. Singgah jeti for a while before heading back to the airport. Tinggai keter kat parking lot, check in, lepas tu gi makan kat kenny rogers. Then sampai la masa untuk berlepas pulang ke KL.

Bersama ini saya sertakan vidiu seekor toitol nakal di underwater world.



ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Friday, August 24

Tags. Tags. Tags.

In the mood for sipping an ice-blended hazelnut white coffee at Oldtown

.
.
.
Anne, I'll do them tags later okay? Earliest by next week (cuti panjang maa).

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Thursday, August 9

Gudbai Mai Fren

In the mood for Coffee Prince's OST

Saje la nak mengumpat ni... sebab rase tak puas hati sangat sangat sangat.

Ade la sorang kawan aku ni. Kita kasi nama dia Miss Y. Miss Y ni, tak ramai orang yang suka kat dia. Sebabnye ade banyak, salah satunye dia suka main cakap lepas je, lepas tu suka bangga2 diri, lepas tu suka jaga tepi kain orang lain, lepas tu peramah tak bertempat, lepas tu attention grabber. Lebih kurang kacam Mr X yang duk depan aku ni lah. Alah yang si baghal tu la.

Yang membezakan Miss Y ngan Mr X ialah:
1. Miss Y perempuan;
2. Miss Y lain dept ngan aku;
3. Miss Y cekap (dalam 98%) membuat kerja dia.

Genap sebulan yang lalu Miss Y telah menender resignation dia. Alasan ialah dia takleh keje ngan ass. manager (read: pengipas bontot manager) dia yang baru. Sebenarnye dia bukan nak sangat kluar dari opis aku ni. Tau sangat la. Kepoh je dari 2 tahun yang lalu, nak apply tempat A, dah antar resume tempat B, dah kena panggil intebiu tempat C (kes nak bangga la banyak tempat mengoffer keje kat dia tapi saje jual mahal). Jadi ass. manager (kita pendekkan jadi AMO la senang) dia yang baru ni la jadi pemangkin dia nak brenti. (Sebenarnye dia yang tak leh nak adapt ngan situasi baru, dah selesa sangat ngan AMO dia yang lama tu).

Dalam jangkamasa sebulan sebelom hari ini, beriye la Miss Y ni mengutuk dan mengumpat AMO yang malang itu. Dan siap plan, "nanti bila dah last day diorang nak buat pot luck ke nak makan ramai-ramai ke, aku tanak join." Fine.

Hari isnin: Makan kat Padi House. Cakap pasal pot luck yang teammates dia buat untuk dia, tapi dia tak datang pun sebab MC. Vahvahvah dia sungguh seronok la seronok.

Hari selasa: Makan dekat 2nd floor pulak. Sebab aku bawak bekal n dia pun bawak bekal. Cakap lagi pasal dia nak blah. Siap plan nak singgah opis aku nih bila dah start keje tempat lain, nak ajak makan sama2.

Hari rabu: Makan dekat Terminal. Plan la nak makan kat tempat jauh2 esok. Aku tanye dia, "Kalau teammates kau nak ajak kau klua makan sama2 camne? Alah kau pegi je la. Maklomlah last day, ni je la peluang diorang nak bermesra2 ngan kau" Dia buleh balas, "Alah tak de maknenye aku nak makan ngan diorang semua. Baik pegi makan dengan kau dekat Alamanda ke mana2 ke kan."

And today, her very last day: Petang tadi masa memborong coklat, dia beriye2 nak ajak makan kat Alamanda. Aku pun a bit anticipating la sebab aku nak kena membeli barangan personal. Sekali bila kul 7, dia tak de pun call extension aku. Dalam kul 715 dia datang, cakap "Sori dB, diorang ni ajak aku makan beramai2 la pulak, maklomlah ni kan last day aku kat sini."

Aku tak de la merajuk or bengang. Malahan aku dah agak dah dia musti akan pergi punye walaupun dalam sebulan yang lalu cukup membenci idea nak hang out ngan teammates dia. Just a wee bit of attention given by her teammates, terus wavered.

Kalau dah cakap tanak tu takyah la. Tapi kalau dah dasar cakap tak serupa bikin.

Alah bukan Miss Y tu sorang je kawan aku pun (pinjam ayat Kawan D - sila lihat tumblr (klik sini)). Harharhar.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Monday, July 30

Majlis Sosial Bebdak Department Aku

In the mood for balikkkkkkkkk...

this thing happened last saturday. tapi baru nak post hari ni sebab lepas balik je dari function tu terus takde masa. busy busy busy manjang.

hmm wokeh cerita dari mula yer. sabtu lepas aku ade satu function di tempat yang berada lebih kurang 40 minit perjalanan dari rumah di hari lebuhraya mrr2 & kesas & silk kurang sesak. tempat itu berada di tepi tasik besar buatan manusia. aheh. nama tempat itu ialah kelab tasik putrajaya. :P (abih la kantoi dengan kawan2 seopis...heh)

sampai sana quite early. konon nak prektis (bagi yang tatau, aku kena buat performance pada itu hari). tapi bila sampai sana ape pun belom redi. laslas bila dah nak start function baru la buleh nak buat mock perf. tu pun satu lagu je.

event start lambat. puncanya ramai yang sesat jalan. maklomlah venue tukar last minute. kalau buat kat tempat yang dicadangkan memula tu kan senang. tapi tukar, alasannye ramai yang kate jauh sangat. hm. dah kasi dekat tak datang pun jugak. piirah.

blablabla mc2 bercerita. yang hebatnye mc perempuan sungguh la dull. tak enthusiastic langsung. terase seperti baik aku je yang jadi mc. tapi hmmm tak de punye depan nak amek orang cam aku ni jadik mc.

first perf by ass. manager. nari tarian buluh. ala yang lompat2 tu. takde la menarik sangat, tapi tak de la terlepas mata menengok kaki diorang ade sangkut tak kat buluh. kalau ade kan naye. tak pun musti ade orang gelak sakan.

lepas tu kasi reward. dah nama event pun rewards and recognitions.

lepas tu perf menari2. geng2 depa la. yang beh nye, konon theme tarian tu fusion. tapi macam lagi banyak depa punye style je. nari untuk lagu michael jackson yang depa guna tu tak jadi pon nari fusion. baik letak je "our traditional & modern dance". menyampah nengok depa meliuk2 macam ulo kena sawan. tapi ade sorang ni memang moves dia cun la. tak menyampah nengok.

lepas tu kasi cert zero mc pulak. aku ade la dapat jugak.

lepas tu makannn. tapi aku tak makan lagi taim tu. sebabnye kena siap sedia untuk perf aku lepas tu. seram sejuk jugak. lepas tukau baju, buat la last minute rehearsal. sekali organizer cakap turn aku kul 6. so dalam sejam yang diorang sedap melantak tu, aku ngan nizam ngan ho dengan gabranye prektis.

laslas turn kitorang perform. ade la jugak sora tak sampai masa nyanyi first song (stand by me) - darah gemuruh woo. tapi yg paling highlighted sekali ialah bila dah kat tengah2 lagu tu, si ho terlepas pulak marakas kecik yang dia pegang tu. gabra kot. aku pun tersedak le menahan gelak. kontrol woo.

lepas tu 2nd song (ikhlas tapi jauh) pulak, aku dah cool down sket la. kurang gabra. sekali nizam ni yang masa prektis main gitar macam cool je buleh pulak terlari note. hai lahai. tapi overall bagi aku yang buat performance tu okeh la. tatau la overall orang lain pulak.

lepas perf, masih lagi darah gemuruh. makan pun macam takleh nak makan. sementara tu sambung membagi rewards.

lepas makan aku gi tukau baju. lepas tukau baju grup execs yang las skali perform. buat cam medley lagu2 bungaks. tapi cam kelakar la. jadik laa.

lepas tu rewards lagi.

las performance dari senior management. nyanyi we will rock you. klakarrrr siot.

sambung lagi bagi rewards and certs.

pastu aku menelepon kengkawan aku yang berada di dataran putrajaya. sementara itu di pentas diorang mengajor 2 senior management menari tarian buluh.

lepas tu.. habihhhhh. kengkawan aku pun datang. balikkk...

[added 01/08/07 0237 hrs]

nengok la budak gemuk ni menyanyi (courtesy of aishah ansari)
p/s sound and pic quality ade kureng sket. acceptable la kalau amek dari digital cam ye dak.


Stand By Me


Ikhlas Tapi Jauh

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Thursday, July 26

Honda: The Power of Dreams

suka beno nengok iklan honda di bawah ini... sebab black+white+red+cartoonish. wish i have the same creative mind of the designers...


Honda: The Power of Dreams

hondabreaking.jpg

hondaintelligent.jpg

hondapopup.jpg

hondacollision.jpg

hondalighting.jpg

Gold in Film category at Cannes Lions 2007

Agency: Villarrosas, Barcelona, Spain
Creative Directors: Oriol Villar, Fernando Codina
Copywriter: Miguel Angel Elizalde
Illustrator: Brosmind
Producer: Melanie Andrada
Account Supervisor: Albert Lopez
Advertiser’s Supervisors: Roger Solergibert, Natalia Sagales

Blogged with Flock

Monday, July 23

Harry Potter and The Deathly Hallows

Winamp playin' Cry Eye by Son Dambi

I just love happy ending. But this one is far more awesome than the previous books!

Baruuu je tammat abih baca buku HP7 ni. Tak sangka pulak dapat jugak membeli buku ni on the release date itself! Dah le dapat yang adult version punye cover... lagi le serunduts! And, no guessing where I got my copy of that book. Just say luck's by my side, ok? :snickers:

Jalan cerite takyah nak cite la yer, nanti spoils your mood to read the book pulak. All you have to know that this last instalment of the HP saga ends well. Dan juga banyak misteri sudah terbongkar.. yahahaha misteri ape tu, kena la baca sendiri. Yang penting, Snape bukan orang jahat muhahahahahahahahahahaha :P

I'm very glad I bought the book (despite the dissapointing HP5 movie..) and manage to read it to the very end of the very last page in just two days (if you count the time I bought the book (10:00 pm on the 21st) and the disturbance caused by my bro and also the extended sleeping time caused by a feverish feeling). Never had this excitement before when reading the Order and the Prince. And I actually anticipated the movie for this one! Hahaha siap buleh bayang lagi, nasib baik pegi nengok movie HP5 walaupun tak bape beh bagi aku. Buleh imagine muka luna lovegood, cho chang, ginny weasly, neville longbottom, draco and the gang, and not forgetting harry and his gang bila dah umo 17 tahun.

Ape tunggu lagi? Pegi la beli cepat (kalau jumpa la) kalau korang suka ngan HP saga ni! Have fun reading!

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Wednesday, July 18

Caption This!

Grab Them While They Last

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Tuesday, July 17

How Long Do You Need To Boil Water?

In the mood for laksa@oldtown

20 minutes?
10 minutes?
5 minutes?
1 minute?

The correct answer is 0. Yes, zero minute.

As soon as the water reaches its boiling point, it's safe.

Read more here:
http://www.survivaltopics.com/survival/how-long-do-you-need-to-boil-water/

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Wednesday, July 11

Five good responses for telemarketers or collection agencies

(Answers taken from Merlin's 5ives)

1. I’m sorry, but what does this have to do with human sacrifice?
2. Seriously, will you still be this interested in me after we’ve dated for a while?
3. Would you be able to tell if I were defecating right now?
4. I am French. Your money means nothing to me.
5. I can smell your panties through the phone.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Five guesses at the number you’re thinking of right now

1. 11
2. 1
3. 10
4. 8
5. you’re not thinking of a number.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Five words I suspect have never been used to describe me

1. Bootylicious
2. Gigantic
3. Supermodel
4. Soft-spoken
5. Party-goer

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Five things I hated about working in an office

In the mood for shredding

1. office politics.
2. people talking about office politics.
3. sharing a non-heavy-duty printer with people who prints a lot at a time.
4. gossips.
5. travelling to the office.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Tuesday, July 10

He/She ratio of this blog as at 10-Jul-07

In the mood for sleeping
ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy