Saturday, August 14

MTeST 140804: dB's Story

In the mood for crayon shin chan

untuk yang tak tau lagi, MTeST stands for Malaysian Teacher Selection Test. ya ya i know i did say i dun wan to be a teacher before this, but then tak salah kan kalau nak try kot2 ade la pulak rezeki... kalu dah takdir jadik cekgu, korang kena panggey aku Cikgu dB tau. bukan cekgu bedah yer.. tu watak adibah amin dalam cite cikgu manja (eh ye ke? tak sure plak)

okeh, a bit penerangan about this test sebagai panduan future exam candidate. tapi sebelom tu harus diingatkan bahawa takde de aku nak letak contoh soalan dalam ni. kasi klu sikit2 dah le. pastu korang usaha la sendirik. ingat! usaha tangga kejayaan.

semua paper berbentuk objektif, kena complete dalam masa 30 minit. me first paper was analytical. bape soalan ye.. tak ingat la pulak. dalam 20 soalan kot. soalan dia ade la cam ni:
siti, zainal, arul dan siewlan duduk di sebuah meja 4 segi sama. ade yg bekerja sebagai doktor bedah, doktor gigi, doktor sakit puan, dan doktor kanak2.
1. zainal duduk depan doktor bedah
2. siti ialah doktor sakit puan
3. doktor gigi dan doktor sakit puan sudah berkahwin
4. ...
5. ...
soalan:
1. pernyataan mana yang salah? a.2 b.3 c.7 d.8
2. kalau siewlan ialah doktor gigi, siapa yang membayar bil? a.siti b. zainal c.siewlan d.arul
3. ...
4. ...

haa.. lebih kurang begitu lah. soalan macam ni ade la dalam 4 ketoi gitu. pastu ade lagi soalan implikasi, deduksi, dan yang sewaktu dengannye. lucky for me, soalan macam ni aku dah penah try dalam bulan lepas.. yay! tapi takde la nak cakap senang sebab ade twist and turn dia. jaadiiii kalau nak try soklan cam ni (english la tapi) kat sebelah kiri ni ade link ke ultimate puzzles. buleh try sebanyak mana soalan semacam ni. biase2kan diri, so that nanti takde la kecoh bila tatau nak jawab camne.

me second paper was verbal (BM). dia tanye pasal ape yer... tak bape ingat la pulak, tapi ade la macam fill in the blanks dengan perkataan sesuai. oh, ade lagi. soalan dia macam pilih pasangan perkataan yang sesuai dengan pasangan perkataan yang diberi. contoh:
MENTERI LUAR:MENLU
a. berita nasional malaysia:bernama
b. setiausaha agung:setagu
c. ...
d. ...
jadi pilihlah pasangan yang paling lojik. buleh kompius jugak menjawab soklan ni. tapi kena berhati2. total soklan dalam 20 gitu.

me third paper was INSAK or INventori SAhsiah Keguruan. ni soklan dia ade 135 semuanya. setiap satu soalan ade dua pilihan jawapan. kena jawab ngan spontan nih. tujuan paper ni ialah untuk mengesan sahsiah candidate, sesuwei ke tak nak jadi cekgu. senang je. tapi kena la jujur kan. nak klentong buleh gak, nanti jawab sendiri la kat akhirat.

fourth paper: quantitative. atau secara ringkasnye, math. description dia kat web emoe.gov.my: mengukur pengetahuan, kefahaman konsep, dan kemahiran asas math. taaaaapiiii kenapa 30 soalan nak kena selesaikan dalam 30 minit? hai mujur la aku ade buat sikit revision sebelom exam ni. kalau tak, dah blur. maybe for everybody else, the questions are easy. but for me, hampehhhh. takde la susah sangat kan, tapi kalau dia kasi masa lebih skit buleh la kot otak aku yang dah berkarat ni bergerak skit. banyak soalan perbandingan jawapan ruangan mana lagi besar dari its counterpart, or whether dedua sama besar atau tak. taaaapppiiii bila pk pk balik apsal le aku tak main tembak2 yer.. hinss :P

last paper: english. ade error detection, pastu improving sentences, pastu improving paragraph. mostly grammatical questions la. aku rase paper ni la aku paling konpiden. might be because i did some studying the night before. nak brush up balik tatabahasa yang dah kapishh.. ade 25 soalan saje. tak fair sungguh.

all in all, exam ni quite senang untuk yang well prepared, or yang tak de niat langsung nak kena panggil interview kpli nanti. nuff said.

[updated 28 Mar 2009]

Huh... baru je dapat tahu yang actually ade gak org search sampai ke blog nih... Terima kasih!! Tapi sorry sangat baru je bukak blog ni setelah beberapa hari. Maklomlah sekarang ni dah busy *uhuk uhuk* so tak sempat nak post link to The Ultimate Puzzle site... So here it is!

http://www.puzzle.dse.nl/index_us.html

Selamat berjaya dalam ujian MTeST anda!

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

No comments: