Friday, December 3

Countdown AJL-19: Balada

In the mood for membuang masa.

1. LAGU : Pulangkan
PENYANYI : Misha Omar
LAGU : Ajai ( Mohd Faizal Maas )
LIRIK : Shuhaimi Baba & Habsah Hassan

Seharum bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dipuja
Kau pasti tak percaya kasih ku bukan
Untuk mu sayang

Tiada ku sangka kau sungguh kejam
Kau rampas segalanya tinggal dendam
Namun takkan bahagia kehidupanmu
Bila bunyi bersatu kau milikku

* Pulangkan cinta hati ku
Hentikanlah menghantuiku
Oh pulangkan Oh pulangkanlah padaku
Ku pulangkan kisah hidup mu
Yang dikau musnah tanpa relaku
Bebaskanlah maafkan daku Oh kasih

Tiada kemaafan disini
Kau ragu degupan hatiku ini
Akan ku jejakimu kemana jua
Hingga akhir masa sayang

(* till end)

2. LAGU : Mengapa Harus Cinta
PENYANYI : Vince
LAGU : Vince ( Vincent Chong Ying Cern )
LIRIK : M. Zulkifli ( Mohd Zulkifli Abd. Jalil )

Mendungnya pagi ini
Bagai memahami erti
Lambaian lembut mu
Memisahkan kita

Hati pernah bersatu
Kasih pun terbina
Namun cinta membawamu
Oh jauh dari ku

Mengapa harus cinta
Perlu ada yang berpisah oh oh
Tak ku mungkin mengerti

Mengapa harus kasih
Pastikan jua berakhir oh sayang
Tak sanggup ku menanggung pilu ini

Masih di fikiran
Pertama mata bertemu
Dihati terasa
Oh debaran cinta

Keayuan wajahmu
Merdunya suara
Kini tinggal oh kenangan
Hingga ke akhirnya

Iklas ku berdoa
Pada yang esa
Kan ku kenal
Apa erti selamanya

3. LAGU : Kala Hujan
PENYANYI : Zamani
LAGU : Aidit Alfian ( Aidit Alfian Mohd Dom )
LIRIK : Loloq ( Rosli Khamis )

Ketulusan senyumanmu
Mengundang sesuatu
Sukar untuk ku gambarkan
Ke dalam bentuk kata-kata

Kekuatan sandaranku
Ku dirikan masa lalu
Luruh bagai dedaunan
Di kala hujan angin datang

* Merembasi
Berkali diri bertanya
Siapakah gerangan kau sebenarnya

** Aku yang semalam
Selalu berkata
Tunjukkan diri pemilik jiwa

Suci seberkas dosa
Bisa mengenaliku
Bisa terima diriku seadanya

Dan aku tahu
Keterlanjuran ucapanku
Selamanya ini yang menghantu
Diriku dari mendekatimu
Kekasihku

Ku tahu
Pengalaman yang sebegitu
Maksudku tindakanku dahulu
Mungkin akan kauhkan dirimu kekasihku

(*, **)

Oh dariku
Dari hati yang memerlukanmu

Kekuatan sandaranku
Ku dirikan masa lalu
Luruh bagai dedaunan
Di kala hujan angin datang

4. LAGU : Semua Untukmu
PENYANYI : Anuar Zain
LAGU : Shahrizan Mohd Salmi
LIRIK : Shahrizan Mohd Salmi

Dengarlah bisikan angin bayu
Dengarkanlah bisikan ooo hatiku
Bagaikan sebuah melodi cinta murni
Semua adalah untukmu
Walaupun dalam lautku selami
Walaupun tinggi gunungku daki
Ku rela tempuhi rintangan yang ada
Semua demi cinta suci

Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah kau cintaku murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Harapan yang ada
Tersemat di jiwa
Semoga kau sentiasa di sisi
Usah kau ragui keikhlasanku
Usah kau ragui oh hasratku
Kuserah seluruh jiwa dan cintaku
Semua adalah untukmu

Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah kau cintaku murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Akan ku berjanji oh aku berjanji
Semua adalah untukmu
Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah engkau cintaku suci dan murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Akan ku berjanji oh aku berjanji
Segala harapan tersemat di jiwa
Semoga kau sentiasa di sisi

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

No comments: