Winamp playin' Because You're Beautiful by ShinNaGo
cuti panjang. sampai hari selasa. harharhar serondot. :P. bagi sesape yg cuti sampai hari senin je, terima aje lah. at least korang ade 15 hari cuti umum dalam setahun. btul dak?
cite pasal cuti hari natal ni, last week (hari ni dah kire week baru la ni) aku kena buat xmas carolling kat floor. tau2 je la, aku ni anti sikit kalau nak kena nyanyi lagu membesarkan ape yang orang agama lain sembah ni. dah tu kena pulak elok2 je aku cakap kat tpbj yg aku anti mendengar lagu2 kebesaran diorang ni, tetibe je la pulak aku kena join aktiviti ni. kalau tak sebab tpbj cuti dan amo team simpanan elektronik merayu2, takde la aku nak. bila pk balik, ni la jugak peluang aku membina fanbase untuk masuk pertandingan nyanyi2 tahun depan (heh heh heh). so aku masuk la jugak walau dalam hati Allah je tau betapa meluatnye aku.
masa prektis2 tu, mana2 ayat yang membesarkan orang yang diorang sembah tu aku istighfar banyak2. bukan la nak eksen iman aku kuat ke ape. sebab iman aku ni lemah la kena banyak2 istighfar. mana2 aku buleh sebut jadik lain tu aku sebut je lain. si charmaine amo kumpulan pelanggan baru (kbp) nengok aku lain macam. ye lah, dah dia agama tu, dengar aku nyanyi lain macam je, pastu ade part2 aku miming je pulak. harhar. seeekaaaaliiii dia suruh aku buat part solo pulak. 'sialan!' sebutku dalam hati. ikot saje lah. tamat je sesi latihan aku mengucap & istighfar banyak2.
sudah la pasal cite carolling ni. malas dah
oh. lupa. aku dah citer kan pasal henpon aku kena kidnap tu? hah alhamdulillah aku buleh dapat balik my old number FOC. memang syukur sangat lah. nanti selasa baru aku nak gi amek. kat times square. klua sensorang la nampaknye nanti sebab orang lain seme dah keje balik. nak klua ngan tpbj? usah nak harap. tu ah, nak ajak orang lain pun payoh. maklomlah henpon takde. ni dapat sim card pun, phone takde.
oh, ade lagi. las wik harpic kasi pinjam manga samurai champloo. beh!!!! dia kasik battle royale jugak, tapi tu biase je la. minggu ni pulak manga deathnote. ahahaha wendu gile aku nak membacanya. ape leh buat, semua manga tu ade dalam hd lama yang dah jahanam tu. sabar aje lah kan. tapi perasaan bila pegang manga sebenar dalam bentuk hardcopy, tak terbayang betapa besnye. muhahahah :D
eh dah citer ke pasal hana yori dango? heh dah tammat dah cite tu. seronot jugak nengok walaupon jalan cite ade sikit lain dari manga dia. dah tu dia tak meleret cam meteor garden. dah tu ending dia ade pulak tertulis 'see you again', yg mana big possibility ade 2nd part. harharhar :P serondotsss~!
dah.
ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy
No comments:
Post a Comment